Tuesday, 8 March 2016

Bab 18 Dia lelaki Idaman Hati


Melihat Firhad yang muncul di depan mejanya, Dayana tegak berdiri dan tersenyum manis kepada lelaki kesayangannya. “Morning, sayang.”
Good morning. Masuk bilik I.” Balas Firhad tanpa senyum dan lelaki kacak itu terus berpaling masuk ke biliknya.
Dayana tersenyum manis melihat penampilan Firhad pada hari ini. Kembang kuncup hatinya melihat Firhad. Awal-awal pagi lagi sudah pandai ambil hati dia. Macam manalah dia tak sayang dengan Firhad walaupun lelaki itu memilih untuk mengahwini Riana.
Now, Dayan!” Interkom yang tiba-tiba berbunyi membuatkan Dayana tersentak dan terkocoh-kocoh menolak kerusi kulit miliknya. Terkejut ‘omakkau!’
Pintu bilik Firhad ditolak tanpa diketuk dahulu. Dengan lenggang-lenggok yang menggoda, Dayana melangkah mendekati Forhad yang sedang memeluk tubuh memandang di luar jendela.  “Wah, lawa kemeja ni bila you pakai. I dah agak mesti sesuai dengan you sebab I know your taste.” Dayana menyentuh lembut dada Firhad.
“Dayan, jangan buat hal dekat sini.” Tangan Dayana di dadanya ditepis lembut. Tidak mahu Dayana terasa hati.
“Ada tak Riana cakap baju ni I yang pilihkan untuk you?”
Kening Firhad naik tinggi.
“I dah agak dah Ria tak cakap dengan you pasal hal tu. I ada keluar makan dengan dia last two days. I yang pilihkan baju ni untuk you.. Handsome sangat bila you pakai kemeja ni.”
“Bila you keluar dengan dia? Why I tak tahu apa-apa?”
Dayana tergelak kecil. Memanglah Firhad tak tahu kerana lelaki itu terpaksa menemani Encik Richard dari Bangkok makan tengah hari dua hari lepas. Peluang itulah dia gunakan untuk mengajak Riana keluar makan tengah hari. Peluang yang dia takkan sesekali lepaskan asalkan berpeluang untuk rapat dengan Riana.
Selagi dia boleh merapati Riana, selagi itulah dia akan berusaha sehingga Riana menjadi kawan yang akan membela dia pada bila-bila masa.
Mana tahu mungkin Riana akan terbuka hati untuk membiarkan dia berkahwin dengan Firhad suatu hari nanti.
Hello, Dayana kau jangan nak bermimpi jauh sangat.
Tiba-tiba Dayana tersenyum simpul. “Riana tu mudah sangat percayakan orang.. Patutlah mudah sangat dia terpedaya kahwin dengan you.”
“Jangan nak kutuk Riana pula. Jawab soalan I tadi.. Kenapa you keluar makan dengan Riana tapi I tak tahu apa-apa? Ria takde cakap dengan I pun.”
“I yang called dia cakap you suruh I teman dia keluar makan sebab you sibuk..” Jari-jamari mengusap lembut dada Firhad. Menggentel hujung tali leher lelaki kesayangannya.
“Dayan! I tak suka apa yang you buat sekarang ni. Jangan dekat dengan Riana.” Sekali lagi tangan Dayana di dadanya ditepis lembut. Kaki bergerak sedikit menjauhi Dayana.
Why?”
You tahu tak apa yang you buat ni risiko? Macam mana kalau Riana tahu pasal kita? I tak nak Riana terluka kalau dia tahu kita sebenarnya ada hubungan..”
She won’t know about us. I promise you.”
“I tetap tak suka! Ria tak sepatutnya terlibat dalam hal kita. I tak nak nanti mama tahu pasal hubungan persahabatan yang cuba you bina dengan Riana, lain pula ceritanya!” Ujar Firhad keras.
Dayana bergerak ke arah meja kerja Firhad. Menghempas punggungnya dengan kasar di atas kerusi kulit yang biasa digunakan oleh Firhad.  Kerusi kulit dipusing 360 darjah.  “Yang you sibuk nak jaga sangat perasaan Riana ni dah kenapa?”
Keluhan kasar dilepaskan kuat. “Riana takde kaitan dengan masalah kita. Jangan libatkan dia.. I tak nak hati Riana terluka walaupun sedikit.. You boleh faham tak?”
“Tak boleh. Hati Riana you nak jaga sangat.. Hati I ni macam mana?”
Tangan naik memegang dahi. Pening dengan sikap Dayana yang kian mendesak. “I kahwin dengan Riana tak sampai pun sebulan lagi, you dah mula tunjuk perangai cemburu buta you. Dulu you juga yang bagi cadangan ni dekat I.. Kahwin dengan Ria, lepas bercerai I boleh kahwin dengan you.. Sekarang ni you pula menggelabah tak tentu pasal.”
Kerusi berhenti berpusing. Berhenti menghadap Firhad yang berada di depannya. Berdiri tegak sambil menompang tangannya ke meja.
You cakap senanglah.. I setiap hari dekat rumah fikirkan pasal you dengan Riana.. Entah apa you buat dengan dia di rumah.”
“I balik lewat, you bising kot-kot Riana takde teman nanti Riana bercerita dengan mama I, bila I balik awal you pula fikir yang bukan-bukan. Boleh tak once you buang benda yang tak senonoh tu dari kepala you? I takkan sentuh dia lah, Dayan! Not even once!”
“Kalau you nak I rasa lega, biar I berkawan dengan Riana. I nak dia bercerita dengan I semua masalah rumah tangga you..”
“Apa yang Ria cerita dengan you?”
“Macam-macam, Ad.. Dan I suka bila dia terluka.”
Firhad tegak semula. “Dayan.. I tak faham apa yang you cuba buat sekarang ni.. I tak suka. I dah lukakan hati Ria dengan perkahwinan bodoh ni, I dah tak sanggup lukakan hati dia lagi kalau dia tahu pasal hubungan kita ni! You faham tak?”
“I tahu apa yang I buat. You jangan risau..” Pen diketuk ke atas meja. Berlagak tenang dengan rancangan yang tersusun cantik dalam kepalanya. Dia tahu apa yang dia buat dan dia tahu bagaimana dia mahu hancurkan rumah tangga Riana dan Firhad. “You nak kahwin dengan I, kan?”
You boleh tanya I soalan bodoh macam tu?”
Dada Dayana berombak kencang. Dia tanya bersungguh-sungguh Firhad jawab macam ni? Memang bikin panas. “I ni dah umur 31 tahun tahu tak?! You tahu kan yang I tunggu you sejak bila? Kita ni dah bercinta sepuluh tahun! Sampai bila I nak kena jadi perempuan simpanan you, Ad?”
“Dayan, please jangan paksa-paksa I macam ni..”
“I paksa sebab I rasa tak selamat! Ke you dah mula sukakan Riana jadi you mula nak buat macam-macam alasan tak nak kahwin dengan I?”
“Jangan nak mulakan Dayan.. Berapa kali I dah cakap dengan you, I takkan sentuh dia.. Not even once! Kenapa you tak faham-faham?”
“Jawab soalan I. Mudah sangat apa yang I tanya. You nak atau tak kahwin dengan I?”
Of course lah I nak kahwin dengan you, Dayan..”
Bibir cantik Dayana mengukir senyuman panjang. “I pun tak sabar nak kahwin dengan you.”
“Bagi I masa kurang dari setahun.. Kalau cepat sangat pun nanti mama I akan soal macam-macam.”
Less than a year.. I pegang kata-kata you, Ad.” Dayana mengusap pipi Firhad sebelum bergerak mahu melangkah keluar dari bilik lelaki itu. “See you this afternoon. Lunch together.”
Sorry Dayan. Hari ni I ada date dengan mama..”
Langkah kaki Dayana terhenti di depan pintu. “Dengan Riana sekali?”
Nope. Just mama and me.”
Puan Nani menyuap steak ke dalam mulutnya. Berselera dia makan tengah hari ini. Berbeza pula dengan Firhad yang terasa seperti pasir yang masuk melalui tekaknya.
“Ingat ya Ad, mama takkan restu perjalanan hidup Ad kalau Ad lukakan hati Ria.. Kita dah kenal dengan keluarga Ria tu berbelas tahun.. Malu Ad kalau buat anak orang macam tu.”
Firhad garu hujung kening sebelah kanan.  “Apa yang Ad buat pada dia? Ada Ria mengadu yang bukan-bukan pada mama?”
“Memanglah Ria takde mengadu tapi mama tahu apa yang ada dalam hati Ria tu..”
Firhad mengeluh kecil. “Ad dah besar ma.. Mama nak Ad kahwin dengan dia, Ad ikut.. Sekarang ni mama nak Ad buat apa lagi?”
“Mama nak tengok Riana senyum ikhlas. Bahagia. Bukan terpaksa macam sekarang ni Ad..”
Firhad menggelengkan kepalanya tanda tidak berpuas hati dengan Puan Nani. “Why mama tak pernah bagi Ad peluang untuk Ad tentukan hidup Ad sendiri? Mama hanya pentingkan kebahagiaan Ria.. Habis Ad?”
“Sebab mama pentingkan kebahagiaan Ad lah mama suruh Ad kahwin dengan Ria. Mama ni dah bertahun-tahun mengidam nak bermenantukan Ria tu tahu tak?”
“Ad dah cukup bahagia sekarang ni. Ria jaga Ad dengan baik. Jadi boleh tak kalau mama jangan asyik ganggu Ria?”
“Salah ke apa yang mama buat untuk Ad selama ini?”
Garfu di tangan kiri diletakkan semula di dalam pinggan sebelah sudu. “Ad dah besar ma.. Dah tiga puluh lebih. Salah ke kalau Ad nak buat keputusan Ad sendiri?”
“Ada mama paksa Ad kahwin dengan Ria?”
Firhad hilang kata-kata. Memang mama dia tak pernah paksa tapi mama dia ugut! ‘Kalau tak kahwin dengan Ria, kamu bukan anak mama. Mama takkan restu hidup Ad dunia akhirat!’ Habis takkan dia nak cakap dia tak mahu kahwin dengan Riana? Dia bukannya anak derhaka. Bukan anak yang tidak kenang budi. Dia sayangkan Puan Nani.. Dia terpaksa mengahwini Riana untuk melindungi Dayana.
“Memang mama tak paksa tapi Ad sayangkan mama. Ad tak nak mama jatuh sakit!”
“Senyuman Ria sekarang ni lebih menyakitkan hati mama. Mama tahu Ria tak bahagia sebab Ad tak pernah cuba bahagiakan dia. Jangan nak bohong dengan mama dengan semua lakonan palsu korang tu.”
Firhad menghela nafas berat. Selama ini Puan Nani tahu tapi didiamkan sahaja? Masalah betul dia dengan perempuan di sekalilingnya. Fitriyati tidak habis-habis dengan ayat-ayat sinis, Riana pula asyik tayang mood muram dan mama dia pula sekarang ni tengah desak untuk peningkan kepada dia. “Ad dengan Ria membesar bersama-sama.. Ad tak mampu nak jatuh cinta dengan dia, ma.”
Pisau dan garfu diletakkan dalam sudu sedikit kasar. “Patutlah sampai sekarang belum ada berita gembira! Mama ingatkan Ria boleh mengandung dalam masa terdekat ni.. Rupanya Ad langsung tak sentuh dia, ya?”
“Ad tak mahu sakiti dia ma..”
“Jangan pernah ada niat nak lepaskan Ria, ya.. Ad ingat tu! Kalau Ad ceraikan Ria, mama tahulah siapa yang mama perlu cari..”
“Dayan takde kaitan dalam hal rumah tangga Ad dengan Riana. Kami takde apa-apa hubungan lagi.”
Then kenapa susah sangat nak pecat dia? Cari aje setiausaha baru.. bukannya perempuan lain tak reti nak buat kerja setiausaha tu.. Dayana tu bukannya lulusan setiausaha pun.. Sibuk sangat nak berkepit dekat dengan Ad.” Bentak Puan Nani tidak puas hati. Memang dia tak sukakan Dayana sejak dulu.
Pakaian MasyaAllah, azab nak tengok. Ketat sana sini.. Pendek jangan cakaplah. Kalau boleh semua nak ditonjolkan kepada umum. Nak tunjuk sangat macam orang lain tiada aset-aset yang dia ada.
“Bukan senang nak cari setiausaha, ma.. Dayan elok aje kerja di situ, buat apa nak pecat dia. Lagipun susah nak cari orang yang pandai buat kopi macam dia.” Sudu dan garfu dicapai semula. Nasi goreng disumbat masuk ke dalam mulutnya. Berlagak tenang apabila bercakap soal Dayana.
“Kalau susah sangat nak cari, suruh aje Riana berhenti kerja dan jadi setiausaha Ad. Kan elok kalau suami isteri kerja sama-sama..”
“Ish, mama.. Takkanlah Riana ada masters nak kerja jadi setiausaha Ad. Dia kan kerja dengan syarikat ayah dia.. Sayanglah belajar tinggi-tinggi macam ni, ma..”
“Apa salahnya. Kalau Ad serba salah nak cakap dengan Ria, biar mama yang cakap dengan dia.”
No.. No. Ad tak setuju, mama. Biar Ria kerja dengan ayah dia. Ad kerja dengan papa.”
“Takut rahsia pasal hubungan Ad dengan Dayan pecah?”
“Mama, Ad takde apa-apa hubungan dengan Dayana. Tolonglah percaya cakap Ad.”
“Iyelah tu.. Malam nanti bawa Ria makan di rumah mama. Dah berapa hari tak tengok menantu mama.. Rindu sangat dengan Riana rasanya.”
Firhad anggukkan sahaja.
Riana duduk melepak di ruang tamu bersama keluarga Firhad selepas selesai makan malam. “Buatkan abang kopi, Ani.”
“Eh takpe mama. Biar Ria buatkan air ya.” Riana bangkit meninggalkan ruang tamu.
“Nak tunjuk rajin pula menantu mama dengan papa.. Sekali-sekala datang kan, bolehlah nak tunjuk rajin. Kalau setiap hari lepak dekat rumah ni, larat ke nak buatkan air untuk papa?” Bidas Fitriyati menyampah melihat Riana yang sudah menghilang ke dapur.
“Yati, jaga mulut tu sikit. Nak bergaduh adik beradik ke?” Celah Encik Musa.
“Mama dekat rumah ni tak pernah pun merungut nak buatkan air untuk papa. Apa salahnya kalau buatkan air untuk suami, Yati? Semua tu pahala.. Yati jangan nak cari pasal dengan Ria ye. Mama tak nak Ria terasa hati dengan kata-kata Yati.”
Tanpa rasa bersalah, Fitriyati membalas. “Bila masa pula Yati cari pasal dengan dia? Budak cengeng tu jangan nak manja sangat boleh tak? Rimaslah kalau asyik nak jaga hati dia je. Sikit-sikit sentap!”  
“Yati, Ria tu sensitive.. Bukan Yati tak kenal hati budi Ria macam mana.. Memang sejak dulu lagi dia rapat dengan kita kan.. Papa tak pernah rasa Ria terlalu berusaha untuk ambil hati keluarga kita.. Memang Ria lembut macam tu..And yes, memang papa sukakan dia.”
“Yati tak suka. Ad ni patutnya kahwin dengan perempuan yang elegant dan perempuan yang lebih berdikari berbanding Riana, papa.. Ini tak. Mama kahwinkan Ad dengan perempuan manja macam tu. Eiii, lemaslah!”
“Yati, jaga mulut tu! Nak mengata orang, Yati tu elok sangat ke?” Marah Puan Nani. bimbang kalau menantunya terdengar perbualan mereka anak beranak. Walaupun Riana manja dan sedikit kebudakan, dia sukakan perwatakan Riana yang lembut dan sopan dalam tutur bicaranya. Memang calon menantu pilihan.
“Yang Ad ni pun satu.. Apa yang ada dalam majalah tu sampai kakak kutuk isteri sendiri pun diamkan aje.. Tak reti nak membela isteri?”
Firhad angkat muka memandang mamanya. Eh, dia pun kena kait sekali.. “Apa kaitan dengan Ad pula.. Bukannya Ad ada cakap apa-apa pun.”
“Ya Allah, Firhad.. Ad tak tahu nak jaga hati isteri ke Ad?”
“Takkan Ad nak kena tunjuk semua benda yang Ad buat dengan Riana depan semua orang kot, mama? Ad tahu apa yang Ad buat.. You don’t worry.”
“Kesian kau Ad.. Kena ikut semua cakap papa. Kalau kau jadi degil macam aku kan senang..”
“Haa, memang senang sangat sampai sekarang dah umur lanjut pun takde siapa nak buat isteri kan, Yati?”
Fitriyati tarik muka masam mencuka. Tak suka kalau ada orang bercakap soal jodoh. “Belum jumpa yang sesuai. Semua lelaki zaman sekarang tak guna, mama.. Salah satu contoh, Ad ni. Anak emak! Eww, not my taste!”
Majalah serta-merta melayang ke bahu Fitriyati.
“Hoi! Kau baling mag ni dekat aku dah kenapa… Sakit tau tak?”
“Padan muka kakak. Yang tak fasal-fasal nak kaitakan Ad dalam jodoh kakak ni kenapa?”
“Kau memang anak emak.. Jodoh pun mama yang tentukan. Pity you, young boy!”
“Ya Allah.. Abang tengok budak berdua ni.. Haish, depan mama dengan papa pun boleh bergaduh lagi? Dah besar tua bangka macam ni pun masih bertekak macam budak-budak?” Puan Nani mencuit peha suaminya. Geram dengan sikap dua anaknya yang langsung tidak menunjukkan sikap matang.
Terdengar derap tapak kaki ke arah ruang tamu, suasana serta-merta menjadi senyap-sunyi.
Riana meletakkan dulang cawan dan teko di atas meja. “Kopi special untuk papa..” Air kopi dituang ke dalam cawan. Satu per satu cawan di letakkan di hadapan semua orang di ruang tamu.
“Jemputlah minum.” Manis senyuman Riana hadiahkan untuk semua orang.
“Aku tak nak kopi kau buat ni.. Takut terkena santau.” Fitriyati menolak cawam ke tengah meja sedikit.
Riana diam.
Terasa?
Ya.
Dah kenapa pula dia nak santau Fitriyati? Mereka berdua bukannya ada apa-apa masalah selama ini. Dia pun bukannya banyak cakap sangat dengan kakak ipar dia sejak dia berkahwin dengan Firhad.
Boleh bilang dengan jari patah perkataan yang mereka berdua bualkan.
“Yati naik atas dululah.. Esok kerja, nak tidur awal. Selamat malam.”
“Ria jangan ambil hati ya.. Kak Yati penat agaknya.” Firhad mengusap lembut bahu isterinya. Perlahan-lahan Riana mengukir senyuman.

1 comment :

  1. Janganlh buat cam tu kat riaa.. Huhuhu sian dia

    ReplyDelete