Monday 22 February 2016

Bab 14 Dia Lelaki Idaman Hati


Majalah di tangan diselak kasar satu persatu. Asma yang duduk berhadapan dengan Riana hanya memerhatikan sahaja sahabatnya itu.
Riana senyap tanpa sepatah kata sejak dari tadi. Selak majalah dari kulit ke kulit sahaja. Kemudian selak buku lain pula. “Kau ni apa hal? Baca kulit ke kulit aje ke majalah tu?”
Majalah di tangan dicampak kasar ke atas meja kopi di hadapannya. “Sejak bila pula kau layan majalah macam ni?”
“Eh, kau dah kenapa pula nak kutuk-kutuk bahan bacaan aku?”
“Kau baca Mingguan Wanita? Takde benda lain ke kau nak baca As?”
“Hello, kau kena mula baca baru kau tahu yang Mingguan Wanita ni bagus untuk orang perempuan macam kita ni. Nak-nak kalau dah jadi isteri. Banyak info, tahu tak?” Asma mengulas lanjut mengenai bahan bacaan dia apabila Riana memperlekehkan bMinggu Wanita yang dia langgan sejak beberapa bulan lalu.
“Banyak lagi benda lain boleh baca. Aku pun banyak kerja, takde masa nak baca semua majalah ni.”
Asma menjeling tajam. “Kalau dah banyak kerja kau buat aje kerja kau tu, jangan sibuk nak kutuk pula apa yang aku baca,”
“Ala, aku main-main je pun.. Takkan itu pun kau dah touching kot?”
Asma ketawa besar.  “Kau mesti cuak tengok aku bengang tadi kan?”
Riana berdengus kecil. Asma nak terasa hati dengan dia? memang tidaklah. Mereka berdua memang rapat. Kalau setakat bergurau kutuk kau aku tu memang dah biasa sangat. “Kau ada apa-apa ke nak buat malam nanti?”
Asma angkat kening. “Kenapa?”
“Jan balik tak malam ni?”
Asma jongket bahu.
“Aku lepak sini sampai malam, boleh?”
“Laki kau?”
“Takde, keluar pergi mana entah. Ad malam-malam baru balik.”
Best juga kau teman aku dekat rumah weekend macam ni. Takde lah aku sunyi sangat.” Balas Asma.
“Jan memang tak balik ke? Minggu ni giliran siapa?” Riana duduk bersila di atas sofa merah menyala milik Asma. Remote televisyen yang berada di sebelahnya dicapai dan suara televisyen di rendahkan sedikit.
“Entahlah Ria. Aku pun tak tahu minggu ni giliran siapa. Tak pernah pula aku dengar giliran-giliran bermalam dengan madu aku tu. Memanjang giliran dia aje!”
Riana mencapai sebiji bantal dan dipeluk kuat. “Teruk kan laki kau ni. Kalaulah aku jumpa Jan tu, memang aku rasa nak hentak aje kepala dia tu dengan kerusi! Memang lelaki tak guna betul.” Melepaskan amarah tersimpan terhadap Firhad melalui Fauzan. “Lelaki semua memang tak guna betul!”
“Kau ni marah betul dengan Jan tu kan..”
“Memanglah marah! Dia suka-suka hati aje buat kau macam ni. Dia ingat kau tu anak patung ke takde hati perasaan?”
“Aku rasa aku macam dah okay.. Kau doakanlah aku banyak-banyak sikit. Biar tenang hati aku nak terima madu aku tu.”
“Kau ada hati nak terima madu kau tu? Eii, kalau akulah jadi kau jangankan nak bermadu, dengar perkataan nak ada madu pun aku tak sanggup!” Riana merebahkan tubuhnya di atas sofa berangkai dua. Kaki yang terjuntai digerak-gerakkan bagi memberikan perasaan rileks kepada tubuhnya.
“Kalau tak terima pun memang aku dah ada madu sekarang ni. Jan memang dah kahwin pun dengan perempuan tu. Memang aku dah ada madu pun Ria. Kay percaya tak?”
“Kalau tak percaya pun aku kena percaya juga yang kau tu memang gila! Kalau aku jadi kau memang separuh dunia aku kejar laki aku, tahu?”
Asma ketawa terbahak-bahak dengan kata-kata Riana. “Kau ni.. Over tau!”
“Memanglah over. Kau tahu tak Jan tu masa susah dia dengan kau, sekarang ni tak senang mana pun dah pasang lain. Kejam betul!”
“Kan.. Aku macam tak percaya aje umur baru 27 tahun dah ada madu. Kalaulah officemate aku tahu yang aku ni bermadu mesti dorang semua pengsan.”
Riana hanya mencemik dalam hati. Dasar perempuan perampas! “Real women don’t steal tahu?”
“Kalau Jan tu tak menggatal, takdenya perempuan tu nak sama menggatal. Aku ni dah tak larat nak fikir lagi dah pasal rumah tangga aku ni Ria. Sampai rasa macam lantaklah Jan tu nak buat apa pun. Nak balik ke tidak, biarlah dia dengan hidup dia.”
“Kau cakap ajelah biar dia dengan hidup dia tapi mana tanggungjawab dia pada kau? Lelaki macam tu buat apa kau nak simpan lagi As?”
“Kau ni Ria.. Kau ingat cerai tu senang ke? Sebut memanglah senang tapi kisah hidup lepas penceraian tu aku tak dapat nak bayangkan. Apa pandangan jiran-jiran aku ni kalau tahu aku janda? Silap hari bulan suami dorang nak tegur aku pun tak berani sebab takut bini dorang tu semua marah.”
“Kau aje yang fikir teruk sangat. Apalah sangat kalau kau tu  bercerai dengan Jan. Dah memang selama kau kahwin dengan dia pun kau buat hal sendiri, makan pakai semua kau beli sendiri kan?” Riana menjeling ke arah Asma. Dia memag geram dengan lelaki yang tidak bertanggungjawab seperti Fauzan. Firhad pun sama! Langsung tak pernah tanya tentang makan minum dia sepanjang seminggu mereka berkahwin. Dia makan ke tidak suka hati dia lah.
“Ala cerita pasal aku tak bestlah Ria. Kita ckap pasal kau lah. Macam mana kahwin, best tak?”
Kepala yang berbaring sedang menghadap siling menoleh ke arah Asma yang duduk di sofa di hadapannya. “Cakap pasal kau dulu lepas tu baru ubah topik cakap pasal aku pula.”
Asma turut sama merebahkan tubuhnya ke sofa berangkai tiga. Tubuh kalih menghadap ke arah Riana. “Kau ni memang suka kalau bercakap pasal aku kan? Tak jemu ke asyik tanya pasal aku aje. Bercakap dalam telefon pasal aku, jumpa depan-depan macam ni pun kau masih nak bercakap pasal aku ke?”
“Aku suka cakap pasal kau sebab aku ambil berat pasal kau. Kau tu kawan aku!”
“Hmmm, iyelah. Iyelah. Kau nak cakap pasal apa?”
“Jan ada bagi nafkah dekat kau?”
“Soalan kau ni.. Dah sah-sah Jan tu balik ke rumah pun tak, lagi kau nak harapkan nafkah daripada dia? Kau nak aku jawab soal nafkah mana? Duit ke yang satu lagi tu?”
“Dua-dua.”
“Dua-dua tak. Aku tak perlukan semua tu pun, aku ada duit aku, ada kerja aku. Biar lah dia dengan hidup dia.”
“Duit kau jadi duit dia jugak, kan?” Tebak Riana sedikit garang.
“Aku kerja ni pun atas izin dia juga. Sesekali kenalah tolong.”
Riana bingkas bangkit daripada pembaringan. “Kau ni memang lembut hati sangat kan? Aku ni kalau boleh memang harap sangat kau bercerai dengan Jan tu, tahu tak? Bukannya sebab aku tak sayangkan kau jadi aku harap yang tak baik untuk rumah tangga kau tapi sebab sayanglah aku nak kau move on! Banyak lagi lelaki baik dekat luar sana tu, As.”
“Aku okay lagi lah. Boleh teruskan hidup lagi. Kau kan ada.” Asma tergelak-gelak sambil memandang ke arah Riana. “Lagipun kalau aku sunyi aku balik rumah mak aku. Mak aku pun dah tahu yang Jan tu kahwin lain.”
“Kau cakap ke?” Terkejut kerana sebelum ini Asma beritahu dia yang Asma akan cuba merahsiakan perkahwinan kedua Fauzan dengan perempuan muda itu daripada pengetahuan keluarganya.
“Mak aku tanya. Masa tu aku dah tak boleh nak bohong lagi dah. Kau tahulah kan. Awal-awal Jan kahwin dulu aku asyik ulang alik rumah mak aku aje. Mestilah mak aku dah pelik kenapa aku ni asyik balik aje..”
“Mak kau okay ke?”
Asma sengih. “Kau rasa?”
Riana jongket bahu. “Manalah aku tahu.. Mak kau tu bukannya boleh dijangka tindakannya.”
“Mak aku tak bagi Jan muncul depan dia lagi dah.”
“Elok sangatlah tu. Kalau aku jadi mak kau, aku suruh kau duduk rumah aku terus, jangan balik sini lagi dah.”
“Sini rumah aku, aku yang beli. Sayanglah kalau tak duduk.”
Riana menarik nafas panjang. “Rumah ni boleh sewakan aje. Bukannya susut nilai. Beli rumah kot, bukannya kau beli kereta nak susut nilai bagai!”
Asma memandang ke arah televisyen yang tidak bersuara. Hanya gambar sahaja yang bertukar-tukar. “Aku sayang rumah ni. Rumah pertama aku beli dengan hasil titik peluh aku sendiri tau. Susah payah aku kerja, kumpul duit semata-mata nak beli rumah untuk aku tinggal dengan suami dan anak-anak aku.”
Mendengar suara Asma yang sedikit sebak, Riana menoleh ke arah sahabatnya. “Sabar ajelah As. Tuhan uji kau sebab Dia tahu kau tu kuat. Kalau aku jadi kau, belum tentu lagi aku kuat macam kau. Mungkin aku ni lagi teruk daripada kau waktu tu.” Riana sendiri membayangkan dirinya di tempat Asma. Mungkin dia akan menangis sepuluh malam tanpa henti seperti ketika dia kehilangan Raffael suatu ketika dulu.
Raffael.
Perlahan sahaja nama itu meniti di bibirnya.
“Kau sebut Raffael?”

Terkejut dengan soalan Asma, Riana menoleh ke arah Asma yang sedang elok berbaring. “Eh, aku sebut apa tadi?”
“Kau sebut nama Raff kan tadi?”
“Mana ada! Kau silap dengar ni!”
Asma bangkit duduk tegak. “Aku dengar kau sebut nama Raffael tadi. Kau ni dah kenapa Ria? Dah kahwin pun nak ingatkan lelaki lain lagi ke?”
Bengang dengan tuduhan Asma, Riana turut tegak di atas sofa. “Kau main cakap ikut sedap mulut ajekan. Mana ada aku teringatkan dia pun. Telinga kau tu yang ada masalah pendengaran!” Riana sengaja mahu meletakkan kesalahan kepada Asma.
“I heard you said that name just now!”
“No, I didn’t!”
“Kau memang gila Ria! Kau ingatkan lelaki lain sedangkan kau tu baru kahwin. Kau rasa kau buat pilihan yang salah ke sekarang ni?”
Ohh, kalaulah dia boleh bercakap jujur tentang perkahwinan dia dengan Firhad memang dia nak aje cakap kepada Asma memang dia buat keputusan yang salah! Dia terlalu ikutkan perasaan, dia terlalu mengharap!
Riana berdengus kecil. “Malaslah cakap dengan kau ni As! Aku nak ambil air.” Riana terus bangkit meninggalkan Asma dan berlalu ke dapur. Buat macam rumah sendiri.
“Jumpa ke air yang kau cari tu?” Asma yang tiba-tiba muncul di ruang dapur mengejutkan Riana. “Kau terkejut sangat ni kenapa? Macam nampak hantu pula.”
“Kau yang sergah-sergah aku buat apa?!”
“Manalah aku tahu kau tu tengah berangan! Kau berangankan apa? Ingat Raffael ke ingat suami kau?” Asma tahan gelak. Tahu Riana menyampah dengan soalan dia.
“As, jom keluar tengok wayang nak tak? Bosanlah kalau duduk rumah asyik menghadap muka kau ni.” Sengaja menukar topik perbualan. Tidak mahu diasak terus oleh Asma mengenai Raffael.
“Jom! Aku pergi siap sekarang.” Asma terus menghilang ke biliknya.
Asma menarik tangan Riana agar membontotinya ke arah restoren yang dimaksudnya sebentar tadi. “Aku pernah makan dekat situ, memang sedap!”
“Entah kedai ceruk mana kau nak bawa aku ni.”
“Ikut ajelah jangan cakap banyak! Manalah tahu kot-kot terjumpa dengan jejaka idaman yang kau tercari-cari sejak haritu.”
Riana berhenti melangkah. “Siapa?”
Asma angkat sebelah kening. “Kau mengharap jumpa siapa? Raffael?” Asma terjerit kecil apabila Riana mencubit lengannya.
“Padan muka!”
“Kau jangan macam-macam ye Ria. Aku ingatkan kau sekali lagi kot-kot kau lupa yang kau tu dah kahwin dengan Firhad. Lelaki yang kau cinta sejak zaman sekolah dulu lagi. Faham?”
“Kalau dah kahwin aku tak bolehlah jatuh cinta dengan orang lain?”
Asma membeliakkan matanya. Riana tergelak melihat wajah Asma yang kelakar ketika ini. “Don’t make that face! You are so funny!”
“Kalau kau marahkan Jan sebab dia curang dengan aku, macam itu jugalah Ad akan marah dengan kau kalau dia tahu kau ada lelaki lain.”
Riana menggeleng perlahan. Dia tidak pernah terfikir sehingga tahap dia jatuh cinta kepada Raffael. Dia anggap Raffael sebagai kawan lelaki yang pernah rapat dengan dia. Boleh dikatakan sebagai paling rapat berbanding dengan semua kawan lelaki yang pernah dia ada. Mana ada dia pernah pergi makan berdua-duaan dengan lelaki lain selain Firhad sebelum ini. Dengan Raffael aje dia pernah pergi makan dan pernah ikut lelaki itu sehingga ke bengkel Sani, kawan Raffael di Klang Lama.
Itu kerja paling gila dia pernah buat seumur hidup dia!
Mengingati kenangan itu, bibir Riana mengukir senyuman.
“Hah, dah kenapa senyum sorang-sorang macam orang angau! Ingatkan apa pula ni?”
“Mana ada ingatkan apa-apalah. Kau ni memang saja aje kan nak kenakan aku..” Marah Riana geram dengan sikap Asma yang asyik nak mengungkit nama Raffael sahaja sepanjang hari ni. Memang dia rasa nak cili mulut Asma sebab buat dia rindukan lelaki itu!
Asma dan Riana tergelak dengan sikap masing-masing. Riana lega kerana hari ini dia meluangkan masa dengan Asma dan dia boleh ketawa gembira.Kalau duduk terperuk dalam rumah memang dia tertekan memikirkan hala tuju perkahwinan dia. Dalam masa yang sama dia ingatan dia terhadap Raffael kian mendalam.
Rindu. Sungguh dia rindukan lelaki itu.
Riana dan Asma melangkah masuk ke dalam restoren yang dimaksudkan oleh Asma. “Special betul restoren kau nak bawa aku ni kan. Ni Absolute Thai namanya, As oi!” Sengaja dia buat-buat marah kepada Asma. Puas mereka berdua tawaf satu mall semata-mata untuk mencari kedudukan restoren yang menyediakan masakan dari Thailand ini.
“Aku lupa nama kedainya lah. Pernah datang sini dengan kawan ofis aku.”
Sebaik sahaja mereka duduk, mata Riana terpandang ke arah sepasang manusia yang duduk agak hampir dengan mereka. Dia kenal!
Firhad.
Siapa perempuan yang sedang ketawa mesra dengan suaminya ketika ini?
Riana lekas-lekas melarikan pandangan matanya daripada melihat ke arah Firhad dan wanita itu. “As, kita makan dekat tempat lain ya?” Riana mengambil beg tangan Coach miliknya dan terus keluar dari restoren. Asma berlari-lari anak mendapatkan Riana.
“Kenapa Ria?”
“Jom makan tempat lain. Aku belanja.”
“Eh tapi kenapa? Aku nak makan dekat situ lah. Green curry dia sedap Ria! Jomlah pergi sana balik..”
“Aku belanja kau makan western, nak?”
Asma menurut dengan mulut yang banyak bunyi. Macam-macam soalan yang Asma tanya.
Adakah Asma nampak?
Otak Riana pula melayang memikirkan wanita yang bersama dengan suaminya. Siapa? Pernah tengok ke sebelum ini? Kenapa Firhad dan wanita itu nampak mesra? Kekasih suami dia?
Riana rasa tubuh dia melayang-layang. Langsung tidak boleh berfikir dengan baik. Apa yang Asma cakapkan pada dia semuanya masuk telinga kiri dan keluar semula di telinga kanan. Langsung tidak lekat dalam otaknya.
“Ria! Aku dah bercakap dengan kau tiga kali ni, dengar tak?”
“Dengar..”
“Kalau dengar kenapa kau jalan lagi? Jom makan dekat sini aje.”
Riana memusing tubuhnya dan mengekori Asma ke dalam restoren. Langsung tidak sedar Asma membawa dia ke restoren makanan Korea. Makanan yang paling Riana tidak suka makan namun dia turutkan juga kehendak Asma.


2 comments :

  1. alahai kesian Ria tapi takpe akhirnya dia tahu suami dia ada org lain.. Sampai bila nak nak tutup akhirnya terbongkar juga....

    ReplyDelete
  2. kenapa x berpisah aje daripada makan hati .

    ReplyDelete