Sunday 1 September 2013

Bab 19 Cinta Tak Akan Berakhir


Nafas di hela perlahan. Ingatkan selepas terserempak dengan Izreen di restoran beberapa hari lepas dia takkan jumpa dengan Izreen lagi dah. Tak sangka semalam Izreen tiba-tiba sahaja menelefon dia kata mahu berjumpa.
You dah jumpa pengganti I ke?” Izreen mencuri pandang ke arah Razlan yang merenung jauh melihat pemandangan dari Ampang Point.
“Kenapa nak tahu?”
“Raz, I betul-betul ak tahu sama ada you dah lupakan I atau belum.”
Razlan tergelak kecil. Pentingkah apa perasaan dia terhadap Izreen sekarang ini? Bukanlah Izreen kata dia akan berkahwin jadi apa yang Izreen nak sekarang ini?
I dah lupakan you atau tak tu tak penting pada you kan?” Sinis pandangan Razlan pada Izreen. Kalau Izreen harap dia maafkan perbuatan Izreen, Izreen memang silap. Bukan mudah untuk dia lupakan apa yang dah Izreen lakukan terhadap dia.


“Raz, I tahu I banyak salah pada you tapi I ada hal sebab tu I jumpa you.”
Razlan mengeluh lemah. Memang inilah sikap Izreen. Ada masalah aje nampak muka dia. Kalau takde masalah jangan haraplah nak nampak muka Izreen.
“Reen, I tak takde apa-apa lagi nak bincang dengan you. Kalau you ada masalah you perlu jumpa dengan bakal suami you bukannya jumpa dengan I. I ni cuma bekas tunang you. I can’t do anything for you!” Sengaja dia mengulang semula kata-kata Izreen terhadap dia. Dulu Izreen juga kata dia tak banyak membantu dalam hidup Izreen, sekarang rasakan!
“I betul-betul perlukan pertolongan you kali ni Raz.”
Kepala digeleng dihadapan Izreen. Berkeras dengan keputusan dia kali ini. “I won’t help you anymore. Jangan ganggu hidup I.”
“Baik, kalau you tak mahu tolong I tak apa, tapi jangan menyesal!”
“Apa yang perlu I sesalkan?” Sebelah kening dijongket kepada Izreen.
“Banyak! Banyak benda yang akan buat you menyesal terumatanya pasal salah seorang pekerja you.”
Razlan tersentak sedikit. Pekerja dia? Siapa? “Siapa yang you maksudkan? I akan menyesal tentang siapa? Siapa yang akan buat I menyesal?”
Izreen ketawa buat-buat. Nampaknya kemenangan akan berpihak kepada dia. “You tak mahu tolong I kan? Nampaknya I tak bolehlah nak bagitahu you siapa perempuan yang akan buat you menyesal seumur hidup.”
You jangan nak main-main dengan I. I takde masa nak layan lawak bodoh you. Siapa yang you maksudkan?” Suara Razlan keras menyapa gegendang telinga Izreen namun tidak cukup hebat untuk membuatkan Izreen berasa gentar.
“Raz, takde perempuan yang boleh memahami you macam I faham you.” Izreen mendabik dada. Dia yakin hanya dia satu-satunya perempuan yang berada di dalam hati Razlan. Razlan takkan mampu jatuh cinta dengan wanita lain selain dia.
“Jangan nak perasan sangatlah Reen. I dah jumpa pengganti you and for your information akan kahwin tak lama lagi. Just wait and see.”
“Dengan Azara Fatiha?”
Memang Razlan terkejut mendengar sebaris nama itu dari bibir Izreen, tak sangka Izreen boleh menghidu hubungan dia dengan Azara yang semakin rapat. Rasanya dia tak pernah cakap dengan sesiapa tentang hubungan dia dengan Azara kecuali umi sahaja yang tahu sedikit tentang perkembangan dia dengan Azara. Itu pun masih banyak lagi perkara yang dia rahsiakan daripada umi.
“Kenapa, terkejut sebab I tahu pasal Azara Fatiha?”
Hey, Reen I tak kisah langsung kalau you tahu pasal hubungan I dengan Zara sekalipun sebab you bukan seseorang yang penting pun dalam hidup I.”
“Oh, jadi you takkan menyesal sebab you pilih perempuan tu?”
“Tak mungkin menyesal!” Yakin jawapan yang terbit dari bibir Razlan. Memang dia takkan menyesal sebab dia kenal Azara!
Well, bila you dah tahu siapa sebenarnya Azara yang you agung-agungkan sangat tu you pasti akan menyesal.” Izreen buat-buat ketawa untuk menakutkan Razlan.
I tak mahu tahu siapa dia sebenarnya sebab I yakin dengan perasaan I terhadap dia!”
Izreen jongket bahu. “Kalau tak nak tahu tak apalah. Cuma kalau boleh lebih baik you siasat siapa dia sebenarnya.. But ingat ya I tak paksa you siasat siapa dia..”
I won’t do that.” Razlan mula rimas dengan sikap Izreen. Apahal nak suruh dia buat benda bukan-bukan? Siap nak suruh dia siasat siapa Azara. Who the hell is she? “Kalau takde apa-apa yang penting I balik dulu.”
Melihat Razlan yang tidak berkutik dengan amaran yang dia berikan. Izreen pantas mengejar langkah Razlan dengan memaut lembut lengan lelaki itu. “Raz, please dengar cakap I.”
Sentuhan Izreen ditanganya ditolak lembut. “Reen, tolong jaga tingkah laku. I tak nak ada mata yang pandang kita dekat sini.”
Izreen angkat tangannya menyerah kalah. “Okay.. okay. I minta maaf. I hanya nak beri amaran dekat you pasal Azara. She is not someone yang you boleh hidup bersama. You tak kenal siapa dia sebenarnya, Raz!”
“Habis you kenal dia sangat ke?”
Izreen terdiam dengan sergahan Razlan. Dia tak boleh beritahu Razlan yang Azara ialah adiknya! Tak boleh! Bukan sekarang.
Kepala digeleng perlahan. “Tak kenal.”
“Kalau you pun tak kenal siapa Azara, apa hak you nak bercakap pasal dia? Kenapa, dia adik you ke?” Tembak Razlan.
“Eh, tak.. tak! I pun tak kenal siapa Azara tu. Memang I tak kenal dia pun.”
Razlan berdengus kasar. “Kalau tak tahu you tak perlu judge sikap Azara. I kenal siapa dia. Jangan tentukan hidup I”
Wajah Izreen berubah serta-merta. “No! You tak kenal siapa dia sebenarnya Raz! You tak kenal dia."
I takkan percayakan you lagi Reen. Hubungan kita dah lama berakhir, buat apa lagi you cari I?” Suara mula meninggi. Rimas!
“Sebab I nak sedarkan you pasal Azara.dia tak sesuai untuk you. Dia tak boleh faham you macam I faham you. Dia bukan perempuan yang sesuai untuk you, Raz.”
“Habis tu siapa yang sesuai untuk I? You?” Sekali lagi kepala Izreen digeleng perlahan. “Good. Then just let me choose anyone yang I nak. Jangan masuk campur hidup I.”
“I tak kisah siapa pun yang jadi pilihan you but not Azara. Please.”
Mata Razlan mencerlung memandang wajah Izreen. Bengang betul dia dengan Izreen. Siapa Izreen untuk tentukan yang Azara bukan pilihan yang terbaik untuk dia?
I dah cakap jangan masuk campur dalam hidup I. I nak kahwin dengan sesiapa pun langsung takde kaitan dengan you.”
‘Azara ada kaitan dengan dia! Ada kaitan sangat-sangat.’ Nak aje dia jeritkan ke muka Razlan bahawa Azara ialah adiknya.
“Baik, kalau itu pilihan you, I tak boleh halang tapi ingat kata-kata I yang you akan menyesal! Menyesal yang amat sangat sebab kahwin dengan Azara.”
“Kalau I menyesal sekalipun takde kaitan dengan hidup you.”
Razlan terus melangkah meningalkan Izreen. Mereka datang dengan kereta berasingan, senang nak bergerak. Boleh gila meroyan dia kalau layan perangai Izreen. Tak pasal-pasal mereka berjumpa untuk berbual tentang Azara? Ah, dia tidak berminat untuk berbual tentang Azara dengan Izreen. Lantaklah!
Azara memandang sekeliling kawasan taman. Segan juga dengan Puan Melati bila ada kawan datang ke rumah.


“Kau ni terlangut sana, terlangut sini.. Apahal?”
Ah? Oh.. Takde apa-apa. Saja aku segan kalau-kalau umi tengok kita berbual dekat luar ni.” Takut kalau dia berterus-terang Hanis kecil hati pula.
“Kau tak suka aku datang ke?”
“Eh, kau ni ada ke macam tu pula. Bukan aku tak suka cuma aku segan dengan umi tu..”
Hanis tergelak kecil dengan reaksi muka Azara.
“Umi? Bukan main.. lepas ni bolehlah jadi umi tu jadi mak sedara kau yang betul-betulkan?”
Azara tampar lengan Hanis yang sudah berisi sejak mengandung. “Kau ni mulut tu jaga-jaga sikit. Jangan main cakap ikut sedap mulut aje.. Rumah orang ni!” Memang Azara memberitahu kepada mereka bahawa Puan Melati ialah ibu saudara Razlan bukannya emak tiri Razlan.
“Rumah bakal saudara kau nanti kan? Puan Sofiah selalu ke sini lawat adik dia?”
Khairul yang duduk di depan Azara tergelak melihat Azara yang nampak menggelabah. “Kau ni takutkan mak cik Razlan tu atau kau takut dengan Razlan ni?” Soal Khairul.
Azara pandang wajah Khairul. “Hish, apa yang aku nak takutkan dengan Razlan? Mana ada apa-apa pun dengan dia. Merepek je!”
“Kalau ada apa-apa pun apa salahnya. Aku dengar tadi Mak Cik Melati cakap yang Razlan tu single and available lagi. Jadi takde orang nak serang kau, jangan risau.”

Ergh! Hanis ni memang merepek! Merepek gila.
“Kau jangan nak gelak sangat, kang nak terberanak dekat sini haru pula. Dua minggu lebih aje lagi due tu, patutnya duduk rumah berehat. Ini tak, makin dekat due nak bersalin makin ligat kau merayap eh.”
Azara sudah mula membuka ceramah percuma. Bimbang dengan kesihatan diri Hanis. Berjalan tak kira masa. Tengah-tengah malam teringin nak makan burger bakar, nak makan tomyam ayam macam-macam lagilah!
“Kau tu jangan nak mengata aku sangat Zara, nanti kau dah mengandung kau tahulah azabnya. Masa tu baru kau tahu nak usung laki kau ke mana. Kesian Razlan nanti..”
Mata Azara terbeliak besar. “Apa kaitan dengan Razlan pula?”
“Kan suami kau nanti.”
Hooooo, siapa kata? Merepek aje kau ni.”
Khairul tergelak mengekek. Hanis dengan Azara ni bercakap boleh tahan juga mulut masing-masing, kalau nak mengata memang tak kira apa dah. Main bedal aje tapi yang peliknya tak pernah merajuk dan tak pernah juga bergaduh. Masing-masing kepala tingtong.
“Assalamualaikum.”
Kepala ketiga-tiga manusia itu menoleh serentak.
Azara berdiri tegak. Habislah… Razlan dah pesan kalau nak jumpa kawan jumpa di luar rumah bukan di rumah umi sebab tak mahu sesiapa menghidu tentang hubungan Puan Melati dengan Encik Latif.
“Raz..” Liur ditelan kesat.
“Dah lama ke korang sampai?” Razlan menghulur tangan kepada Khairul. Bibir lelaki itu masih tersenyum manis. Tak marah ke berlakon ni?
Perlahan-lahan Azara melabuhkan punggungnya semula.
“Nak air?”
Azara menghulurkan segelas air kepada Razlan. Hanis dan Khairul sama-sama terpaku macam kena pukau.
“Air saya tadi tapi belum minum lagi. Awak ambillah.”  Azara segera menjawab pandangan mata Hanis dan Khairul. Dia tahu dua orang manusia itu sedang pelik dengan sikap dia sekarang ini.
Razlan menyambut gelas dari tangan Azara dan terus meneguk air mangga dalam gelas sehingga habis. “Sedap air ni. Mesti you yang bancuh kan?”
Hanis tergelak kecil melihat Razlan mengenyitkan matanya kepada Azara. Aduh, jatuh hati! Nasib baik dah kahwin kalau tak memang dia dah tergolek-golek tangkap cintan dengan Razlan. Kacak gila!
Azara kalut melihat wajah Razlan yang bersahaja. Mesti Hanis nampak perlakuan Razlan sebentar tadi. Ah, buat malu dia aje!
“Awak tidur sini ke malam ni?” Razlan angguk.
Degil betul. Dah berkali-kali dia tegur Razlan yang dia segan kalau ada jiran-jiran perasan yang Razlan asyik bermalam dia rumah Puan Melati. Mereka bukannya ada hubungan apa-apa pun. Segan kalau orang dah mula bercakap. Di pejabat pun bukan main lagi orang mula galak menyebarkan gosip kononnya dia adalah kekasih Razlan.
Kalau mereka tahu dia tinggal di rumah emak tiri Razlan dan paling penting jika mereka tahu dia sering tinggal satu bumbung dengan Razlan mahu jatuh berterabur rahang gigi mereka agaknya. Sah!
“Okay lah Zara, Raz.. Kami balik dulu. Dah dekat pukul sebelas malam ni. Raz, sorrylah ya saja je singgah di sini sebab dah lalu dekat area sini. Rindu pula dengan Zara dah seminggu tak jumpa.”
Razlan tersenyum. “Tak kisah pun. You kan kawan dia.. Kalau kawan Zara, kawan I jugak, kan?”
Hanis mengangguk mengiyakan kata-kata Razlan.
“Kalau senang-senang datanglah rumah kitorang.. Zara, kau ni pun bawalah Razlah pergi rumah aku. Kau pun dah lama gila kot tak pergi rumah aku.”
Nak pergi apa bendanya, dia ke mana-mana semuanya dengan Razlan. Takkan nak arahkan Razlan pergi sana kot? Ish, tak naklah dia.
“Boleh.. boleh. Nanti I singgah rumah korang dengan Zara. Zara ni segan nak ajak I agaknya.” Razlan kerling wajah Azara.
“Kau nak balik kan? Jomlah aku teman sampai pagar.” Tangan Hanis ditarik lembut. Berjalan seiring dengan wanita mengandung itu.
“Kau jalan macam penguin.”
Razlan dan Khairul gelak kuat mendengar omelan Azara. Macam penguin?
Hanis mencubit lengan Azara kuat. Geramnya! Semua dia buat Azara kompelin. “Zara, aku memang tak sabar nak tengok kau mengandung. Kau nanti mak penguin!” Hanis sengih melihat wajah cemberut Azara.
“Aku main-main aje pun.. Tak payahlah nak cakap aku mak penguin pulak.”
“Mak penguin pun you tetap comel.” Wajah Azara serta-merta merona merah mendengar celahan Razlan. Comel ke? Auu, malunya!
“Merepek je awak ni Raz.”
Hanis sudah melangkah masuk ke tempat duduk belakang. “Kau drive elok-elok tau Khai. Mak buyung dekat belakang ni mungkin terlelap bila-bila masa aje gayanya ni..”
Khairul menutup pintu belakang selepas memastikan Hanis sudah selamat masuk ke dalam perut kereta. “InsyaAllah. Aku balik dulu. Raz, jumpa lagi. Jemput ke rumah.”
Razlan mengangguk-angguk. “InsyaAllah..”
Kereta Khairul menghilang dari pandangan mata.
“Kan saya dah cakap jangan tidur rumah umi selalu sangat. Segan tau kalau ada jiran-jiran yang mengata.”
“Mulut orang Zara, buat apa nak kisah.”
“Memanglah mulut orang tapi kalau kita tak buat orang mengata takkan orang nak mengata, Raz.”
You dengar ke orang mengata?” Azara terdiam. Dia memang tak dengar langsung tapi Haleda yang cakap orang di pejabat mula bergosip tentang hubungan dia dengan Razlan. Kononnya dia adalah punca Razlan putus tunang.
Gila ke apa. Tunang Razlan pun dia tak pernah kenal inikan pula nak putuskan hubungan Razlan dengan bekas tunang dia tu.
Merepek!
“Zara, penting sangat ke pandangan orang pada you? Selama ni ada ke kita buat salah? Kalau kita tak buat salah buat apa nak takut dengan kata-kata orang?  Kita bukannya tidur satu katil, satu bantal pun.”  Wajah Azara merona merah mendengar bebelan Razlan yang tidak berpuas hati dengan sikap Azara.
“Apa-apalah. Saya masuk dulu.”
Azara terus berlalu meninggalkan Razlan di kawasan tempat letak kereta.

7 comments :

  1. Replies
    1. Waaaa. wa. Dah sambung lama kan bab ni. hihi.
      Sorry baru reply komen Ruunna Qizbal di sini. ;)

      Delete
  2. Jahatlah kakak zara ni dng adik sendiri pun dengki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa, Izreen memang perangai macam tu! Geram je kan dengan Izreen ni.

      Delete
  3. geram tol kat izreen ni...dengki dgn adik sendiri..tamak...tak boleh tgk zara bahagia..mental ke si izreen ni...harap nanti zara akan cerita masalah dia n family kepada razlan..harap jg razlan akan terima zara seadanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak! Baca dah kan bab seterusnya? haha.
      Sorry, busy sangat tak sempat nak reply komen.

      Delete
  4. Izreen pompuan saiko yg xde sebab nak jeles dgn adik sendiri kecuali dia mmg sakit jiwa.

    ReplyDelete