Saturday 27 February 2016

Bab 16 Dia Lelaki Idaman Hati


Secawan nescafe diletakkan di hadapan suaminya. “Letih ke?”
“Sikit aje.. Kejap lagi tidur hilanglah letih ni.” Firhad bangkit dari pembaringan. Duduk bersebelahan dengan Riana. “Ria tak letih ke?”
Riana menggeleng. “Thank you sebab bawa Ria ke Cameron.”
Janggal pula bila Riana berterima kasih kepada dia seperti ini. “Tak perlulah berterima kasih pada abang.. Memang abang nak bawa Riana ke sana.”
“Ibu cakap terima kasih belikan dia buah tangan..”
“Sama-sama. Hal kecil aje tu. Lagipun teh dengan buah strawberi aje pun.. Bukan ada apa sangat.”
“Abang nak naik rehat abang naiklah dulu. Esok kerja kan..”
“Ria pun kerja juga esok. Abang temankan Ria dekat bawah ni.. Nanti nak tidur kita  naik sama-sama.” Mata yang memandang wajah Riana diarah ke kaca televisyen.
Ting tong!
Firhad memandang jam di dinding. Dah pukul 10.30 malam siapa pula yang datang ke rumah malam-malam begini.
“Ria bukakan pintu.”
Riana menapak ke pintu utama.
“Hi. I am Dayana. I cari Firhad. Dia ada?”
Riana terkedu di depan pintu. Dayana? Jadi inilah Dayana setiausaha suaminya? Dia ingat perempuan ini. Inilah perempuan yang ketawa mesra dengan Firhad di Absolute Thai tempoh hari! Ada apa Dayana ke rumah dia malam-malam seperti ini.
Hello?”
“Firhad ada.. Jemput masuk Cik Dayana.” Riana memberi laluan kepada Dayana untuk masuk ke dalam rumah banglo mewah Firhad.
“Eh, Dayan. What are you doing here?” Wajah Firhad terkejut beruk apabila melihat Dayana di hadapan rumahnya.  Bimbang juga apabila Dayana bersua muka dengan Riana.
“I datang sebab nak minta tanda tangan you untuk semua dokumen ni. I kena submit all these documents esok pagi..”
“Esok kan boleh minta sign I.” Soal Firhad tidak berpuas hati dengan jawapan Dayana. Dokumen apa yang penting sangat untuk di tandatangan sampai tak boleh tunggu esok.
“I takut you masuk kerja lewat esok.. Manalah tahu kot-kot you nak hantar wife you pergi kerja dulu ke esok..”
Amboi, sampai dia nak masuk kerja esok pun Dayana tahu? Memang setiausaha peribadi sangat gayanya ni.
Firhad menjeling tajam. Dia tahu Dayana sengaja mahu memerli dia.

“I pergi kerja sendiri esok Cik Dayana.. Jemputlah duduk. I buat air kejap. Abang berbuallah dulu dengan Cik Dayana ya..” Riana terus berlalu ke ruang dapur. Meninggalkan suaminya dengan Dayana.
“Abang berbuallah dulu…” Dayana mengajuk kata-kata Riana kepada Firhad.
“Jangan suka sangat nak perli I ya..”
Sebuah jelingan tajam dihadiahkan kepada Firhad. “Jangan perli you konon! Seronok pergi honeymoon?”
“Dayan, jangan buat hal dekat sini, please.”
“Oh. I buat hal dekat sini? Ada wife you, you takut?”
“Dayan, lower your voice. Jangan sampai Ria dapat tahu pasal kita pula.. Bukannya you tak boleh tunggu sampai esok untuk dapatkan tanda tangan I.”
“Memang I sengaja datang sini sebab nak tengok apa you buat dengan wife you! Manalah tahu seronok peluk wife you tu ke!” Dayana melepaskan amarah yang ditanggung sejak tiga hari lepas! Firhad langsung tidak menghubungi dia, langsung tidak menjawab panggilan dan mesej daripada dia! Memang buat dia naik angin satu badan.
Firhad mengetap giginya. “Dayan, you tahu kan yang I lelaki berpegang pada janji. I takkan jatuh cinta pada Riana.” Perlahan suara Firhad menyentuh gegendang telinga Dayana.
“Riana tu cantik! Takkan you langsung tak terliur tengok dia? Bentuk badan boleh tahan mengancam. Tak terliur ke?”
Oh.. Come on Dayan. Don’t start it.”
“Jangan mulakan apa? You pergi honeymoon langsung tak cakap dengan I? Mama you sengaja datang office canang satu pejabat yang anak dia pergi berbulan madu dengan isteri kesayangan tak lama lagi nak dapat cucu pula. Oh, Ad.. You rasa apa perasaan I?”
Firhad mengalihkan kaki yang bersilang dari kiri ke kanan. Rasa tidak selesa berbual perkara peribadi seperti ini dengan Dayana memandangkan Riana turut sama berada dalam rumah ini. “You tahu kan yang I sayangkan you..”
“Sayangkan I tapi pergi bercuti dengan perempuan lain? Sayang macam mana tu Ad?” Keras sahaja suara Dayana. Ikutkan hati mahu sahaja dia menjerit dan memekak di ruang tamu rumah ini. Sakit betul hati dia bila tahu Firhad bercuti bersama isterinya.
“Hey, perempuan lain yang you cakap tu isteri I! Bukannya orang asing. I bukannya pergi buat maksiat!” Geram apabila Dayana tidak mahu mengalah. Asyik mahu menyalahkan dia sahaja dalam semua hal.
“Oh, bukan buat maksiat. Baru sedar ke yang dia tu isteri you? Terima dia sebagai isteri you dengan sepenuh hati?”
“I baru balik dari Cameron. Penat pun belum hilang lagi, you datang sini buat kacau!”
“I buat kacau? Ops, I ganggu you tengah bermesra dengan isteri you ke?”
“Balik.. I nak you pergi balik sekarang.”
“Halau I?”
“I tak halau you tapi I nak you cuba faham situasi I sekarang ni!”
“Asyik I aje yang nak kena faham you tapi you langsung tak pernah cuba faham perasaan I.”
“Kita jumpa di pejabat esok.. You boleh tolong I, kan?” Lembut suara Firhad berbisik kepada Dayana. “Please, sayang.”
“Kalau you nak minta tolong I, macam inilah suara you kan? Lembut memujuk! Apa you buat dengan betina tu dalam rumah ni I langsung tak tahu!”
Firhad mencuri nafas yang seakan-akan hilang. Semput dengan sikap Dayana yang memaksa dia ketika ini. “Dayan, this is not right. Kita jumpa esok. Okay?.”
You takut dengan wife you?”
No, I bukan takut dengan dia tapi I tak nak cari pasal dekat sini, faham tak?”
“Sebab perempuan tu you sanggup halau I?”
Please, darling.”Firhad memujuk lagi.
Dayana mengambil fail yang diletakkan di sebelahnya dengan kasar. “I want you tonight, not tomorrow!”
“No, I can’t!”
“I don’t care, Ad.”
Dayana berlalu meninggalkan ruang tamu mewah Firhad.
“Eh, Cik Dayana dah nak balik ke? I baru buatkan air..” Riana yang masih menatang dulang terhenti apabila bertembung dengan Dayana yang sudah pun berdiri di hadapan pintu agam rumahnya.
“Riana, I am so sorry.. I ada hal. Urgent.”
“Dah dapatkan tanda tangan yang you nak tadi?” Soal Riana yang langsung tidak tahu apa yang berlaku sebentar tadi.
Oh.. Yes. Yes. Dah.. Esok bolehlah bos masuk kerja lambat sikit sebab tak perlu sign apa-apa dokumen yang penting.”
Riana mengangguk dan senyum. “Betul ni tak nak minum dulu?”
No.. Sorry ya. Nanti kalau ada masa free I datang lagi.”
Sure.”
Dayana melangkah keluar dari rumah banglo mewah milik Firhad.
Dum!
Pintu kereta ditarik kuat. Hati panas membara. Jantung mengepam darah dengan laju. Memang rasa membahang muka dia ketika ini menahan amarah. Geramnya!
Melihat senyuman ikhlas dari Riana hati dia sakit. Kenapa cantik sangat isteri Firhad? Dia pun cantik tapi Riana berkali-kali ganda cantik berbanding dia.
Riana adalah saingan dia yang paling sengit. Dia bimbang kalau Firhad jatuh cinta kepada isterinya sendiri. Cantik sampai macam tu sekali takkan Firhad langsung tak terkesan? Hati batu ke kekasih dia?
Tas tangan dibuka dan telefon bimbit dicari.
‘Jumpa I sekarang atau I akan jumpa wife you lagi.’
Hantar.
Tangan bersilang ke dada. Turun naik nafas dua sejak tadi.
Jam di pergelangan tangan di kerling. Dah sejam! Takkan lama sangat nak ambil masa untuk bersiap?
Ting tong!
Nafas geram dilepas kuat.
Pintu rumah dikuak kasar. “Ingatkan wife cantik you dah kurung you dalam rumah tak bagi keluar lagi dah.”
“Dayan, berapa kali I nak cakap dengan you jangan ganggu I kalau bukan waktu pejabat. You tahu tak today is Sunday?”
“Oh, sebelum ni boleh aje I ganggu you bila-bila masa! Tengah malam pun you call I sebelum ini. Takkan baru dua minggu kahwin dah tak boleh ganggu you lagi?”
Kaki melangkah ke sofa. Tubuh dihempas kasar di atas sofa. Berbaring sambil memandang siling. Tangan diletakkan di atas dahi. Dayana sudah mula menunjukkan cemburunya.
“Kalau you bersikap macam ni, I tak tahulah macam mana nak uruskan you, Dayan.. I tak nak mama I datang serang you.”
Dayana bergerak mendekati kaca besar di ruang tamu. Melemparkan pandangan ke luar tingkap. Melihat cahaya lampu kotaraya. “Ad, I ni perempuan. Ada perasaan.. Can you imagine apa perasaan I bila semua staff bercakap-cakap pasal wedding you dengan Riana yang kononnya grand gila!”
“Buat apa you nak terasa hati pasal semua tu?”

“Habis you ingat I ni takde hati dan perasaan ke bila dengar semua tu? I tak sedih?” Tubuh berpaling memandang Firhad yang elok berbaring di atas sofa.
“Dayan. I penat tau baru balik dari Cameron.. You dah buat perangai. Suruh I datang sini malam-malam macam ni.. Kalau Ria tahu semua ni.. “
“Kenapa kalau bini you tahu? Takut bini pulak sekarang ni?”
Firhad bingkas bangkit. Tegak tubuh dia di atas sofa. “Riana tahu, mama I akan tahu pasal kita.. I dah janji dengan mama yang I takkan ada apa-apa hubungan dengan you lagi.. Kenapa susah sangat you nak faham keadaan I?”
Tangan yang bersilang dijatuhkan kasar. “I aje nak kena faham you? Habis siapa nak faham perasaan I? Keadaan hati I ni?” Dayana menunding jari ke dadanya. “Sakit tau hati I bila tengok you duduk dengan Riana dalam rumah tu.. Sakit!!”
Kepala yang kusut di picit-picit dengan tangan kanannya. “Sejak bila you mula buat perangai macam budak-budak ni?”
Dayana tergelak sinis. “Ohhhh…. I pula jadi budak-budak sekarang ni? Hey, you pergi bercuti dengan perempuan tu for sure you ambil satu bilik hotel kan? You mengadap muka dia dua puluh empat jam selama tiga hari, you rasa apa yang I dekat sini fikir pasal you dengan perempuan tu?”
Her name is Riana.. Jangan nak perempuan itu ini sangat. Ria-na.” Dua kali Firhad ulang nama Riana. Memang dia tak cintakan Riana tapi dia sayangkan Riana macam adik dia sendiri. Kalau ada orang kutuk dan maki hamun Riana memang dia akan marah.
“Hahh, dah pandai membela isteri. Suami mithali.”
“Berapa kali I nak kena cakap dengan you yang I langsung takde apa-apa perasaan pada Riana? Kenapa you buat perangai sangat malam ni, Dayan?”
Mata mula berkaca. Dia sakit hati! Melihat kecantikan Riana tanpa mekap malam tadi membuatkan hati dia bertambah sakit dan dirundung resah. Bimbang kalau lelaki kesayangan dia jatuh hati pada Riana.
“Ada isteri cantik macam perempuan tu pun masih tak nak mengaku yang you cintakan dia?”
Again.. Riana. Riana!” Keras sedikit ton suara Firhad membetulkan nama gelaran perempuan itu yang disebut oleh Dayana.
Fine! Riana.”
Can we cut this out?”
No, cannot! I nak dengar dari mulut you sendiri apa you buat dengan dia masa dekat Cameron?”
“Buat apa Dayan? I langsung tak tahu apa yang you merepek sekarang ni.” Tahap kesabaran Firhad ada batasnya. Bukan mudah dia nak keluar malam-malam semata-mata nak berjumpa dengan Dayana. Terpaksa menipu kepada Riana yang bertanya dia mahu ke mana..
“You cakap I merepek? Sebelum kahwin you tak pernah tinggikan suara pada I.”
Okay, I am so sorry kalau I buat you terasa hati. I langsung takde niat nak tinggikan suara pada you tadi.. I berserabut bila you paksa-paksa I jawab soalan you sekarang ni.”
“Apa you buat dengan dia dekat sana? You tidur dengan dia?”
“Aduh.. Dayan. This is nonsense! I memang takde buat apa-apa dengan Ria. Trust me!”
“Habis kenapa I called you banyak kali tapi tak jawab?”
Firhad menggeleng-gelengkan kepalanya berulang kali. “I tak jawab panggilan you dan hanya ‘benda tu’ yang bermain di fikiran you?”
Dayana berpaling sambil berdengus.
Spontan Firhad melepaskan tawanya. “Alolo, comel sangat sayang I ni merajuk. Dayan, I tak pernah buat benda’tu’ dengan sesiapa dan I want benda ‘tu’ dengan you seorang sahaja lepas kita kahwin nanti..”
“I tak percayakan you.”
“I janji sekali lagi dengan you, I takkan sentuh Ria.. You akan jadi orang pertama selepas kita kahwin nanti.. Ya?” Pipi Dayana dielus lembut.
“Janji?” Mata bulat Dayana memandang wajah Firhad.
“Janji sayang.”
Dayana melentokkan kepalanya di bahu Firhad. Lega dia mendengar pengakuan Firhad dan dia percayakan lelaki itu.
Dan Firhad turut melepaskan nafas lega kerana Dayana sudah mulai berlembut dan tidak lagi dikuasai emosi seperti tadi.

6 comments :

  1. Ku pulak y sakit hati kt 2org ni....suh riana lari jauh2..masa tu biar padan muka Firhad..bagi riana keras hati skit...

    ReplyDelete
  2. Benci btol kt firhad n lbh nyampah kt dayana...

    ReplyDelete
  3. Btul tu, mmg bodoh la firhad ni. Ada yg halal xnk nk jg yg haram

    ReplyDelete