Sunday 31 January 2016

Bab 10 Dia Lelaki Idaman Hati

Riana kalut membawa fail keluar dari pejabatnya. Sejak dua minggu yang lalu inilah kerja dia setiap hari. Menghadap Raffael dan sibuk ke sana sini dengan lelaki itu untuk mencari barang yang sesuai untuk pejabat baru Raffael.
Pintu kereta ditarik dari dalam. Nafas dilepaskan kuat. “Ya Allah, penatnya! Ibu pun satu, nak suruh pergi butik kahwin hari ini pula.. Manalah sempat!” Riana merungut seorang diri dalam kereta. Dia banyak kerja nak kena siapkan. Berkaitan persiapan perkahwinan pula dia sudah serahkan kepada ibunya dan Puan Nani. Buatlah apa pun asalkan cantik.
Tubuh tersentak hebat apabila cermin keretanya diketuk dari luar.Terkejut beruk!
“Raff!!!” Kuat Riana menjerit dari dalam kereta. Pasti Raffael yang berdiri di luar juga dengar jeritan Riana kerana lelaki itu tergelak kecil melihat muka Riana yang bengang.
“Terkejut ya?”
“Awak ni boleh tak jangan terkejutkan saya macam ni? Boleh sakit jantung saya dengan awak ni…” Geram bercampur marah juga dengan sikap Raffael. Bukan sekali dua lelaki ini terkejutkan dia macam ni. Banyak kali!
Sorry.. Tak sengaja. Ingatkan awak sedar saya datang sini.”
“Tak nampak..”
“Tumpang kereta awak ke pejabat saya, boleh?”
Riak wajah Riana berubah terkejut. “Kenapa tak naik motor awak?”
Raffael bergerak ke bahagian penumpang. Selamba sahaja dia masuk ke dalam kereta. “Awak tak kunci pintu kereta awak, Riana?”  Tone suara Raffael sedikit tegang. Cuainya Riana! “Hey, tahu tak berapa banyak bahaya dekat luar sana tu? Kalau orang jahat main terjah aje tadi, macam mana?” Masih tidak berpuas hati dengan kecuaian Riana.
“Saya terlupa nak lock.. Biasanya saya masuk kereta terus saya lock. Tadi bawa fail… letih angkut fail berat tu tau.”
“Jangan buat macam ni lagi nanti! Bahaya tahu tak?” Serentak kepala Raffael berpaling ke belakang. Beberapa buah fail tebal berada di atas kerusi belakang. “Fail apa tu?”
“Fail pejabat awaklah.. Kata nak tengok setiap inci perkembangan yang syarikat saya dah buat..”
“Bukannya suruh awak bawa semuanya hari ini pun. Kalau berat kan boleh cakap dengan saya, saya sendiri boleh naik ke office awak dan ambil fail tu semua.”
“Iyelah, saya tak nak menyusahkan awak.”
Raffael menggelengkan kepalanya.”Suka sangat menyusahkan diri sendiri kan..”
“Biarlah.. Kerja saya. Awak nak tumpang saya ke ni? Motor awak tu nak tinggal dekat sini aje?”
“Tak lah.. Nak bawa sekali. Muat tak nak masuk dalam bonet kereta awak?”
Riana menjeling tajam kepada Raffael. Sengaja nak kenakan dia! “Awak jangan nak buat lawak bodoh dekat sini ya.. Tak lawak langsung!” Eiii, dia dah la penat dengan semua kerja-kerja di pejabat terpaksa dia uruskan seminggu ini kerana Rozaidi ke luar negara, sekarang ini Raffael pula sengaja nak cari pasal dengan dia.
“Ish, awak ni makan singa ke pagi tadi? Kenapa garang sangat ni..” Masih lagi beriak tenang. Riana nampak letih dan tertekan.
“Mana ada garang. Jomlah ke pejabat awak sekarang.. Banyak kerja lain saya nak siapkan.”
Lunch dulu. Belum makan lagi ni..”
Riana mula geram. Sekarang dah habis lunch hour! “Dah pukul 2.30 petang ni takkan awak belum makan lagi.. Saya ada hal pula petang nanti.”
“Hal apa?”
“Adalah.. Urusan peribadi.”
“Makan dengan saya sekejap pun tak boleh?”
Riana diam sejenak. Kalau makan, lepas tu nak ke pejabat Raffael lagi.. Pukul berapa nak selesai.. Pukul berapa dia nak ke butik pengantin. Habislah kalau ibu marah nanti.
“Makan laju-laju, boleh?” Haish. Tak sampai hati pula nak hampakan Raffael. Kesian pula bila tengok muka Raffael. Mungkin lelaki ini lapar sangat.
“Paling laju!” Raffael ketawa dengan kata-katanya sendiri.
Riana menurunkan brek tangan dan kereta mula bergerak meninggalkan kawasan parkir kereta pejabatnya.
Riana hanya memesan jus oren sahaja memandangkan tadi dia sudah makan bersama Mashitah awal pagi tadi. Mata dia melekat di wajah Raffael yang nampak sangat berselera menjamah makanan di hadapannya.
“Lapar sangat gayanya ni. Belum makan sejak pagi ke?”
“Pagi tadi tak sempat makan apa-apa langsung.. Ada kerja sikit.”
“Sibuk sangat sampai tak sempat makan?”
Raffael angguk. “Nak rasa?”
Riana senyum sedikit dan kemudian menggeleng. Dia tahu rasa spaghetti yang dipesan oleh lelaki kacak di hadapannya ini sebab dia pun selalu makan di restoren ini.
“Sedap tau spaghetti kat sini. My favourite place!”
Oh, lelaki ini punya citarasa sama seperti dia. Dia juga suka makan spaghetti di restoran ini! Memang sedap sangat-sangat. “Awak selalu ke sini ke?”
“Seminggu mungkin dua atau tiga kali. Dulu selalu juga datang dengan kakak saya, tapi tiga tahun kakak saya ikut suami dia tinggal di Australia.. Jadi datang makan seorang diri ajelah. Mr. Lonely..”
Riana tergelak sedikit kuat apabila terdengar Raffael menyebut Mr. Lonely..Lonely lah sangat! Mana kekasih awak tu? Takkan tak temankan awak makan dekat sini?”
Hampir sebulan dia berkenalan dengan Raffael dan bekerja untuk lelaki itu. Dia sering berjumpa dengan Raffael dan ya, dia akui dia senang dengan sikap lelaki kacak ini. Raffael seorang yang kelakar dan sering membuatkan dia tersenyum. Sesekali lirikan mata lelaki itu boleh buat hati dia berdebar bagai nak gila tapi lekas-lekas di ingatkan dirinya yang dia akan berkahwin tidak lama lagi.
Dia takkan lupa dia sembur kopi di baju Raffael ketika lelaki itu acah-acah berjodohan dengan dia.
Memang gila! Dia akui semua ini memang gila. Sepanjang dua puluh tujuh tahun, Raffael lelaki kedua yang mampu membuat jantung dia berdegup pantas. Lelaki pertama mestilah Firhad. Tapi memang dia pelik, dia senang dan kalau boleh dia hendak memandang wajah Raffael selalu. Wajah kacak itu memang mencuri sedikit ruang dalam hatinya.
Sungguh!
Ah,semua ini mungkin bisikan syaitan. Iyelah, dia kan nak mendirikan masjid, mestilah syaitan sengaja menghasut supaya dia membuat perkara-perkara yang tidak elok seperti mempunyai perasaan aneh kepada Raffael.
“Riana?”
Terkejut namanya diseru, Riana tidak sengaja menumpahkan segelas air di atas meja.
Argh! Buat lagi. Berangan depan lelaki ini sekali lagi dan sekali lagi dia memalukan dirinya. Tumpahkan air! “Sorry. Sorry! Tak sengaja.”
“Berangan lagi? Memang awak ni kuat berangan, kan?”
Riana kelam kabut bangun dari duduk. Sehelai kain yang tadi diletakkan di atas peha digunakan untuk mengelap air yang tertumpah. “Nasib baik tak tumpah dekat awak..” Laju sahaja tangan Riana mengelap air di atas meja. Bab malu jangan tanya, rasa macam nak sorok muka dalam beg tangan!
Riana duduk menghembus nafas lega apabila meja yang tadinya basah sudah dibersihkan oleh pelayan. “Awak cakap apa tadi Raff? Maaflah, terganggu dengan iklan air pula tadi.” Riana buat-buat gelak kecil.
“Kekasih saya tu tak hiraukan saya.. Sebab itulah saya ni Mr. Lonely.”
Spontan Riana menjuihkan bibirnya. “Raff, awak jangan nak merendah diri sangat. Muka handsome macam awak ni entah-entah playboy agaknya!” Sengaja dia tergelak kecil di hujung ayatnya kerana dia mahu Raffael tahu dia hanya mengusik lelaki itu dengan perkataan playboy. Tidak mahulah lelaki itu terasa hati dengan dia yang menuduh bukan-bukan.
“Awak cakap saya playboy? Hello, saya ni bukan lelaki macam tu okay. Saya kalau dah sukakan seseorang tu, hanya orang tu yang saya suka dan sayang sampai bila-bila..”
“Wah, beruntunglah kalau sesiapa yang berjaya pikat hati awak ni ye.”
“Dia memang sangat beruntung pun Riana.” Manis senyuman Raffael kepada Riana.
Entah kenapa hati dia dijentik dengan perasaan cemburu bila Raffael seakan memuji seseorang yang berjaya mencuri hatinya. Ya Allah, Riana! Kau ni dah kenapa nak cemburukan perempuan yang berada dalam hati Raffael pula ni?
Kau tu dah nak kahwin dengan Firhad lagi dua minggu tahu tak? Dua minggu lagi dan kau langsung belum pergi fitting baju kahwin!
Teringat tentang baju kahwin Riana menepuk dahinya. Dia sudah berjanji dengan Firhad akan berjumpa di butik yang dijanjikan pada pukul empat petang. “Alamak Raff, saya ada hal..Dah dekat pukul empat. Ya Allah, lamanya berbual dengan awak sampai tak sedar.”
“Ria.. Boleh bagi saya lima minit lagi untuk berbual dengan awak?”
“Tak boleh Raff. Sorry sangat-sangat! Saya jumpa awak esok ya? Kita lunch sama-sama dan sambung pasal ni, boleh?”
Raffael tenung Riana dalam-dalam. Dia perlu jujur dengan Riana. “Ria, just five minutes.”
“Oh, Raff.. I can’t.. See  tomorrow ya?” Riana yang berkira-kira mahu bangkit terhenti seketika apabila telefon bimbitnya berbunyi.
Firhad.
“Assalamulaikum, Abang Ad..”
“Waalaikummusalam. Where are you, Ria?”
“Er, Ria ada dengan kawna Ria.. Tengah makan. Late lunch. Abang Ad, sorry, Ria lambat sikit ya?” Bodoh betul! Macam mana dia boleh tak perasan yang jam bergerak begitu pantas. Adoi, tak pasal-pasal dia dah buat Firhad ternanti-nantikan dia.
“Oh, takpe Ria..”
“Abang Ad, abang tunggu kejap ya? Ria ke sana. Bagi Ria 20 minutes.”
No, Ria tak perlu datang...”
Riana memintas lagi. Dia dah rasa macam dungu sangat sekarang ni. “Abang, Ria minta maaf sebab buat abang tertunggu-tunggu..”
“Riana, please listen to me first!”
Terdiam apabila mendengar suara Firhad yang sedikit tinggi di talian sana.
“Abang ada hal. I can’t make it today. So, can we meet the designer on Thursday? Abang nak ke Penang sampai esok malam..”
“Oh.. Ye ke? Okaylah kalau macam tu..”
Hampa.
Ya, dia kecewa sangat! Sejak dua minggu lepas hanya sekali sahaja dia bertemu dengan Firhad. Itupun untuk membeli cincin kahwin mereka. Hal lain semuanya diuruskan oleh ibu dan Puan Nani. Dia juga keluar membeli semua barang hantaran dia dengan Asma tanpa Firhad. Pilihlah apa sahaja dia mahu dan bayar.
Barangan Firhad pula dibeli sendiri oleh lelaki itu. Entah sudah beli atau belum tidak pula dia bertanya kepada lelaki itu.
“I got to go. See you on Thursday.”
Tutttttt..
Panggilan ditamatkan oleh Firhad tanpa dia sempat menjawab apa-apa.
Nafas dilepaskan berat. Bibir senyum pahit kepada Raffael. “So, you want my five minutes tadi, kan?  Well, you have all my time now. Apa awak nak cakap?”
Sekurang-kurangnya dia ada juga kawan untuk berbual. Firhad macam tak sudi nak layan dia sangat. Kalau dia telefon pun paling lama Firhad akan berbual dengan dia selama lima minit dan selepas itu lelaki itu akan diam dan menunjukkan nada yang kurang senang untuk berbual lebih lama dengan dia.
Entahlah. Dia pun tidak faham dengan sikap lelaki itu. Firhad makin pelik! Makin dia tidak kenal Firhad Azami yang pernah dia kenal dua puluh  tujuh tahun dulu.
“Awak nampak macam ada masalah aje…Nak kongsi dengan saya?”
Riana tergelak kecil. Kongsi dengan Raffael? Alahai, baiklah dia balik cerita dengan Ruzanna atau Asma berbanding meluahkan perasaannya kepada Raffael. “Tak de apa-apa pun.. Saya okay.”
“Masalah dengan kekasih?”
“Ish, tak adalah. Merepek aje awak ni.. cepatlah, apa yang awak nak cakap dengan saya tadi?” Tidak mahu Raffael terus mengorek rahsia peribadinya. Dia baru berkenalan dengan lelaki ini. Belum masanya untuk dia berkongsi sesuatu yang terlalu peribadi dengan Raffael. Mereka hanya berkenalan atas dasar kerja dan bukannya berkawan.
“Ria, saya ..” Raffael berdehem sedikit. Segan mahu meluahkan perasaan hatinya. Ini kali pertama dia berdepan dengan situasi seperti ini. Kali pertama dia berdepan dengan wanita yang berjaya mencuri hatinya.
Walaupun Riana tidak pernah bercakap secara langsung tentang kekasihnya dengan dia, Raffael yakin wanita ini mempunyai seseorang yang dia cintai tetapi dia tidak mampu membohongi dirinya sendiri. Dia sangat sayangkan Riana!
Melihat Raffael yang serba-salah, Riana tergelak kecil. “Awak ni dah kenapa? Ada buat salah dengan saya ke?”
Raffael turut tergelak kecil. Dia perlu rileks. Dia harus nampak macho. “Ria, I love you .”
Hey, awak tengah test nak luahkan perasaan dekat wanita yang awak suka tu ye?” Padahal dalam hati Riana menggelabah bagai nak gila! Biar betul Raffael ni.. Harap-harap Raffael hanya buat lawak bodoh dengan dia. Bukan dia tak tahu sikap Raffael yang suka buat lawak dengan dia.
“Riana Sofea, I am madly in love with you . Saya ikhlas cintakan awak.. Awaklah perempuan yang saya maksudkan selama ini.. Perempuan yang sering saya cerita pada awak ialah awak sendiri..”
Diam
Satu saat.
Dua saat.
Tiga saat.
“Okay, this is not funny. Awak tengah main-mainkan sekarang ni?”
Raffael meraup wajahnya, “Saya serius.”
Ya Allah, kalaulah dia tengah berdiri sekarang ini pasti dia jatuh terjelepok ke lantai. Melihat wajah serius Raffael dia tahu lelaki itu benar-benar serius cintakan dia. Dia tidak nampak riak main-main di wajah kacak di hadapannya ini.
“I’m so sorry.” Tas tangan Coach di atas kerusi sebelahnya dicapai. Dia perlu bersendirian ketika ini. This is crazy! Raffael cintakan dia? Hey, dia nak kahwin dengan Firhad lagi dua minggu!!!
Melihat Riana kalut meninggalkan restoren, Raffael pantas membuka dompetnya. Dua keping not lima puluh ditinggalkan di atas meja. Kaki turut melangkah mengejar Riana yang pantas berjalan meninggalkan dia di belakang. “Riana..”
Tangan yang memegang pergelangan tangannya ditolak. “Jangan sentuh saya Raff!”
Raffael bergerak satu tapak ke belakang. “Okay.. Okay. I am sorry.. Ria, I minta maaf..”
“Saya ingat kita hanya rakan kerja. Kenapa awak buat macam ni, Raff?”
“Saya cintakan awak sejak kali pertama saya nampak awak. Kali pertama saya dengar suara awak.. Kali pertama saya pandang muka awak. Love at the first sight.”
Riana buat-buat ketawa mengejek. “Oh, love at the first sight… Awak ingat saya nak percayakan semua tu? Nonsense!”
“Saya sengaja langgar kereta awak. Saya sengaja ikut awak hari tu sebab nak bertembung dengan awak lagi, Ria..”
Mulut Riana ternganga. Terkejut dengan pengakuan Raffael. Ya Allah, sampai macam tu sekali? Perlu ke nak bahayakan nyawa sampai macam tu? Tak boleh berkenalan dengan dia secara normal? “Awak rasa saya akan jatuh cinta dengan awak kalau awak buat macam tu?”
Raffael menggeleng. “Saya pilih syarikat awak untuk uruskan hiasan dalaman syarikat saya sebab saya nak berkenalan dengan awak, Ria. Saya nak berada dekat dengan awak.”
Sekali lagi Riana terlopong.
“Ria, saya tak nak kehilangan awak..”
You just did. Saya tak boleh terima cinta awak sebab saya akan kahwin lagi dua minggu. Dua minggu, Raff! Within two weeks, I will be someone’s wife.”
“Do you  love him?”
Definitely!”
Sumpah dia kecewa mendengar pengakuan jujur dari Riana. Hancur hati dia. Kali pertama dia jatuh cinta, kali pertama dia cuba mendapatkan cintanya dan inilah kali pertama dia merasa sakitnya hati dia bila cinta dia ditolak.
Oh, inilah perasaan gadis-gadis di kolej yang pernah meluahkan perasaan kepada dia suatu ketika dulu. Inilah perasaan sakitnya bila cinta ditolak oleh orang yang dicintai.
“Saya doakan awak dan dia bahagia sampai bila-bila.”
Riana tergamam. Sangkanya Raffael akan berterusan mendesak dia sehingga dia menerima cinta lelaki itu.. Tak sangka semudah itu Raffael mengalah. Ah, Riana, apa yang kau harapkan sebenarnya? Kau mahu Raffael merebut kau dari Firhad dan kau harapkan Firhad mempertahankan cinta kau dan dia?
Jangan terlalu bermimpi di siang hari Riana.
“Saya akan serahkan projek ni kepada abang saya. Awak akan bekerjasama dengan Encik Rozaidi selepas ini..”
But why?”
“Raff, saya minta maaf.. Saya harap kita takkan berjumpa lagi. Saya tak mampu nak berdepan dengan awak. Saya tahu saya kecewakan hati awak.. Saya tak tahu macam mana saya nak berdepan dengan awak lagi.” Keliru. Dia terasa keliru dengan perasaan yang mencengkam di dadanya.
“Ria, saya nak jadi kawan awak. Saya nak jadi orang yang sering mendengar semua cerita mengarut awak.. Kita pernah rapat sebelum ini kenapa selepas ini tak boleh?”
“Kita rapat sebagai rakan sekerja. Saya tak pernah anggap awak sebagai seorang kawan..”
Kalaulah dia boleh keluarkan hati dia, pasti dia akan tunjukkan pada semua betapa hancur lebur hati dia mendengar kata-kata Riana.
“Awak tak nak saya muncul depan awak lagi?”
“Saya minta maaf Raff..”
“Awak teruskan projek ni. Saya janji saya takkan ganggu awak sehingga projek selesai.” Ujar Raffael bersungguh-sungguh.
“I am leaving now.” Riana menghilang ke dalam perut kereta Renault Megane RS miliknya. Enjin kereta dihidupkan dan kereta itu bergerak meninggalkan Raffael jauh di belakang.
Tanpa sedar air mata Riana gugur ke pipi.
Dia hilang Raffael. Dia takkan berjumpa dengan lelaki itu lagi. Dia tidak dapat melihat senyuman kacak dan mendengar suara garau itu mengusik dia lagi. Benarkah dia tidak kecewa?
Riana menangis semahu-mahunya. Kenapa Raffael jatuh cinta kepada dia? Dada yang terasa perit disentuh lembut. Sakitnya hati dia ketika ini. Sungguh. Pedih. Adakah kerana dia kehilangan Raffael?
Terlalu  sedih dengan apa yang baru sahaja berlaku, Riana menghubungi Asma. Meluahkan semua perasaannya kepada Asma. Menangis sepuas-puasnya kepada Asma. Dia kehilangan Raffael! Dia hilang lelaki yang rapat dengan dia ketika ini.

1 comment :