Sunday 10 August 2014

Bab 20 Cinta, Jangan Sakiti Aku


Pintu kereta sebelah penumpang dibuka untuk Alissa. Wanita itu masih lemah. Demam baru kebah sedikit tetapi tetap juga berkeras untuk keluar dari wad. Mahu berkeras dengan Alissa tidak sampai hati pula.
“Yang lain dah balik ke?”
Zafril memerhati ke sekeliling tempat letak kereta. “Kereta Roslan macam dah takde dekat sini. Lagipun dah pukul 3.30 petang, mungkin dorang gerak balik awal. Esok kan kerja.”
Alissa angguk mendengar penjelasan Zafril. Nak menghubungi Adelia dia juga tidak membawa telefon bimbit. Semuanya ada di dalam bilik resort. Dia sudah berpesan kepada Zafril supaya memberitahu kepada Adelia yang dia akan mengambil sendiri semua barang-barangnya di bilik.
“Saya boleh jalan sendiri Zaf.. Tak perlu nak papah saya.”
Iyelah Zafril tunjuk sangat macam bimbangkan dia..
Sure.”
Alissa dibiarkan bergerak sendiri. Berjalan beberapa tapak lebih dari dia. Berjalan di belakang Alissa, kalau pengsan senang dia nak sambut.
Alissa berhenti melangkah. Tubuh berpaling ke belakang. “Saya balik ke bilik sekejap. Nanti saya telefon awak kalau dah selesai.”
“I tunggu depan bilik you.”
“Zaf..” Lembut sahaja suara Alissa. Malas nak cari pasal.
“Nak I masuk sekali ke?”
Alissa kehilangan kata-kata. Susah! “Tunggulah depan bilik saya. Kalau saya tak keluar baru padan muka awak.”
“Kalau you tak keluar I akan masuk.”
Mata Alissa membuntang. Berani Zafril cakap macam tu dengan dia? Ingatkan bila dah makin berusia makin matang rupanya Zafril belum cukup matang tentang kehidupan dia..
“I masuk sebab bimbang sesuatu yang buruk berlaku pada you.”
Alissa melangkah laju menuju ke biliknya. Belum sempat tombol pintu dicapai, seseorang menarik Alissa dari belakang.
Pang!
“Itu untuk kau yang kurang ajar!”
Alissa menggosok pipi kanannya yang terasa perit di tampar oleh Juliza. Tergamam seketika dengan kejadian yang berlaku.
Juliza menarik tangan Alissa supaya dekat dengannya. “Ini untuk..” Belum sempat tangan Juliza sampai ke pipi Alissa, Zafril terlebih dulu bertindak menangkap tangan Juliza.
“Apa you buat ni Ju?” Terkejut bukan kepalang apabila Juliza tiba-tiba sahaja muncul dan menyerang Alissa. Entah dari mana Juliza muncul dia pun tidak pasti. Mungkin Juliza sedari tadi ada di belakang dia dan mereka langsung tidak perasan kehadiran wanita itu.
“Apa I buat you tanya? I nak ajar perempuan tak tahu malu ni supaya sedar diri! You tu kekasih I!”
“Ikut I.” Tangan Juliza ditarik kuat.
“No! Tak mahu! I nak ajar perempuan tak tahu malu ni.” Tangan kiri Juliza menolak kasar tubuh Alissa sehingga tubuh lemah itu terdorong sedikit ke belakang.
“Ju, jangan buat malu dekat sini..”
“Memang I tak malu tapi perempuan tu lagi tak tahu malu! You ingat I tak tahu yang you bermalam dengan dia malam tadi?”
Mata Mimie, Helmi, Muiz dan Fitrah membuntang. Muiz mencari wajah Alissa dalam kekalutan yang berlaku. Mahu mendengar penjelasan daripada Alissa. Takkan Alissa bos mereka yang baik hati dan cantik ini berperangai seperti yang dikatakan oleh Juliza?
“Ju, you jangan nak merepek tuduh Lisa yang bukan-bukan tanpa usul periksa!”
“Kalau bukan tidur sebilik dengan you malam tadi, macam mana dia boleh ada masa I call you tengah tidur malam semalam?!” Kuat betul suara Juliza berteriak. Macam nak beritahu satu pulau yang mereka sedang bertekak.
“Kita boleh selesaikan hal ni dengan cara baik. Jangan buat kecoh dekat sini. Tak baik.” Juliza menggeleng laju.
“I nak putuskan hubungan kita! Mulai saat ni I dengan you takde apa-apa hubungan lagi. You boleh teruskan perangai tak senonoh you dengan perempuan murahan macam dia ni!” Lurus tangan Juliza menunjuk ke arah Alissa.
Sekali lagi Mimie, Muiz, Fitrah dan Helmi terlopong.
Biar betul Juliza nak tinggalkan teman lelaki sekaya dan sekacak Zafril. Dah hilang akal ke? Bukankah mereka berdua bercinta sejak zaman universiti?
Semalam bukan main lagi Juliza bercerita tentang sikap romantik Zafril ketika mahu mengurat dia dulu. Alih-alih hari ini timbul cerita Zafril tidur dengan Alissa?
Ini memang kalau buat drama hits habis!
“Ju, relaks.. Jangan buat keputusan terburu-buru. Kita boleh bincang lagi pasal ni.”
“Now you tell me, apa perempuan ni buat dengan you semalam?”
Zafril melepaskan nafasnya kasar. “Kami tak buat apa-apa. Lisa masuk hospital dan I temankan dia dekat sana.”
Tas tangan yang melurut dari bahu dipukul ke dada Zafril. “Dah takde staff perempuan lain ke nak temankan betina ni semalam? Dia nak you juga yang temankan? Dasar perempuan tak tahu malu!” Tubuh Juliza yang mahu menerpa ke arah Alissa dirangkul oleh Zafril.
“I hantar you balik.”
Tangan Juliza ditarik supaya mengikutnya. Belum pun dia melangkah tiga langkah manusia-manusia dibelakangnya kembali kecoh. Zafril menoleh ke belakang.
Kenapa mereka mengerumuni Alissa?
Tangan melepaskan lengan Juliza. Kaki berlari pantas menuju ke bilik Alissa.
“Apa yang berlaku?”
Tanpa sempat sesiapa menjawab persoalan Zafril, Zafril terlebih dahulu menangkap sesusuk tubuh Alissa yang dipangku oleh Mimie. Lengan Alissa dialih sedikit mengalihkan kedudukan Alissa ke pangkuannya.
Alissa pengsan.
“Alissa!”
Aduh. Itulah, dah cakap belum sihat sepenuhnya tapi degil. Nak juga keluar dari wad.
“Jadi you pilih perempuan ni?” Soal Juliza yang berdiri di sebelah Zafril yang sedang memangku Alissa.
“Helmi, you tolong hantar Ju balik. I akan uruskan Alissa.”
“You tak jawab saoalan I, Zaf.”
“Boleh tak kalau you bertimbang rasa sikit? You tak nampak ke Lisa pengsan?” Ha, kan dah naik angin. Sengaja nak naikkan darah dia sangat!
“Oh, sebab perempuan tak guna ni you tengking I?”
“Ju! I takde masa nak layan you sekarang ni. Kalau macam ni sikap you I tak tahulah macam mana lagi I nak uruskan you..”
Juliza tergamam dengan kata-kata Zafril. Jadi selama ini Zafril tak sukakan sikap dia? Atau sejak lelaki ini pulang dari Canada? Dulu Zafril pun suka juga ke kelab malam. Malah mereka ke sana bersama-sama.
“Oh. Jadi I ni menyusahkan you ke?” Juliza masih mahu meneruskan perdebatan sedangkan Zafril sudah mencempung tubuh langsing Alissa ke dalam pangkuannya. Mahu membawa Alissa masuk ke dalam bilik tidur. Alissa perlukan rehat.
“Helmi, you boleh tolong I kan?” Helmi terpinga-pinga. Tolong Zafril hantar Juliza? Adoi, macam mana dia nak uruskan Juliza? Macam mana kalau Juliza mengamuk dalam kereta nanti? Apa dia nak buat?
“Tapi..”
“Helmi, buat ikut arahan I.”
Kalau bos dah bersuara memang tak mampu nak melawan.
“Tak perlu. I boleh balik sendiri. And for your information Zaf, we are over! Jangan cari I lagi.”
Zafril tidak mempedulikan Juliza yang berlalu meninggalkan dia. Banyak benda lain yang lebih utama berbanding Juliza. Nak harapkan dia memujuk? Memang tak mungkinlah dia nak pujuk perempuan. Jangan harap!
Tubuh Alissa dibaringkan di atas katil. “Mimie boleh tolong basahkan tuala kecil dalam tandas? Badan Lisa dah mula panas semula..”
Mimie bergerak pantas ke dalam tandas. Tuala kecil yang tersangkut di tempat sinki dicapai laju. Tuala berwarna putih itu dihalakan ke paip sinki.
“Ini Encik Zafril.”
Zafril segera menyambut tuala kecil itu dalam dilap ke seluruh wajah Alissa. “Lisa… Wake up.”
Kesian Alissa. Tidak pasal-pasal wanita itu menjadi sasaran Juliza. Free aje kena penampar. Juliza pun satu, suka bertindak melulu! Memang sejak dulu lagi Juliza akan berjumpa dengan mana-mana perempuan yang cuba dekat dengan dia. Kalau tak kena penampar Juliza mungkin akan terkena simbahan air oleh wanita itu.
Zafril mengeluh lagi.
“Mimie, you boleh tolong jagakan Lisa untuk malam ni kan? I nak tambah bilik ni untuk satu malam lagi. Biar Alissa berehat dekat sini malam ni. You and Fitrah boleh temankan ke?”
“Er, Encik Zafril.. Saya minta maaf sebab saya dengan Muiz memang terpaksa balik hari ini juga sebab esok saya ada meeting dengan klien.” Fitrah rasa serba salah. Dia bukan tidak kesiankan Alissa tapi dia ada kerja lain esok.
“Takpe Fitrah. Jangan risau. You selesaikan kerja you. Itu yang lebih utama. Mimie you pula?”
“Saya boleh temankan Cik Lisa dekat sini bos.”
Zafril mengangguk faham. Dia, Mimie dan Alissa masih tinggal di Port Dickson pada malam ini kerana Alissa tidak sihat. Dia tidak boleh membawa Alissa untuk perjalanan jauh dengan keadaan Alissa yang tidak sihat seperti ini.
“Muiz and Fitrah, awak berdua boleh gerak dulu. Kalau gerak lambat nanti lewat pula sampai ke Kuala Lumpur. Helmi, you balik dengan Muiz, boleh?”
“Drive carefully.” Bahu Muiz ditepuk perlahan.
“Boleh bos. Takde masalah. Bos selesaikan mana yang lebih utama.” Helmi rasa mahu tergelak sendiri pula. Dia pula yang memberikan nasihat kepada majikan dia bukannya majikan dia yang memberikan nasihat kepada dia. Memang kelakar!
p/s : Selamat hari rayaa maaf zahir dan batin. Sorry Sri agak sibuk dengan Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah, sibuk itu adalah rezeki. Doakan rezeki bertambah-tambah, InsyaAllah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada yang sudi menjengah belog walaupun keluar dengan perasaan hampa. Sri akan cuba untuk post entry terbaru dan kepada yang hantar email kepada Sri, insyaAllah Sri akan cuba cari masa dan ruang untuk membalas. Maaf sangat-sangat sebab kekangan masa untuk membalas.. Email Sri baca tapi nak membalas tu memang takde masa. 

Kepada peminat KPI, Sri akan up satu entry special untuk korang semua. Kalau korang rasa teruja menanti KPI, Sri lebihlah lagi. Nanti bila KPI keluar jangan lupa beli tauu!

Hug.

3 comments :

  1. Pendek tapi takpe. Terubat jugak rindu dekat Alissa & Zafril :)

    ReplyDelete
  2. Thanks sri dah up entry baru...best sesangat,,cian alissa.Memang patut pun klu Zafril break up dgn Juliza..hehehe..suka..suka (Isy x baik tau)..Harap dapat sambung cepat2 entry CJSA ya sri
    dan saya sentiasa menantikan KPI..harap2 dapat peluk cepat2 .x sbr juga nak entry special KPI.

    Hug - Sis

    ReplyDelete
  3. Thks sri....nk nxt n3 pls.... X sbr nk peluk kpi.... Huhu

    ReplyDelete