Wednesday 2 October 2013

Bab 1 Dia Lelaki Untuk Aku

Lamunan Yasmin terganggu tatkala dia tersentak dengan bunyi kerusi yang ditarik di hadapannya. Mata yang tadi asyik memandang ke arah laut terarah pada seraut wajah yang sedang duduk bertentangan dengan dia ketika ini.
“Apa yang kau nampak di dasar laut?” Yasmin kerutkan keningnya. Tidak faham dengan maksud soalan Ameera.


“Mana aku nampak dasar pun.. Mana aku tahu apa yang ada dekat dasar sana.” Mendatar jawapan Yasmin.
“Ingatkan kau nampak ikan paus dan ikan lumba-lumba tengah bergaduh ke.. Ralit sangat aku tengok kau tenung laut tu..” Tawa halus terbit dari bibir cantik Yasmin.
“Merepek aje kau ni kan..”
“Apa yang merepeknya? Kau ni Yas, sampai bila kau nak lari macam ni? Setiap kali mak kau membebel marahkan kau, setiap kali itulah kau lari. Kau ingat kau buat macam ni orang lain tak susah hati ke?”
Satu jelingan manja dihadiahkan kepada Ameera. Dah cakap dah jangan ikut dia kali ini tapi nak juga ikut dia sampai ke Langkawi ni. Bila dah sampai membebel tak henti-henti.
“Ada ke orang yang susah hati fikirkan aku?”
Ameera garu dagu. “Susahlah cakap dengan kau ni Yas.”
“Aku dah cakap dengan kau kan kalau kau tak setuju dengan cara aku kau boleh balik. Dari awal lagi aku dah cakap kalau tak nak ikut aku tak paksa.. Tapi kau yang nak ikut aku, kan?”
Ameera selamba menarik air tin di hadapan Yasmin. Meneguk air mangga dalam tin itu dua kali. “Aku kesian nak biarkan kau sorang-sorang dekat sini. Lagipun aku takde kuliah, jadi aku ikutlah kau ke sini.”
See. Ada aku paksa? Takde kan.. Kau yang nak datang dengan aku.”
“Iye lah.. iye lah. Hah, kali ini apa pula yang mak kau bebelkan?” Wajah mendung Yasmin dipandang.”
Yasmin jongket bahu. Malas mahu bercerita.
“Cakaplah dengan aku, kenapa mak kau bebel dengan kau kali ni. Sampai ke Langkawi kau bawa aku kali ni.” Masih cuba memujuk Yasmin untuk bercerita. Mungkin kali ini masalahnya tidak sama dengan masalah sebelum-sebelum ini.
“Izlan.”
Tubuh Yasmin tersentak kecil mendengar tamparan kuat di mejanya. “Hoi! Kau ni buat terkejut aku aje.” Mata meliar melihat sekeliling. Segan juga kalau ada yang memerhati kelakuan Ameera sebentar tadi.
Sorry.. sorry. Aku geram sangat tadi sebab tu aku tampar meja ni..” Ameera angkat sepuluh jari ke paras dadanya. Dia pun terkejut juga sebab terkuat pula tamparan dia pada meja plastik di tepi Pantai Chenang ini.
“Kali ni apa lagi yang mak kau buat? Dia marahkan kau pasal Abang Iz lagi?” Yasmin mengangguk. “Abang Iz tu kan suami kakak kau, apa kaitan Abang Iz dengan kau, Yas? Adoi, peninglah kepala aku dengan mak kau ni..” Riak wajah Ameera sedikit bengang.
Memanglah dia bengang dengan Puan Rohana sebab sikit-sikit nak halau Yasmin keluar dari rumah. Kalau boleh keluar memang dah lama agaknya Yasmin angkat kaki tapi sebab kasihankan Encik Maslim aje sebab tu Yasmin bertahan.
“Aku kusut la Amee.. Tiap kali Abang Iz bergaduh dengan Kak Miza, mesti mak aku akan petik nama aku sekali. Tiap-tiap kali bergaduh macam tu.. Aku pun pening apa yang mak aku tak puas hati sangat dekat aku.” Yasmin menongkat dagu di atas meja.
“Mak kau takut kot..”
“Nak takut apa bendanya Amee? Takut kalau aku rampas Izlan daripada kakak aku?” Ameera mengangguk dengan soalan Yasmin. “Oh, tolonglah! Kau ingat aku takde otak ke sampai tergamak buat macam tu?”
“Manalah tahu.. Mak kau risau. Kakak kau tu kan anak kesayangan dia. Jadi mak kau bimbang kalau kau baik sangat dengan Abang Iz nanti..”
“Nanti apa? Nanti Abang Iz nak kahwin dengan aku?” Sekali lagi Ameera mengangguk perlahan. “Gila!”
Muka Yasmin sudah geram menaham marah. Kali ini memang dia tak puas hati. Suka hati aje mak dia maki hamun dia.. Dan setiap kali itulah mak akan menghalau dia keluar dari rumah itu. Sampai bila.. sampai bila dia mesti dilayan macam ni?
“Aku ada cadangan untuk kau tutup mulut mak kau tu..”
Mata Yasmin bersinar-sinar memandang Ameera. “Apa?”
“Aku rasa kau kahwin ajelah Yas.”
“Bongok! Cadangan yang tak membantu langsung. Kau ingat bila aku kahwin mak aku akan sayang aku? Peluk cium aku macam dia buat dekat kakak dan adik aku? Ew, mimpilah kau..”
“Kau ni memang tak reti menghargai langsung tau tak? Penat aku fikir cadangan ni untuk kau, kau cakap aku bongok. Memang ini satu-satunya jalan yang aku ada untuk tutup mulut mak kau tu.. Kalau tak, kau sanggup ke kena tuduh bukan-bukan dengan mak kau..?” Yasmin menggeleng.
“Ha, habis tu apa yang kau tunggu lagi? Kahwin ajelah.”
Hee, kalau boleh nak aje dia rejam Ameera dalam laut. “Kau ni cakap pakai otak kau boleh tak? Aku nak kahwin dengan siapa? Dengan abang kau, boleh?”
Tawa Ameera meletus kuat. Kuat gila! Yasmin nak kahwin dengan kembar dia? Oh.. tidak! “Kau nak ke dengan Ameer? Kalau kau nak aku on aje. Kau jadi kakak ipar aku? Aww, so sweet!”
Yasmin buat muka menyampah. “Tak ingin aku ada adik ipar macam kau ni. Buat sakit kepala aku aje.” Sekali lagi tawa Ameera meletus kuat.
“Kau jangan buat lawak boleh tak? Macamlah Ameer tu nak dengan kau! Tak boleh.. Mama aku dah ada calon untuk Ameer. Kau terlewat seminggu aje. Ameer pun dah nak bertunang bulan depan.”
“Ye ke?” Ameera angguk.
“Pilihan mama aku. Kalau tak silap aku orang Kota Tinggi, Johor. Anak kawan mama aku kot. Entah, aku pun tak ambil tahu sangatlah pasal perempuan tu. Belum jumpa lagi.”
Yasmin mengangguk-angguk dengan cerita Ameera. Tak sangka Ameer Hakim dah nak bertunang! Wah, mereka sebaya tapi Ameer laku dulu?  Hebat! “Kau bila pula Amee?”
“Aku lepas kau.” Selamba badak air je jawab.
Yasmin mengeluh lemah. “Lambat lagilah kita nampak gayanya..”
Ameera turut menongkat dagu bertentangan dengan Yasmin. Kalau ada sesiapa yang melihat mereka mungkin tersalah faham tentang hubungan mereka. Ingat lesbian yang mabuk cinta merenung antara satu sama lain. Meluahkan cinta melalui mata, konon!
“Habis apa rancangan kau sekarang?”
Yasmin jongket bahu. Tak tahu.
“Kau tak nak cari calon suami ke?”
Sekali lagi Yasmin mengulang perkara sama. Jongket bahu.
“Susahlah cakap dengan kau ni Yas. Aku rasa cadangan aku ni adalah cadangan yang terbaik berbanding cadangan sebelum-sebelum ini.”
Yasmin tunjal manja dahi Ameera. “Memanglah.. cadangan kau sebelum ini suruh aku betul-betul pikat Abang Iz kemudian kahwin dengan dia.. Itu lagi gila! Mau mak aku sakit jantung kalau aku buat macam tu tau!”
“Iyelah, dah memang mak kau tu sakit hati sangat bila kau baik dengan Abang Iz, dah alang-alang sakit hati biar terus sakit hati aje.”
“Kau ni, tak baik tau! Orang yang kau kutuk tu mak aku. Mak yang membesarkan aku sampai umur aku 26 tahun..”
Ameera mencebik. “Kalau dia tak besarkan kau pun kau akan membesar di tempat lain, Yas.”
“Kalau aku membesar di tempat lain mingkin aku takkan kenal kawan baik macam kau dan Laili. Kita takkan masuk sekolah yang sama, masuk universiti sama-sama.”
“Ye, aku tahu semua tu tapi…”
Yasmin memintas kata-kata Ameera. “Dah la, apa pun mak aku buat, dia tetap mak aku sampai bila-bila.”
Ameera mengeluh berat. “Aku tak fahamlah dengan kau ni Yas.. Mak kau tu dah buat macam-macam dekat kau, kau masih nak bela dia sampai sekarang. Kau tak ingat ke masa kita nak pergi bercuti di Bali dulu apa mak kau kata? Pergi jangan balik-balik kan? Kalau aku jadi kau, aku dah berambus dan takkan balik-balik lagi dah.”
“Habis kau ingat ayah aku tak kisah pasal aku? Memanglah mak aku tak sayangkan aku tapi at least ayah aku masih ambil tahu pasal aku.”
“Tapi ada tak ayah kau pertahankan kau setiap kali kau kena herdik dengan mak kau? Ada? At least once? Tak pernah, Yas.. Tak pernah!”
Yasmin menjatuhkan tangannya. Malas nak fikirkan masalah keluarga dia lagi. Kepala menoleh ke arah laut yang terbentang luas di depan mata. Kata-kata Ameera dibiarkan berlalu bersama angin pantai yang bertiup nyaman.
Hati Yasmin beristighfar beberapa kali. Hebatnya ciptaan Allah SWT.
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat ALLAH) bagi orang-orang yang berakal"  (Surah Ali-Imran, Ayat 190).
Ameera bangkit menolak kerusi plastik berwarna biru yang sedang diduduki olehnya.”Jom jalan-jalan dekat pantai.”
“Jom!” Yasmin menyambut huluran tangan Ameera. Inilah kawan dia, susah dan senang masih setia di sisinya sehingga hari ini. sabahat yang tidak pernah mengadili dia dalam apa-apa hal. sahabat yang sentiasa menjadi tulang belakang dia.
Yasmin memeluk Ameera. “Thank you!”
“Mesti kau rasa touching sebab aku baik sangat kan? Sanggup terbang dengan kau dari Kuala Lumpur sampai ke Langkawi ni kan?” Yasmin angguk. Sebak meruntun hatinya tiba-tiba.
“Kau jangan nak buat drama Melayu dekat sini Yas. Kita kawan dah berapa lama? Empat belas belas tahun Yas. Empat belas tahun! Kau tu kawan aku, kalau kau susah siapa lagi yang nak tolong kalau bukan aku? Kau ingat aku tergamak nak biarkan kau ke sini sorang-sorang?”
“Aku tahu.. kau memang baik sangat. Aku je selalu degil tak nak dengar cakap kau.”
“Sebab kau tu keras kepala!” Ameera tampar belakang Yasmin sedikit kuat. Melepaskan geram.
Kemudian kedua-dua mereka ketawa besar. Inilah kawan, melawak lebih kurang pun langsung tak pernah simpan dalam hati.
“Kakak. Kakak.” Yasmin menuduk melihat budak kecil separas pinggangnya.
“Ye?”
“Ada orang suruh saya bagi ni dekat kakak.” Yasmin memandang kertas berwarna putih sebesar saiz tapak tangannya yang dihulurkan oleh kanak-kanak itu.
“Siapa?”
“Tak tahu. Abang tu tak cakap nama.”
Yasmin memandang sekeliling. Mencari kelibat ‘abang’ yang dimaksudkan oleh kanak-kanak ini. Manalah tahu kot-kot dia terjumpa ‘jodohnya’ di sini.
Tiada sesiapa pun yang mencurigakan pada pandangan matanya. Semua manusia sibuk dengan aktiviti masing-masing.
“Betul ke kertas ni untuk kakak, dik?” Kanak-kanak lelaki itu hanya mengiyakan. Entah ye ke tidak budak ni.. Manalah tahu kalau ada orang nak main-mainkan dia aje.
“Ambillah, nanti mak saya cari.”
Akhirnya Yasmin mengambil kertas yang dihulurkan oleh kanak-kanak itu.
“Apa tu wei?”
“Entah. Ada orang bagi. Salah orang agaknya.”
“Bukalah, aku nak tengok apa dia tulis. Mana tahu nombor loteri ke..”
Yasmin tumbuk bahu Ameera. “Siapa pula yang datang bercuti nak main loteri bagai..” Tangan Yasmin membuka kertas yang dilipat dua.
Awak  nampak cantik dengan senyuman. Jangan bersedih, Allah sentiasa bersama orang yang bersabar. - F”
“F?” Ameera kerut kening. Saling berpandangan dengan Yasmin. Berfikir siapakah F dalam nota ini. “Kau ada berkenalan dengan sesiapa ke masa dalam bot tadi?”
“Eh, mana ada. Sampai ke hotel aku takde berkenalan dengan sesiapa langsung!” Nota dilipat semula. Kali ini lebih kecil bahagiannya.
Siapa pula manusia misteri yang bagi nota dekat dia ni?
Haiya!
“Mungkin peminat kau kot Yas.” Ameera memintas langkah Yasmin. Berhenti di depan sahabatnya itu.
“Malaslah aku nak fikir. Biarlah. Kalau dia nak berkenalan dia akan muncul. Aku tak kisahlah siapa pun pengirim nota ni. F ke G ke.. Z ke.. lantak dia ajelah.”
“Betul kau tak nak tahu?”
Yasmin angguk yakin. “Aku bukan suka kejutan dan aku tak suka berfikir benda yang tak pasti. Ini entah siapa… mungkin salah hantar. Nak bagi dekat orang lain tapi terbagi dekat orang lain.”
“Ha’ah kan, mungkin nak bagi dekat aku. Lelaki tu mungkin nak puji aku. Aku kan baru tanggalkan braces aku, haruslah gigi aku nampak cantik, kan?”
“Mana kau tahu yang bagi nota ni lelaki?”
“Aku teka aje.. Kau rasa perempuan ke yang bagi nota ni?” Yasmin jongket bahu. “Mesti lelaki. Mana ada perempuan nak puji perempuan.”
“Kau nak ke nota ni? Kalau nak nah ambil simpan.” Yasmin hulur kertas putih itu kepada Ameera.
“Eh, budak tu bagi dekat kau kan, mestilah nota untuk kau, bukan aku!” Ameera menolak tangan Yasmin yang lurus kepadanya.
“Tadi cakap mungkin untuk kau… Dah la, tak payah fikir. Buat sakit otak aje.”
Kaki mula menguis pasir pantai. Deruan ombak kembali menenangkan hati Yasmin.


p/s : Alhamdulillah, ADDS dan KPI lulus untuk diterbitkan. Bila? Belum tahu lagi. Sama-sama kita tunggu ye. Doakan cepat-cepatlah eh. Hihi. Sri akan still up entry but lompat jauhlah entrynya. ;p

Untuk novel CTAB ada publisher dah minta manuskripnya sejak dua bulan lebih lalu lagi tapi tapi tapi dek kerana tuntutan kerjaya yang meruntun kalbu Sri memang tak sempat nak menulis laju-laju. Masih berbaki berbelas bab lagi.. Huwaaa, nak siapkan cepat!! :(

Baiklah, ni intro cerita baru yang dah lama tulis, lagi awal tulisnya daripada CTAB tapi tergantung-gantung tak bertali. Meh la kita intro sikit di sini. ;D

Thank you all my readers & supporters. Tanpa korang semua memang Sri syok sendiri aje menulis di sini. <3

7 comments :

  1. Tahniah.best cerita baru ni saya suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala, nilah reader dan commentor yang best! Selalu je drop komen. ;) Tq.

      Delete
  2. Sri best. Congrats da x sbr nk grab all ur novel... Jln cita yg best sgt2 any news pls let us know yea... X sbr sgt2... Nnt klo agk lme sgt sri bgla sikit teaser... Jumping bab pon x pe asl dpt ubt rindu kt ADDS N KPI.
    For new story line jln crita pon da rs mnrik x sbr nk bc next n3...
    -sweetheart87-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena sabar dulu sebab tak tahu lagi bila nak terbit novelnya. Hikhikhik.

      Delete
  3. tahniah Sri...jgn lupa bagi tahu kalu ada perubahan tajuk novel yee...bukan apa...bile bakal diterbitkan...tajuk novel akan diubah....tak sabar menanti...harap tahun ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa, Kak Nira paling best! Selalu je komen. Thanks akak!

      Delete
  4. tahniah Sri...jgn lupa bagi tahu kalu ada perubahan tajuk novel yee...bukan apa...bile bakal diterbitkan...tajuk novel akan diubah....tak sabar menanti...harap tahun ni.....

    ReplyDelete