Saturday 18 April 2015

Part 15 - Bali Cintaku


Zaidan memicit kepalanya yang sakit. Puas dia mencari Eleena. Nombor telefon Eleena juga puas di dail namun tidak di jawab.
Where are you Eleena.” Hujung telefon bimbit diketuk perlahan ke dahinya. Dia sudah tak tahu apa lagi cara untuk dia menghubungi gadis kesayangannya.
Nak kata Eleena merajuk dengan dia, tak mungkin.
Ke mana Shahrin bawa Eleena? Mana harus dia tuju untuk mencari Eleena?
Zaidan terduduk di sofa rumahnya. Air matanya mengalir tanpa dipinta. Entah apa yang Shahrin lakukan kepada Eleena. Dia dengar Eleena menjerit. Ya Allah, lindungilah Eleena.
“Eden..” Puan Hadrawati muncul entah dari mana melabuhkan duduknya di sisi Zaidan. Dia tahu anak terunanya bimbang Eleena. “Dah jumpa El?”
Zaidan menggelengkan kepalanya. Puan Hadrawati juga bimbangkan keselamatan Eleena. Tak sangka sampai macam itu sekali bekas teman lelaki Eleena bertindak. Menculik Eleena dari mereka. “Dah buat laporan polis?”
“Polis tak nak terima apa-apa laporan selagi tak cukup 24 jam bonda. Sekarang baru empat jam lebih.. Eden rasa macam melayang nyawa Eden dengar el kena culik.”
“Sabarlah, kita doakan El selamat ya?” Belakang Zaidan digosok lembut. “Bonda pun risaukan keselamatan El.”
“Eden tak tahu mana lagi nak cari El.. Eden dah pergi merata-rata tempat..”
“Rumah bekas teman lelaki El, dah pergi?”
Zaidan angguk mengiyakan pertanyaan Puan Hadrawati. “Isteri Shahrin pun tak tahu Shahrin ke mana.. Dia pun cuba untuk hubungi Shahrin tapi tak berjaya.”
“Kita banyakkan bersabar ya. Doakan semoga Allah lindungi El.”
“Eden nak ke rumah El kejap. Mungkin dorang ada apa-apa berita tentang El.” Tak mungkin dia boleh bertenang jika hanya duudk di rumah dan menunggu berita perkembangan tentang tunangnya.
“Bonda nak ikut juga. Tunggu sekejap bonda naik bersiap.”
Puas Eleena meronta supaya Shahrin melepaskan pergelangan tangannya. Air mata tumpah entah untuk ke berapa kalinya.
“El jangan nangis, tunang El dah tahu yang El ikut abang.. Abang dah cakap dengan dia yang El tak mahu kahwin dengan dia lagi.”
Kaki Eleena menendang tubuh Shahrin. Biar Shahrin pula rasakan sakitnya disepak terajang seperti yang Shahrin lakukan kepada dia sebentar tadi.
“Kalau El asyik bising macam ni abang takkan lepaskan El hinggalah kita sampai dekat Thailand.”
Jantung Eleena seakan berhenti berdenyut.
Eleena cuba bercakap dengan mulutnya yang diikat dengan kain. Namun tiada satu pun perkataan yang difahami oleh Shahrin. “Abang tak faham apa yang El cakap ni..”
Sekali lagi Eleena bercakap namun tidak langsung difahami apa yang dikatan oleh Eleena.
Shahrin membuka ikatan mulut Eleena.
“Aku takkan kahwin dengan kau walaupun kau bawa aku ke hujung dunia! Tak akan!” Jeritan Eleena bergema kuat di dalam Vellfire milik Shahrin.
“Ops, sorry sayang. Kalau dah sampai dekat sana nanti walaupun El tak sudi, El tetap akan jadi isteri abang yang sah sampai hujung nyawa kita.” Pipi Eleena yang hendak dibelai oleh Shahrin dielak pantas oleh Eleena.
“Jangan sentuh aku! Aku jijik dengan manusia macam kau!”
“Tapi abang sayangkan El. Bila El marah-marah abang macam ni, lagi abang sayang sangat!” Wajah putih bersih Eleena diusap lembut.
Haktuih!
Wajah kacak Shahrin diludah oleh Eleena. Bengang dengan tindakan Eleena, Shahrin merentap kuat rambut panjang keperangan milik Eleena. “Jangan sampai aku paksa kau buat yang bukan-bukan Eleena!”
Rontaan Eleena untuk melepaskan cengkaman rambutnya dari Shahrin tidak berjaya sebaliknya Shahrin semakin galak menyakiti dia.
“Sakit kan? Kalau sakit jangan sampai aku hilang sabar dengan kau!”
Cengkaman dilepaskan kasar dan Eleena terhantuk di cermin kereta. “Kau memang lelaki tak guna! Aku benci kau! Aku benci kau!”
Haktuih.
Sekali lagi Eleena meludah tepat ke batang hidung Shahrin.
Bengang dengan sikap Eleena, Shahrin menumbuk kuat perut gadis itu sehingga Eleena menyeringai kesakitan. “Kalau tak nak sakit, jangan buat abang marah!”
“Bunuh aku Shahrin! Bunuh aku!”
“Abang takkan bunuh El sebab abang nak kahwin dengan El.”
“Kau jantan tak guna! Pengecut!”
Bebelan Eleena hanya membakar rasa amarah dalam hati Shahrin. Segera tangan Shahrin mengibas kain yang digunakan untak mengikat mulut Eleena sebentar tadi.
Kain yang digunakan untuk mengikat mulut Eleena sekali lagi diikat ditempat yang sama. Membiarkan Eleena meronta dan menangis sepuas-puas hatinya.
“El menangis keluar air mata darah sekali pun tunang El tu takkan dapat selamatkan El daripada abang.”
Tiba-tiba Shahrin menyambung lagi. “Entah-entah masa dia jumpa kita nanti kita dah selamat bernikah. Oh bahagianya kehidupan abang..” Shahrin ketawa besar. Ketawa megah seolah-olah tiada apa yang akan menghalang laluan mudahnya untuk menikahi Eleena.
Eleena diam di tempat duduknya. Menahan sakit ke kepala dan perutnya yang ditumbuk oleh Shahrin. Berharap keajaiban berlaku dan Zaidan muncul kerana tidak dapat menghubungi dia. Teringat bagaimana Shahrin menculik dia sebentar tadi.
Dia sedang menanti Zaidan di kedai dobi berhampiran dengan kedai keknya untuk mengambil dia kerana mereka berjanji untuk membuat tempahan doorgift bersama seterusnya pergi ke kedai cetak untuk mengambil kad kahwin mereka.
Air mata Eleena tumpah lagi mengenangkan Zaidan yang pasti bimbang kerana dia tidak muncul di tempat yang dijanjikan sedangkan dia sudah menghantar whatsApp kepada Zaidan bahawa dia sedang menanti lelaki itu di situ.
Tambahan pula dia ada menghubungi lelaki itu dan tiba-tiba sahaja tubuhnya melayang ke udara kerana disambar oleh seseorang. Pasti Zaidan terdengar jeritan dia sebentar tadi. Kemudian Zaidan ada menghubungi dia semula namun tidak mampu dijawab olehnya dek kerana telefon bimbitnya yang sudah dirampas oleh Shahrin.
Panggilan Zaidan tidak lagi dia terima kerana Shahrin mencampak telefon bimbitnya keluar dari kenderaan yang mereka naiki. Langsung panggilan itu tidak dijawab.
“Abang tak dengar suara El, rasa rindu pula..” Rambut Eleena yang panjang diusap lembut. “Kalau El buat baik dengan abang, abang janji abang takkan pukul El macam tadi.” Timbul rasa menyesal dalam hati Shahrin apabila melihat wajah Eleena yang mulai kebiruan akibat dipukul olehnya sebentar tadi. “Abang pukul El kuat sangat ye? Sakit ye sayang?”
Eleena menggeleng-gelengkan kepalanya untuk mengelak sentuhan Zaidan di wajahnya. Dia tidak mahu langsung Shahrin menyentuh kulitnya. Jijik! Jijik dengan lelaki yang sanggup mengasari dan menculik dia sehingga ke tahap ini.
“Abang buka ikatan ni tapi El janji El takkan bertindak ganas, okay?”
Langsung Eleena mengangguk. Dia sanggup terjun daripada van ini kalau itu sahaja caranya untuk dia melepaskan diri daripada Shahrin.
Eleena cuba menahan dirinya daripada menjerit apabila ikatan mulutnya dibuka. Namun sebaik sahaja ikatan tangannya dibuka, Eleena rakus menolak Shahrin sehingga lelaki itu terperosok ke bahagian hadapan pemandu dan cuba untuk membuka pintu kenderaan yang dinaiki oleh mereka.
Shahrin ketawa sambil menepuk tangan. Bersungguh-sungguh Shahrin ketawa sehingga semput. “El sanggup nak terjun dari van ni sebab nak lari dari abang? El tahu tak berapa kelajuan kita sekarang?”
Eleena senyap. Ternyata dia tidak berjaya melarikan diri kerana kenderaan ini dikunci. Dia sepatutnya merangka strategi yang lebih baik sebelum membuat sebarang tindakan.
“Jo, berapa speed kau sekarang?” Soal Shahrin kepada lelaki botak yang sedang memandu kenderaan milik Shahrin.
“150km/j bos.”
Shahrin ketawa lagi. “Dengar tak? 150km/j sayang. Kalau El terjun dan ada kereta lain langgar El, El boleh berkecai tahu tak?”
“Aku sanggup mati berkecai daripada kahwin dengan kau! Kau lelaki tak guna.” Eleena menerpa ke arah Shahrin dan memukul bebas lelaki itu. “Aku benci kau!”
Tangan Eleena ditangkap dan dicengkam kuat. Tangan gadis itu dibawa ke dadanya. Rasa sakit akibat dipukul oleh Eleena dibuang jauh-jauh. Dia mahu mencuba untuk memikat hati Eleena semula. “Abang akan berusaha sampai El jatuh cinta kepada abang semula macam dulu-dulu. El ingat tak kita bahagia sangat dulu-dulu?”
“Lepaskan aku! Lepaskan aku!”
“Susah betul abang nak dengar El cakap baik-baik dengan abang sejak El ada lelaki lain sekarang ni. Apa yang jantan tu boleh bagi pada El berbanding apa yang abang ada? Rumah, harta, kereta.. Barang mewah? Semua abang ada untuk diberikan pada El.”
“Kau boleh berambus dengan semua kemewahan kau tu! Aku tak hadap semua tu! Kau pergi mampus!” Eleena cuba menarik kasar tangannya yang berada dalam cengkaman Shahrin namun tidak berjaya.
Tiba-tiba Shahrin menolak kasar tubuh Eleena sehingga Eleena tersandar di tempat duduknya. Kedua-dua belah pipi Eleena dicengkam kasar. “Jangan sampai aku buat benda yang kau menyesal seumur hidup kau, Eleena!”
“Abang nak buat apa? Abang nak rogol El? Atau abang nak pukul El sampai mati? Ini ke yang El akan dapat kalau El kahwin dengan abang sejak dulu? El akan menderita macam Fatyn sebab abang tak pernah cukup dengan seorang perempuan? Macam tu?”
Pangg!
Pang!
Terasa kebas pipi Eleena apabila terkena tamparan kuat di pipinya. Berulang kali Shahrin menampar dan menumbuk muka Eleena melepaskan amarah yang terbuku di dada sejak sekian lama Eleena tidak mahu melayani dia.
“El sengaja nak cabar kesabaran abang kan..”
Buk! Sekali lagi Shahrin melepaskan tumbukan di perut Eleena. Buat seketika Eleena terasa dunianya kelam. Tumbukan Shahrin amat menyakitkan tubuh dia. Nafas Eleena turun naik menahan sakit yang amat sangat.
“El jangan menyesal sebab buat abang naik angin dengan El..”
Tidak puas dengan tumbukan di perut Eleena, sekuat hatinya Shahrin menampar pipi Eleena sehingga ada cecair pekat mengalir dari celah bibir gadis itu.
Melihat darah pekat yang mengalir di bibir Eleena, Shahrin kaget. Seolah-olah dia baru tersedar daripada rasukan sebentar tadi. “Abang minta maaf, abang tak sengaja nak tempar El. Abang terlalu marah dengan kata-kata El..” Darah di bibir Eleena disapu lembut. “Sakit ke?”
“Jangan sentuh aku.” Eleena menolak sentuhan Shahrin di wajahnya.
“Jo, cari farmasi. Aku nak beli ubat!”
“Tapi kita dekat highway bos. Kalau nak cari farmasi kena keluar dari highway.” Balas Jo lelaki yang sedang memandu kenderaan Shahrin.
“Hoi, kau dengar tak apa aku cakap? Aku kata cari farmasi! Cari farmasi! Aku tak kisah mana kau nak pergi!” Tempik Shahrin kuat. Tempat duduk Jo ditampar kuat dari arah belakang.
Jo segera masuk ke lorong kiri. Mereka perlu keluar dari lebuh raya yang menuju ke Ipoh. “Saya pergi ke pekan Ipoh ye bos.”
“Aku tak kira mana kau nak pergi, bahalol! Aku nak kau cari farmasi sekarang! I said now! Now! Now!” Eleena memejamkan matanya mendengar Shahrin menempik kepada orang suruhannya. Kecut perut melihat Shahrin mengamuk seperti singa lapar.
Perut masih terasa senak dengan tumbukan kuat oleh Shahrin sebentar tadi. Seluruh pipinya terasa kebas akibat ditampar dengan kuat oleh Shahrin. Sungguh, tidak terbayang di matanya kekasaran yang Shahrin lakukan kepada dia.
Ya Allah, kalau dia cari pasal sekarang bimbang pula dikerjakan lebih teruk oleh Shahrin. Lindungilah aku, Ya Allah. Hanya kepadaMu aku memohon perlindungan keselamatanku. Doa Eleena di dalam hatinya tidak henti-henti.
Beberapa minit kemudian, kenderaan yang mereka naiki tiba-tiba sahaja berhenti.
“Nak saya turun atau bos nak turun beli?”
“Hoi, kau ingat kau ke bayar gaji aku?”
Sedar akan kesilapan diri, Jo tergagap-gagap. “Sorry bos. Bos nak saya beli apa?”
“Beli ubat luka dengan plaster. Cepat sikit, aku tak nak lama-lama dekat sini.”
Nafas Eleena turun naik. Memerhati sekeliling. Kalau-kalau dia ada peluang untuk melepaskan dirinya. Kawasan mana ni? Kenapa macam takde orang aje siang-siang macam ni? Mana semua orang pergi?
“Bos ada nak beli apa-apa lagi ke?”
“El sayang, El nak apa-apa ke?”
Eleena pantas menggeleng.
“Takde apa-apa dah. Tu aje. Kau tu jangan lama-lama sangat dekat dalam tu.” Pesan Shahrin kepada Jo.
Mata liar melihat sekeliling. Otak dia terasa jem sekarang ini. Langsung tidak boleh berfikir dengan baik. Ya Allah, bantulah aku untuk melepaskan diri. Eleena berkira-kira untuk melepaskan diri ketika Jo membuka kunci kenderaan untuk keluar membeli barang yang disuruh oleh Shahrin.
Tidak sampai tiga minit, Jo kembali semula ke dalam kereta. Eleena hampa. Terasa seperti hendak meraung ketika ini. Dia mempunyai peluang untuk melepaskan diri tetapi dia tidak menggunakan peluang itu sebaiknya. Dia bimbang dirinya ditembak oleh Shahri atau Jo kerana dia sendiri sudah diacukan pistol di kepalanya ketika awal-awal diculik beberapa jam yang lalu.
Trauma diacukan pistol masih ada. Getaran dalam hatinya hanya Allah swt sahaja yang tahu.
El, think! Think harder what you can do now! Kau tak boleh kahwin dengan lelaki yang guna ni! Kau pasti menyesal seumur hidup kau El. Kau akan terseksa!
“Abang..” Lunak suara Eleena menyebut panggilan itu.
“Ye sayang nak apa-apa ke?”
“El nak pergi toilet. Please.”
“El tak boleh tahan sangat ke?”
Eleena mengangguk.
“Jo, mana ada tandas?”
“Dekat sini takde bos, kalau depan sikit mungkin ada petrol station. Nak singgah ke?”
“Pergi sana.”
Jo hanya menurut sahaja arahan Shahrin.
“Jom.” Shahrin yang baru sahaja mahu membuka pintu Vellfire segera dihalang oleh Eleena.
“Abang, kalau orang nampak muka El macam ni dengan abang, nanti orang ingat El ni mangsa dera pula. Biar El pergi sendiri ya?” Eleena mencuba nasib untuk Shahrin melepaskan dia seorang diri.
“Takpe ke abang biarkan El pergi sendiri?”
Jo terus memintas perbualan Eleena dan Shahrin kerana dia seperti menghidu sesuatu yang pelik. “Mana boleh bos. Nanti dia lepaskan diri melopong kita bos.”
“Abang tak percayakan El?” Anak mata coklat gelapnya menikam wajah Shahrin. Harap-harap Shahrin tergoda dan cair dengan padangan matanya.
“Biar Jo temankan El.”
“Abang nak dia temankan El? Dengan rantai besar dia tu orang akan syak sangat yang El kena culik. Abang pun nampak muka El yang lebam-lebam ni kan?” Lembut Eleena memujuk. Dia nampak ada kenderaan polis yang berhenti mengisi minyak selang dua pam daripada kedudukan mereka sekarang ini.
Tolonglah lama lagi berada di situ. Jantung Eleena sangat berdebar.
“Abang, boleh ya? El dah tak tahan sangat ni.”
“Jo, buka pintu. Biar El keluar.”
“Tapi bos..” Jo masih tidak berpuas hati dengan arahan bos nya. Dia takut kalau Eleena mempermainkan mereka berdua. Bukan senang untuk menculik Eleena dan membawa Eleena sehingga ke sini.
“Kau pekak ke?!” Tengkingan Shahrin segera memberikan tiindak balas kepada Jo. Tangan laju sahaja membuka kunci pintu Vellfire.
“Dah bos.”
“Abang bagi El tiga minit. Lalu depan van abang.” Pistol yang berada di pinggang sengaja di tayangkan kepada Eleena untuk menggertak gadis itu. “El tahu apa yang abang boleh buat, kan?” Kening dianggat sedikit untuk mengingatkan Eleena.
Eleena mengangguk.
Kaki melangkah keluar dari Vellfire. Dalam hatinya Eleena tidak henti-henti berdoa agar Allah permudahkan urusannya kali ini. ‘Lindungilah aku Ya Allah,,’ Doa Eleena tanpa henti dalam hatinya.
Dengan kuat hati, Eleena terus berlari ke belakang Vellfire dan menerpa ke arah kenderaan polis yang sudah selesai  mengisi minyak. Melihat pemandunya yang bergerak ke tempat duduk hadapan, Eleena menerpa ke sana.
“Tolong saya encik! Ada orang culik saya!”
Lelaki yang segak berpakaian seragam polis itu terkejut dan segera melihat ke kiri dan ke kanan. Ada tiga lagi lelaki yang berpakaian sama turut keluar dari kenderaan itu. Wajah Eleena yang berdarah dan lebam menguatkan dakwaan Eleena bahawa dia diculik.
“Ada apa hal ni?”
“Cik ni cakap dia diculik.”
“Siapa yang culik cik? boleh berikan kami penjelasan lanjut? Bagaimana cik boleh berada di sini dan dengan siapa?” Soal polis yang lain pula.
Tubuh Eleena melorot jatuh ke lantai. Ketika ini dia hanya mampu menangis dan terus menangis. Tiada perkataan yang terkeluar dari mulutnya ketika ini.
Shahrin yang memerhati Eleena dikelilingi oleh beberapa orang polis dan mula dikerumuni oleh pelanggan di stesyen minyak melepaskan amarahnya kepada Jo. “Tak guna punya perempuan! Bodoh!”
“Bos, kita nak buat apa sekarang?”
“Move! Move! Move!”
Tanpa menunggu lebih lama. Jo segera bergerak meninggalkan stesyen minyak berkenaan. Shahrin hanya memerhatikan Eleena yang terduduk di lantai dan masih teresak-esak menangis dengan ekor matanya. “You will pay for this Eleena!”

p/s : Bila nak habis menulis ni... Hahaha! Makin nak pendekkan ia, makin terpanjang-panjang pulek! T_T' Hampunkan diriku yang busy tak kira masa. Tambahan sekarang ni memang busy sangat-sangat takde masa nak menulis. Full plate rasanya! Nak sambung menulis manuskrip baru pun takde masa sangat-sangat selain mencuri masa tidurku. Huwaa, nangis! Doakan saya siapkan manuskrip baru ye.

5 comments :

  1. physco betullah si Zahrin... kesian Eleena. Semoga cik writer dapat habis cite dan manuskrip yg tertunda. Good luck and all the best... hehe

    ReplyDelete
  2. Sharin la...zahrin siapa plak...haru tul

    ReplyDelete
  3. Huwaaa. Sambung2. Psycho btul si sharin tuh.

    ReplyDelete
  4. Sisssssssss bila nak sambunggg nii huwaaaaaa :(((((

    ReplyDelete