Deretan botol air yang terhidang di depan mata diperhatikan dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah. Tidak tahu air mana yang mahu dibeli. Mulut diherotkan ke kiri dan ke kanan.
“Laici ke oren?” Alissa menanya kepada diri sendiri.
Pintu peti sejuk dibuka. Sebotol air oren jenama F&N diambil dengan tangan kanan. Tubuh dikalih ke belakang dan terhenti seketika. Terkejut dengan manusia yang sedang berdiri betul-betul dibelakangnya.
“What are you doing here?”
Alissa mengangkat keningnya tanda pelik dengan soalan Zafril. Hoi, ini kedai serbaneka, suka hati dia lah dia nak buat apa di sini.
“Beli kain buat baju. Kenapa?”
Spontan Zafril tergelak besar mendengar jawapan Alissa. Buat lawak bodoh.
“Oh, ingatkan datang sini nak beli kereta.” Perli Zafril.
“Tepilah saya nak lalu.” Alissa yang sedari tadi bergerak ke kiri dan ke kanan akhirnya bersuara melepaskan geramnya kepada Zafril yang sengaja menghalang laluannya. Dia ke kiri, Zafril juga sengaja bergerak ke kiri dan jika dia ke kanan, lelaki itu turut sama bergerak ke kanan. Saja nak mengusik?
Ceh!
Usiklah sangat. Lelaki kasar macam Zafril mana tahu nak mengusik. Kalau usik pun pasti akan menyakitkan hati dia.
“Zaf!”
Zafril menjongketkan keningnya ke atas. “Apa you sebut tadi?”
“Encik Zafril saya nak lalu. Can you please excuse me?” Balas Alissa geram. Ton suara sedikit keras dan cuba dikawal. Seganlah kalau ada pelanggan lain yang ternampak sikap dengan dengan Zafril di sini. Bergaduh macam budak-budak.
“Lalulah.. Siapa yang halang you?”
Alissa melepaskan nafasnya kasar. Berhenti sambil merenung garang ke wajah Zafril yang nampak tenang. Sengaja mahu menguji hati dia. Nak buat dia meletup di depan umum. Ei, sakitnya hati!
Kaki melangkah ke sebelah kiri dan serentak itu Zafril juga turut ke sebelah kiri sama menghalang laluannya.
“Encik Zafril!” Ton suara kian meninggi. Botol air oren digenggam kuat. Geramnya Ya Allah, sumpah geram!
“What?” Buat-buat bodoh.
“Apa yang Encik Zafril nak ni?”
“Takde apa-apa. Saja nak beli air juga. Dahaga pula.”
Alissa bergerak sedikit ke kiri. “Nak beli air kan? Silakan.” Memberi laluan kepada Zafril untuk ke peti sejuk yang menempatkan pelbagai jenis minuman tin, botol dan minuman dalam kotak.
Zafril akhirnya mengalah sambil tergelak kecil. Suka melihat Alissa menahan geram. Sudah lama tidak bertemu wanita itu, lain benar sikap Alissa sekarang ini.
Kaki melangkah ke kaunter untuk membuat bayaran. Malas nak berlama-lama di dalam kedai Mesra Petronas ini. Terasa panas bila dia berkongsi udara yang sama dengan Zafril. Menyampah!
“Eh, sama pula air yang kita beli. Same taste, perhaps?”
Wei, mamat ni tak sampai seminit pilih air. Sah, memang sengaja nak cari pasal dengan dia. Mesti Zafril nampak dia pegang botol air oren ni tadi. “Zaf, awak ni takde kerja lain ke nak buat?”
“Takde.”
Alissa menyeluk tangan ke dalam tas tangan. Dompet jenama Coach ditarik keluar.
“I bayarkan.” Serentak itu tangan Zafril menghulur not kertas RM10 kepada juruwang perempuan di hadapan mereka. “Done.” Bahu dijongket sedikit selepas mengambil wang baki.
“Hey, no thanks!” Alissa mengejar Zafril dari belakang. Mahu membayar RM2 air minumannya. Tidak mahu terhutang apa-apa dengan lelaki ini.
“RM2 aje pun.. Bukannya dua juta.”
“RM2 pun duit juga kan?” Alissa mengekor dari belakang mengejar langkah Zafril.
“Belanja you RM2 hari ni mungkin esok-esok I dapat projek dua juta, mana tahu.. Kan?”
Alissa mengetap giginya geram. Dah belanja lepas tu harapkan balasan. Tak ikhlas langsung! “Zaf, saya tak perlukan awak untuk belanja saya. I have my own money to pay my drink!”
Buk!
Alissa terlanggar dada Zafril apabila lelaki itu berhenti secara mengejut di hadapannya. “Hey!” Alissa bergerak ke belakang dua tapak. Berdiri ditengah-tengah jalan dengan Zafril.
“Sorry, I tak tahu you ada belakang I tadi.”
What? Tak tahu. Penipu punya orang. Habis tu Zafril ingat dia berjalan atas kepala Zafril ke apa? Dia memang terkejar-kejar lelaki itu sejak tadi pun.
“Take this money. Tak perlu belanja saya.” Not RM1 sebanyak dua keping dihulurkan kepada Zafril.
“Lisa, my girl is waiting for me in the car. Can you please jangan nak kejar I macam ni?”
“Kenapa takut kalau your girl nampak saya?” Bola mata meliar melihat persekitaran stesyen minyak. Mana satu kereta Zafril? Mana kereta yang ada perempuan? Cantikkah wanita itu? Langsing? Putih melepak?
“No. I tak mahu ada apa-apa masalah dengan girlfriend I sebab you.”
Bola mata kembali merenung mata Zafril. Alissa tergelak kecil. Pengecut! “Oh, tak sangka awak ni penakut rupanya.” Alissa sengaja melangkah setapak ke hadapan. Mahu berada dekat dengan Zafril. Cari pasal? Lantaklah! Dia memang sengaja nak sakitkan hati lelaki itu. Kalau Zafril bergaduh dengan teman wanitanya, padan muka! Selesaikanlah sendiri.
“I bukan penakut tapi tak pelik kalau perempuan kejar I. I tak nak nanti timbul cerita yang you terkejar-kejarkan I pula. Mesti tak seronok kalau jadi macam tu, kan?”
Hoi! Hoi! Apa benda ni. Zafril yang cari pasal kenapa pula dia yang dikatakan kejar lelaki itu.
“Zaf, kalau you tak mahu ada masalah dengan your girl yang kononnya ada dalam kereta tu, ambil duit ni!” Tangan lurus menghulurkan duit kepada Zafril.
“Pergi tambah minyak you lagi RM2. I tak mahu duit you.”
Bulat mata Alissa memandang wajah Zafril. Tambah minyak lagi RM2? Hoi, dia dah isi minyak dia penuh tadi! “Minyak saya dah full. Thanks.”
Ikutkan hati mahu saja dia menarik tangan Zafril dan memasukkan duit itu ke dalam kocek seluar lelaki itu tapi nampak seperti dia perempuan tidak senonoh pula jika melakukan perbuatan itu di khalayak umum seperti ini.
“Lisa, ambil ajelah minuman tu. Bukannya I akan jatuh miskin dengan duit yang I belanja you tu..” Suara Zafril mengendur sedikit. Dia tidak tahu bagaimana dia mahu menguruskan Alissa Mohammad yang nampak tegas dan kasar berbanding dulu.
Wanita ini nampak tidak suka kepada dia. Ada sinar kemarahan dalam anak mata Alissa terhadap dia.
“I got to go.”
Zafril bergerak meninggalkan Alissa ditengah-tengah jalan di stesyen minyak Petronas itu. Alissa hanya memerhatikan Zafril yang menghilang ke dalam BMW Z4. Matanya menangkap seraut wajah wanita di dalam kereta itu walaupun kereta mewah Zafril menggunakan cermin gelap.
Adakah itu wanita sama beberapa tahun dulu atau Zafril sudah bertukar teman wanita? Kereta Zafril bergerak meninggalkan perkarangan stesyen minyak. Alissa mengggigit bibir bawahnya.
Pon! Pon!
Alissa tersentak apabila dia dihon oleh sebuah Toyoto Estima. Pemandu kereta yang nampak berusia itu kelihatan marah kepada Alissa yang berdiri di tengah-tangah jalan raya.
Tangan diangkat sebagai tanda memohon maaf kepada pemandu tadi. Kaki melangkah ke pam minyak bernombor 10. Sebenarnya kereta dia berada di hadapan kereta Zafril sebentar tadi. Ah, mana mungkin Zafril tahu Suzuki Swift itu adalah kereta dia. Bukannya Zafril tahu dia naik kereta apa. Mereka bukannya pernah keluar bersama.
Enjin kereta dihidupkan. Alissa masih terasa seperti bermimpi. Air oren yang diletakkan di atas kusyen tempat duduk penumpang diperhatikan.
“I takkan jatuh miskin dengan RM2 yang I belanja you ni..”
Yeah. Betul. Zafril takkan miskin pun sebab lelaki itu mempunyai banyak duit dan harta. Makan lima enam keturunan pun belum tentu habis. Tambahan pula keluarga Zafril keluarga kaya-raya yang sangat baik hati. Keluarga yang tidak sombong dan keluarga yang sentiasa merendah diri.
“Siapa tadi tu?”
“Mana?”
“Dekat petrol station. I saw you, Zaf.”
Zafril tergelak kecil. Dia tahu Juliza cemburukan wanita tadi. Juliza cemburukan Alissa. “Nobody lah. She is our junior years back in university. Remember?”
Kening Juliza berkerut seribu. Cuba mengingati junior yang dikatakan oleh Zafril. “I tak ingat pun. Siapa?”
“Ju, takkan you tak ingat perempuan yang meroyan marahkan I masa tournament rugby dulu tu?”
“Yes! I remember her.” Juliza bertepuk tangan. Seronok kerana sudah mengingati wanita yang disebut oleh Zafril sebentar tadi. “Apa dia nak tadi? I nampak you macam bergaduh aje dengan dia.”
“Takde apa-apa pun. Dia nak bayarkan minuman yang I bayarkan untuk dia tadi. Lama tak jumpa so I saja belanja dia minuman..”
“Eleh, belanja minuman pun sampai nak kejar you keluar dari kedai Mesra tadi tu? Over acting!” Bibir Juliza menjuih teringatkan sikap Alissa. Mengada-ngada! “Konon tak mahu terhutang budi dengan you kot?”
Zafril jongket bahu. “No comment.”
“Sayang, I ingat lagi dia duk merayu-rayu dekat you dulu tau! Cakap cintakan you konon. Tak mahu betul!”
Zafril mengangguk laju. Tak mungkin dia lupa insiden di padang universiti lima tahun dulu. Memang meroyan habis Alissa ketika itu.
“You ada berbual dengan dia ke tadi?”
“Nak berbual apa pula? Ju, I takde apa-apa dengan dia. Jangan nak cemburu tak tentu pasal.”
“Mestilah I cemburu.. You kan kekasih I.”
Zafril menggenggam tangan Juliza. “Ju, I tak suka dengan sikap you. You tahu kan?”
“Kenapa you tak sayangkan I ke?”
“Ju, please.. Jangan mulakan..”
“Now tell me, you sayangkan I ke tak?”
Zafril mengeluh kecil. Sikap Juliza adalah suka memaksa dan dia tidak sukakan sikap itu sejak dulu lagi.
“Tell me, Zaf!”
“Yes. Yes. I sayangkan you!”
Juliza tersenyum manis ke arah Zafril. “Kalau betul you sayangkan I, lepas dinner kita ke Zouk? Okay?”
Genggaman di tangan Juliza segera dilepaskan. “Ju, kita dah janji yang you takkan ke tempat-tempat macam tu lagi, kan?”
“Sayang! Kan kita dah janji lepas kahwin I takkan bersosial lagi. Selagi kita tak kahwin, I bebas buat apa yang I nak.”
Tumpuan Zafril kembali ke arah jalan raya. Bengang dengan sikap Juliza yang tidak habis-habis mahu berseronok. “Ju, kita ni dah dua puluh sembilan tahun Ju! Sampai bila kita nak macam ni?”
“Zaf, masa dekat US dulu bukan ini sikap you. You tak kisah pasal kehidupan I, kenapa sekarang ni baru you nak kawal?” Nada suara Juliza naik meninggi.
“Sebab I nak kahwin dengan you. You ingat mommy I suka ke kalau dia tahu you ni suka bersosial?” Stereng kereta digenggam kuat. Mengawal suhu kemarahan yang kian naik meninggi.
“I nak kahwin dengan you bukannya dengan mommy you. Apa I nak kisah kalau mommy you tak sukakan I? The most important thing is you cintakan I. Thats all.”
Kepala digeleng perlahan. Inikah persepsi Juliza tentang perkahwinan? Berkahwin hanya dengan yang dicintai bukannya dengan keluarga? Susah! “Kalau macam inilah sikap you, I tak tahu mana hala tuju hubungan kita, Ju.”
Mulut Juliza terlopong. “Oh, after you met your crush masa dekat universiti dulu, terus you rasa tak tahu mana hala tuju hubungan kita? Macam tu? Hey! You dengan perempuan tu memang ada apa-apa behind me? Tell me the truth!”
Juliza mula menjerit di dalam kereta. Bahu kiri Zafril ditumbuk sekuat hatinya. Ya, Juliza dan sikap panas baran serta cemburu buta memang sukar untuk dikikis.
“Jangan buat I naik angin dengan you.”
“Naik angin apa Zaf? I memang dah naik angin! Send me home. I tak mahu makan dengan you.”
Berang dengan sikap Juliza, BMW Z4 berdecit apabila Zafril membuat pusingan U secara kasar di satu simpang. Nak balik sangat kan. “Fine! I send you home right now!”
“Lepas tu you bolehlah keluar makan dengan perempuan tadi tu kan? Sebab tu you memang sengaja nak cari pasal dengan I.”
“Jangan nak menuduh I yang bukan-bukan. I takde masalah apa-apa dengan you. You yang mulakan semua ni dulu.”
Nafas dihembus kasar. “Dasar playboy! Memang you tak pernah puas dengan seorang perempuan kan?”
“Juliza!” Tengkingan Zafril sudah mencapai oktaf yang terakhir.
“You memang ada perempuan lain, kan?”
“Oh my God!!! Apa yang you merepek ni Ju?” Zafril mula menengking. Geram betul dia dengan sikap panas baran Juliza.
“Tell me! Tell me!” Tangan Juliza bebas menumbuk bahu dan dada Zafril yang sedang memandu.
“I am driving, please behave.”
“I hate you. I hate you. Liar.”
Zafril hanya menahan sakit di badannya yang ditumbuk oleh Juliza dan sakit hati yang amat sangat apabila dituduh yang bukan-bukan oleh Juliza. Kalau dia menjawab pun dia tahu Juliza takkan dengar dan takkan percaya.
Lantak kau lah!
P/s : Sebenarnya kite rasa bersalah dekat awak awak awak dan awak semua bila awak semua asyik tanya kite bila KPI nak terbit. Ehewww! Korang, nanti bila dah confirm bila akan diterbitkan Sri akan war-warkan ye. InsyaAllah kita semua doakan semoga KPI dapat terbit cecepat.
Ala, korang semua ni KPI aje, cerita lain yang Sri tulis tak syok ke? Touching lah cam gini.. :(
Sri... We all suke sume citer u.. Dun worry.. Cuma may b teruja lebih sikit je kt KPI.. Citer yg baru ni pun best... So keep on writing girl..! <3
ReplyDeleteHai Nvel Addct!
DeleteTerima kasih. Auu, terharu. Hehehe.. Itulah Sri pun masih menantikan KPI dan semua karya Sri semoga dapat peluk cium dalam bentuk cetakan.
Doakan ya!
Terima kasih sebab selalu singgah & komen.
Hugs!
hi sri ,
ReplyDeleteasik rase x cukup jer
another bab sri hehehe
act nak gak tau ape yg zafril buat smpai alissa benci giler2
sri takde facebook ke ..then group
mane la tau kot2 ade selit teaser kat situ psl citer lain
kpi lame weolss tgu hehe thats why asik tye je
Ahahahaha, yoo zara ni memang selalu tak cukup bab kan! Nanti kalau keluar buku wajib beli tau!
DeleteBaca tanpa henti dari kulit ke kulit.
Hehehehe.
Buat masa sekarang takde any group atau social media lain selain blog.
Akan datang insyaAllah.
Terima kasih atas sokongan selama ini! Thank you sangat.
Ololo jgn la touching eh Sri.. Biasa la tu first bb jdi hit. Cer tengok movie yg sequel2.. Susah nk lawan sambutan yg first. Tpi bgi kite la lgi suka ADDS dri KPI sebab suka watak aulia yg ada kerjaya, berdikari, tegas (tpi manja ngan famili).. Pokoknya mcm independent women yg Beyoncé nyanyi tu la hehe. Kite suka watak ppuan mcm ni tpi selepas kena ngan Ashraff tu sedih tengok watak aulia yg lemah asik kena bahan jerr ngan c serap tu.. Mencik la sriii!! So pls bgi balik jati diri aulia yg sebelum ni yer.
ReplyDeleteBack to this story lak so far I like it. Mebe sebab watak Lisa tu reminds me of aulia. Lisa tk lembik n bole tahan jugak klu nk fight back. Zaf pulak buat msa ni, kite rasa menyampah n geram kt perangai kuku besi die tu so boleh kata hidup la watak die tu.
Anyways teruskan menulis. Insya Allah kite akan sentiasa jenguk2 n bce apa yg Sri tulis. Fighting~~
Waaa terharu baca komen cik anon!!!
DeleteTerima kasih sangat-sangat atas sokongan. InsyaAllah Sri akan cuba tulis yang terbaik dan lebih baik pada masa akan datang. Doakan semua karya Sri diterbitkan dalam cetakan ya!
Haaa, pasal Aulia jadi macam tu no komen tapi InsyaAllah lepas ni akan up entry baru untuk Aulia dan Ashraff yang bongkak tu ye.
Ala, sian Ashraff ramai tak suka dia. Hahaha!!