Thursday 17 October 2013

Bab 2 Dia Lelaki Untuk Aku

Kertas nota ketiga di terima pada hari kedua dia di Langkawi. Nota kedua dia terima malam semalam ketika makan malam di Restoran Ombak, hari ini dia terima ketika sarapan pagi pula. Dihantar oleh pelayan hotel.

Dia pasti pengirim nota ini pasti bermalam di Vistana juga. Kalau tak takkan dia tahu Yasmin akan turun bersarapan pada pagi ini.
“Kau termenung apa ni Yas oi?”
“Kau rasa siapa yang kirimkan nota tu? Aku rasa takut pula nak duduk lagi dua malam dekat sini.”
Ameera tergelak kecil. Semalam bukan main lagi cakap besar tak takutlah apa lah.. Hari ni cuak pula!
“Kenapa kau cuak?”
“Kau tak perasan ke apa yang dia tulis? Semalam dia puji baju aku pakai cantik, hari ni dia puji selendang aku ni cantik sedondon dengan warna lipstik dan handbag aku. Kau tak rasa dia ni gila seks ke?”
“Merepek ajelah kau ni Yas!”
“Aku rasa tak sedap hatilah Amee.. Kalau dia ada apa-apa niat tak baik pada aku, macam mana?” Suapan nasi goreng ke mulut terhenti.
“Yas, boleh tak kalau kau fikir positif? Oh my God, this is not you lah Yas. Selalunya kau bukan mudah takut macam ni. Tiba-tiba aje kau jadi penakut ni kenapa?”
Dia bukan jadi penakut tapi dia rasa takut. Takut sebab pengirim misteri ini banyak memuji tentang penampilan dia. Senyumanlah, baju lah.. selendanglah. Lepas ni apa pula yang dia nak puji?
Come on, jangan tunjuk yang aku tu takut. Kalau dia ada sekeliling sini mesti dia akan rasa seronok bila tengok kau takut.”
Yasmin rasa serabut. Datang ke sini sebab nak tenangkan fikiran alih-alih dia pula yang serabut sebab diganggu pengirim nota yang misteri.
“Dahl ah Yas, makan cepat. Aku dah tak sabar nak pergi Ismail Group. Dah alang-alang kita lama gila tak datang Langkawi ni wajiblah aku beli coklat untuk adik-adik aku.” Ameera sengih lebar. Coklat murah kot dekat Langkawi takkan tak nak beli.
Dia pun akan beli juga tapi tidaklah sebanyak Ameera sebab dia cuma ada seorang kakak dan seorang adik. Oh ya, dan tidak lupa seorang anak saudara yang sangat-sangat comel. Ila Baizura. Ah, rindu!
“Kau senyum sorang-sorang ni kenapa? Gila?”
“Ingatkan Ila. Rindu dekat kesayangan aku tu.”
“Beb… aku dah tahu kenapa mak kau menyampah dengan kau.” Ameera petik jari depan Yasmin. Seolah-olah dapat menyelesaikan satu masalah misteri yang gah!
“Kenapa?”
“Sebab Ila.”
Yasmin letak sudu dalam pinggan. “Apa sebab Ila pula? Kau jangan jadi macam mak aku pula Amee, habis semua orang dia nak sangkut dalam hal yang takde kaitan dengan orang tu pun..”
Tangan digawang kiri dan kanan di depan Yasmin. “Tak..tak. Bukan aku suka hati aje nak petik nama Ila tapi aku rasa sebab Ila sayang sangat dekat kau kot, jadi mak kau jeles.”
Yasmin tergelak kecil. “Ila tu baru lima tahun aje Amee oii, buat apa mak aku nak cemburukan aku dengan Ila? Memang Ila rapat dengan aku, jadi?”
“Jadi mak kau takut kau gunakan Ila untuk pikat Abang Iz.” Tawa Yasmin meledak kuat.
“Merepek! Aku tak pernah terfikir sampai ke situ pun. Kakak aku memang selalu minta tolong aku tengokkan Ila dan Ila memang rapat dengan aku, bukan sebab Abang Iz pun. Nonsense!”
“Habis tu mak kau pernah tak ajak Ila tidur dengan dia bila kakak kau out station?” Ameera jongket kening sebelah.
“Mestilah ada tapi Ila tak nak..”
See. Betul tak apa yang aku cakap? Mak kau cemburukan hubungan kau dengan Ila. Dia rasa kau cuba rampas perhatian Ila untuk tarik perhatian Abang Iz.”
Yasmin terdiam. Takkan lah? Ila kan memang rapat gila dengan dia.
Sudu dalam pinggan kembali diambil dan nasi goreng yang masih berbaki sedikit disua ke dalam mulut.
Dia dan Izlan?
Oh.. tak mungkin.


Yasmin hanya tergelak kecil memerhati gelagat Ameera yang kalut mengambil bakul untuk membeli coklat.
“Nah untuk kau.” Satu bakul berwarna biru dihulurkan kepadanya.
“Nak buat apa?”
“Laa, beli coklatlah. Takkan kau nak pegang aje? Lama tau kita nak melepak dekat sini.”
“Alah, aku nak beli sikit aje. Tak nak la lepask sini lama-lama sangat Amee, kita kan dah janji nak pergi Dataran Helang pulak lepas ni.” Yasmin mengingatkan Ameera yang mereka masih ada banyak lagi tempat perlu dikunjungi. Bukan datang sini semata-mata untuk beli coklat!
“Kalau tak sempat hari ni kita pergi esok ajelah. Lagipun mama aku dah kirim senarai coklat aku nak beli ni. Kau pun belilah banyak sikit untuk Laili dengan Ila. Ha, untuk Mak Nor pun belilah sekali. Mesti dia suka kalau kau belikan dia coklat.”
“Mak Nor tak tahu pun aku ke sini..”
“Anak Mak Nor, tahu?”
“Ish, kau ni.. Apa kaitan dengan anak Mak Nor pula? Aku tak tahu mana mamat tu pergi, dia minta cuti tiga hari.”
“Alah, apa-apalah. Malas nak dengar pasal mamat tu. Esok lusa masuk kerja nampak muka mamat tu lagi. Sebelum nampak muka dia, baik kau enjoy puas-puas. Nanti nampak muka monyok dia, kau sekali moody. Terkenan penyakit kedekut senyum.”
“Kau suka hati aje nak mengata dia kan? Buatnya dia ada dekat kedai ni, dengar kau mengata dia.. Ha, tak ke naiya aje kita kena serang?”
Ameera membulatkan matanya. “Kau harap dia ada dekat sini ke Yas? Omg!” Tangan naik menekup mulut tanda tidak percaya.
“Jangan buat gossip liar. Tak suka okay..”
Ameera tergelak besar. “Sorry. Aku acah je tadi.. Mana tahu kot-kot menjadi kau dengan dia. By the way, cepatlah jalan. Aku nak pilih coklat. Banyak ni!” Ameera menarik tangan Yasmin supaya membontoti dirinya.
Yasmin mengeluh lemah. Kalau dah keluar dengan kaki shopping macam Ameera ni memang dia akan stuck dalam tempat-tempat macam inilah. Dulu masa ke Bali dia gila membeli body scrub lah, baju lah, seluar pantai lah.. Now, chocolates?!
“Kau jangan lama sangat, bosan aku nak tunggu kau nanti.”
“Tak lama.. tak lama. 2 jam.”
Mata Yasmin membulat besar. “Satu jam. Sini bukan ada apa sangat pun.. Coklat aje.”
“Tapi aku nak pergi yang sebelah sana sama..” Ameera tunjuk Ismail Group yang lagi satu di bangunan sana.
“Buat apa?”
“Beli cadar.” Amboi-amboi, selamba badak air aje budak ni nak beli cadar pulak..
Wei, agak-agaklah.. Nak bawak balik macam mana? Kita bukan datang naik kereta okay..” Yasmin tidak setuju.
“Ala, bukannya kapal terbang tu tak muat nak masuk cadar aku. 1 aje pun.”
Yasmin garu kepala yang dililit dengan selendang. “Kau balik beli dekat Sogo ajelah, time sale pun murah gila kot. Lagi murah dari beli dekat sini.”
“Kualiti kain tak sama, Yas. Mama aku suruh aku beli untuk Ameer nak kahwin nanti.”
“Iyelah..”
Sudahnya Yasmin mengalah juga. Kalau dah Datin Junaidah yang kata beli, maka kena beli. Kalau tak kena bebel, ‘sia-sia aje mama benarkan kamu ke sana tapi tak belikan apa yang mama minta.. bla.. bla..bla..’
“Kau jangan lama sangat!” Ulang Yasmin sekali lagi. Uh, tak kuasa dia nak menunggu lama-lama sangat dekat Ismail Group ni. Nasib baiklah beli cadar dan coklat aje, kalau Datin Junaidah kirim pinggan mangkuk macam mana? Corella lah, Luminarc la, Pyrex lah.. Ha, tak kuasa dia nak tunggu Ameera memilih set pinggan mangkuk!
Memang luar bidang dia. Pinggan mangkuk, cadar dia tak minat. Kalau bunga dan pasu bunga ha, itu kegemaran dia tahap petala ke lapan! Memang minat gila.
Melihat Ameera yang menapak laju menuju ke arah coklat, lambat-lambat Yasmin melangkah. Perlbagai jenis coklat yang dihidangkan di depan mata diperhati lama.
Cadbury, Da’im, Ferrero Rocher, Andes, Hersey’s Kisses, dan belambak-lambak lagi jenis coklat yang ada di depan matanya. Patutlah orang cakap Langkawi ni syurga coklat. Memang tak sah kalau datang sini tak membeli coklat.
Yasmin terpaku lama di depan deretan coklat. ‘Nak beli apa?’
Tiga bungkus coklat Da’im di angkat ke dalam bakul di tangan. Rasa serba salah pula kalau beli sikit sangat. Tangan mengambil dua bungkus Hersey’s Kisses dan dua kotak coklat Ferrero Rocher bersaiz besar.
Kaki yang mahu melangkah terhenti sekali lagi. Tangan segera mencapai satu lagi bungkusan coklat Da’im dan dimasukkan ke dalam bakulnya. Cukuplah. Nanti membazir aje.
“Kakak.”
Yasmin toleh ke belakang. “Ya?”
Melihat huluran kanak-kanak itu, mata sekali lagi meliar di sekeliling. Siapa yang hantar nota kepada dia ni! Janganlah buat dia gelabah.
“Untuk akak ke?”
Kanak-kanak perempuan berbaju merah jambu itu mengangguk. Rambut yang ditocang kuda bergerak mengikut anggukan kepalanya.
“Takpelah, adik cakap akak tak nak terima nota ni.”
Gelengan di kepala kanak-kanak itu menimbulkan rasa gusar dihati Yasmin. “Kenapa?”
“Dia dah bagi duit. Kakak kena ambil juga nota ni.”
Ish! Siap bagi duit lagi dekat budak ni, rasuah ni. Mana boleh sogok dengan duit. Ngomel Yasmin dalam hati. Masih tidak berpuas hati dengan nota-nota yang dia terima. Ini dah kali ke empat dah ni. Lepas ni apa lagi dia nak buat!
“Terima kasih dik.”
Nota yang sudah bertukar tangan dibuka.
“Cukup ke coklat tu? Belilah lagi untuk adik-adik dan keluarga. - F”
Yasmin menggigit bibir. Jadi pengirim nota itu mengekori dia sampai ke sini? Bakul yang sudah berada di lantai segera diambil dan kaki menapak laju mencari Ameera.
“Amee! Amee!” Jerit ajelah, nak cari memang tak tahu minah tu dekat mana.
Yo.. yo. Kau terpekik-pekik ni kenapa?” Ameera muncul dari celah-celah lorong.
“Jomlah balik. Aku takutlah.” Lengan Ameera dipeluk erat. Sumpah dia memang rasa takut dengan peminat misteri yang mengekorinya.
“Kau nampak hantu takde kepala ke?”
Yasmin mencubit lengan Ameera.”Mulut kau tu boleh tak jangan kejam sangat?”
“Habis tu kenapa yang tangan kau ni sejuk sangat?” Ameera menggenggam tangan Yasmin. “Sejuk macam nampak hantu!”
“Ini bukan sebab nampak hantu, ini lebih daripada hantu. Jomlah kita balik, Amee..”
Nota dari tangan Yasmin diambil dan dibaca. “Laa, takkan sebab nota ni pun kau dah gelabah biawak? Yas, orang ni saja nak kenakan kau aje. Mungkin ada kawan-kawan kita yang datang sini dan nampak kau, jadi saja nak main-main.”
Yasmin menggeleng tidak setuju dengan pendapat Ameera. “Kalau kawan takkan lah dorang tak tegur. Mesti dorang akan datang jumpa aku dan tegur. Kau ni pun fikirlah logik sikit!”
“Ish, sebab tu aku cakap dia saja nak kenakan kau.”
“Cik.” Yasmin dan Ameera menoleh serentak. “Ada orang minta saya serahkan nota ni pada cik yang berbaju kuning ni.”
Ameera merampas nota di tangan pekerja Haji Ismail Group. “Untuk dia?” Gadis itu mengangguk.
Tangan Ameera rakus membuka nota yang sudah berada dalam tangannya.
“Jangan takut, saya tak makan orang. – F” Ameera membaca satu per satu perkataan yang ditulis di atas nota itu.
Yasmin sudah mahu menangis. Siapa yang nak mengusik dia ni. Tak suka tau main-main misteri macam ni! “Kan, aku dah kata dia ada dekat sini. Jom la kita balik, aku takut.”
“Kau nak takut apa Yas, kan dia dah pesan jangan takut. Adoi, pening aku dengan sikap kau ni Yas. Takut pada benda yang tak perlu. Dah la, jom kita bayar. Aku nak ke kedai sana pulak.” Yasmin masih lagi membontoti Ameera. Tangan yang mencakuk di lengan Ameera masih tidak dilepaskan.
Selesai Ameera membayar, giliran Yasmin pula untuk membuat bayaran coklatnya. Melihat nilai yang tertera pada mesin kaunter, beberapa keping not lima puluh dihulurkan kepada ‘cashier.
“Terima kasih, sila datang lagi.”
Yasmin mengukir senyuman kepada gadis comel itu. Debaran di dada kian menghilang. Dah rasa lega sebab boleh bernafas macam biasa. Tadi naik turun nafas dia, asyik pandang sekeliling takut kalau ada sesiapa yang muncul di belakang di. Sumpah takut gila!
“Cik!”
Langkah Yasmin dan Ameera terhenti mendengar laungan di belakang mereka. Siapa?

2 comments :