Thursday, 14 August 2014

Special : Kau Perempuan Itu

Ari Aqashah merenung tajam wajah lelaki yang memandang Sarah dengan penuh perasaan cinta. Dia tahu lelaki itu mencintai isterinya. Ari Aqashah cuba mencari pandangan luar biasa dari anak mata Sarah terhadap lelaki itu. Tiada pandangan luar biasa.
“Abang rasa eloklah kalau abang balik dulu. Arah teruskan pencarian Arah.” Rizal senyum lebar. Sarah juga tergelak kecil mendengar kata-kata Rizal yang hanya difahami oleh mereka berdua sahaja.
“Arah nak cari apa? Biar abang tolong.” Celah Ari Aqashah. Sakit hati melihat dua orang ini asyik membalas senyuman antara satu sama lain.
Rizal tergelak besar. “Ha, tu. Dah ada orang yang sudi tolong Arah.” Tangan Rizal menunjuk ke arah Ari Aqashah. Saja mahu berseloroh dengan Ari Aqashah. Namun Ari Aqashah hanya diam tidak memberikan reaksi.
“Abang pergi dulu. Arah jaga diri baik-baik. Abang doakan Arah bahagia.” Air mata Sarah bergenang. Rasa sayu pula mahu melepaskan Rizal pergi.
“Janganlah menangis. Macam budak kecik aje Arah ni. Abang pergi tak lama, dua tahun. Plan Arah tu, kita tangguhkan dulu. insyaAllah kalau masih ada jodoh abang, dua tahun lagi abang akan kembali ke Malaysia.” Rizal menggosok kepala Sarah.
Ari Aqashah yang melihat adegan itu panas hati. Suka-suka hati dia aje sentuh bini aku! Ari Aqashah berdehem kecil.
Rizal yang tersedar akan keterlanjuran sikapnya segera memohon maaf. “Sorry Ari. Kau jangan salah faham. Aku takde niat nak sentuh Arah. Aku anggap Arah macam adik aku. Aku mintak maaf.” Sungguh dia tidak sengaja. Mungkin terbiasa dengan perlakuannya setiap kali berjumpa dengan Sarah walaupun sudah berkali-kali ditegah oleh wanita itu.
Ari Aqashah tidak menjawab apa-apa sebaliknya hanya menganggukkan kepalanya. Ikutkan hatinya mahu sahaja dia menghadiahkan sebiji penumbuk di muka kacak Rizal. Kacak ke? Ah, kacak lagi dia! Tetapi, adakah Sarah menyukai tindakan Rizal? Sarah langsung tidak membantah perbuatan Rizal.
Ari Aqashah menjeling ke arah Sarah yang mengesat air matanya. Sedih sangat ditinggalkan oleh Rizal. Kalau tak silap, dia dengar jumpa dua tahun lagi?  Rizal mahu ke mana?
“Jom balik.” Ah, lain yang mahu ditanya, lain pula yang keluar dari mulut dia.
Ari Aqashah menarik lembut tangan Sarah supaya mengikutnya. Sarah tidak membantah. Hanya mengikut semua arahan yag diberikan oleh Ari Aqashah. Jika disuruh makan, dia makan. Jika disuruh dia diam, dia diam. Semuanya untuk menjaga hati Puan Khalisah. Puan Khalisah baru sahaja menerima dia sebagai menantu, dia tidak mahu mengecewakan Puan Khalisah.
Puan Khalisah sangat berharap dia boleh membahagiakan Ari Aqashah. Sarah sudah pun berjanji akan melakukan apa sahaja untuk Ari Aqashah. Ah.. bagaimana jika lelaki itu mahu dia pergi dari hidup mereka? Sarah menggigit bibir. Takut dengan pelbagai kemungkinan yang sebaliknya.
“Mama akan sentiasa berada di pihak Arah. Jihan pun akan terus menyokong Arah. Kan Jee?” Jihan yang leka membaca majalah terpinga-pinga.
Sarah tergelak kecil. Puan Khalisah juga ikut ketawa. “Mama! Kak Arah. Kenapa ni?” Jihan mencebik. Majalah ditangan diletakkan kembali di atas meja. Muka masam mencuka. Merajuklah tu.
“Mama cakap Jee akan sentiasa sokong Kak Arah, kan?” Puan Khalisah memeluk bahu Jihan.
Jihan tersenyum lebar. Bangkit dan duduk menyempit di sofa single yang diduduki oleh Sarah. “Mestilah. Jee sayang sangat dengan Kak Arah.”
Sarah ketawa senang hati. Walaupun sikap dan layanan Ari Aqashah masih dingin, semua orang lain di dalam rumah ini kecuali Ari Aqashah, melayaninya dengan baik sekali. Dia bahagia. Dia sungguh bahagia sekarang ini.
Cup!
Sarah terkejut. Ari Aqashah ketawa besar melihat reaksi terkejut Sarah. “Berangan lagi, kan dah kena cium. Berapa kali abang panggil Arah.”
“Ke..kenapa?” Terus gagap. Terkejut sangat.
“Turun. Dah sampai rumah dah ni.”
Mulut Sarah menjadi bentuk O. “O.. okay.”
“Abang nak balik office semula. Abang balik lewat sikit hari ni. Tak payah tunggu abang untuk dinner.” Sarah mengangguk dan membuka pintu kereta.
Langkah kaki diatur perlahan-lahan ke arah pintu utama. Takut jatuh terjelopok. Kaki dia bukan terasa pijak tanah sangat ni, rasa terawang-awangan pulak. Setelah menutup pintu rumah, Sarah terdengar enjin kereta Ari Aqashah sayup-sayup menghilang.

Tanggannya naik menyentuh dahi sendiri. Bibirnya mengukir senyuman. Rasa mahu buat lompat kijang pun ada. Seronok sangat. Langsung tidak menyangka Ari Aqashah akan mencium dahinya.
“Hai, menantu mama senyum sorang-sorang dekat sini, kenapa?” Teguran Puan Khalisah membuatkan Sarah terkejut. Tangan yang sedang menyentuh dahi terus dijatuhkan. Sarah tersengih seperti kerang busuk.
“Kata Ari ajak pergi shopping. Beli apa? Tak nampak barang pun.”. Sarah menepuk dahi.
“Tertinggal dalam kereta. Abang pergi office semula. Malam nantilah Arah tunjuk dekat mama.” Puan Khalisah mengangguk sambil berlalu ke ruang tamu.
“Arah naik kejap ye ma. Kejap lagi kita tengok cerita Legacy sama-sama.” Sarah terus berlalu memanjat anak tangga menuju ke biliknya.
Sarah yang duduk di atas katil, perlahan-lahan berbaring. Ah, dia teringatkan sesuatu. Sarah bingkas bangun dan menuju ke meja kerja Ari Aqashah. Matanya liar mencari sesuatu dia atas meja itu.
“Eh, mana pergi bingkai gambar dengan girlfriend dia?”
Sarah melabuh duduk di atas kerusi kulit. Tangannya membuka laci-laci kecil yang berada di sebelah kanannya. Dah jadi macam pencuri pulak dia ni. Selongkar barang orang. Semua hak suami dia kan hak dia juga. Kan? Eh, ke salah?
Terasa seperti membuat kesalahan dengan menyelongkar barang peribadi milik suaminya, Sarah segera bangkit dan meninggalkan meja kerja Ari Aqashah.
Kaki menapak ke almari pakaian. Sehelai bau lengan pendek berwarna biru tua dan sehelai skirt labuh ditarik keluar. Kepala menoleh ke arah pintu. Berkunci.
“Salin dekat sini ajelah. Ari bukan balik lagi.”
Semenjak dua menjak ni, bibirnya laju sahaja membahasakan dirinya sebagai Arah dan Ari sebagai abang. Langsung tak kekok. Arwah ibu pun panggil arwah abah sebagai abang. Berbulan-bulan dia membahasakan Ari Aqashah sebagai Encik Ari, rupanya tidak sukar lidahnya mahu menyebut perkataan abang. Ingatkan dah keras.
Tombol pintu dipulas dan kaki melangkah keluar dari bilik. Tadi dah janji nak temankan Puan Khalisah menonton Legacy. Biasalah, kalau jadi suri rumah orang kaya-kaya macam ni, jika tidak pergi meeting dengan datin-datin, mungkin akan pergi membeli-belah. Jika tidak pergi membeli-belah, duduk rumah layan televisyen ajelah.
“Lambatnya Arah turun. Dah nak habis dah cerita ni.” Kata Puan Khalisah sambil mata masih lagi melekat di kaca televisyen.
“Terlelap sekejap tadi.” Tipu sunat. Terlelap konon. Padahal selongkar barang-barang Ari Aqashah. Agaknya Puan Khalisah tahu tak pasal teman wanita Ari Aqashah? Nak tanya ke tak nak tanya?
Cerita Legacy yang sedang ditayangkan di kaca televisyen langsung tidak menarik minat Sarah. Dia mahu tahu tentang suaminya. Dia mahu lebih mengenali Ari Aqashah. Macam mana nak tanya? Dari mana nak mula ni?
“Dah habis dah cerita ni. Geram betul mama dengan Natasha tu. Diana dah nasihatkan dia, langsung tak nak dengar. Itulah degil sangat.padan muka dia!” Amboih, bukan main lagi emosi Puan Khalisah. Cerita aje pun. Bukan betul-betul.
“Ala mama, cerita aje. Bukan benda betul pun.”
“Eh. Cerita-cerita yang ditayangkan dekat TV ni semua berdasarkan cerita sebenar yang berlaku di sekeliling kita. Cuma kita aje yang tak tahu.” Sarah diam. Kalau dah emosi macam ni, cakap apa pun tak guna. Mama aje yang betul.
Puan Khalisah merenung Sarah dari atas ke bawah. Ah, sudah! Kenapa pulak ni?
“Tadi beli baju baru tak?” Sarah menggeleng.
“Tak beli?!” Suara Puan Khalisah sedikit tinggi. Terkejut ke marah?
“Ari tak belikan Arah baju baru? Langsung tak beli?”
Sarah berfikir sebentar kemudian dia mengangguk. Yakin bahawa suaminya langsung tidak membawa apa-apa beg dari One Utama sebentar tadi. Cuma Sarah sahaja yang membeli sehelai selendang baru untuk Puan Khalisah.
“Kan mama dah pesan suruh Ari belikan pakaian baru untuk Arah. Kenapa tak beli?” Kalau dah pesan dekat Ari Aqashah, manalah dia tahu.
Sarah diam tidak menjawab. Lagipun dia tidak tahu apa yang harus dia jawab. Takkan nak bagitahu yang Ari Aqashah langsung tak cakap apa-apa dengan dia pasal pakaian baru tu? Atau Ari Aqashah mungkin tidak sudi membelikan dia pakaian baru?
“Arah, mama mintak maaf. Mama bukan marahkan Arah. Cuma mama nak Arah sedar, pakaian Arah pakai sekarang tak sesuai dengan status Arah sebagai isteri CEO Teraju Sinar Holding. Arah tak nampak cara pekerja di Teraju Sinar pandang Arah? Atas bawah dorang pandang Arah.”
Pakaian dia tidak sesuai? Maksudnya pakai baju kurung tak sesuai dengan status dia? Habis, takkan dia nak pakai skirt pendek macam Jihan selalu pakai tu? Atau dress separas betis macam Marliana?
Sarah menyusun ayat dalam kepalanya. Mahu menyoak pakaian jenis yang bagaimana yang sesuai dengan dirinya.
“Maksud mama, baju kurung kain kapas yang Arah selalu pakai tu materialnya nampak ..” Puan Khalisah kehilangan kata-kata.
“Nampak murah?” Telah Sarah.
“Bukan macam tu maksud mama. Mama harap Arah faham. Ari Aqashah is a very important person in Teraju Sinar Holding. Arah membawa nama Ari. Jadi, mama harap Arah tak terasa hati dengan teguran mama.”
“Mama, Arah faham. Arah minta maaf.”
No. Jangan minta maaf dengan mama. Arah kena cuba ubah cara pakaian Arah. Tak salah berbaju kurung, mungkin Arah kena tukar sikit material pakaian Arah tu.”
“Boleh tak kalau Arah ajak Jee temankan Arah shopping hujung minggu nanti?”
“Kenapa bukan dengan mama?”
“Sebab Jee muda lagi. Jadi citarasa Jee mungkin kena dengan Arah. Mama punya taste mungkin kurang sesuai kot.” Sarah mengenakan Puan Khalisah.
“Ooo, cakap mama tua ye!” Puan Khalisah ketawa melihat gelagat menantunya. Boleh tahan jugak menantunya kalau buat lawak.
Mata Sarah kembali memandang televisyen. Puan Khalisah masih lagi memerhati menantunya. Selepas menerima menantunya, hatinya terasa sedikit lapang dan lega dengan sikap Sarah yang langsung tidak menyimpan dendam. Sarah menerima semua yang berlaku dengan redha.
Sarah langsung tidak pernah mengungkit apa yang telah berlaku dan cara layanan kasar mereka sekeluarga terhadapnya dahulu. Sarah juga tidak pernah cuba membalas dendam kepada mereka. Adakah hati wanita ini benar-benar tulus dan ikhlas?
Benarkah Sarah seorang yang sangat penyabar dan penyayang? Sarah melayani dia seperti seorang emak. Bahkan, Sarah kini lebih akrab dengannya berbanding Marliana. Bukan dia tidak sukakan Marliana, tetapi melihat kemanjaan Marliana, dia sedikit bimbang untuk melepaskan Marliana tinggal berdua dengan Arif Shah.
Sepanjang tempoh tiga bulan berkahwin dengan Arif Shah,tidak pernah sekalipun Puan Khalisah nampak Marliana masuk ke dapur memasak untuk suami Arif Shah. Semuanya disediakan oleh Mak Som dan Sarah. Sehinggakan air untuk Arif Shah pun dibancuh oleh Sarah.
Berbeza sungguh dengan sikap Sarah. Walaupun Ari Aqashah melayaninya dengan dingin dan kasar, dia masih cuba menjaga hati suaminya. Dia tetap juga menyediakan sarapan pagi untuk Ari Aqashah walaupun jarang-jarang sekali dijamah oleh Ari Aqashah.
Sarah tetap juga membancuh air horlicks untuk suaminya setiap malam walaupun dia akan turun kembali dengan air yang masih penuh dalam mug. Tidak jemukah wanita itu berkhidmat untuk Ari Aqashah walaupun langsung tidak dihiraukan?
“Arah…”
Sarah berpaling mencari wajah Puan Khalisah. “Ya?”
“Boleh mama tanya sikit?” Sarah angguk.
“Ari layan Sarah elok?”
Sarah tersenyum seraya mengangguk kecil.
Puan Khalisah lega. Senyumannya semakin melebar. Tidak lama lagi bolehlah dia menimang cucu. Kalau nak harapkan Marliana yang mengandung, jarang haraplah. Tunggu sampai tahun depan pun belum tentu lagi Marliana sudi mengandung.
‘Nanti Mar gemuklah mama.’
‘Mar takutlah nak bersalin.’
‘Arif cakap belum bersedia. Kami baru aje kahwin.’
‘Mungkin tiga empat tahun lagi.’
Puan Khalisah mengeluh perlahan. Nak tunggu sampai tiga empat tahun lagi buat apa. Arif Shah bukan muda lagi. Tahun ini dah dua puluh sembilan tahun. Kalau lagi tiga tahun dah umur tiga puluh dua tahun. Dia dulu masa umur tiga puluh dua tahun dan ada anak tiga orang dah.
Semasa dia melahirkan Arif Shah, dia baru berusia dua puluh dua tahun. Dia masih ingat lagi waktu itu dia dan arwah suaminya masih lagi menuntut di United Kingdom. Puan Khalisah dalam tahun akhir pengajiannya dan arwah suaminya sedang melanjutkan pelajaran di peringkat masters. Dua tahun kemudian Ari Aqashah pula hadir menyerikan hidup mereka.
Selepas dua tahun pulang ke Malaysia, dia disahkan mengandung sekali lagi. Ketika itu dia berusia dua puluh sembilan tahun dan suaminya berusia tiga puluh tiga tahun.
Mereka berdua langsung tidak mempunyai masalah untuk membina keluarga dalam usia yang muda.
p/s : Haaaa, sape suka sebab Sri dah up entry KPI specil? Ngaku cepat siapa sukaaaa? Haha! InsyaAllah KPI akan release tahun ni tauu.. So, sesiapa yang ternanti-nanti KPI kena beli tau KPI ni. Terima kasih atas sokongan darlings sekalian. Sri doakan korang semua dipermudahkan apa jua urusan yang dilakukan. Amin. 

20 comments :

  1. Suka...tp tak puas....hehehe.. tak sabar pulok nak tgu versi cetak dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lupa dapatkan di kedai buku atau terus dari Kaki Novel ya! ;p

      Delete
  2. Suka!!!! Tapi x cukup. Nak Lagi....last..last. Bilalah dapat peluk KPI dan ADDS. Lamanya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. KPi dah boleh peluk dengan kadar segera.. ADDS ni belum tahu lagi bila dapat feluk. Hehehe

      Delete
  3. Replies
    1. hi baby mio.
      Jangan lupa dapatkan KPI tau!

      Delete
  4. Wah, nampak gayanya kena marathon KPI dari awal ni! baca SE pn dah rasa tertarik sangat. Hehe. Penah baca satu dua part je cerita ni sebelum ni tapi tak suka watak Ari sbb jahat sangat kt wife dia. Tu yang tak suka.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish, kenapa tk baca dari awal? Kite suka tau cerita ni.. Hehehe.. Sebab suka sangat sampai cari muka Ari ni hero yang kacak giler supaya sejuk sikit mata memandang walaupun perangai dia memang annoying kan.

      Delete
  5. Rindu nyer dekat KPI... Bila la dpt baca full version..
    Alhamdulillah Sarah dah diterima family Ari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon... cepat beli dengan Kaki Novel! Bukak FB kaki novel then order dekat sana! hihi

      Delete
  6. Yeayyyy.....best sgt!xsabo tggu KPI versi cetak...lamer giler tggu...Sri rajin2 ler up SE Kpi lg ea....hohoho...plsssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat beli KPI dengan Kaki Novel. Bukak FB Kakinovel lepas tu order dengan tandangan Sri sekali okeh!
      Hehehehe

      Delete
  7. Thanks sri... Atleast trubt skit rinduny. Urm terbitan pe yea sri? Xsbr nk peluk

    ReplyDelete
    Replies
    1. KPI terbitan Kakinovel rockheart.
      Dah order dengan KN? hihi

      Delete
  8. Ya ka.... Dah lama tgu... Akhir nya x lama lg dapat peluk versi cetak plak... Tahniah cik writer... Nanti up date berita terkini tentang KPI ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Nor Mustaqimah.
      Alhamdulillah akhirnya keluar jugak seketoi buku Sri kan. hahaha!
      Kalau nak beli awal boleh order dengan KN ya?
      Bukak fb Sri then ada Kakinovel, boleh order dari sana atau nanti tunggu buku ada di bookstore..

      Delete
  9. Dah kluar dekat Kaki Novel. Novel september tapi dah boleh start order dah...
    -miEza-

    ReplyDelete
  10. tahniah akhir dapat juga peluk KPI

    ReplyDelete
  11. Suka9... bila nk kua versi cetak???

    ReplyDelete