Tuesday 26 August 2014

Bab 21 Cinta Jangan Sakiti Aku


Wajah Alissa yang diam sahaja di sebelahnya di perhatikan dengan ekor matanya. Senyap sepi kereta dia hari ini. Masa mula-mula datang ke Port Dickson empat hari lepas bukan main lagi Alissa bergaduh besar dengan dia sebab kena paksa naik satu kereta dengan dia. Kononnya kena ikut cakap bos.
Bengang dengan ugutan dia mengenai Khairi, Alissa mengalah juga.
Hari ini perjalanan pulang dari Port Dickson ke Kuala Lumpur senyap sepi! Mimie tidak mengikut mereka berdua kerana mahu terus pulang ke rumahnya di Melaka. Alang-alang dah berada di Port Dickson, balik kampung sekejap.
“Senyap aje. Takde apa-apa nak cakap dengan I ke?” Zafril memecahkan kesunyian. Bosan juga kalau memandu takde orang berbual dengan dia.
Diam.
Alissa masih memejamkan matanya. Bukan dia tidur pun dan Zafril pun nampak bola mata Alissa bergerak ke kiri dan ke kanan. Dia tahu Alissa dah puas tidur malam tadi.
“Lisa, I mengantuk. Tak nak temankan I berbual ke?”
Ish, sengaja Alissa ni tak nak bagi respons pada dia.
Tangan bergerak menyentuh jari jemari Alissa. Cari pasal.
Spontan mata Alissa terbuka. Terkejut gila kot tiba-tiba je tangan sejuk Zafril sentuh jari dia. Memang rasa nak terlompat jantung keluar dari badan. “Apa ni?!”
“Ingatkan dah takde suara..”
“Ish..” Alissa mendengus kecil. Tak suka tau!
“Dulu kalau I memandu you mesti berbual dengan I. Ingat tak?” Mahu memancing Alissa dengan kisah lima tahun dulu.
Alissa kalih tubuhnya ke kiri. Membelakangkan Zafril sedikit. Tidak mahu melihat wajah lelaki itu.
“Lisa, I minta maaf bagi pihak Ju. I tak sangka dia akan serang you dekat sana..”
Masih tiada respons.
“Lisa, I tahu you marah tapi janganlah diam macam ni.. Please, say something. You maafkan I tak?” Tangan menggenggam kuat stereng kereta. Aduh, dah kenapa dia meminta maaf daripada Alissa pula? Bukan salah dia pun Alissa kena tampar semalam.
Hoi, apa kau cuba buat ni Zafril? Kau dah lupa kau tak boleh cintakan Alissa!
Suara minda mula memainkan peranan menghasut Zafril agar berkasar dengan Alissa yang degil dan keras kepala.
‘Jangan dilayankan sangat perempuan macam ni nanti dia naik lemak.’
‘Kau bukan jenis yang mengalah dengan perempuan Zaf..’
‘Kau nak Lisa layan kau macam dulu?’
‘Kau tak marah dengan apa yang Lisa dah buat pada kau, Zaf?’
Tangan naik melurut rambut hitam miliknya. Adoi, apa dah jadi dengan dia. Kenapa dia kian kalah dengan Alissa? Kenapa dia tidak membenci Alissa seperti yang dia sering katakan pada hatinya semasa di Canada dulu?
Bukankah dia memang merancang pulang ke Malaysia untuk menyakiti hidup Alissa? Kenapa dia tak boleh buat semua tu selepas melihat kehidupan Alissa kini?
Kau bahagiakah selama lima tahun ini Zafril?
Alissa bahagia.. Kau?
Kau sengsara dan menyimpan dendam yang amat sangat terhadap dia selama lima tahun, takkan kau nak sia-siakan semua tu sekarang?
“Huh!” Nafas dilepaskan kuat. Bengang dengan suara-suara yang mengherdik dia dalam mindanya sendiri. Terasa terngiang-ngiang suara-suara sumbang itu dicuping telinga. Suara yang mahu dia kembali ke realiti yang sebenar.
Suasana menjadi dingin serta-merta. Zafril senyap, Alissa juga turut senyap. Sesekali mata Alissa terbuka untuk melihat kedudukan mereka sekarang. Sudah sampai di mana.. Sekurang-kurangnya dia boleh membalas WhatsApp daripada Husna yang bimbangkan dia bagai nak gila di rumah.
‘Jujurlah sayang, aku tak mengapa…’
Telefon bimbit yang berdering membuatkan Alissa kalut membuka beg tangan berjenama Sembonia yang diletakkan di kaki.
‘Syahmi.’
Ya Allah, dia langsung tidak mempedulikan Syahmi sepanjang dia berada di Port Dickson . WhatsApps dan panggilan telefon daripada lelaki itu juga langsung tidak dijawab.
Ton suara dibetulkan sedikit. Dua kali Alissa berdehem sebelum menyambut panggilan daripada Syahmi.
“Assalamualaikum.”
Mata Zafril melirik ke arah Alissa yang sedang berbual di telefon bimbit.
“Ha’ah, Lisa dah perjalanan pulang…”
“Oh, hm.. Lisa tumpang kereta bos Lisa di pejabat sebab tu kereta Lisa tersadai dekat rumah tu.. Syah ke rumah Lisa ke?”
“Ah.. Takdelah. Lisa boleh memandu tapi bos Lisa memang dah tetapkan kenderaan yang perlu dinaiki. Itulah, tumpang orang aje..” Alissa tersenyum sendiri.
Entah lawak apa yang dibuat oleh Syahmi di talian sana.
Zafril membengkak dalam hati. Dengan orang lain Alissa boleh tersenyum dan bergelak ketawa tapi kalau dengan dia bukan main kedekut lagi!
“Boleh.. InsyaAllah nanti Lisa bagitahu dengan Kak Una. Minta dia masakkan untuk Syah lah. Lisa tak pandai masak.” Alissa tertawa kecil.
Iyelah maunya tak ketawa, Syahmi suruh dia masak ikan goreng tiga rasa kot.. Manalah dia reti sangat nak masak special macam tu. Kalau setakat masak kari udang, kari ayam, tomyam tu pandailah juga umi dia ajar. Kalau nak masak beriya bagai nak rak memang dia tak reti sangat..
“Ei, janganlah macam tu. Lisa tak pandai masak pun.”
Tangan menekup ke mulut. Menahan tawa yang kian galak. “No. Tu Lisa tipu aje, Kak Una yang masak tapi Kak Una suruh Lisa mengaku yang Lisa masak ikan tiga rasa tu.. Serius bukan Lisa yang masak!” Bersungguh-sungguh Alissa berbual di telefon dengan Syahmi. Siap tangan naik ke sisi bahu lagi persis mengangkat sumpah. Padahal Syahmi bukannya nampak pun..
“Alissa.” Kepala ditoleh ke arah Zafril.
“Kejap ye Syah.” Telefon bimbit ditekup sedikit. Tidak mahu Syahmi mendengar suara Zafril.
“Kenapa?” Mata masih lagi melekap di muka kacak Zafril.
“Nak berhenti minum?”
Alissa menggeleng dan melarikan anak matanya dari wajah Zafril. Telefon bimbit kembali ditekap di telinga. “Hello..”
“Bos Lisa tanya nak berhenti minum ke tak.. Takde apa-apa pun.”
Alissa menggigit bibir bawahnya. Syahmi tanya dia dengan siapa lagi yang ada bersama bos mereka. Alamak. Nak tipu ke? Berdosa kalau menipu ni.
“Ha.. Tu lah yang lain balik awal. Lisa aje yang ada hal sikit sebab tu Lisa balik lambat..”
“Alissa..”
Again!
Alissa menoleh kasar ke arah Zafril. Apa lagi lelaki kacak ini mahu? Tak habis-habis lagi ke nak menyoal?
What..” Mendatar sahaja suara Alissa. Nak tinggikan suara nanti kot-kot Syahmi terdengar pelik pula lelaki itu dengan cara Alissa melayani bos dia.
“I nak ke tandas. Nak apa-apa?”
“Tak nak.”
Alissa memerhatikan Zafril keluar dari kereta BMW Z4 miliknya. Mata kembali memandang telefon bimbit. Dah dua puluh minit dia berbual dengan Syahmi. Biasanya dia bukan berbual lama pun dengan Syahmi, sekadar bertanya khabar dan bercerita soal kerja sedikit sebanyak.
Ini sebab nak mengelak Zafril punya pasal sebab itulah dia melekap aje dengan telefon bimbit. Lelaki itu pun boleh tahan juga sikap cemburunya.. Bukan boleh dengar suara lelaki mesti akan tanya dia bersama siapa.
Rimas?
Of course rimas!
Mereka bukan ada apa-apa ikatan tetapi Syahmi melayani dia seperti dia adalah milik lelaki itu. Haishh.
Kalau bukan sebab dia tersekat di dalam kereta ini bersama Zafril, jangan haraplah dia nak mengada-ngada manja seperti ini dengan Syahmi. Rasa nak lempang diri sendiri ketika ini pun ada juga. Macam sengaja memberi ruang dan peluang kepada Syahmi untuk lebih perasan..
Cermin kereta yang diketuk menyebabkan Alissa tersentak. Terkejut gila tahap nak pitam. Inagtkan penjahat tadi.
Cermin diturunkan sedikit. “Nak air?”
“Tak nak.”
Cermin kereta dinaikkan semula.
Dingin betul cara dia layan Zafril. Lantak lah..
“Syah.. Lisa nak letak telefon. Nanti Lisa call semula ya?”
“Siapa tadi? Tu bos Lisa.” Masih tidak berpuas hati siapa yang ada bersama mereka berdua. Tidak berpuas hati kerana Alissa tidak ditemani oleh rakan sekerja perempuan yang lain. Bengang kononnya Alissa terlalu berani berdua-duaan dengan bos mereka.
“Syah, kan Lisa dah cakap tu bos Lisa..”
“No! Please jangan layan Lisa macam ni. Lisa bukannya budak kecil yang tak tahu nak jaga diri Lisa..” Ha, dah nak mula hilang mood. Mood Syahmi juga sudah berubah. Mula menyoal dia itu dan ini.
Mula mempertikaikan skop kerja dia sampai perlu ke Port Dickson . Ini memang bukan skop kerja dia tapi ini perancangan syarikat dia. Nak buat macam mana dia bukannya ada syarikat sendiri, jadi terpaksalah dia ikut apa yang dirancang oleh syarikatnya.
“Syah, Lisa malaslah nak bertengkar dengan Syah. Nanti Lisa call Syah semula.”
Panggilan telefon ditamatkan. Punat berwarna emas di bahagian atas sebelah kanan ditekan lama. Padan telefon bimbit dia. Kalau tak padam nanti Syahmi akan telefon dia lima puluh kali tanpa henti sampai bateri telefon mati.
“Dah habis cakap telefon?” Perli Zafril sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. “I belikan Tropicana Orange untuk you.. Kalau rasa pening atau nak termuntah boleh minum ni..”
Alissa menyambut botol air yang dihulurkan kepadanya. Rasa haus pula selepas berbual lama di telefon dengan Syahmi. Itulah tadi Zafril tanya nak air apa buat sombong sangat.. Nasib baik Zafril tak kejam sangat. Siap belikan air untuk dia juga.
Thanks.”
“Buah hati telefon?”
“Tak boleh?” Balas Alissa dengan soalan juga.
“Entah. Tak pasti pula boleh atau tidak.. Bolehlah kot.”
Penutup botol air dipulas kuat untuk menutup botol air selepas Alissa meneguk air oren itu dua kali. Zafril memang nak buat dia sakit hati. Bolehlah kot?
“Awak ada teman wanita boleh, takkan saya tak boleh ada teman lelaki, kan?”
Zafril jongket bahu. “Tak pastilah Lisa.. You boleh jawab sendiri soalan yang you tanya pada I, kan?”
Sudahnya Alissa diam. Layan bengang dalam hatinya sahaja. Malas nak bertekak. Sampai ke Kuala Lumpur pun belum tentu habis.
Pintu rumah ditarik ke arahnya semula.
“Ha, balik pun Cik Puan Alissa ni… Ingatkan tak jumpa jalan ke rumah lagi lepas keluar dengan Zafril yang kacak tu.”
Balik rumah aje Husna terus perli dia.
“Muncung tu jangan nak pandang sedepa sangatlah Lisa.. Kak Una nak Lisa duduk sini cerita daripada A sampai Z apa yang berlaku. Kenapa Lisa tak balik semalam dan Lisa ke mana?” Bertubi-tubi soalan Husna kepadanya.
Bukannya Husna tidak bertanya kepada dia di dalam WhatsApp tapi satu soalan Husna pun dia tak jawab. Hanya memberikan mesej ‘Jangan bimbangkan Lisa. I am okay.’
“Nak cerita apa Kak Una. Lisa kan dah cakap dalam WhatsApp yang Lisa takde apa-apa. Nak cerita apa lagi dari A sampai Z ni?”
“Cerita apa yang Mukhriz tak cerita pada Kak Una.”
Kening terangkat sedikit. Mampus! Mukhriz tak tahu yang dia kena tampar petang semalam sebab lelaki itu pulang lebih awal tapi tak mustahil kalau ada orang sampaikan kepada Mukhriz dan Mukhriz ceritakan pada Husna.
“Apa yang Riz cakap?”
“Akak nak dengar dari mulut Lisa.” Husna berkeras. Kaki naik bersila di atas sofa berwarna krim. Duduk bertentangan dengan Alissa.
Alissa menggaru kepalanya. Rambut ditocang satu. Panas dengan soalan Husna yang memang tak berikan peluang untuk dia mengelak langsung. “Mana ada apa-apa..”
“Mana Lisa pergi dengan Zafril?”


“Ah? Lisa tak ke mana-mana pun..”
“Alissa! Nak sembunyikan apa lagi daripada Kak Una? Lisa nak Kak Una layan Lisa macam mana lagi? Lisa tak serik-serik lagi dengan apa yang Zafril tu dah buat pada Lisa dulu? Lisa nak apa daripada dia? Nak harapkan dia lagi?”
Naik turun nafas Husna menahan geram.. Semalam dia menelefon Mukhriz untuk bertanyakan kedudukan mereka. Menurut Mukhriz dia sudah pulang tetapi Alissa tidak tahu ke mana.. Mungkin pulang bersama Zafril.
Sampai pukul 2,00 pagi dia tunggu Alissa pulang tapi tidak juga muncul wanita itu. Bimbang, marah, sedih semuanya bercampur baur! Selepas Zafril muncul semula Alissa lain macam! Tidak lagi manja seperti dulu. Banyak berkurung di dalam bilik dan menghabiskan masanya di pejabat.
Takkan dia tak bimbangkan adik dia! Dia sayangkan Alissa. Dia tidak mahu perkara buruk berlaku kepada Alissa.
“Lisa, I am talking to you.. Not the coffee table!”
Suara Husna naik meninggi sedikit. Husna macam Husna lima tahun lepas. Masih juga Husna dengan sikap sama jika ianya berkaitan Zafril. Tetapi kali ini baru Husna meletup sedikit selepas hampir empat minggu Zafril muncul kembali dalam hidup Alissa.
“Lisa tak ke mana-mana pun..” Takkan dia nak cakap dia naik kayak dengan Zafril, kemudian dia pukul Zafril dengan pedal kayak dan mereka jatuh ke tasik lalu dia lemas? Nak mampus!
Silap hari bulan Husna serang Zafril. Maki hamun lelaki itu.. Ish, janganlah sampai macm tu sekali.
p/s: Sri still dalam proses menulis cerita baru yang akan habis di belog sahaja. InsyaAllah. Tapi untuk Alissa dan Zafril cerita ni insyaAllah akan diterbitkan nanti ye sebab manuskirpnya dah siap untuk penilaian.. Cerita baru muncul bila-bila masa dari sekarang dan mungkin dalam 30 chapter sahaja.. Atau alau rajin lebih lagi? Hehehe. Nak Sri tulis cerita apa? Meh kongsi meh.

3 comments :