Saturday 21 September 2013

Bab 25 Aku, Dia dan Stilleto

Air mata masih berdegil tidak mahu berhenti. Aulia dah rasa penat sangat menangis sejak dia balik dari kerja petang tadi. Ini semua silap dia. Kalaulah dia terus buang benda tu, tak mungkin perkara ini akan jadi besar sampai macam sekarang ni.
Aulia pandang wajah Datin Zahrah yang menangis dalam dakapan Datuk Rahman. Kenapa tiada yang memeluk dia? Mana Mak Bib? Kenapa Mak Bib tak keluar untuk menenangkan dia? Kenapa Mak Bib asyik berkurung dalam dapur?
Tell me Aulia! Anak siapa yang dalam perut Lia tu?” Jari tunjuk Datuk Rahman lurus ke arah perut Aulia yang masih kempis.
“Lia tak mengandung..” Ah, masih mahu berbohong sedangkan alat penguji kehamilan jenama clear blue terhidang depan mata.
Rasa pening kepala dan meloya dia pun masih lagi terasa, dia masih mahu berbohong yang dia tidak mengandung?
“Jangan buat daddy naik angin, Aulia. Lia nak bohong apa lagi kalau benda alah ni dah memang tunjuk tiga minggu mengandung?” Datuk Rahman mencampak kasar alat penguji kehamilan di depan muka Aulia.

“Lia tak bohong. Memang Lia tak mengandung.” Ah, kenapa hati ini masih berdegil. Kenapa masih tidak mahu mengakui yang sebenar. Riak wajah Aulia yang takut-takut tidak berjaya meyakinkan Datuk Rahman yang dia tidak mengandung.
“Kalau Lia masih nak berbohong, baik. Daddy akan suruh Doktor Fatimah datang ke sini untuk buat ujian kehamilan dekat Lia. Lepas tu kita tengok Lia masih nak berbohong atau tak.” Kalau daddy betul-betul suruh Doktor Fatimah datang memang dia akan kantoi. Masa tu mungkin daddy tak sudi nak pandang muka dia lagi.
Daddy, mummy.. Lia minta maaf tapi semua ni bukan salah Lia. Lia tak tahu..” Datuk Rahman menarik kakinya yang dipeluk oleh Aulia.
“Cakap, anak siapa Aulia! Cakap!”
Aulia masih berdegil. Asyik menggelengkan kepalanya. Kalau dia cakap ini anak Ashraff, agaknya mummy dan daddy dia akan percaya atau tidak? Atau mereka akan kata dia yang sengaja perangkap Ashraff.. Goda Ashraff sampai Ashraff layu dalam pelukan dia?
Datin Zahrah mendekati Aulia. Menarik anak kesayangannya ke dalam pelukan. Kepala Aulia diusap perlahan. “Cakaplah dengan mummy, anak siapa. Siapa yang bertanggungjawab dengan semua ini. Lia.. Jangan buat mummy macam ni, sayang.”
Aulia menangis teresak-esak dalam pelukan Datin Zahrah. “Maafkan Lia mummy. Maafkan Lia.”
“Kalau Lia nak mummy maafkan Lia, cakap dengan mummy. Mummy janji mummy akan minta lelaki tu kahwin dengan Lia. Anak ni baru tiga minggu, kita nikah cepat-cepat. Ya?”
Aulia menggeleng. Dia sanggup simpan rahsia ni sampai mati asalkan dia tak kahwin dengan Ashraff. Helinna yang akan berkahwin dengan Ashraff, bukan dia.
“Lia boleh jaga anak Lia sorang-sorang. Dia tak perlu bertanggungjawab apa-apa, mummy.” Mendengar kata-kata anaknya, Datuk rahman terus naik hantu.
“Lia jangan nak pandai-pandai buat keputusan! Lia ingat Lia dah besar sangat sampai nak buat keputusan sendiri? Nak malukan daddy? Nak biar satu Malaysia tahu yang anak Datuk Rahman, Pengarah Megah Holdings mengandung anak luar nikah?” Tempikan Datuk Rahman buat Aulia kecut perut. Kali pertama dia tengok daddy dia mengamuk sampai macam ni sekali.
“Tergamak Lia conteng arang di muka daddy! Kalau Lia dah gatal sangat nak berlaki, cakap dengan daddy! Daddy boleh cari lelaki yang sesuai untuk Lia!” Datuk Rahman terduduk di sofa. Rasa tak mampu lagi mahu berdiri. Sakit jantung dia bila mendapat panggilan daripada isteri dia semasa makan tengah hari tadi.
Seharian dia langsung tiada mood di pejabat. Akibatnya habis semua orang asyik kena marah dengan dia pada hari ini termasuklah Aulia yang disingkirkan dari projek terbaru di Nilai.
“Baik, kalau Lia tak nak cakap dengan kami siapa bapak kepada budak tu, daddy akan cari siapa sahaja lelaki yang sudi untuk dinikahkan dengan Lia. Daddy tak mahu anak tu lahir nanti tak berbapa.” Aulia pandang wajah Datuk Rahman memohon simpati. Siapa yang sudi berkahwin dengan barang terpakai macam dia?
Daddy, please. Jangan buat Lia macam ni. Kalau daddy nak Lia pergi luar negara, Lia sanggup asalkan jangan kahwinkan Lia dengan sembarang lelaki. Tolonglah.” Sekali lagi kaki Datuk Rahman disujud.
“Lia nak berambus dari rumah ni, ikut suka hati Lia. Daddy takkan halang Lia nak ke mana lepas ni. Pergilah ke bulan sekali pun daddy takkan halang tapi semua tu lepas Lia kahwin. Mulai hari ni jangan keluar ke mana-mana sampai daddy berikan kebenaran untuk dia berbuat demikian.”
Datuk Rahman bangkit mahu meninggalkan ruang tamu. Aulia masih meraung memanggil Datuk Rahman namun langsung tidak dipedulikan.
“Lepaskan daddy!”  Aulia masih berkeras. “Sebelum tangan daddy naik ke muka Lia, baik Lia lepaskan daddy!” Datuk Rahman menolak kasar tubuh Aulia yang sujud di kakinya.
“Abang, jangan buat Lia macam ni bang. Ni anak kita..” Giliran Datin Zahrah pula memujuk suaminya. Tidak sampai hati melihat Aulia dilayan kasar oleh Datuk Rahman.
“Anak yang sanggup memalukan keluarga sendiri? Anak yang sanggup menconteng arang ke muka kita Zah? Mana kurangnya didikan yang daddy berikan kepada Lia? Dekat mana Lia letak kepala otak Lia masa Lia buat semua tu? Lia tak ingat Tuhan? Tak ingat mummy dan daddy?” Rasa sebak mula bertamu di hati Datuk Rahman.
Siapa yang tidak sedih apabila mengetahui kebenaran yang anak sendiri sanggup bezina sehingga mengandung anak luar nikah!
“Sudahlah Lia, jangan merayu dengan daddy lagi. Selepas ni Lia kena terima apa sahaja keputusan yang daddy buat untuk Lia,”
“Tak nak. Lia boleh jaga anak ni sendiri. Jangan paksa Lia kahwin dengan lelaki yang Lia tak cinta. Please.”
“Aulia Rahman!” Datuk Rahman bertempik kuat. Mak Bib yang berada di dapur pun terkejut mendengar tempikan kuat itu. “Lia dah malukan daddy sekarang Lia masih nak aturkan apa yang daddy perlu buat?”
“Biar Lia selesaikan masalah ni sendiri. Please.”
Daddy tak setuju. Suka atau pun tidak Lia tetap akan ikut kemahuan daddy.” Datuk Rahman panjat tangga ke tingkat atas.
Pintu bilik dihempas kuat.
Aulia merapati Datin Zahrah. “Mummy.. Tolong Lia.”
“Lia, apa yang daddy cakap tu betul. Lia setuju ajelah dengan pilihan daddy. Daddy takkan aniaya anak dia sendiri. InsyaAllah Lia akan bahagia dengan perkahwinan Lia nanti.”
“Takde orang yang nakkan Lia dalam keadaan macam ni mummy. Lia bukan macam perempuan lain.
“Tapi semua tu salah Lia sendiri kan? Bukan ada orang yang paksa Lia buat dosa ni.” Tiada orang paksa? Dia sendiri tidak pernah rela disentuh oleh lelaki yang bukan suaminya, bukankah itu satu paksaan?
“Lia tak salah..”
Datin Zahrah melenting sedikit apabila melihat anaknya yang masih tidak mahu mengaku bersalah. Tidak rasa berdosa dengan Allah selepas melakukan maksiat. “Apa yang tak salahnya Lia? Lia dah buat dosa besar pun Lia masih rasa tak bersalah? Tak berdosa? Lia.. Minta ampun dari Allah.”
“Bukan Lia yang nak semua ni mummy. Lia tahu halal dan haram.”
“Aulia, mummy tahu anak mummy ni baik. Mungkin Lia tersalah langkah tapi ingatlah yang pintu taubat Allah swt sentiasa terbuka luas untu semua umatnya. Mummy harap Lia buat solat sunat taubat dan minta ampun dari Allah.” Datin Zahrah mengelus lembut rambut anak kesayanganya. Walaupun Aulia sudah tersalah langkah, Aulia tetap anaknya.
Mungkin ada juga salah dia dalam mendidik Aulia sehingga anaknya tersasar jauh dari apa yang dia fikirkan. Ingatkan Aulia hanya tidak menutup  aurat dengan sempurna sebaliknya Aulia melakukan satu dosa yang lebih besar.
“Lia lupa apa yang selalu mummy dan Mak Bib pesan dengan Lia sebelum keluar rumah? Lia lupa apa yang mummy selalu ingatkan Lia semasa Lia dengan Arul?
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. (Surah Al-Isra' 17: Ayat Ke 32)”
“Lia tak lupa mummy. Lia tak pernah lupa.. Lia minta maaf.”  Ya Allah.. Kalau nak diikutkan hati yang marah memang dia marah sangat dengan Aulia sekarang ini tetapi apabila difikirkan semula tak sampai hati membiarkan Aulia melalui semua ini seorang diri.
“Sudahlah Lia. Mummy nak naik atas jenguk daddy. Lia sabarlah ya. Daddy cuma nak yang terbaik untuk Lia.” Datin Zahrah bangkit meninggalkan Aulia seorang diri di ruang tamu.
“Apa tu Mak Bib?” Mak Bib sembunyi sesuatu dalam tangannya.
“Takde apa-apa Datin. Kertas kosong aje.” Bukan Datin Zahrah tak perasan wajah pucat lesi. Datin Zahrah mendekati Mak Bib. Tangan Mak Bib yang disembunyikan dibelakang badan ditarik perlahan-lahan.
“Apa ni Mak Bib?” Wajah Datin Zahrah terkejut bukan kepalang. “Siapa punya ni?” Datin Zahrah pandang sekeliling. Dia berada dalam bilik Aulia sekarang ni.
“Siapa punya ni Mak Bib?” Mak Bib geleng kepala. Sumpah dia tak tahu siapa punya. Dia kahwin pun tidak takkanlah dia pula yang nak guna benda ni. “Aulia?” Mak Bib ketap bibir.
“Mak bib tak tahu Datin. Mungkin kawan Aulia yang punya.” Wajah Datin Zahrah berubah cemas.
“Mak Bib! Dah tiga minggu ni Mak Bib. Anak siapa ni? Ya Allah.. Mak Bib.” Datin Zahrah mengurut dada.
“Datin.. Datin..” Mak Bib memapah Datin Zahrah yang sudah jatuh terjelopok di atas lantai. Mak Bib membaringkan Datin Zahrah di atas katil Aulia.
“Mak Bib.. Kenapa Aulia tergamak buat saya macam ni Mak Bib. Apa salah saya dalam mendidik Lia? Ya Allah.. Sampai hati Lia.” Air mata Datin Zahrah mulai membasahi pipi.
“Bukan Lia. Kita belum tahu lagi alat ni siapa yang punya. Mungkin kawan Lia, model yang selalu datang di rumah kita tu. Mak Bib yakin Lia takkan buat benda-benda yang tak baik macam ni. Lia tu anak yang baik.” Mak Bib turut mengesat air mata yang mengalir di pipinya.
Kalaulah dia tahu Datin Zahrah akan masuk ke bilik Aulia, cepat-cepat dia buang sampai dalam bakul tu tadi. Akibat terkejut melihat alat penguji kehamilan, Mak Bib sendiri pun terkaku di muka pintu tandas. Akibatnya Datin Zahrah merampas alat itu dari tangannya.
Mak Bib menggelengkan kepalanya. Melihat Aulia yang bersujud di kaki Datuk Rahman sebentar tadi membuatkan hatinya sebak. Dia menjaga Aulia sejak anak itu lahir lagi. Dia yang membesarkan Aulia bersama Datin Zahrah. Dia tahu Aulia takkan tergamak buat semua ini.
Mungkinkah Aulia diperangkap? Atau ada seseorang telah morogol Aulia? Ya Allah, janganlah ada sesiapa yang berniat buruk terhadap Aulia.
Lamunan tentang kejadian petang tadi hilang entah ke mana sebaik sahaja sepasang mata tuanya menagkap sesusuk tubuh Aulia yang bergerak ke tangga.
“Lia..” Aulia yang mahu melangkah naik ke anak tangga pertama berpaling semula. Melihat wajah sedih Mak Bib, Aulia terus menangis.
Tubuh Mak Bib dipeluk erat. “Lia tak buat semua tu Mak Bib.. Lia tak buat.” Mak Bib angguk. Kedua-dua belah pipi Aulia disentuh lembut.
“Pandang Mak Bib. Mak Bib percayakan Lia. Lia anak Mak Bib, Mak Bib tahu anak Mak Bib ni takkan tergamak buat benda macam tu.. Kan?” Aulia bertambah sedih. Satu-satunya insane yang percayakan dia.
“Mak Bib, tolonglah Lia. Lia tak nak kahwin dengan pilihan daddy. Lia tak nak kahwin dengan lelaki yang Lia tak kenal.” Aulia memohon simpati Mak Bib. Mungkin Mak Bib boleh pujuk daddy dia untuk membatalkan hasrat tu.
“Jom kita duduk dekat dapur.” Mak Bib memimpin tangan Aulia ke dapur.
Aulia duduk bersebelah Mak Bib. “Lia, Mak Bib bukan nak masuk campur hal Lia tapi dengar cakap Mak Bib. Walau apapun yang berlaku, jangan jadi anak yang derhaka.”
“Tapi Lia tak salah. Walaupun Lia tak harap anak ni membesar dalam rahim Lia, tapi Lia takkan buang anak ni sebab Lia boleh besarkan dia seorang diri.”
Mak Bib mengiyakan kata Aulia. “Mak Bib faham. Mak Bib yakin Lia boleh besarkan anak Lia tanpa bantuan sesiapa tapi ….”
“Tapi apa Mak Bib? Mak Bib tak yakin dengan Lia?”
Mak Bib menggeleng. “Dengar dulu apa yang Mak Bib nak cakap dengan Lia.” Aulia diam. Air mata yang mengalir deras di pipi dikesat dengan belakang tapak tangannya.
Mak Bib menghela nafas berat. Dia faham apa yang dilalui oleh Aulia sekarang ini. “Mak Bib yakin yang anak Lia boleh membesar dengan sempurna walaupun tanpa suami di sisi Lia tapi Lia pernah tak terfikir apa yang akan jadi kepada anak ni bila dia dah besar? Bila dia tanya mana ayah dia, apa Lia akan cakap dengan dia? Lia.. Lia kena fikir untuk masa depan anak Lia.”
“Lia boleh cakap yang ayah dia dah mati.” Senang pemikiran Aulia. Buat apa nak serabutkan kepala otak dia.
“Lia, semua ni bukan semudah yang Lia sangka. Bila Lia nak daftarkan anak Lia, pendaftar akan minta sijil nikah Lia.. Kalau Lia takde sijil nikah, Lia nak tengok anak Lia berbin kan dengan Abdullah atau Lia nak dia dibinkan dengan nama Lia sendiri?”
Aulia geleng. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia mahukan. Dia tidak tahu sama ada dia patut berkahwin atau tidak. Bukankah lebih mudah kalau dia melarikan diri ke luar negara dan bersalin di sana. Nanti bila orang tanya cakap ajelah dia kahwin dengan mat salleh.
Aulia menangis lagi. “Kenapa hidup Lia jadi macam ni?”
“Walaupun Mak Bib tak tahu macam mana anak ni wujud dalam rahim Lia tapi jangan mengeluh sayang.. Allah takkan uji hambanya dengan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambanya itu. Allah tahu Lia kuat untuk hadapi semua ini. Mak Bib yakin Lia pun kuat.”
“Lia tak kuat Mak Bib. Lia dah hampakan harapan daddy. Lia dah malukan  keluarga Lia.”
Shuuuu, takde sesiapa yang tahu Lia mengandung. InsyaAllah kita akan sama-sama jaga rahsia ni.” Ya Allah, inilah yang dinamakan keluarga. Ada pada bila-bila masa tidak kira susah atau senang semuanya sanggup dihadapi bersama.
Aulia tak sangka Mak Bib sangat sayangkan keluarga ini. Walaupun Mak Bib orang luar tetapi Mak Bib melayani semua orang dalam rumah ni macam ahli keluarga sendiri.
“Terima kasih Mak Bib.” Aulia peluk Mak Bib.
“Ingat Lia, Rasulullah s.a.w bersabda dan membawa maksud: Redha Allah bergantung kepada redha ibu ayah. Murka Allah s.w.t bergantung kepada murka kedua ibu dan ayah (Riwayat Al-Hakim). Jadi kalau Lia mahu mendapatkan keredhaan Allah swt dalam hidup ini, Lia kena dapatkan redha dari mummy dan daddy Lia terlebih dahulu. Ikut sajalah cadangan daddy.
“Lia faham. Lia naik dulu Mak Bib.”


p/s : Thanks kepada semua yang sudi tunggu! Ni untuk korang semua sayang-sayang. 
Love,
Sri. 

15 comments :

  1. cian Lia. Lia tak bersalah. jangan lepaskan Ashraff. moga ada tindakan yg sepatutnya dikenakan terhadap dia. biar tembelang dia pecah. geram sungguh kat mamat tu. grrr......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi eifa.
      Alaaa, jangan la tembelang dia pecah awal sangat. nanti habislah cerita Sri ni! ;p

      Delete
  2. Thanks sri trubat rindu sy... Sian lia npe x cite hal sbnr atleast kt m.bib... Huhu...hrp lia sntiasa tabah.. Sedih ny....
    -sweetheart87-

    ReplyDelete
  3. really sadd, nakk sambung lgi pliiissss

    ReplyDelete
  4. smbung lgiiiiiiii pliiisss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa, macam mana nak sambung. Nanti tak saspens la

      Delete
  5. Kechianyerr..rndu gla ADDS nie..hope lpas nie cpat skitt next n3 ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa, sebulan baru Sri reply komen ni. Maaf lah reply lambat. Sri bukak ni sempat baca komen dan approve komen aje.
      Tak sabar nak bulan 12 nanti. Boleh bercuti.

      Delete
  6. Kesiian kat lia..dya bkan duga p0wn bnda nie nk jdi kan..hope lpas nie cepat ada next n3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kehkehkehkeh. Dah ade entry baru baru reply komen pada entry lama. Oh my..

      Delete
  7. Kesiian kat lia..dya bkan duga p0wn bnda nie nk jdi kan..hope lpas nie cepat ada next n3.

    ReplyDelete