Tuesday 12 April 2016

Bab 21 Dia Lelaki Idaman Hati


Riana yang sudah tersengguk-sengguk di hadapan televisyen masih juga menggagahkan matanya untuk tercelik luas. Sudah hampir pukul 11.40 malam.
“Ria, you dah mengantuk ke?”
Tersedar namanya disebut, Riana mencari arah suara itu. Dayana tersenyum manis kepadanya. “Takpe, I boleh tunggu you habiskan kerja dengan Abang Ad. Don’t worry about me. You buatlah kerja you.”
“Ala, rasa bersalah pula dengan you Ria.. Sorry lah I terpaksa datang sampai lewat malam macam ni. Ad, you tak kisah kan?”
Firhad hanya mengangguk. “Malam ni juga ke nak I baca semua report ni?”
“Yes! Of course lah you kena baca, esok awal pagi you kena present depan Datuk Puad tahu tak.. Bukannya you tak kenal Datuk Puad macam mana kan?” Balas Dayana mengiyakan pertanyaan Firhad.
Malam ini dia memang ke sini dengan niat untuk membantu Firhad menyiapkan kerjanya bukan untuk mengintip rumah tangga Firhad dan Riana.
“Ria, seriously kalau Ria mengantuk Ria naik tidur dulu.. Nanti abang naik.”
Dayana menjeling tajam kepada Firhad. Cemburu bila melihat cara Firhad bercakap dengan Riana. Manjakan Riana sangat. Mulut cakap tak ada apa-apa perasaan tapi manalah tahu dia tiga bulan asyik pandang muka Riana siang malam tiba-tiba boleh berubah hati pula.
“Ria okay je.. Tak mengantuk pun.” Bibir tiba-tiba menguap ditekup dengan tangan kanan. “Menguap sebab kurang oksigen.” Serentak itu Riana menarik nafas dalam-dalam.
“Betul ke Ria okay ni? Mata tu dah merah sangat abang tengok. Pergilah masuk tidur dulu. Kejap lagi abang naik. Kerja abang pun banyak lagi ni..”
“Banyak lagi ke?”
Firhad mengangguk. “Kesian abang tengok Ria. Pergilah naik tidur dulu.”
“Tak apalah. Ria tunggu abang dengan Dayan siapkan kerja.”
“Ria kalau you mengantuk you boleh berbual dengan I.”
Riana membetulkan duduknya yang sudah senget. Kembali tegak di sofa. “Nak berbual pasal bos you depan batang hidung dia ke?” Usik Riana sambil tersenyum hambar.
“Eh, Ria selalu mengumpat abang dengan Dayan ya waktu makan tengah hari?”
Riana terkejut. Macam mana Firhad tahu yang dia keluar makan tengah hari dengan Dayana?
“Tak payah nak buat muka terkejut macam tu.. Abang tahu mana isteri abang ni selalu pergi.” Ish! Firhad ni selalu nak tunjuk bahagia kalau depan orang lain. Kalau duduk berdua dengan dia beku. Nak berbual pun tak nak.
“Ria tak minta izin abang.. Sorry.”
“Kan abang dah izinkan ke mana-mana yang Ria nak pergi. Tak perlu minta izin abang lagi.” Firhad menoleh ke arah Riana. Dia tahu isteri dia memang sangat baik tapi sampai sekarang hati dia langsung tidak terbuka untuk Riana. Riana terlalu dianggap sebagai seorang adik. Rasa pelik pula kalau tiba-tiba dia jatuh cinta dengan Riana. Tak mungkin berlaku.
Menyampah melihat Riana dan Firhad seakan-akan sedang bermanja, Dayana segara mencelah untuk menganggu perbualan suami isteri itu. Memang itu yang dia sering lakukan jika dia ke sini. “Ad, you kan meeting awal pagi esok sekali dengan I jugak kan.. Boleh tak kalau I nak tumpang you pergi meeting. Malas pula nak bawa kereta.”
Sure.” Balas Firhad sepatah tanpa memikirkan perasaan Riana.
Rasa curiga yang tiba-tiba sahaja datang ditepis jauh-jauh. Dia masih ingat lagi kejadian kelmarin. Dia nampak Firhad dan Dayana memasuki kawasan kondominium mewah. Dia mengekori sehingga ke kawasan podok pengawal sahaja selepas itu dia tidak dibenarkan masuk lagi.
Hendak bertanya soal itu bimbang pula nanti Firhad tahu yang dia mengintip lelaki itu pagi kelmarin. Sudahnya Riana senyap memendam rasa.
Kata Puan Nani perempuan yang paling bahaya ialah perempuan yang paling banyak menghabiskan masa bersama suami kita. Kalau ikutkan pandangan mata dia, Dayana yang paling banyak menghabiskan masa dengan suami dia.
Menurut Dayana pula Firhad curang dan ada perempuan lain. Sehingga kini sudah hampir seminggu selepas perjanjian dengan Dayana, dia belum mendengar apa-apa khabar tentang perempuan yang sering keluar dengan Firhad.
“Ad, Ria dah pandai bancuh kopi macam yang I buatkan untuk you di pejabat?”
Riana mencari wajah Dayana. Kenapa Dayana soal Firhad soalan seperti itu? Bukan dia tidak tahu cuma dia tidak berkesempatan untuk membuat kopi itu kepada Firhad. Bila masa dia nak buat kopi kalau Firhad balik lewat malam setiap hari? Takkan pukul 12 tengah malam nak minum kopi kot?
“Eh, you ada ajar Ria bancuh kopi macam you ke?”
Dayana angguk.
Firhad mencari wajah Riana. Melemparkan senyuman kepada wajah jelita itu sebelum besuara. “Ria tak pernah buatkan untuk abang pun..”
“Abang nak ke? Kalau nak Ria buat sekarang.”
Belum sempat Riana menjawab Dayana sudah mencelah. “Dah lewat ni Ria, nanti Ad tak boleh tidur pulak.. You janganlah minum kopi lewat malam macam ni, esok pagi you ada meeting penting tau!”
“Kerjakan banyak lagi tu.. Sambil buat kerja boleh minum kopi.” Pelawa Riana lembut.
“Takpe kerja kami ni dah nak siap Ria. Kejap lagi dah boleh tidur.” Balas Dayana.
“Betul juga kata Dayan tu.. Takpelah, esok-esok ajelah Ria buatkan abang kopi tu ye. Abang nak rasa sama tak macam Dayan buat untuk abang. Dayan ni pandai buat kopi tau.. Sedap sangat! Sehari kalau tak minum kopi Dayan memang teringat aje.” Firhad gelak dengan lawak sendiri.
Riana pula mula mentafsir maksud Firhad.
Setiap hari minum kopi Dayana buat?
Kalau hujung minggu minum di mana?
Atau Firhad ke pejabat bersama Dayana setiap hujung minggu? Er, tapi bukankah Dayana cakap dia tak pernah nampak Firhad di pejabat pada hujung minggu sedangkan dia memang menghabiskan hujung minggu dia di pejabat?
Menghabiskan masa hujung minggu di kondominuim mewah yang dia lihat kelmarin?
Riana, jangan nak berfikiran buruk.
Firhad dan Dayana? Tak mungkinlah. Dayana kawan dia dan mereka mula rapat sejak tiga bulan lalu. Dayana banyak memberikan maklumat tentang Firhad dan banyak memberikan semangat untuk dia teruskan hidup walaupun dia tidak pernah rasa patah semangat dengan kehidupan dia tetapi sekurang-kurangnya Dayana sentiasa ada untuk dia selain Asma.
Okay. Done.” Firhad menutup fail dan bersandar di sofa selepas mengeliat. Menunjukkan kelegaan yang amat sangat kerana kerjanya sudah selesai.
“I pun dah penat dan mengantuk sangat sekarang ni. I rasa elok kalau I balik dulu. Ria, jumpa nanti ya.” Dayana mengemas fail di atas meja dan berkira-kira untuk pulang. “And you, jangan lupa ambil I di rumah esok pagi.. Kalau tak siap you!” Dayana ketawa manja.
Riana diam sahaja melihat majikan dan setiausahanya bergurau. Rasanya sepanjang dia bekerja, ada juga dia melihat Rozaidi dan setiausahanya namun tidak pula Rozaidi bergurau senda dengan setiausahanya seperti yang dia lihat cara Firhad dan Dayana bergurau.  
“Jom, I temankan you sampai ke kereta.” Firhad bangkit memberi laluan kepada Dayana.
Dayana bergerak mendahului Firhad ke muka pintu.
“Ria naik tidur dulu ya? Abang mungkin nak berbual dengan Dayan dekat luar sekejap. Nanti abang masuk tidur sendiri.”
Riana terpinga-pinga. Kenapa dia rasa lain macam terhadap hubungan Firhad dan Dayana? Selama ini dia langsung tak pernah rasa pelik dengan perhubungan Dayana dan Firhad sejak dia mula berkawan dengan Dayana tetapi hari ini dia rasa pelik.
Perlukah Dayana menumpang Firhad ke mesyuarat pagi esok? Kan tak manis kalau orang tengok. Firhad adalah suami dia dan kebanyakan orang tahu tentang itu kerana majlis perkahwinan mereka dihadiri oleh rata-rata orang korporat.
Riana yang baru sahaja mahu meninggalkan ruang tamu tiba-tiba terpandang telefon bimbit yang bukan miliknya di atas meja. Bukan telefon Firhad.
Telefon bimbit itu diambil dan kaki dihala ke arah pintu utama.
“Sayang, sampai bila kita nak macam ni? It had been three months! I dah letih nak melayan kerenah Riana.. Kadang-kadang termuntah tau terpaksa berpura-pura baik depan dia!”
“Sayang, bertahan untuk beberapa bulan lagi. I janji semua ni akan berakhir, okay?”
“Tak boleh ke kalau tamatkan semua ni sekarang? I nak kahwin dengan you.. I tak kisah kalau mama you nak halang perkahwinan kita sekali pun. I tak kisah kalau kita terpaksa tinggalkan semua yang kita ada sekarang. I just want you. I want us!”
Kaki Riana bagaikan digam di muka bumi. Dia cam suara itu. Dia juga dengar setiap butir perkataan yang keluar dari mulut Dayana dan Firhad. Melihat tangan Firhad yang melingkari pinggang Dayana membuatkan jantung Riana bagaikan terhenti berdenyut.
Nafas yang keluar melalui hidung rasa semput di dada. Bibir menahan getar. Ya Allah, harap-harap dia hanya bermimpi.
Riana memejamkan matanya perlahan sebelum mata itu dibuka semula beberapa saat kemudian.
“Tak fahamlah kenapa you still nak simpan wife you tu. Rimas I tau tak? Penat nak berlakon ramah depan Ria.. She’s so annoying!”
Berlakon ramah?
Maksudnya selama ini memang Dayana sengaja mendekati dia untuk berkawan dengan dia supaya dia tak rasa ragu terhadap hubungan Dayana dan Firhad?
“Dayan, kan I dah cakap you tak perlu buat semua ni. Sekarang you pula merungut bila terpaksa teman Ria ke sana ke sini.” Rambut Dayana dielus lembut. Dan semua perbuatan dan percakapan itu didengari oleh Riana setiap butir.
“I buat semua ni sebab I nak berada dekat dengan you tapi makin lama I makin menyampah pula dengan isteri you tu!”
“Dah la jangan fikirkan hal ni lagi. Pergilah balik dulu.. Dah lewat malam ni.”
“You tak nak datang rumah I ke malam ni?”
“No.. dayan.. No. Dah lewat ni. Hati-hati memandu.”
“Ala, baru pukul 12 lebih lah.”
“I sayang you. Drive carefully okay?” Kepala Dayana diusap lembut.
Riana memerhati dari jauh. Firhad tidak pernah mengusap kepalanya seperti itu. Tidak pernah mengambil berat terhadap dia sama seperti lelaki itu mengambil berat terhadap Dayana.
Kenapa selama ini dia buta dengan hubungan baik yang Dayana dan Firhad jalinkan? Makan pagi bersama kononnya nak terus berjumpa dengan klien, balik lewat malam kerana ada urusan di pejabat dan dalam masa sama Dayana juga turut berada di sana kononnya mahu menjadi mata-mata untuk dia sedangkan mereka berdua menghabiskan masa bersama!
“Jomlah kita kahwin, sayang..”
Pipi Dayana diusap lembut. “Sikit lagi okay.. Nanti bila mama I dah okay, I akan ceraikan dia. Kalau sekarang I ceraikan dia, mama sure mengamuk.”
Mendengar perkataan cerai yang terbit dari bibir Firhad, Riana rasa mahu pitam. Lelaki itu mempunyai niat untuk menceraikan dia selama ini. Firhad langsung tidak mempunyai niat untuk memperbaiki hubungan rumah tangga mereka.
Kenapa dia menaruh harapan selama ini.
Ya Tuhan.
Tubuh terasa longlai. Kenapa Firhad rahsiakan semua ini daripada dia? Sukarkah untuk Firhad berterus-terang kepada dia perkahwinan mereka berdua selama ini hanyalah satu lakonan untuk menutup hubungan dia dengan Dayana daripada dihidu oleh Puan Nani?!
“I tak sabar sangat nak kahwin dengan you. Benci tau tengok you dengan Riana manja-manja depan I.”
“Hey, mana ada I bermanja dengan dia lah. You aje salah faham” Hidung Dayana dicuit dengan hujung dari telunjuk.
Riana keraskan hatinya supaya tidak menangis.
Jangan menangis Riana. Kuatkan semangat.
Melihat Dayana yang sudah masuk ke dalam perut kereta, Riana lekas-lekas mendekati kereta Dayana. “Abang.. Dayan tertinggal telefon.” Riana yakin riak wajah dia bersahaja. Langsung tidak menunjukkan bahawa dia sudah tahu tembelang pasangan itu sudah pecah.
“Oh, thanks Ria. Abang ingat Ria dah tidur.”
“Ha itulah.. Ria baru aje nak naik tidur tiba-tiba ternampak telefon Dayan ni. Nasib baik nampak, kalau tak esok pagi susah pula abang nak call Dayan..” Sengaja mahu memerangkap pasangan itu.
Thank you Ria, nasib baik you perasan.. Kalau tak susahlah I.”
Riana tersenyum nipis. Dayana masih mahu berpura-pura di hadapan dia? Oh, perempuan jenis apakah ini? Plastik sungguh!
“I balik dulu ya.” Dayana mengudur kereta dan beredar dari rumah mewah milik Firhad. Sempat dia menekan hon kepada Firhad dan Riana.
“Ria naik dulu.”
Gambar perkahwinan mereka dipandang tanpa perasaan. Sampai hati Firhad lukakan hati dia sampai macam ni sekali. Kenapa perlu libatkan Dayana? Kenapa Firhad membiarkan Dayana lukakan hatinya?
Kalaulah Firhad dan Dayana memang bercinta sejak dulu sekali pun, kenapa Firhad tergamak membiarkan Dayana melukakan hati dia? Firhad kata sayangkan dia.. Kalau sayangkan dia sebagai seorang adik sekalipun, kenapa biarkan orang lain lukakan hati dia?
Seorang abang yang penyayang seharusnya melindungi adiknya! Kenapa Firhad tidak melindungi dia?
Riana menangis semahu-mahunya. Dia sedih! Dia rasa ditipu. Kalaulah dia tidak bersabar memang dia tampar muka Dayana berulang kali. Sampai hati Dayana perbodohkan dia selama ini.
Entah apa yang Dayana sampaikan kepada Firhad. Mungkin semua perbualan mereka tentang Firhad, Dayana beritahu kepada Firhad sendiri.
Riana menekup wajahnya. Sedih ya amat!
Gambar di tangan dicampak ke lantai. Benci dia memandang wajah lelaki di sebelahnya! Benci memandang dirinya di dalam gambar itu.
Tubuh dihempas ke atas tilam. Wajahnya disembam ke dalam bantal. Tangisan dilepaskan sedikit kuat. Melepaskan rasa sakit hati dan marah yang bersarang dalam hati.
Tiga bulan. Selama ini Firhad bodohkan dia! Banyak kali.. Banyak kali dia ulang benda sama kepada Firhad.. Tinggalkan dia jika Firhad mempunyai pilihan lain tetapi lelaki itu cakap tiada. Dia tidak mempunyai kekasih!
Patutlah Puan Nani sering bimbangkan hubungan dia dengan Firhad.. Rupanya ibu mertua dia tahu tentang hubungan Firhad dan Dayana.
Bodohnya kau Riana!
Riana bangkit duduk di atas katil. Telefon bimbit mencari nama Asma. Dia perlukan kawan. Dia perlukan seseorang untuk dia berbual.
Ah, bukan masa yang sesuai untuk dia menghubungi Asma ketika ini. Sekarang sudah lewat malam, pasti Asma sudah tidur.  Apatah lagi esok adalah hari bekerja.
Tidak betah asyik menangis dan tiada tempat mengadu akhirnya Riana bangkit menuju ke bilik air. Dia mahu mengadu kepada Allah swt. Dia mahu mengadu masalah dan rasa hatinya kepada Allah swt.
Allah berfirman: “Mintalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan.” (Al-Mu’min: 60).

No comments :

Post a Comment