Thursday, 21 August 2014

Special : Kau Perempuan Itu




Pasangan suami isteri itu melangkah seiring menuju ke pintu lif.
Ting!
Pintu lif terbuka. Ari Aqashah menarik tangan Sarah masuk ke dalam lif. Keadaan lif yang agak sesak menyebabkan Ari Aqashah kurang selesa membiarkan isterinya jauh dari sisi. Pinggang Sarah dirangkul dan tubuh Sarah ditarik supaya rapat dengan dia.
Pintu lif yang baru sahaja ingin ditutup ditahan oleh seseorang.
Wait!”
Mata Ari Aqashah membulat besar.
“Tasha.” Bibirnya menyebut sebaris nama itu. Tangannya yang merangkul erat pinggang Sarah segera dilepaskan. Tubuh Sarah ditolak sedikit menjauh darinya.
Sarah terpinga-pinga. Siapa Tasha?
Lif berhenti beberapa kali sebelum mereka sampai ke tingkat tiga belas. Muatan dalam lif juga semakin berkurangan dan Sarah sudah terpisah agak jauh dari suaminya. Ari Aqashah juga tidak menarik dia supaya rapat dengan lelaki itu seperti biasa.
Semenjak perempuan yang terakhir tadi masuk ke dalam perut lif, sikap Ari Aqashah terus berubah. Berubah dua ratus peratus. Lelaki itu langsung tidak menoleh ke arah dia. Why? Why?
“Jom, Sha.”
Kenapa perempuan yang bernama Tasha itu yang dipelawa oleh Ari Aqashah, bukannya dia?
Sarah hanya diam membisu. Lambat-lambat kakinya melangkah keluar dari perut lif. Dia berjalan beberapa langkah di belakang Ari Aqashah.
Bukan main mesra lagi Ari Aqashah dengan perempuan yang bernama Tasha tu. Share holder ke? Atau investor paling besar dalam projek kali ini? Entahlah. Dia bukan tahu sangat urusan syarikat. Semuanya diuruskan oleh Jihan dan Ari Aqashah. Dia hanya mempunyai kuasa menurunkan tanda tangan untuk projek-projek yang bernilai puluhan juta.
Seperti biasa, Sarah akan masuk melepak di dalam bilik pejabat suaminya. Kali ini juga sama. Kaki yang baru sahaja mahu melangkah mendeati bilik suaminya segera ditahan oleh Farah.
“Maaf puan. Puan tak boleh masuk sekarang. Encik Ari ada tetamu penting.” Sarah kaget. Siapa yang lebih penting dalam hidup Ari selain Jihan, Puan Khalisah dan dia?
“Siapa?” Akhirnya terbit juga satu perkataan dari bibirnya yang hanya mendiamkan diri sejak di dalam lif tadi.
Farah jungkit bahu. Takkan Farah tidak tahu siapa tetamu penting Ari Aqashah?
“Tak tahu? Takde buat appointment ke?”
Farah serba salah. “Minta maaf puan. Saya hanya menurut perintah.”
“Takpelah, awak pergi buat kerja. Tahulah saya nak handle suami saya. Jangan risau.”
Tangan Sarah yang baru sahaja mahu memulas tombol pintu segera ditegah oleh Farah. Farah pantas menggeleng. “Tak boleh puan. Tolonglah saya. Nanti Encik Ari mengamuk, mati saya.”
Sarah menarik nafas. Geram pun ada juga dengan Farah ni. Ikut sangat cakap Ari Aqashah.
Tanpa menghiraukan Farah, Sarah pantas memulas tombol pintu bilik Ari Aqashah.
Ari Aqashah yang sedang meneliti fail segera mengangkat mukanya.
Yes?”
“Encik, saya dah ha..” Farah cuba membela dirinya.
“Far, awak keluar dulu.” Farah segera mengangguk dan terus berlalu. Tidak mahu menunggu lebih lama di situ, takut pula kalau Ari Aqashah tiba-tiba naik angin.
You nak apa?” Riak muka Sarah terus berubah sebaik sahaja mendengar perkataan you yang keluar dari mulut Ari Aqashah.
“Siapa ni?”
My PA.”
Sorry ganggu meeting you both. Saya keluar dulu.”
Sarah yang mendengar jawapan Ari Aqashah terus berlalu. My PA? Kenapa Ari Aqashah menyembunyikan statusnya sebagai seorang isteri?
PA you? Cantiknya PA you. Habis yang tadi tu?”
“I ada dua orang PA.” Jawab Ari Aqashah sambil ketawa.
Tasha yang mendengar jawapan Ari Aqashah turut ketawa.
You look so different. I dengar cerita you jadi pilot. Tak sangka jumpa you dekat sini.” Ya, Ari Aqashah nampak sungguh berbeza berbanding enam tahun lalu. Lelaki di hadapannya kini nampak sungguh manly. Sungguh kacak.
“Apa yang berbezanya. I masih lagi Ari Aqashah yang lama. Masih lagi orang yang sama.”
“Masih lagi mencintai orang yang sama?” Soalan Tasha menyebabkan Ari Aqashah terdiam. Adakah dia masih mencintai wanita di hadapannya ini?
“By the way, I dengar cerita you migrate ke Kanada. What on earth you are doing here?”
“Papa I kemalangan enam bulan lepas dan dia lumpuh. So, I terpaksa balik ke sini.”
“Oh, I simpati dengan you. I doakan Datuk Rafidi cepat sembuh.” Tasha mengangguk tanda terima kasih.
“Tak sangka I jumpa you dekat sini. Seriously. I thought you hate this corporate career.” Ari Aqashah senyum lebar. Selebar hatinya. Tidak menyangka Tasha masih lagi memahami hatinya. Ya, dia memang tidak suka dengan dunia korporat, peuh tipu muslihat dan helah, namun apa dia boleh buat. Ini semua permintaan mama dan Sarah sendiri yang menyerahkan hak pemangkuan kuasa kepada dia.
“Alang-alang dah jumpa ni, apa kata kita lunch sama-sama nanti?” Pelawa Tasha. Banyak yang dia ingin bualkan bersama lelaki ini.
Sure!”
“Kalau macam tu I balik dulu. Kita sambung pasal perbincangan projek kita pada hari lainlah. Nanti I minta secretary I confirmkan tarikh yang sesuai for the both of us. Is that okay with you?”
Yeah, sure. See you later, Shah.” Mendengar Tasha memanggil dia sebagai Shah, Ari Aqashah yakin bahawa wanita itu cuba mencipta hubungan yang lebih rapat dengannya. Hanya Tasha sahaja yang memanggil dia dengan panggilan Shah untuk nampak berbeza berbanding orang lain.
Suasana di restoran sungguh tenang. Tasha dan Ari Aqashah memilih meja yang paling tersorok di hujung sudut restoran itu. Bukan kerana mahu bersembunyi atau berselindung daripada sesiapa, namun itulah sikap mereka setiap kali keluar bersama. Suka duduk menyorok.
You apa khabar sekarang? I bet you happy dengan hidup you.” Jika ayat ini yang meluncur keluar dari bibir Tasha enam tahun lepas, mungkin dia akan menumbuk meja di hadapannya ini atau mencampakkan gelas yang berada di depan mukanya ke arah dinding.
“Alhamdulillah. I am so happy. Perancangan Tuhan itu indah. Siapa tahu, kan?” Walaupu Ari Aqashah belum dapat memastikan perasaan sebenarnya terhadap Sarah, namun dia berasa gembira setiap kali Sarah di sisinya.
You dah kahwin?”
Ari Aqashah membiarkan soalan itu berlalu tanpa menjawabnya. Nasib baiklah pelayan datang untuk mengambil pesanan mereka pada waktu itu.
Order, miss?”
Selesai membuat pesanan, suasana kembali senyap. Tidak tahu apa yang mahu dibualkan sedangkan enam tahun mereka tidak bertemu muka.
You belum jawab soalan I.”
Ari Aqashah buat-buat bodoh. “Soalan yang mana? By the way, apa khabar Darrek?”
Tasha tersentak. Tasha tersenyum pahit. Kenapa soal Darrek yang diungkit?
Why? You nampak sedih.”
“Kami dah bercerai. I ambil keputusan untuk balik ke sini sebab I dah tak tahan dengan sikap Darrek. Kaki mabuk, kaki pukul, kaki perempuan. Six years I sia-siakan hidup I untuk lelaki yang langsung tak menghormati dan tak menghargai I.” Tasha tidak malu untuk menangis di hadapan Ari Aqashah.
Sebelum dia berkahwin dengan Darrek, Ari Aqashah lah yang menjadi tempat dia mengadu. Mungkin kali ini Allah SWT mempertemukan dia dengan Ari Aqashah kerana jodoh mereka masih ada. Tasha yakin bahawa Ari Aqashah adalah lelaki yang dicipta untuknya.
“Sabarlah. InsyaAllah you akan bertemu dengan lelaki yang lebih baik berbanding Darrek.” Entah apa yang boleh dia lakukan selain memberikan kata-kata semangat serta memujuk Tasha.
I menyesal sangat sebab kahwin dengan Darrek. I sepatutnya kahwin dengan you. Shah,I minta maaf sebab I curang dengan you.” Tasha menyentuh lembut tangan Ari Aqashah.
Ari Aqashah menolak tangan Tasha yang menyentuh tangannya. “I dah lupakan apa yang berlaku. I tak salahkan you. Semuanya dah berlaku.”
“Shah, kalau you boleh bagi I peluang, I sanggup buat apa sahaja untuk you. Kalau you dah kahwin, I sanggup jadi isteri kedua you.” Biarlah jika Ari Aqashah mahu mengatakan dia perempuan murahan sekalipun. Dia tidak peduli. Dia mahukan Ari Aqashah. Dia tidak sanggup kehilangan lelaki ini lagi.
Enam tahun dia sengsara. Hidup dalam penyesalan. Zalina pula menghalang dia daripada mencari Ari Aqashah. Ah, dia sepatutnya pulang lebih awal. Dia sepatutnya memujuk Ari Aqashah supaya menerimanya semula.
I tahu you terima projek ini sebab I, kan? You tahu I terlibat sama dalam projek empangan di Sabah tu, sebab tu you nak join this project. I know you are still love me, Shah. Kalau tak mesti you dah lepaskan projek ni kepada pekerja you yang lain.”
“Tasha, I harap kita boleh bersikap professional. I harap you boleh bezakan kerja dan peribadi.” Menyedari keterlanjurannya, Tasha segera memohon maaf. Tidak mahu kerana sikap tidak profesionalnya Ari Aqashah menarik diri daripa menguruskan projek ini.
Projek ini merupakan peluangnya untuk berada dekat di sisi Ari Aqashah. Tentang status Ari Aqashah, dia boleh uruskan. Dia boleh upah pegawai penyiasat paling handal di Malaysia untuk menyiasat segala butir peribadi tentang lelaki ini. Dia mahu Ari Aqashah menjadi miliknya.
Sabar Tasha, jangan gelojoh. Perancangan mesti rapi dan teliti.

p/s : Pertamanya syukur kepada Allah swt kerana memberikan peluang kepada Sri untuk bekerjasama dengan KN.Syukur sangat-sangat akhirnya KPI bukan lagi mimpi. Terima kasih kepada KN, supporters, readers dan semua yang menyokong. Sesiapa yang nak laju-laju dapatkan KPI boleh beli KN. Harga asal RM34, jumlah muka surat memang banyak sampai rasa nak juling mata membaca. Seribu lebih muka surat. Haha! Banyaknya muka surat ye. Baca sampai termimpikan Ari Aqashah ye. :)
Okay, Sri pun sekarang dah ada Fan Page okayyyyy. Malu ai nak announce yang ai ni ada fenpeg. Nak update apa dekat fenpeg pun ai fening-fening lalat lagi. Muahahaha! Okeh, sekarang semorang tengok sebelah kanan, ha ada butang FB tu kan? Jangan tengok aje, click sekali.
Thanks korang semua yang seportingsss gila!
Hugs ramai-ramai.

18 comments :

  1. Congratz....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih.
      Jangan lupa dapatkan KPI ya!

      Delete
  2. Bravo! Finally ada fb ya. Bila bole stat order ni Sri? Nanti email kat akak ya. Thanks a bunch ♥!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayyyy! Menari tango. kekekeke.
      Akak dah order dengan KN ke?

      Delete
  3. congrats sri..x sabar nak beli novel ni..and looking forward on ADDS as well..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Anon.
      Alhamdulillah.. Terima kasih ye

      Delete
  4. Tahniah Sri!! Ni novel ke berapa? Tahniah2.. :D
    Tapi tebal tu sampai seribu m/s lebih.. hehe.. kagum saya macam mana Sri boleh dapat idea berkarya camtu..

    Semoga terus berkarya dan maju jaya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni novel kita yang pertama sekali tulis!!!! tebal kan? Ya Allah, kite pun tak sangka kite boleh tulis tebal cemgini. Adoi.

      Delete
    2. Saya agak tu tebal sebab novel Melur Jelita pn seribu lebih mukasurat.. mesti novel Sri pun sama kan. Saya ni novel tebal2 mau dua tiga hari gak nak abiskan.. unless baca time 'cuti'. hehehe

      Delete
  5. Nak order..... lama dh tunggu novel ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay akak dah order dengan Kaki Novel kan?

      Delete
  6. Nak order...dh lama tggu novel ni

    ReplyDelete
  7. Saya dah tak sanggup nak jadi silent reader lagi...please!!! Bila bukak order...saya nak jugak...jatuh Cinta pada Sarah sangat2...

    ReplyDelete
  8. Saya dah tak sanggup nak jadi silent reader lagi...please!!! Bila bukak order...saya nak jugak...jatuh Cinta pada Sarah sangat2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayyyy.
      Umra, awak boleh beli dengan Kakinovel. Bukak FB Sri yg sebelah kanan belog ni ada, lepas tu cari Kakinovel. Dari sana boleh order.
      Kalau nak beli dengan Sri middle sept baru boleh pos.. Lepas tu lambat nak baca pasal Sarah ni. hihi

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Lah...mcm tu ke? FB guna nama apa ye...sebab Umra guna hp saja...jadi tak nampak mana icon FB... :)

    ReplyDelete