Wednesday 29 July 2015

Part 2 Special Aku, Dia dan Stiletto

Tangan Ashraff dicium penuh tertib. “Abang.. Selamat Hari raya, Maaf Zahir dan Batin. Halalkan makan minum Lia, maafkan semua diosa-dosa Lia dengan abang. Lia tahu Lia tak sempurna sebagai seorang isteri untuk abang.”
“Abang maafkan semua dosa-dosa Lia pada abang.. Abang pun harap Lia maafkan semua dosa-dosa abang terhadap Lia. Abang hanya nak Lia tahu yang Lia adalah isteri yang paling sempurna untuk abang. Isteri yang terbaik pernah abang ada. Abang bersyukur kepada Allah swt kerana memanjangkan jodoh antara kita. Abang janji abang akan sentiasa bahagiakan Lia sampai akhir hayat abang.” Dahi Aulia dikucup lama.
Entah kenapa sejak beberapa hari yang lalu Aulia terlalu beremosi. Wanita kesayangannya itu acapkali meminta maaf dan terlalu mudah terusik. Hai, apa yang tidak kena dengan Aulia.
“Terima kasih abang.” Ujar Aulia apabila dihulurkan sampul duit raya oleh Ashraff. “lia pun ada duit raya untuk abang.” Sengih.
“Eh, abang pun dapat duit raya jugak ke?”
“Alhamdulillah, rezeki.” Balas Aulia.
Selepas bersalaman dengan Ashraff, Aulia duduk di sebelah Ashraff. Giliran Alisya pula bersalaman dengan mereka semua. Bermula dengan mama dan papa Ashraff kemudian mummy dan daddy Aulia. Semua orang berkumpul di rumah keluarga Ashraff. Iyelah dia bukannya ada ada adik-beradik yang lain begitu juga dengan Ashraff. Mak Biah pula pulang beraya di kampung dengan saudara maranya yang lain.
Bukan main seronok lagi Alisya apabila dihulurkan sampul duit raya. Semasa anak kecil itu di UK dia juga menerima duit raya. Jadi Alisya mungkin memahami bahawa dia sedang menerima duit.
Apabila sampai giliran Tok Mama bukan main lagilah Alisya digomol-gomol geram. “Comelnya cucu tok mama pakai baju peplum macam ni. Geramnya tok mama tengok.”
Hah, budak kecil kalau dah pakai comel-comel memanglah geram. Dulu dia pun geram juga kalau tengok anak orang pakai peplum atau berbaju kurung. Memang comel sangat!
“Sini, Lisya salam and kiss daddy.”
Love you daddy.” Alahai, cairnya hati dengan tingkah Alisya. Memang comel sangat-sangat. Aulia tidak pernah membayangkan bahawa dirinya akan mempunyai anak secomel Alisya dan dirinya sendiri akan jatuh sayang yang teramat sangat kepada Alisya. Mengenangkan sikapnya yang keras kepala dan sangat-sangat degil suatu ketika dahulu, dia tidak pernah membayangkan hatinya akan mencintai Alisya dan Asharff sedalam ini.
Dulu dia tidak faham bila mommy cakap ‘nanti Lia ada anak Lia tahulah macam mana perasaan mommy bimbangkan Lia.’
Sekarang ni dia faham sangat-sangat.
Faham sangat!
Alisya baru sahaja memanjat sofa dia sudah terasa mahu melayang jantungnya. Alisya terjatuh dan luka di telapak tangan, rasa kering air matanya menangis. Sungguh, itulah kasih seorang ibu. Melihat anak sakit, rasa tak keruan dirinya.
Tubuh Alisya dirangkul erat. “Love you, mommy.”
I love you more, sweetheart.” Kedua-dua belah pipi Alisya dikucup geram. “Sayang sangat anak mommy ni. Semoga menjadi anak yang baik.”
Selesai berhari raya sesama keluarga, rumah Puan Sri Lydia dan Tan Sri Ahmad mula menerima kehadiran tetamu. Menurut Puan Sri Lydia suasana hari raya dalam keluarga mereka memang seperti ini. Sana-saudara memang akan berkunjung ke rumah mereka pada hari raya pertama dan hari raya yang seterusnya.
Aulia agak sibuk dalam membantu Puan Sri Lydia menyediakan juadaha untuk berhari raya. Nak mengharapkan Mak Kiah seorang diri memang boleh pengsan orang tua itu. Nasib baiklah hidangan untuk hari raya semuanya ditempah oleh Puan Sri Lydia. Aulia dan Mak Som hanya perlu menceduk lauk-pauk untuk dihidangkan sahaja.
Ada nasi dagang special resepi dari Terengganu, ada nasi arab, laksa johor dan pelbagai kuih muih.
“Rumah mama macam inilah Lia. Memang tak perlu nak buat open house sebab hari raya pertama kawan-kawan mama, kawan-kawan papa akan datang berhari raya di sini. Memang tak menanti dijemput, dah tahu dah. Ha, tahun inilah yang ramai sedikit sebab ada kawan-kawan Ash sekali.”
“Eh, tahun-tahun sebelum ni kawan abang tak datang ke?”
“Nak datang apa bendanya, dia mana sambut raya. Lepas solat raya aje datang salam dengan mama terus balik. Lia dengan Lisya kan takde.. Ingat Ash tu nak sambut raya sorang-sorang? Lagipun masa dulu hati mama tengah panas juga Lia. Mama mogok dengan Ash waktu dia tinggalkan Lia dulu.”
Aulia kerut kening. Patutlah Ashraff sebut tahun ni raya dia lain sedikit. Rupanya dah tiga tahun Ashraff tak sambut hari raya dengan meriah. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana Kau pulangkan nikmat kegembiraan berhari raya kepada kami sekeluarga.
“Lia, Helly datang tu. Jom ke depan.” Ajak Ashraff yang baru sahaja muncul di dapur. Segak lelaki itu bersongkok dan bersamping pada hari ini. Bukan tidak pernah melihat Ashraff berbaju melayu lengkap seperti ini tetapi kali ini extra kacak kerana lelaki itu tidak putus-putus dengan senyuman.
“Pergilah layan kawan Lia dulu. Biar Mak Som siapkan semua makanan dia masuk dalam bekas.”
“Terima kasih ye Mak Som. Kejap lagi Lia tolong Mak Som lagi.” Aulia meninggalkan dapur Puan Sri Lydia. Kasihan juga kerana Mak Som terpaksa bersilat seorang diri di dapur tetapi apakan daya, dia mempunyai tetamu tika ini.
“Hi, Helly. Dah lama ke sampai?”
“Baru aje sampai ni ha.”
Helinna bangkit menyambut huluran tangan Aulia dan memeluk tubuh Aulia yang sedikit berisi. “Selamat Hari Raya Lia. Maaf zahir dan batin.. Kalau aku ada buat salah silap dengan kau sepanjang perkenalan kita, kosong-kosonglah ya?”
“Samalah Helly. Aku pun nak minta maaf dengan kau kalau aku pun ada buat salah dan silap pada kau sepanjang perkenalan kita.”
Helinna mengalihkan pandangan matanya kepada Ashraff. Lelaki ini pernah suatu masa dulu bertakhta di hatinya. “So, Ash.. Em, selamat hari raya ya?” Sedikit kekok.
“Yeah, selamat hari raya juga Helly. I am so sorry for all my wrongdoing I may have done to you.”
Helinna masih juga terasa kekok. “Samalah ye. Kosong-kosong.”
“Lia, selamat hari raya, maaf zahir dan batin ya?”
Aulia mengangguk sahaja kepada Fazri. Sebelum dia berhijab memanglah dia menyentuh Fazri sesuka hatinya, tetapi sejak dia berhijab pergalaulan dia dibataskan. “Same goes to to Faz. Aku pun minta maaf kalau ada salah silap dengan kau ye. Selamat hari raya.”
Bukan setahun dua dia mengenali Fazri. Bertahun-tahun. Macam mana dia sayangkan Helinna, seperti itu jugalah dia sayangkan persahabatan dia dengan Fazri. Syukur kepada Allah kerana Allah menyatukan hati kedua-dua sahabatnya ini. Jadi Aulia takkan kehilangan mereka.
“Lia, abang nak jumpa Zaidi dengan Diana kejap ya.” Bahu Aulia ditepuk lembut.
“Oh, okay abang. Kejap lagi Lia datang ya.” Aulia menghantar pemergian Ashraff ke khemah yang lain. “Besar betul perut kau. Makan kambing ke dekat rumah mertua kau pagi tadi?” Aulia menyakat Helinna.
“Hoi, ini perut besar sebab mengandunglah!” Helinna ketawa besar sehingga ada beberapa pasang mata tertumpu ke arahnya.
“Bila due baby kau ni Helly?”
“Em, bulan sepuluh. Dah nak masuk tujuh bulan ni.”
“Senyap-senyap aje kan dah nak masuk tujuh bulan. Padahal aku baru aje balik Malaysia tak sampai setengah tahun lagi. Itulah, dulu aku cakap kau mengandung masa aku baru balik sini kau tak nak percaya cakap aku.. Sekali, hambek!”
“Itulah Lia, aku ni kononnya merancang dengan Faz.. tak sangka Allah bagi aku rezeki sekali dua terus.”
“Itulah namanya rezeki. Aku pun kalau boleh nak juga mengandung kembar macam kau ni Helly. Kalau ada rezeki mengandung lagi nak juga aku.. Lisya pun dah tiga tahun. Bolehlah ada kawan.”
“Apa pula yang tak bolehnya. Nak mengandung, mengandung ajelah. Ke kau fikirkan yang bukan-bukan lagi pasal Ash?” Bisik Helinna ke telinga Aulia. Bimbang pula kalau Asharff terdengar perbualan mereka. Kalau salah anggap pula.
“Kau ni.. baru aje aku dengar kau minta maaf dengan Ash tadi sekarang dah nak mengumpat laki aku ke?”
Helinna pantas menekup mulutnya. “Bukan mengumpat, ingatkan kan kau aje jangan ada fikiran negatif tentang suami kau tu. Rumahtangga bahagia kena saling mempercayai antara satu sama lain.”
“Eleh, pandai nak nasihatkan aku konon. Dah, tu ada nasi dagang Terengganu kesukaan kau. Pergi makan. Aku nak masuk dalam kejap nak ambil telefon. Nak call Tini. Kata nak datang tak sampai-sampai lagi ni.”


Aulia meregangkan tubuhnya di atas katil. Allah. Letihnya melayan tetamu yang datang ke rumah Puan Sri Lydia pada hari ini. Ramai juga kawan-kawan mereka yang datang. Mendengar pintu bilik dikuak dari luar, Aulia hanya mengangkat sedikit kepalanya sahaja. “Abang..”
“Eh, dah baring. Nak tidur dah ke?”
“Belum lagi. Saja nak luruskan pinggang ni bang. Rasa lenguh-lenguh sangat.”
“Itulah banyak sangat buat kerja siang tadi. Mak Som kan ada, biarlah Mak Som yang siapkan semua makanan tu. Sibuk jugak Lia tu ke hulu ke hilir.”
“Lisya tidur dengan mama ke?”
“Iyelah, nak tok mama aje sejak siang tadi.”
“Ala, takpe ke abang? Kesian mama penat layan tetamu siang tadi, sekarang ni nak layan Lisya lagi..”
“Dah tidur pun anak kita tu Lia.”
“Lah ye ke? Kalau macam tu tak apalah. Lia cuma kesiankan mama aje.. Manjakan sangat Lisya tu. Takut nanti susah pula dia nak berenggang dengan mama.”
“Lia jangan risaulah pasal tu ya? Tahulah Lisya bawa diri bila dia besar nanti.”
Aulia yang hampir terlelap membuka semula matanya apabila lengannya ditepuk perlahan oleh Ashraff. “Abang ada hal sikit nak cakap dengan Lia.”
Detak jantung yang sedikit laju membuatkan Aulia segara bangkit untuk duduk dalam posisi yang lebih selesa. Apa yang Ashraff nak cakap dengan dia? Ashraff nak kahwin lain pula? Atau lelaki itu ada skandal dengan mana-mana perempuan?
Ah, boleh tak kalau dia nak salahkan hormon kerana asyik mempunyai fikiran yang buruk sahaja?
Ashraff bangkit menuju ke meja solek. Laci sebelah kiri meja solek ditarik perlahan. Tubuh dipalingkan menghadap Aulia. Perlahan-lahan kaki diatur ke arah isterinya yang sedang duduk di bucu katil. “I have something to give you.” tangan kiri dan kanan Ashraff berada di belakang tubuh lelaki itu. Sengaja meyembunyikan sesuatu yang dipegang.
What?
Hati menjerit kuat. Apa Ashraff nak bagi kepada dia?
“Abang.. nak bagi apa?”
Ashraff melabuhkan duduknya di sisi Aulia. “Abang nak Lia tahu yang abang sangat-sangat sayangkan Lia. Sayangkan Lia sepenuh hati abang.”
“So..”
“Abang tengok Lia lain sangat sejak dua menjak ni. Sangat-sangat lain.”
Aulia memotong lagi. “Apa yang lain? Apa maksud abang? Lia lain macam mana?”
“Lia, sabar.. Biar abang habis cakap dulu.”
Aulia senyap.
“I think.. erm..” Ashraff sedikit ragu-ragu. Dia bimbang dengan penerimaan Aulia.
What, abang? What are you thinking?”
“Mungkin elok kalau Lia buat ujian kehamilan ni esok. Abang rasa Lia mengandung.”
Aulia melepaskan ketawa dengan kuat. Suami dia buat dia rasa nak tercabut nyawa! “Abang!! boleh tak jangan buat lawak macam ni? Abang buat Lia nak hilang nyawa tau tak?”
“Apa pula abang buat lawak. Betul, abang rasa Lia mengandung.”
Kepala digeleng beberapa kali tanda tidak percaya. Okay, ini kelakar. Memanglah dia teringin untuk mengandung lagi tapi takdelah cakap siang tadi kata nak mengandung, malam ni terus mengandung. Itu karut benar ya! “Abang.. abang. Helly cakap dengan abang ya Lia teringin nak tambah anak?”
“Takde pun Helly cakap macam tu. Ini bukan pasal Helly atau sesiapa yang cakap dengan abang tapi ni memang perasaan abang sendiri. I can feel it, sayang/”
“Rasa yang Lia mengandung? Okay, kembar ke single?” Aulia cuba melayan jenaka yang dibuat oleh Ashraff.
“I am no joking, Lia. Lia mengandung. Percayalah cakap abang.”
Pregnancy test yang berada di tangan Ashraff diambil dengan lembut. “Kesian abang. Okaylah, untuk memuaskan hati abang esok pagi-pagi Lia buat ujian kehamilan ni ya.” Pipi Ashraff diusap lembut. Tawa Aulia masih bersisa. “I just cannot think, how can you think that I am pregnant? Abang, tak logik langsung!”
“Perasaan abang.”
Aulia menggeleng dengan tawa yang masih berbaki. Memang terasa kelakar sangat lawak yang dibuat oleh Ashraff. “Sorry, Lia takde niat nak gelakkan abang tapi this is so funny! Lisya gonna have a siblings? Oh my God. Lawak sangat abang.”
“Lia dah solat Isya?”
“Dah..”
“Lia tidurlah. You need some rest.”
“Sebab Lia mengandung?” Usik Aulia kepada Ashraff.
“Jangan nak mengusik sangatlah. Esok dia yang terkejut sendiri.” Ashraff cubit pipi Aulia. Geram juga dengan dikap Aulia yang masih nak berjenaka. Ingat dia buat lawak agaknya.
“Abang.. abang. Kalau iye pun teringin anak lelaki, janganlah sampai ingat Lia mengandung. Kita kena usaha lebih sikit ya?”
“Nak usaha sekarang ke?” Wajah didekatkan dengan wajah Aulia. Spontan Aulia menjerit kecil.
“Abang.. tak nak!”
Makin galak usikan Ashraff apabila isterinya cuba mengelak.


Ashraff yang masih enak dibuat mimpi bangkit secara terkejut apabila mendengar Aulia menjerit dari dalam bilik air. Pantas selimut tebal yang menyelimuti tubuhnya diselak. Kaki laju sahaja di atur ke arah bilik mandi. “Lia, sayang.. kenapa?” Tanpa meminta izin Aulia, Ashraff terus menolak daun pintu.
Melihat Aulia yang terduduk senyap di atas mangkuk tandas, Ashraff melutut di hadapan isterinya. Mamai yang terasa beberapa saat tadi hilang melayang entah ke mana. “Sayang, kenapa ni?”
Senyap.
“Lia..” Seru Ashraff sekali lagi.
Melihat Aulia yang diam tidak berkutik, Ashraff memegang bahu Aulia. “Sayang..” Tiba-tiba matanya tertancap pada satu objek berwarna putih biru yang berada di tangan Aulia. Pantas alat itu dirampas dari tangan Aulia.
'Pregnant +-6 weeks.'
“Alhamdulillah. Lia.. Syukur Ya Allah!” Tubuh Aulia dirangkul dalam pelukan. Perlahan-lahan air mata Aulia mengalir turun ke pipi.
“Abang.. betul ke Lia mengandung?”
Tubuh mereka direnggangkan sebentar. Ashraff mengangguk laju. “Kita bakal jadi parents sekali lagi Lia.. Lia mengandung sayang.” Pelukan Ashraff sekali lagi dieratkan. “Jom, kita buat sujud syukur dan solat Subuh.”

Aulia mula percaya bahawa dia sedang mengandung selepas pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan kehamilan. Keputusan ultrasound yang berada di tangan membuatkan hati Aulia girang tidak terkata. Sesungguhnya Allah maha berkuasa! Dia yang sebekum ini makan dengan sangat banyak rupanya salah satu tanda pembawakan budak! Semua emosi yang bercampur baur juga adalah kerana ketidakstabilan hormon.
“Abang, thank you.”
“Lah, kenapa ucapkan terima kasih pada abang pula?”
“Kalau bukan sebab abang perasan semua perubahan pada Lia, mesti Lia tak tahu yang Lia mengandung.”
“Abang dah perasan lama lagi dah lia.. tapi abang tak yakin. But when I saw your tummy macam kian membuncit sikit, abang yakin yang Lia tengah mengandungkan anak kita.”
Aulia segera menyentuh perutnya. Dia kini sedang hamil anak kedua. Langsung dia tidak perasan akan perubahan pada perut dan tubunya. Patutlah sebelum ini Puan Sri Lydia ada menegur bahawa dia nampak gemuk, tetapi dia tidak endahkan sangat. Cuma kononnya akan berdiet selepas hari raya.
Tapi, sekarang dah mengandung! Tak perlu berdiet lagi!
Berita tentang kehamilan Aulia dikongsi bersama keluarga dan rakan baik mereka. Semuanya menerima perkhabaran ini dengan hati yang lapang dan mendoakan kesihatan yang terbaik untuk Aulia dan kandungannya.
Yang paling gembira mestilah kedua ibu barapa mereka yang sudah tidak sabar-sabar untuk menerima cucu baru!
“Mama doakan Lia sihat dan sentiasa dilindungi Allah swt. Jangan pula lepas ni kurang makan. Lia kena banyak makan sebab Lia makan untuk dua orang lepas ni. Biar badan gemuk waktu mengandung takpe, lepas bersalin boleh kurus semula.”
Aulia sengih sahaja mendengar nasihat Puan Sri Lydia.
“Ash pun sama, jaga Lia elok-elok. Kalau rasa susah nak layan Lia, balik sini tinggal dengan mama. Lisya pun dah semakin lasak. Takut nanti Lia tak terkejar pula.. mana dengan nak jaga kandungan lagi.”
“Ma, jangan risaukan kami. InsyaAllah semuanya okay. Ash janji, Ash akan jaga menantu dan cucu mama dengan sebaik mungkin!”
“Ash, Lia pernah gugur sebab kecuaian Ash dulu. Mama taknak perkara sama berulang lagi.”
Ashraff terdiam. Dia juga ingat Aulia keguguran ketika mereka ke Port Dickson empat tahun lalu.
“Mama, benda lepas janganlah dikenang lagi. Lia yakin abang akan jaga Ash dan baby dengan baik. Abang takkan abaikan tanggungjawab dia terhadap Lia, Lisya dan baby. Mama janganlah risau ya?”
“Iyelah Lydia. Awak tu risaukan sangat anak awak ni. Biarlah dorang jaga rumahtangga mereka sendiri. Kita sebagai orang tua perhatikan ajelah. Cukuplah nasihatkan sikit-sikit.” Ujar Tan Sri Ahmad.

Ashraff yang menoleh ke arah Aulia, menyentuh perut isterinya. Abang tak sabar nak tunggu baby ni lahir. Abang janji abang akan jaga Lia dengan baik sepanjang kandungan Lia kali ini sampailah baby lahir. Abang akan ada dengan Lia..”
“Tak sangka kan, Allah nak berikan kita rezeki secepat ini. Lia baru aje mengidam anak lagi, Allah dah beri.”
“Allah tu maha pengasih Lia. Maha mendengar lagi maha mengetahui. Allah akan beri apa yang kita nak pada waktu yang terbaik.”
Thank you sebab tak pernah jemu cintakan Lia.”
“Abang cintakan Lia sepenuh hati abang.”
Aulia melentokkan kepalanya di bahu Ashraff. Masing-masing senyap dan mensyukuri nikmat yang Allah berikan kepada mereka. Dada langit yang dipenuhi dengan bintang dipandang dengan penuh rasa kesyukuran.
Terima kasih Allah!


-TAMAT-

4 comments :