Friday 11 April 2014

Bab 11 Cinta, Jangan Sakiti Aku


Kentang goreng dicucuk dengan garpu sebelum disumbat ke dalam mulut. “Kau tak cakap pun dengan aku yang Lisa tu kerja dengan kau. Ju tahu ke tidak?”
Zafril mencapai air coke di atas meja makan dan disedut perlahan. “Dua hari lepas aku ada jumpa dengan Lisa dekat petrol station. Masa tu Ju ada dengan aku.. Aku dah cakap dengan Ju pasal Lisa ni..”
“Soalan aku Ju tahu ke tidak yang kau dengan Lisa kerja satu bumbung?”
Zafril menggeleng. “Kau rasa kalau Ju tahu apa dia buat?”
Tawa Hafizul meledak kuat. “Mak singa tu nak buat apa lagi selain mengamuk. Silap hari bulan cermin kereta kau boleh berkecai bro!”
Bukan dia tidak kenal dengan sikap cemburu buta dan panas baran Juliza. Memang tahap tak mampu nak kawal. Kalau mengamuk memang jenis pukul orang, jenis campak barang dan menjerit macam nak keluar anak tekak.
“Zaf, aku bukan nak takutkan kau tapi aku rasa elok kalau Ju tak tahu..”
Kepala diangguk perlahan. “Aku memang tak cakap dengan Ju. Kes aku jumpa dengan Alissa di stesyen minyak pun dia boleh cakap aku duk terkenangkan Lisa semula. Gila kau tahu tak. Gila!”
“Entah-entah betul apa yang Ju cakapkan tu. Kau ada hati dengan Lisa tu ke?”
“Gila!” Satu jelingan tajam dihadiahkan kepada Hafizul. Steak daging dipotong kecil dan disumbat ke dalam mulutnya. “Lisa dengan aku takde apa-apa. Aku secara tak sengaja tahu yang dia kerja dengan syarikat papa aku. Kebetulan.”
“Jodoh, mungkin?”
Zafril tergelak-gelak. “Mungkin Tuhan sengaja hantar Lisa kerja di syarikat keluarga aku sebab nak temukan aku dengan dia.. Untuk aku dan dia sama-sama betulkan kesalahan dulu. Untuk bagi peluang dia minta maaf pada aku sekali lagi.”
Suapan kentang ke dalam mulut Hafizul terhenti. “Apa dia buat pada kau dulu?” Riak terkejut memang jelas di wajah Hafizul. “Setahu aku kau yang kenakan dia dulu..”
Tesedar dia sudah tersasul, Zafril segera membetulkan suaranya. “Ish, bukan. Maksud aku iyelah dia kan dah malukan aku masa dekat padang dulu. Terjerit macam orang gila yang kononnya aku cintakan dia dekat padang tu.. Kau ingat aku ni tak malu ke?”
So?”
Zafril angkat sudu dan garpu dengan tangan kiri dan kanan naik sedikit ke udara. “So.. takde apa-apalah.”
“Iyelah kau tu takde apa-apa. Entah-entah ada apa-apa dengan Lisa tu..”
“Kau jangan nak merepek boleh tak?”
“Mana ada aku merepek pun. Aku cakap-cakap aje..” Mata Hafizul meliar ke sekeliling restoran. Tiba-tiba matanya terbuka luas. “Lisa dekat sana.. dengan Tuti.”
Where?”
“Dekat sudut sana.”
Pantas Zafril menoleh ke arah pisau yang terhala oleh Hafizul. “What is she doing here? Mengintip aku ke?” Soal Zafril kepada Hafizul.
“Kau rasa Lisa tu takde kerja sangat ke sampai nak intip kau? Kau ada buat salah apa dengan dia sampai dia nak intip kau ke sana sini?”
“Aku nak ke sana kejap. Kau tunggu sini!”
Melihat Zafril menolak kerusinya dan bergerak ke arah meja Alissa, Hafizul segera bangkit mengekori Zafril dari belakang. Takkan nak ketinggalan drama sebabak kot. Rugilah.
“What are you doing here, Lisa?” Tegak dia berdiri di sisi meja Alissa.
“Encik Zafril, saya ke sini nak makan.. Takkan nak beli kereta pula!” Pedas sindiran Alissa. Apa, Zafril ingat ni kedai bapak dia ke sampai Alissa tak boleh nak ke sini?
“I tak cakap you ke sini nak beli kereta tapi I tanya apa you buat di sini?”
“Makan.” Ringkas jawapan Alissa. Mata kembali ke buku menu yang dipegang olehnya. Jelingan Tuti yang menyoal ‘apa ni.. apa ni..’ hanya dibiarkan sahaja. Nantilah dia jawab dengan Tuti.
We need to talk. Now.”
Weekend bukan masa kerja saya. Tunggu esok ajelah lepas saya masuk kerja..”

“Alissa, I said now.” Buku menu yang dipegang oleh Alissa dirampas kasar. Buku menu itu kembali diletakkan di atas meja sebaik sahaja Alissa berdiri kasar.
“Apa Encik Zafril nak ni? Saya ada ganggu encik ke?”
“Yes, ganggu pandangan mata dan selera I dekat sini.”
Nafas dilepas kasar. “Kalau takde selera boleh makan di kedai lain.. Takde kena mengena dengan saya!”
“Jom.” Lengan Alissa ditarik sedikit kuat. Memaksa Alissa supaya mengikutnya.
“Zaf, kau nak dah kenapa?” Rasa tidak sanggup pula melihat Alissa dipaksa oleh Zafril. Walaupun Alissa berahsia dengan dia tentang Zafril dia pasti Alissa ada sebab yang tersendiri.
“Ikut I or I will reveal everything?”
Ugut? Zafril ugut dia sekarang ni? Alissa memandang wajah Zafril dengan pandangan mata yang tajam. Geram! Dia geram dengan Zafril.
“I tak main-main, Lisa..”
“Lisa, Zaf.. Apa ni? Korang ni dah kenapa? Reveal apa? Kau nak cakap apa Zaf? Tell me!” Tuti pula sudah semakin geram dengan sikap dua manusia di hadapan mereka ini. Main tarik tali pula. Sorang mengugut yang sorang lagi pula buat donno.
“Nak cakap apa? Awak nak bagi tahu Tuti semuanya? Bagitahulah.. Mesti Hafizul pun tak sabar nak tahu juga.” Eleh, ingat dia takut kot? Tuti dah tahu semuanya pun.. Mungkin kawan-kawan Zafril aje yang tak tahu sangat.
Pegangan tangan Zafril di lengan Alissa bertambah kuat. “Jangan cabar I, Lisa. You tahu apa yang I boleh buat..”
Ya, ugutan yang membuatkan dia takut! Dia faham maksud ‘boleh buat’ yang disebut oleh Zafril. Lelaki itu boleh buat apa sahaja yang kadang-kala tidak terjangkau pemikiran dia. “Tut, kau order dulu ya..”
“Tapi Lisa..”
“Aku okay. Kejap aje.. Kejap lagi aku datang semula.”
Mahu tidak mahu Tuti mengalah juga. Wajah Hafizul dijeling geram.
“Eh, kenapa kau jeling aku pula.. Bukan salah aku. Aku pun tak tahu apa masalah dorang tu.” Hafizul membela diri. Sumpah dia memang tak tahu apa-apa.
“Diamlah kau. Berambus dari muka aku.” Nah, tak pasal-pasal Tuti melepaskan kemarahannya kepada Hafizul pula. Lantaklah, janji dia memang bengang habis denga  Zafril.
“Tut, kau nak emo dengan aku ni kenapa… Kau kalau tak puas hati dengan Zaf, dengan Zaf sorang aje dah lah. Aku ni bukannya Zafril.. Yang kau nak marahkan aku kenapa?” Selamba badak sahaja Hafizul menarik kerusi dan duduk di sebelah Tuti.
“Kau duduk dekat meja aku ni kenapa? Blah lah.”
They won’t come back. Biar aku temankan kau makan, okay?”
Mulut Tuti herot ke kiri dan ke kanan menaharan rasa geram terhadap Hafizul. “Kau dengan Zaf sama ajekan.. Buaya!”
“Hooo… ho. Kau jangan samakan aku dengan Zafril pula. Aku bukan playboy. Aku just be nice with everyone aje bukan playboy. Tak sama tu..”
“Kau nampak tak garpu ni Afiz? Kau nak kena tikam ke?”
Melihat gelagat Tuti yang garang membuatkan Hafizul tergelak besar. “Kau ni umur dah dua puluh enam tahun tapi perangai macam budak-budak. Hoi, zaman universiti dah habis dah.. Kau boleh tak matang sikit?”
Garpu kembali diletakkan di atas meja. “Mana kawan kau bawak kawan aku?”
“Jangan risau.. Mungkin Zaf nak berbual dengan Lisa.”
Office kan ada.. kenapa nak berbual di luar?”
Privacy kot.”
Tuti menggelengkan kepalanya. “Aku tak percaya. Mesti ada benda yang Lisa sorokkan daripada aku. Apa kawan kau tu nak?”
“Ish, manalah aku tahu. Dah la, kau nak makan kan? Biar aku temankan kau.”
Tangan kiri dan kanan disilangkan ke dada. “Kau dah takde kerja lain nak buat ke? Kau nak mengurat aku? Too late la bro, aku dah nak kahwin.” Nah, straight to the point.
“Kau rasa aku nak mengurat kau ke Tut?”
“Yes, you are!”
“Rasa kau tu salah. Aku sikit pun takde rasa nak pancing kau. Aku just nak temankan kau makan aje. Kita pun bukannya tak kenal masa dekat universiti dulu kan..”
“Afiz, kau call Zaf sekarang. Aku nak dia hantar Lisa balik ke sini sekarang jugak!”
They will not come back. Kau percayalah cakap aku. Nanti Zaf akan hantar Lisa balik ke rumah dia. Kau jangan risau, Zaf tu bukannya orang jahat.” Buku menu di hadapannya dicapai. Buku menu yang sama digunakan oleh Alissa sebentar tadi. “Kau nak makan apa?”
“Kau boleh tak stop tanya aku nak makan apa.. Aku risaukan Alissa!”
Hafizul mengeluh perlahan. “Zafril will send her back home safely. Don’t worry..”
“Aku tak percayakan Zafril. Sikit pun aku tak percayakan jantan tak guna macam tu. Kalau aku tahu Lisa kerja dengan dia memang aku paksa Lisa letak jawatan sekarang juga!”
See. That’s why Lisa tak cakap dengan kau yang dia kerja dengan Zafril.. Kan?”
Tuti terdiam. Mencerna sebutir-sebutir kata-kata Hafizul sebentar tadi. Betul juga. Kalau dia tahu Alissa bekerja di bawah Zafril pasti dia akan memaksa wanita itu meletakkan jawatan.
“Lisa ni memang degil!” Getus Tuti tiba-tiba.
“Kau tahu ke kenapa dia terkejar-kejarkan Zafril dulu?”
“Bila?”
“Masa kita di universiti dulu.. Kau lupa yang dia terjerit terlolong nama Zafril masa pertandingan rugbi dulu?”
Kepala otak Tuti mengimbas kembali memori zaman belajar lima tahun dulu. “Entah.” Hanya itu jawapan yang terbit dari bibir mungkil Tuti.
“Takkan kau tak tahu.. Kau ada dengan Lisa waktu tu..”
“Aku tak tahu. Aku tahu.” Suara Tuti sedikit keras. Menegaskan kata-kata bahawa dia memang tidak tahu apa-apa tentang Alissa dan Zafril ketika itu.
“Aku tak pernah denagar apa-apa gossip pasal Lisa dengan Zafril sebelum tu, tup-tup Lisa muncul dekat padang tuntut janji Zafril pada dia.. Kau betul tak tahu apa-apa?” Hafizul kurang yakin dengan Tuti. Dia percaya gadis kacukan Indonesia-Pakistan ini tahu sesuatu tetapi sengaja mahu merahsiakan perkara itu.
“Aku cakap aku tak tahu.. Kau ni tak faham bahasa ke?”
Perbualan Tuti dan Hafizul terganggu apabila seorang pelayan menghampiri meja makan mereka. “Order miss?”
No, thanks!” Tuti menolak kerusi ke belakang. “Kau makanlah sorang-sorang. Aku takde selera.”
“Tut, kau belum makan lagi ni..”
“Kau ingat ya, kalau Zafril apa-apakan Lisa.. Aku takkan lepaskan korang berdua!”
Hafizul tercengang-cengang. Alih-alih dia pula yang ditinggalkan di sini seorang diri. Mana Alissa dan Zafril sumpah mati hidup balik pun dia tidak tahu ke mana dua orang manusia itu menghilang.
Tuti pula sudah berlalu meninggalkan dia.
Sudahnya Hafizul berlalu ke kaunter bayaran dan membuat bayaran makanan dia dan Zafril.

p/s : 
"Ria dah ada keputusan ke tentang apa yang ibu cakap dengan Ria semalam?" Cawan kopi diletakkan semula di atas meja di depannya. 
"Belum lagi. Lagipun Abang Ad belum cakap apa-apa dengan Ria pasal lamaran tu, bu.. Seganlah Ria." Kaki naik bersila di atas sofa mewah milik Tuan Amin. 
"Allah.. Apa yang nak disegankan. mungkin Ad yang suruh mama dia bersuara bagi pihak dia. Ad segan dengan Ria agaknya." 
Riana melepaskan keluhan kecil. Sudah hampir sebulan dia keluar dengan Firhad selepas bertahun tidak berjumpa dengan lelaki itu tetapi sampai sekarang lelaki itu langsung tidak pernah berbual tentang apa-apa lamaran.. 
Ei, yang ibu dengan Auntie Mawarni pun satu juga.. Betul ke tidak Firhad nak kahwin dengan dia ni? Ke saja nak usik-usik dia. 
"Nantilah Ria fikirkan ya ibu.." 

Nota Kaki Sri Sarah : Warrgh!!!!! Stressnya. Dalam kepala otak ni dah main-main cerita baru tau tapi mss lama ada dua tak siap-siap lagi. CJSA dengan DLUA. Kena taip laju-laju macam Usain Bolt berlari ni!
Chiayok.

5 comments :

  1. Laaa cari pasal tul zafril ni. Mkn setempat pon kecoh.. Tatau la klu semeja lgi teruk kot. Kesian hafiz kene lahar dek tuti. Tpi pompuan klu setiakawan mmg bekap baik punya so nasib ko la Apis spe sruh g nyebok hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang suka menyibuk aje Zafril ni. Saja nak cari pasal kan. ;)

      Delete
  2. BAB 10 DENGAN 11 MACAM SAMA AJE.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh tak sama.. Kena baca sekali lagi ni. Hahaha! Tempat sama situasi tak sama. Hehe

      Delete
  3. Best!!! Thumps up for you. Next n3 mesti best.Apa rahsia antara lisa dan zaf ni kan..kan...
    Lamanya nak dapat peluk novel KPI.

    ReplyDelete