Monday, 11 August 2014

Special : Aku, Dia dan Stiletto


Aulia peluk Puan Sri Lydia. Rasa seronok pula bila balik rumah emak mertua. Macam ini rupanya perasaan bila dah kahwin dan ada dua buah keluarga. Kali pertama balik ke rumah mertua bersama suami.
Sebelum ini dia hanya balik seorang diri dan hanya Puan Sri Lydia yang berada di rumah ketika itu. Dan waktu malam dia hendak pulang ke rumah barulah bapa mertuanya pulang.
“Anak menantu mama sihat?” Aulia angguk sambil membalas pelukan Puan Sri Lydia. “Tidur sini kan?”
“Iyelah ma.. Tidur sini sebab mama paksa.” Ashraff sengih kepada Puan Sri Lydia.

“Memanglah kena paksa sebab Ash langsung tak pernah balik jenguk mama. Dua minggu lebih baru ini sekali Ash balik sini tau!”
“Ma, Ash ada hal. Kan Ash dah cakap yang last week Ash kena pergi Nilai. Dengan Aulia sekali Ash bawak ke sana.”
Honeymoon?” Wajah Aulia bertukar merah. Honeymoon apa bendanya, Ashraff asyik nak melepak tidur dalam bilik aje pun. Kalau nak ke Port Dickson pun bukannya jauh sangat tapi Ashraff tak nak pergi ke sana.
Akhirnya Aulia pun terpaksa juga melepak dalam bilik. Dah la dia asyik memerap dalam bilik belek majalah Cina sepanjang masa, kalau tahu memang dia takkan ikut. Baik dia balik ke rumah mama lagi bagus.
Honeymoon lah sangat.. Abang ni asyik duduk dalam bilik langsung tak nak bawak Lia  keluar. Lia makan pun dalam bilik.”
“Lia langsung tak keluar dari bilik?” Aulia angguk. Padan muka Ashraff. Sekejap lagi mesti kena marah.
“Ash! Kalau dah tahu kerja banyak yang suruh Lia ikut kamu buat apa?” Ashraff menggosok bahunya yang terasa pedih ditampar oleh Puan Sri Lydia.
“Sakitnya mama tampar Ash.. Manalah Ash tahu yang kerja dekat sana berlambak-lambak. Kalau Ash tahu memang Ash tak bawak Lia ke sana. Ash hantar Lia ke rumah mama. Kan sayang?”
Aulia tahan ketawa dan dalam masa yang sama geli. Sayang? Memang pandai Ashraff ni berlakon. Tadi sebelum sampai pun Ashraff dah pesan dengan dia yang mereka perlu berlakon sebagai pasangan suami isteri yang bahagia. Bahagialah sangat!
“Jangan lupa panggil I abang. Kalau tersilap siap you.”
“Kenapa.. Awak nak buat apa kalau saya tak nak panggil awak abang?”

“I will kiss you sebanyak kali yang you tersilap.” Aulia tekup mulutnya dan Ashraff ketawa besar.
“Tau pun takut.. Jadi jangan buat silap.”
Pesanan itu masih dia ingat sampai sekarang ini. Jadi dia tak boleh tersilap. Dia tidak akan membiarkan Ashraff mengambil kesempatan terhadap dia lagi. Cukuplah sekali yang berlaku di Nilai minggu lalu.
“Menantu mama ni berangan apa depan sofa ni? Dah jom pergi makan. Mak Esah dah siap masak untuk kita.”
Aulia terkulat-kulat sendirian. Berangan lagi. Dah berapa kali tertangkap dek kerana berangan. “Sayang berangan apa? Abang ada depan mata pun takkan rindu?”
Mulut Aulia ternganga kecil. Ashraff ni tak segan ke depan mama dan papa? Ya Allah, kalau nak berlakon pun janganlah berlebihan sampai macam ni, naik segan dia.
“Lia, jangan layan sangat Ash ni. Suka sangat mengusik isteri. Kesian Lia..” Puan Sri Lydia kesian melihat Aulia yang asyik menahan malu dengan sikap Ashraff yang suka mengusik.
“Jom sayang..” Ashraff paut pinggang Aulia. Mahu tidak mahu Aulia terpaksa membiarkan Ashraff melayani dia seperti seorang isteri yang sangat bahagia sedangkan hakikatnya mereka tidaklah sebahagia ini.
“Awak jangan over sangat ya..” Aulia sempat berbisik keras di telinga Ashraff.
Ashraff tersengih kecil. Peduli apa dia. Inilah masa untuk dia mengambil kesempatan terhadap Aulia. Kalau dia rumah berdua-duaan dengan Aulia memang jangan harap kalau Aulia nak biarkan dia disentuh sana sini.
Dalam mimpi bolehlah.
Suasana di meja makan riuh-rendah walaupun hanya makan empat beranak sahaja. Mulut Aulia dan Ashraff yang kecoh bercerita itu dan ini membuatkan suasana makan yang selalunya hambar sangat meriah.
“Seronok mama bila anak-anak mama balik macam ni. Ini baru ada dua, kalau nanti dah beranak pinak lagilah meriah meja makan mama ni kan?” Aulia senyum kelat. Kesian Puan Sri Lydia.. Mesti tak sangka yang dia dah mengandung sekarang ini.
“Sabarlah mama. Mungkin seminggu dua lagi ada rezeki kami. Kan sayang?” Ashraff genggam tangan kiri Aulia yang diletakkan di atas meja. Mahu menolak takut Puan Sri Lydia dan Tan Sri Ahmad perasan pula jadi Aulia membiarkan sahaja.
“InsyAllah mama. Kami pun memang tengah berusaha untuk berikan mama cucu.” Nah, ingat Ashraff aje yang pandai bercakap? Dia pun pandai juga nak buat ayat penyeda hati orang tua-tua.
“Baguslah kalau macam tu. Terima kasih Lia sebab sudi kahwin dengan Ashraff. Mama bahagia sangat tengok anak-anak mama bahagia macam ni.” Ashraff menggenggam tangan Aulia lebih erat. Dia tahu apa yang sedang bermain di benak fikiran isterinya itu.
Aulia bimbang, gusar dan susah hati. Aulia takut dia akan menghampakan harapan Puan Sri Lydia. “Lia pun bahagia sebab tengok mama bahagia.”
“Boleh papa tanya Lia sikit?” Aulia pandang wajah Tan Sri Ahmad. Dia tahu dia bukan menantu pilihan Tan Sri Ahmad tetapi dia juga tahu yang Tan Sri Ahmad tidak bencikan dia.
“Tanyalah, pa..”
“Lia kenal dengan Helinna, model terkenal Malaysia tu?” Aulia angguk.
She is my best friend.” Riak Tan Sri Ahmad serta-merta berubah. Jadi Helinna dan Aulia saling mengenali? Maksudnya Aulia tahu yang Helinna dan Ashraff bercinta tetapi masih mahu berkahwin dengan Ashraff?
Memang ada sesuatu yang tidak kena tentang Aulia!
“Jadi Lia tahu hubungan Ashraff dan Helly?”
Giliran Aulia pula berubah wajah namun segera tersedar dan berdehem kecil.
“Abang! Kenapa abang tanya Lia macam tu? Lia kan dah jadi menantu kita.. Apa kaitan dengan Helinna lagi?” Puan Sri Lydia menampar lengan Tan Sri Ahmad. Mungkin tidak suka nama Helinna di bangkitkan dalam makan tengah hari mereka pada hari ini.
Aulia kerling Ashraff. Dia perlukan bantuan Ashraff untuk menjawab soalan ini. Adakah Tan Sri Ahmad berfikir yang dia merampas Ashraff daripada Helinna?
“Sejak bila Lia berkawan dengan Helinna?”
“Abang!” Sekali lagi Puan Sri Lydia bersuara tinggi.
“Takpe ma. Sebenarnya dah lama Lia kawan dengan Helinna, sejak sekolah lagi. Dia senior Lia tapi masa Lia kenal dengan abang, hubungan Helinna dengan Lia dan lama terputus. Bila dia balik ke Malaysia semula baru Lia jumpa dengan dia dan barulah Lia tahu yang dia adalah kekasih abang. Sebelum tu Lia memang tak tahu langsung.” Jujur dia tak tahu yang Ashraff dan Helinna adalah pasangan bercinta.
Tan Sri Ahmad mengangguk. “Lia cintakan Ash?”
Aulia rasa butiran nasi yang masuk ke dalam mulutnya seperti pasir. Lauk-pauk yang sedap terhidang di depan mata tidak lagi membuka selera dia untuk makan.
“Sebanyak yang abang cintakan Lia.” Jawapan yang paling selamat di dunia. Kalau Ashraff langsung tak cintakan dia maksudnya dia juga tidak mencintai Ashraff.
Ashraff hanya diam menjadi pemerhati. Bukan begini hubungan Aulia dan papanya dahulu namun kini hubungan itu nampak sedikit tegang. Tidak mesra dan tidak ramah.
“Lia setuju kalau Ashraff nak berkahwin dengan Helinna?”
“Abang!” Puan Sri Lydia sudah menempik kuat. “Apa yang abang merepek ni?”
“Abang cuba tanya apa yang abang nak tanya? Salah ke soalan abang?” Tan Sri Ahmad bersahaja memandang isterinya yang sudah menyinga.
“Tak salah tapi dorang ni baru kahwin dekat tiga minggu aje abang! Takkan baru tiga minggu kahwin abang dah nak suruh Aulia bermadu?”
“Siapa cakap abang nak suruh Lia bermadu? Mana ada abang cakap macam tu pun. Abang cuma tanya pendapat Lia aje.” Ah sudah, sekarang mama dan papa mertua dia pula yang bertekak. Aulia cuit peha Ashraff di bawah meja.
Ashraff angkat kening sebelah tanya ‘apa?’
Ya Allah, dia boleh angkat kening aje? Buat la sesuatu! Mulut Aulia terkumat-kamit memarahi Ashraff.
“Mama, papa. Tak baik bertekak depan rezeki ni. Dah la ma, duduk. Ash takkan buat Aulia macam tu. Rileks lah, kami masih lagi di fasa bahagia. Ash belum terfikir nak buka cawangan baru.” Ashraff sengih. Buat lawak bodoh.
“Ash jangan melampau ya. Kalau Ash nak tengok mama terlantar sakit Ash cubalah duakan Aulia.” Ashraff membulatkan matanya. Takkan sampai macam tu sekali mama dia mempertahankan Aulia. Bukan ke dulu mama dia juga yang bersetuju untuk dia berkahwin dua asalkan dia kahwin dengan Aulia.
Oh mama… mana janji manismu…
Akhirnya suasana makan tengah hari yang meriah bertukar sedikit hambar. Masing-masing mendiamka diri kecuali tangan Ashraff yang masih galak meramas tangan Aulia di bawah meja. Semakin dia melawan semakin kejap pegangan tangan Ashraff.
Aulia menghenyakkan punggungnya di atas sofa di sisi Puan Sri Lydia. “Ashraff mana?”
“Dekat atas, tidur.”
“MasyaAllah budak bertuah. Tidur?” Aulia angguk. Ashraff cakap dia penat sebab kerja banyak malam semalam.
“Abang cakap dia banyak kerja sekarang. Semalam pun abang balik lewat ma.. Kesian Lia kena duduk rumah sorang-sorang.” Puan sri Lydia menggeleng.
“Kesian menantu mama ni kena tinggal ye? Hari lain pun Ash balik lewat malam?”
“Eh, takde lah ma. Semalam aje abang balik lewat. Sebelum ni tak pernah langsung. Memang banyak kerja kot sebab Fazri kawan Lia yang terlibat dalam projek yang sama dengan abang pun sibuk jugak.”
“Sibuk pun sibuk jugak tapi jangan dia abaikan Lia sudah la.”
“Takde lah mama. Abang tak pernah abaikan Lia pun. Dia layan Lia sangat-sangat baik.”
Puan Sri Lydia menggenggam tangan Aulia yang duduk di sisinya. “Mama seronok sangat tengok Ashraff dah berubah sekarang ni. Kalau dulu masa bujang, hujung minggu macam ini jangan harap dia nak melekat di rumah. Tapi sekarang ni bila dah kahwin mama nampak perubahan dia.”
“Ma, bukan sebab Lia pun. Abang memang nak berubah jadi yang lebih baik. Mama doakan kami ya?”
Always, sayang. Always! Mama doakan rumah tangga Lia dan Ash berkekalan sampai ke syurga. Amin!” Puan Sri Lydia meraup tangan ke seluruh mukanya.
Aulia tersengih dan melentokkan kepalanya di bahu Puan Sri Lydia.  “Mama, mama nak makan cookies tak?” Puan Sri Lydia pandang wajah Aulia. Serius ke main-main menantu dia ni?
“Lia ni betul ke main-main?”
“Dua hari lepas hari jadi abang, kan?” Puan Sri Lydia terlopong. Ya Allah, dia terlupa hari jadi anak bujang dia sendiri!
“Lia!!! Mama terlupa.”
“Jom kita buat kek, nak tak? Boleh celebrate malam ni.” Puan Sri Lydia menepuk tangan.
“Mama setuju, mama setuju sangat. Lia nak buat cake apa?”
Aulia mengherotkan mulutnya ke kiri dan ke kanan. “Abang suka kek apa?”
“Kek vanilla. Lia ada idea nak buat kek apa?”
Aulia petik jari. “Ada ma.. Ada. Kek ni bukan abang aje suka, mama pun mesti suka!”
Puan Sri Lydia memeluk bahu menantunya. Seronok melihat Aulia yang ceria dan manja. “Pandai menantu mama nak pikat suami ya?” Aulia sengih lebar. Pikat Ashraff? Ini bukan pikat, ini sebab dia dah gian nak memasak tapi dekat rumah Ashraff langsung tak izinkan!
“Jom mama tolong Lia di dapur. Mak Esah pun boleh tolong sekali.”
“Ehhh, tak payah.. Tak payah. Biar Lia aje yang buat sorang-sorang. Kejutan untuk suami yang tersayang. Nanti mama tunggu makan aje, okay?”
“Ish, janganlah macam tu. Nanti tak sempat Lia nak bersilat sorang-sorag dekat dapur tu. Biar mama tolong Lia cepat sikit.”
“Tak perlu.. Biar Lia buat sendiri. Mama duduk berehat aje, tengok Broken Vow tu, ya? Lagipun biarlah Lia sediakan makanan untuk mama pula. Tadi tengah hari kan mama dah masak untuk Lia. Ya?” Aulia peluk manja bahu Puan Sri Lydia. Sayang sungguh dia dengan emak mertua dia ini.
“Kalau itu kata Lia, mama ikut aje. Kalau Lia perlukan mama tolong Lia cakap aje. Mama sedia jadi pembantu Chef Lia.” Puan sri Lydia dan Aulia gelak serentak.
“Assalamualaikum Mak Esah.”
Mak Esah yang ralit mengelap gelas menoleh ke arah Aulia. “Lia. Ada apa?”
“Lia nak masak kek. Mak Esah buat apa tu?”
“Kek? Nak Mak Esah tolong ke?” Aulia tersengih.
“Tak perlu. Mak Esah sambung kerja Mak Esah. Maaflah Aulia nak buat bising dekat dapur Mak Esah ni kejap.”
“Ya Allah.. Bising apanya. Buatlah Lia, jangan runtuhkan dapur ini sudah lah..” Aulia ketawa kecil. Pandai juga Mak Esah buat lawak eh.
Aulia mengeluarkan semua bahan yang diperlukan untuk membuat fancy cookies dan Swirled rose cake. Dah lama tak buat kek memang dah gian sangat tangan dia ni nak menghias kek.
“Lia nak buat kek apa?”
“Kek vanilla. Mama cakap abang suka kek vanilla..” Mak Esah mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Puan Sri Lydia.
Aulia memasukkan telur, mentega dan gula ke dalam mixer. Stand mixer jenama Kenwood itu segera menjalankan tugasnya. Semua bahan tadi diputar dengan kelajuan sederhana.
Selesai mengaduk semua bahan untuk membuat kek, Aulia memasukkan adunan kek vanilla ke dalam dua bekas.
“Kenapa Lia buat dua bekas?”
“Kalau buat sebiji tinggi, nanti Lia takut dalam tu tak masak. Jadi Lia asingkan kepada dua loyang, lepas masak kita lekatkan dua biji kek ni jadi sebiji.”
Mak Esah angguk lagi. “Betul juga cakap Lia. Nanti bolehlah Lia ajar Mak Esah buat kek. Mak Esah ni pandai masak lauk pauk aje.”
“Boleh, takde masalah Mak Esah.. Tapi Mak Esah pun kena ajar Lia masak lauk kegemaran abang jugak. Boleh?”
“Boleh Lia. Lia cakap aje bila Lia nak belajar Mak Esah boleh ajar semua lauk-pauk kegemaran Ashraff dekat kamu.”
“Terima kasih Mak Esah.” Baru tiga kali dia berjumpa dengan Mak Esah tapi hubungan dia dengan Mak Esah sudah mesra. Macam dengan Mak Bib juga.
“Dah siap pun masuk dalam loyang, sekarang boleh bakar dalam oven. Lepas tu kita buat fancy cookies pulak.”
“Fancy cookies? Apa bendanya tu Lia? Tak pernah Mak Esah dengar. Kek ke?” Aulia tergelak besar. Dah dengar pun namanya cookies lagi mau tanya kek ke .. Mak Esah ni memang lawak antarabangsa betul!
“Mak Esah ni.. Cookies tu biskut lah.”
“Oh.. Biskut rupanya. Manalah Mak Esah tahu Lia. Mak Esah ni orang kampung aje. Belajar pun tak tinggi.”
“Ish.. Takpe Mak Esah. Walaupun belajar tak tinggi tapi Mak Esah tetap pandai.. Pandai masak!” Mak Esah senyum bangga. Pandai Aulia ambil hati dia.
“Mak Esah nak belajarlah buat cookies yang Lia sebut tu. Apa namanya tadi?”
Fancy cookies. Boleh.. Boleh. Jom Lia ajar Mak Esah buat.”
Mangkuk untuk adunan fancy cookies di basuh di sinki. Aulia mengelap mangkuk itu dengan sehelai kain bersih.
Bahan-bahan untuk membuat fancy cookies di masukkan ke dalam mangkuk dan dipukul sampai sebati dengan menggunakan stand mixer.
Selepas adunan siap, Aulia memasukkan adunan menguli adunan dengan menggunakan tangan. “Cuba Mak Esah pegang adunan ni.. Tak terlalu lembik kan? Kalau adunan Mak Esak lembik sangat, Mak Esah boleh simpan dalam peti sejuk sekejap.”
“Sekejap tu berapa lama?”
“Emm, dalam tiga puluh minit. Sebab kalau terlalu lembik dan Mak Esah nak tekap juga tak boleh nanti. Tak cantik bentuk biskut kita tu.”
“Ohh… Faham chef!” Tawa Aulia terburai lagi. Mak Esah ni memang kelakar sangat.
p/s : Haaa, ini bab yang ke berapa ni? Jeng.. jeng jeng! InsyaAllah ADDS ni akan diterbitkan juga tapi bila akan diterbitkan tak tahulah dinda. Sama-sama doakan ye ADDS ni boleh peluk tahun depan ke.. Haha! Mak aih, lamanya nak kena tunggu kan. Sabaulah darlings sekalian. 

18 comments :

  1. Terubat rindu pada ADDS..lamenya tunggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama tunggu entry baru ya?
      Novel ni lambat lagi nak release ni... Itu yang jarang update pasal novel ni. hihi

      Delete
  2. TRERIMA KASIH .. TERUBAT RINDU SEKTIKA

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Peluk KPI dulu.. ADDS taktau bila dapat peluk ni. hehe

      Delete
  4. Lamanya menungggu....cepat2 la terbit yer...xsabar nk tggu lelama...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ADDS sabar ye.. Lambat lagi terbit ni. Hihi

      Delete
  5. Lamanya menunggu...cepat2 la cetak...xsabar nk mggu lelama..:)

    ReplyDelete
  6. Lamanya tunggu...bila nk cetak ni

    ReplyDelete