Aulia
langsung tidak menoleh ke arah Ashraff yang sedang memandu. Terasa hatinya
bagai dicarik-carik apabila mengenangkan perlakuan Ashraff sebentar tadi. Dia
bukan binatang yang boleh Ashraff perlakukan sesuka hati. Dia bukan anak patung
yang tiada perasaan.
Sumpah
tidak pernah terlintas di hatinya yang Ashraff akan bertindak sejauh itu. Tak
pernah! Sangkanya Ashraff cuma seorang lelaki yang ego setinggi gunung tapi tak
sangka terlindung sikap pendendam yang maha hebat!
“You will love this, Aulia.” Tangan naik
mengesat air mata yang masih berdegil. Asyik mengalir turun aje. Dah banjir
sangat kot kelopak mata dia ni.
“Dekat
mana you selesa? Here atau dalam bilik tidur?” Aulia memejamkan matanya seketika,
mahu menghilangkan bayangan yang masih menari-nari di kepala otaknya. Bukan mai
gah lagi bayangan-bayangan hitam itu bermain di minda. Masih terasa turun naik
nafas Ashraff di cuping telinganya. Masih terasa kerakusan Ashraff memagut
bibirnya.
Masih
terasa sakit disegenap inci tubuhnya.
Mana
perikemanusiaan Ashraff terhadap dia? Mana sifat lembut yang Ashraff tonjolkan
depan mummy dan daddy dia tengah hari tadi? Mana senyuman kacak yang sering Ashraff
lemparkan kepada dia?
Mana
usikan nakal Ashraff yang membuatkan hati dia geram dan suka dalam satu masa
yang sama. Ashraff.. lelaki yang langsung tidak boleh diduga tindakannya.
Aulia
mengenggam kedua-dua belah tangannya. Mencari kekuatan yang mungkin masih
tersembunyi di celah-celah hatinya. Kuatkah dia untuk menghadapi hari akan
datang? Mampukah bibirnya mengukir senyuman manis di depan mummy dan daddy?
“Ingat
kenangan tadi?” Mata dicelik luas dek kerana tersentak dengan teguran itu. “Pengalaman pertama you, kan” Aulia masih membeku. Kalau
ikutkan hati dia, mahu sahaja dia cakar-cakar muka Ashraff sepuas-puas hatinya.
Pengalaman pertama kepala hotak Ashraff! Perlukah Ashraff kisah itu pengalaman
pertama dia atau tidak?
“Dah
bisu ke? Kalau tak bukan main lagi ligat nak bergaduh dengan I, takkan sekarang ni dah jadi bisu
pulak?” Aulia masih pekakkan telinga. Dia tiada hati mahu berbual dengan lelaki
yang telah merosakkan dia. Lantaklah Ashraff nak pekik ke, menjerit ke, melalak
ke.. Dia tak mahu ambil tahu!
Melihat
Aulia yang tidak memberikan respons, Ashraff jadi panas hati. Macam bercakap
dengan cermin kereta pulak rasanya. “You
dah pekak ke I cakap dengan you ni?”
Brek
kereta ditekan mengejut. Aulia terdorong ke sisi kiri dan dahinya terhantuk
dengan cermin kereta.
Aulia
gosok dahinya yang terasa sakit. Nasib baik tak kuat sangat, kalau tak dah
pecah kepala dia. Aulia kalih mencari wajah Ashraff. Garang anak mata Aulia
menikam wajah Ashraff. Dada berombak kencang. Tak puas dengan apa yang sudah
Ashraff lakukan kepada dia, sekarang nak bunuh dia pulak? “Apa lagi yang awak nak? Nak bunuh saya?” Kelopak mata mula
bergenang dengan air mata.
Dah
gila ke Ashraff ni? Berhentikan kereta mengejut macam tu? Kalau jadi apa-apa
sebentar tadi, entah di mana tempat dia di sisi Allah SWT. Kotor, jijik, penuh
dengan dosa!
“Oh..Ingatkan
dah bisu, ada suara lagi rupanya. Kalau I
nak bunuh you pun kenapa, takut mati
ke?” Kenapa Allah menguji dia sehebat ini? Bertemu dengan lelaki ini, kemudian
membenihkan sedikit rasa suka terhadap lelaki ini dalam diam dan sekarang
Ashraff merogol dia? Rogol? Bukankah dia yang ke rumah Ashraff?
Tak,
Ashraff yang paksa dia ke sana! Kalau dia tahu Ashraff akan bawa dia ke sana, sumpah
dia takkan ikut Ashraff ke rumah itu. Dia takkan naik kereta Ashraff. Dia takkan
keluar dengan lelaki itu!
“Awak
dah dapat apa yang awak nak, sekarang ni apa lagi? Tak cukup lagi ke bukti yang
awak dah dapat?” Ada getaran dalam suara itu. Sebak yang teramat sangat.
“Puas.
Puas sangat! I ingatkan I nak tengok you melutut depan I tapi
tak sangka I dapat lebih dari
tu. I rasa puas.. Sangat-sangat
puas!” Ashraff ketawa besar. Kalu ikutkan hati yang tak sabar memang dia dah
keluar dari kereta ni. Dah terjun bunuh diri.
“Apa
salah saya Ash? Apa yang awak marah sangat dengan saya sampai awak tergamak
buat saya macam ni?” Tawa Ashraff mati serta-merta. Tangisan Aulia tidak sedikit
pun berjaya membenihkan rasa simpati dalam hatinya.
“Kau
nak tahu sebab apa? Kalau bukan sebab kau, Helly takkan tahu pasal Melisa. Kau yang
cakap dengan Helly aku tidur dengan Melisa kan? Sebab tu Helly muncul pagi tu!”
Ashraff menunjal kepala Aulia.
Aulia
menggeleng lemah. Sumpah dia langsung tidak tahu-menahu pasal tu. “Bukan saya
yang beritahu Helly..”
“Kalau
bukan kau, siapa? Siapa yang mulut longkang selain kau?” Tempikan Ashraff
sekali lagi buat hati Aulia kecut. Dia sudah tidak kenal lelaki yang bernama
Ashraff Ahmad.
“Sekarang
aku nak kau mengaku yang kau memang sengaja nak rosakkan hubungan aku dengan
Helly sebab kau cemburu dengan Helly, kan?!” Jadi puncanya ialah Ashraff mahu
membalas dendam sebab Helinna tahu sikap sebenar Ashraff yang bersembunyi
disebalik solat lima waktu?
“Tolong
hantar saya balik.”
“Cakap
dengan aku yang kau memang sukakan aku sejak lama dulu lagi, Kau nak musnahkan
hubungan aku dengan Helly, kan?”
“Saya
nak balik!” Suara Aulia sudah naik ke oktaf yang terakhir.
“Nak
balik? Aku boleh hantar kau balik. Jangan risau sebab aku dah dapat lebih
daripada apa yang aku nak.” Aulia memandang ke luar tingkap. Memandang
pemandangan malam yang disinari cahaya bulan dan cahaya lampu.
Ashraff
tekan pedal minyak sekuat hatinya. Takut melihat meter kelajuan yang mencecah
140 km/j, Aulia pejam mata rapat. Dia berserah segalanya kepada Allah SWT.
“Ingat
pesan aku, jangan muncul depan aku lagi. Aku tak nak tengok muka kau.” Pesanan
Ashraff bagaikan angin lalu. Aulia hempas pintu kereta Mitsubishi Evoque dengan
hati yang sebal. Dia bencikan Ashraff! Dia bencikan lelaki yang merosakkan
hidupnya!
Ashraff
tak mahu berjumpa dengan dia lagi? Apa Ashraff ingat dia kemaruk sangat mahu
berjumpa dengan lelaki itu? Tolonglah! Dia bukannya macam perempuan lain yang
akan terhegeh-hegeh mencari lelaki.
Kereta
berwarna putih itu berdecit pergi meninggalkan Aulia yang masih terpacak di
hadapan rumahnya. Kuatkan hati Aulia, kuatkan hati!
Aulia
tarik nafas dalam-dalam. Air mata diseka laju. Tangannya menyeluk tas tangan
Balenciaga berwarna merah jambu dan kunci kereta Audi TT ditarik keluar. Remote pagar yang tergantung bersama
kunci itu ditekan.
Melihat
pagar automatik yang kian terbuka luas, Aulia rasa hatinya berdebar-debar
sangat. ‘Bismillahhirrahmanirrahim.’
Pintu
utama rumah mewah itu dikuak. Ruang tamu kelihatan kosong. Jam dipergelangan
tangan dikerling. Hampir pukul 11.15 malam. Mungkin mummy dan daddy dah tidur
agaknya.
“Lia.
Dah balik pun anak mummy ni.” Datin
Zahrah meluru mendapatkan anaknya. “Macam mana keluar dengan Ash? Seronok? Pergi
mana?” Berseri-seri wajah Datin Zahrah. Kalau nak dibandingkan Helinna dengan
Aulia, dia lebih suka kalau Aulia yang bergandingan dengan Ashraff.
Aulia
paksa bibirnya mengukir senyuman segaris. “Mummy
belum tidur?”
“Dah
naik tadi tapi daddy nak minum milo
pula. Mummy turun bancuhkan milo lah
ni.” Aulia menyorot pandangannya ke tangan Datin Zahrah yang memegang segelas
milo di tangan kanannya.
“Kenapa
masam aje ni? Mata ni kenapa nampak sembab aje? Menangis ke anak mummy ni? Bergaduh dengan Ash lagi?”
Aulia menolak tangan Datin Zahrah yang melingkari bahunya.
“Lia
penat sangat. Lia naik atas dulu ya.” Tanpa menunggu balasan Datin Zahrah,
Aulia terus melangkah naik ke atas. Dia mahu berehat.
Rasa
penat sangat dengan kejadian yang menimpa dia sepanjang hari ini.
Aulia
menutup rapat pintu biliknya. Tombol pintu ditekan supaya terkunci dari dalam. Dia
tidak mahu Datin Zahrah atau Datuk Rahman masuk ke dalam biliknya. Dia tidak
sanggup untuk memandang wajah mengharap mummy
dia yang mengharap dia berkahwin dengan Ashraff.
Berbuih
mulut dia terangkan hubungan Helinna dan Ashraff tapi mereka berdua masih
berharap. Mulai hari ini jangan haraplah dia akan keluar dengan Ashraff lagi. Tak
mungkin berlaku! Paksalah macam mana sekali pun, dia takkan jumpa dengan lelaki
itu lagi.
Aulia
henyak tubuhnya di atas tilam. Otak masih berkecamuk. Kahwin dengan Ashraff? Tidak
mungkin. Dia tidak sudi berkahwin dengan lelaki yang mengamalkan kehidupan
bebas seperti itu. Dia tidak mahu anak-anak dia menerima tempias akibat sikap
buruk suaminya.
Anak?
Tangan
Aulia meraba perutnya yang masih kempis. Macam mana kalau kejadian tadi
membenihkan nyawa dalam rahimnya? Air mata Aulia gugur untuk ke sekian kalinya.
Rasa mata dia dah tak larat nak menangis lagi dah.
‘Kau
kotor Aulia.’
‘Takde
lelaki yang mahukan kau lagi.’
‘Ashraff
mungkin sayangkan kau sebab tu dia buat semua ni.’
‘Kau
bodoh Aulia.. Bodoh!’
Aulia
meraup mukanya. Dia menangis semahu-mahunya. Sakitnya hati dia.. Langsung tidak
pernah terfikir hidup dia akan jadi kucar-kacir sampai begini sekali. Dia tak
pernah terfikir perjalanan yang Allah aturkan untuk dia diselitkan ujian yang
sebegini berat untuk dia tempuhi.
‘Allah
sentiasa bersama orang-orang yang sabar, Lia.’
Aulia
berbaring sambil menarik bantal peluknya. “Bantulah aku menempuhi semua ini, Ya
Allah…”
“You akan rasa seronok. Come on, let’s enjoy this.” Terngiang-ngiang
kata-kata Ashraff dicuping telinganya.
Ketawa
Ashraff yang mengejek dia masih terbayang-bayang dalam kepala.
Rasa
sakit hati yang singgah tiba-tiba menyebabkan Aulia bangkit duduk di atas
katil. Bantal yang tersusun elok di kepala katil dicapai dan dicampak ke atas
lantai! “Aku benci kau, Ash! Aku benci kau!” Tubuh Aulia meringkuk sambil
menangis teresak-esak di atas katilnya.
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan
lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita
yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk
wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Aulia meraup wajahnya yang basah.
Adakah dia akan dituduh sebagai wanita yang keji kerana tidak lagi suci? Masihkah
ada lelaki yang sudi menerima dirinya yang kotor?
Kepala digeleng perlahan. Dia belum
mandi. Aulia bingkas bangkit mengesat air mata dengan belakang tapak tangannya.
Tuala berwarna putih dicapai dan Aulia berlalu ke dalam bilik air.
Lama tubuhnya terpacak di depan
cermin dalam bilik air. Memandang matanya yang membengkak akibat terlalu banyak
menangis.
Pancuran air hujan dibuka deras. Membiarkan
air turun membasahi lantai. Perlahan-lahan Aulia menapak ke bawah pancuran air
hujan. Lututnya lemah. Tidak mampu untuk berdiri lagi. Aulia bersandar di dinding
dan akhirnya dia terjelopok di atas lantai. Kalau ikutkan hati dia mahu
menjerit melepaskan geram yang terbuku di hati tapi dia tak boleh.
Susahnya mahu berhenti menangis. Rasa
menyesal mengikut Ashraff masih menyelubungi hatinya. Kalaulah dia tak pergi,
semua ini takkan terjadi. Kalau dia ada silat cekak atau dia ada apa-apa seni
mempertahankan diri, mungkin dia boleh menyelamatkan dirinya.
Menyesal kerana tidak pernah
mengambil berat akan semua itu. Masa mummy
suruh dia belajar taekwando, dia malas. Katanya itu untuk orang lelaki sahaja.
“Lia boleh pertahankan diri Lia sendiri. Kalau orang nak buat jahat aje, dia
pijak kaki dia dengan kasut tumit tinggi Lia.”
Dan akhirnya, dia masih tidak
berdaya untuk mempertahankan dirinya daripada Ashraff. Lelaki itu berjaya
menakluki dia dengan cara yang paling kotor sekali.
Air diratakan ke seluruh tubuh berulang
kaki seolah-olah cuba menghilangkan kotoran ditubuhnya. Kotor kerana sentuhan
lelaki yang bukan bernama suami.
“Milo
bang.” Datuk Rahman pandang wajah isterinya sambil tersenyum.
“Lia
dah balik ke?”
“Dah,
nak tidur katanya. Letih sangat keluar dengan Ash agaknya. Muka masan aje Zah
tengok.. Bergaduh lagilah tu gamaknya.” Datin Zahrah menghenyak punggungnya di
sisi Datuk Rahman.
Mata
Datuk Rahman masih tertancap pada kaca telivisyen tetapi telinga masih
mendengar setiap butir bicara isterinya. “Zah tu pun satu, janganlah paksa
sangat Lia tu.. Kalau dia dah memang tak suka dengan Ash tu, kita tak boleh
paksa, Zah.”
Ini
dia tak setuju, ramai aje yang kahwin tanpa perasaan cinta tapi bahagia juga
bile dah kahwin. Berkekalan sampai anak cucu juga. “Zah bukannya apa bang,
Lydia pun berkenan sangat dengan Aulia tu. Apa salahnya kalau kita berbesan
dengan Mad dan Lydia tu.”
Mug
di atas meja dicapai dan disua ke mulutnya. “Abang bukan apa Zah, Mad tu dah
ada calon menantu pilihan dia sendiri. Kalau Lia asyik berkepit dengan Ashraff,
apa pula kata bakal menantu Mad tu nanti.”
Datin
Zahrah mengeluh kecil. “Lydia tu bukannya bekenan sangat dengan bakal menantu
dia tu bang. Helinna tu model bang. Abang, macamlah abang tak tahu kalau dah
namanya model antarabangsa tu pakaiannya rupa apa. Kalau Zah ada anak lelaki
Zah pun tak nak anak Zah kahwin dengan perempuan yang pakai baju terdedah
melampau-lampau.”
“Anak
kita tu pun bukannya baik sangat Zah.. Jangan nak mengata sangat si Helinna
tu.. Kawan baik Lia kan.”
“Memanglah
kawan Lia bang tapi Lia tu tak adalah pakai teruk sangat macam Helinna tu..
Ish, tak bekenanlah Zah dengan Helinna tu.. Sesuai lagi Lia tu dengan Ashraff.”
Datin Zahrah mahu menangkan Aulia.
“Kalau
dah Ashraff pun bekenan dengan budak tu apa salahnya. Nanti pandailah Ashraff
tu nak didik isteri dia. Yang Zah ni sibuk-sibuk sangat buat apa. Hal rumahtangga
orang Zah.. Jangan masuk campur sangat. Jadi apa-apa nanti kita pula yang
disalahkan.”
Datin
Zahrah mengumam perlahan. Suami dia ni memang tak pernah nak menyokong kalau
bab nak bermenantukan Ashraff. “Abang tu kalau tak sukakan Ashraff tu cakap
ajelah yang abang tak bekenan dengan pilihan Zah untuk Lia.”
Mug
milo kembali ditelakkan di atas meja. “Allah.. Bukan macam tu maksud abang Zah.
Ashraff tu abang tengok baik budaknya, tapi kalau dah Lia tak suka, abang tak
mahu memaksa. Lia tu satu-satunya anak kita. Abang nak Lia bahagia selepas
kahwin.”
“Zah
yakin dengan piliha Zah. Lagipun kalau Lia tu pandai ambil hati Ashraff, Zah
yakin sangat yang Ashraff tu boleh jatuh hati dengan Lia. Entah apa yang dia
nak lagi, Zah pun tak faham.” Anak dia cantik, cantik sangat! Kalau tidak
masakan ada antara kawan-kawannya yang mahu masuk meminang Aulia.
“Belum
jumpa yang sesuai lagi Zah. Kita sabar ajelah. Nanti kahwin jugak Lia tu.”
Suami dia macam inilah,positif sangat. Kalau tak gesa si Aulia tu, memang Aulia
akan buat bodoh aje.
“Zah
nak kenalkan dengan anak-anak kawan Zah, dia tak mahu. Ada jerawat banyaklah,
tua lah, umur tiga puluh tak sesuai dengan dia lah, gigi jarang boleh masuk
duit lima puluh sen lah.. Macam-macam sangat alasan dia. Abang nak Zah sabar
macam mana lagi?” Jika bukan kerana Aulia yang mentah-mentah menolak, dah lama
dia terima menantu agaknya.
Entah
apa yang Aulia tunggu lagi dia pun tidak tahu. Anak Puan Sri Khadeeja, Aqeef
Hilmi tu bukan main lagi suka dengan Aulia. Dah Aulia tak suka, dia pun tak
boleh paksa. Kalau nak tunggu Aulia pilih memang takkan ada pilihan lain
kecuali Hazrul. Ish!
“Zah..
Biarlah Lia pilih sendiri siapa jodoh dia. Abang tak nak masuk campur. Siapa
pun pilihan Lia, abang terima dengan hati yang terbuka.”
“Habis
tu abang suka sangatlah dengan Hazrul tu? Kahwin senyap-senyap macam tu.. Nasib
baiklah Lia tu pergi rumah dia, kalau tak sampai mati pun Lia takkan tahu dia
kena tipu.” Tingkah Datin Zahrah laju. Dia
memang tak suka betul dengan Hazrul tu. Memang mati hidup balik pun dia takkan
terima budak lelaki tu jadi menantu dia.
“Hazrul
tu lain. Kan Hazrul sendiri yang mengelakkan diri daripada Lia sebelum ni..
Abang dah warning budak tu jangan
ganggu Lia lagi. Jangan risaulah, Hazrul takkan cari Lia lagi dah.”
Datin
Zahrah masih tidah berpuas hati. Buatnya tiba-tiba Hazrul muncul depan Aulia
habis rosak rancangannya mahu menjodohkan Aulia dengan Ashraff. “Itu kata
abang. Kalau Hazrul tu mungkir janji dia? Budak macam tu bukan boleh kira
sangat bang.. Dalam kepala otak dia tu duit aje.”
“Pandailah
abang uruskan halt u. Zah jangan risau. Lia takkan bersama dengan budak Hazrul
tu lagi dah. Lia bukan bodoh sangat nak hidup dengan lelaki tak guna macam tu.”
Datuk Rahman mengusap lembut bahu isterinya. Dia tahu Datin Zahrah bengang
dengan sikap Hazrul yang menipu mereka selama ini. Senyap-senyap aje dah
kahwin.
“Tapi
lega juga hati Zah ni bila Hazrul tu dah kahwin, sekurang-kurangnya takde lah
Lia tu nak mengharapkan dia lagi, kan bang?”
Datuk
Rahman menggeleng. “Lia tu dah lama lupakan Hazrul tu Zah. Abang kenal sangat
anak bang tu.. Dia bukan jenis nak tunjuk sangat perasaan dia pada kita..
Diam-diam aje Lia dah bina kekuatan dalam diri dia.”
“Ye
ke bang? Zah tengok Lia tu monyok aje sejak balik dari Bukit Tinggi hari tu.. Jarang
nak berbual dengan kita sangat. Entah-entah dia masih teringatkan Hazrul tu
kot?”
“Percayalah
cakap abang. Abang kenal sangat sikap Aulia tu. Dia bukan jenis cinta membuta
tuli. Lia tu tak bodoh, Zah. Kalau dah tak sudi tak pe, dia boleh hidup..”
“Entahlah
bang. Zah tetap juga risaukan anak kita tu.”
Kalau
layan sangat isteri dia ni memang sampai esok tak habis cerita. Dah hampir
pukul sebelas malam dah ni.. “Dah.. Dah. Milo abang pun dah habis ni. Jom kita
tidur.” Datuk Rahman bangkit berlalu ke dalam bilik air.
“Abang
nak buat apa tu? Zah belum habis cakap lagi ni!” Datin Zahrah bingkas berdiri
membontoti Datuk Rahman sehingga ke depan pintu bilik air.
“Abang
nak buang air, nak gosok gigi. Kenapa, nak ikut ke?” Datuk Rahman angkat
keningnya.
Melihat
wajah isterinya yang masam mencuka, Datuk Rahman gelak besar. “Dah la, Zah nak
tidur!”
“Tunggu
abang kejap.” Pintu bilik air ditutup .
Datin
Zahrah memanjat katil. Geram dengan sikap suaminya yang ambil mudah tentang
Aulia.
geram dng ash sian aulia.
ReplyDeleteAmbil bantal tumbuk bantal. Bayang tu Ashraff. Hiks
Deletekesian aulia...nak lagiiiiiiii
ReplyDeleteKesiannya dia! :)
Deleteakak! update lgi ler~ haha. tak sabo nak tahu cerita seterusnya. geram aku dgn Ashraff tu :@
ReplyDeleteWill up todayyyyy!
Deletecian aulia :( .. bilalah mummy ngn daddy aulia tu nak tau ..
ReplyDeleteSoon!
DeleteThanks for reading! :)
Hishhhh smakin nyakitkn ati la c ash ni. Asyik2 nak salahkn aulia apesal?? Aulia pas ni kena bangkit semula jdi aulia yg awal2 tu. tak moh nangis2 g ya gurl.
ReplyDeleteNak request watak baru buat aulia plsss. Dah muak dah ngan c ash bajet bagus ni. Pasni ko kena dump ngan helly lak baru padan ngan muke ko *insert gelak jahat*
Ha, kalau nak tahu Aulia ni jadi macam mana lepas ni kenalah baca lagi! Hihi
Deletebenciiiiiii nya dgn Ash....kesian Aulia.....:-(
ReplyDeleteOkay, hari ni up bab seterusnya! Janganlah benci-benci. :)
Deletekesian lia~~~ T.T this is so sadddd...keep it up writer! :D good job~
ReplyDeletekesian lia...this is so sadddddddd.... T.T anyway good job writer.keep it up! :D
ReplyDeleteAya sedih ye baca? Rasa kesian ek dengan Aulia.. Hihi.. Thank you!
DeleteRead next entry ya.