Ya Allah, siapa yang ganggu dia pagi-pagi buta macam
ni! Selepas bangun solat Subuh tadi Aulia tidur semula kerana masih mengantuk
yang teramat sangat. Memang tak boleh nak paksa lagi dah mata dia supaya
berjegil.
“MasyaAllah budak ni. Lia! Dah pukul lapan ni. Kenapa
tak siap lagi? Tak kerja ke?” Aulia menyandarkan kepalanya dia pintu biliknya.
“Mengantuk…”
Datin Zahrah menggoncang sedikit tubuh Aulia. Kenapa
anak dia mengantuk teruk sangat ni. Selalunya takde lah teruk sangat rupa Aulia
kalau hari Isnin.
“Siap cepat. Daddy
dah tunggu Lia dekat bawah. Kata nak pergi Sungai Buloh sama-sama.” Aulia
mencelikkan sedikit matanya.
Aulia tepuk dahi. Dia terlupa yang dia berjanji mahu
melawat tapak projek perumahan dia Sungai Buloh dengan Datuk Rahman pada hari
ini. Ashraff? Mungkinkah lelaki itu juga berada di sana? Selepas apa yang
berlaku antara mereka berdua semalam, tidak mungkin dia mahu berjumpa dengan
Ashraff lagi.
“Mummy,
bagitau daddy Lia tak masuk office hari ni, ya? Lia rasa sakit
kepala sangat-sangat ni.” Aulia terus buat muka macam orang sakit. Sebenarnya dia
memang langsung takde mood nak masuk
kerja pun.
“Lia, daddy
kan dah tunggu dekat bawah tu. Tak baik Lia buat daddy ternanti-nanti macam tu.”
“Mummy,
bukannya Lia tahu yang Lia nak sakit hari ni. Please, Lia rasa tak sihat sangat nak masuk kerja.” Aulia tayang
muka simpati depan Datin Zahrah.
“Iyelah. Lia pergi rehat. Kejap lagi mummy bawa ubat untuk Lia.” Pintu bilik
berwarna putih itu kembali dirapatkan.
Datuk Rahman yang sedang menikmati sarapan pagi
meletakkan kembali roti bakar di tangan sebaik sahaja ternampak kelibat
isterinya yang sedang mengahala ke arah meja makan. “Mana Lia?”
“Sakit kepala katanya. Semalam tak boleh tidur.”
Datuk Rahman berubah riak. “Tak pernah Aulia rasa tak sihat pagi-pagi macam ni.
Kenapa boleh sakit kepala?”
“Abang ni tanya macam Zah ni doktor pula. Zah dah
ajak dia pergi klinik tapi tak nak. Katanya nak berehat di rumah aje.”
Datuk Rahman tolak kerusi meja makannya. “Abang nak
ke mana tu?”
“Nak naik jenguk Lia kejap. Mungkin demam ke apa..
Zah dah tengok ke?” Datin Zahrah mengggeleng. Tak terfikir pun nak check badan Aulia tadi. “Ya Allah, Zah!”
“Terlupalah bang. Aulia tu selalunya sihat aje.
Jomlah kita naik tengok dia.” Datuk Rahman dan Datin Zahrah memanjat anak
tangga menuju ke bilik anak gadis mereka.
Pintu bilik Aulia ketuk perlahan. Tombol pintu
dipulas.
Aulia menarik selimut tebal yang menutup kepalanya.
Dah agaknya daddy mesti akan naik punya. Aulia dah bersedia dengan riak wajah
sedikit sakit. Tapi dia memang tengah sakit sekarang ni, sakit hati yang
teramat sangat terhadap Ashraff.
“Sayang…” Datuk Rahman meluru mendapatkann anaknya.
“Lia takde apa-apa. Daddy jangan risau. Bagi Lia cuti seminggu, lepas tu Lia masuk
pejabat semula.” Datuk Rahman terkejut. Takkan pening kepala aje minta cuti
sampai seminggu?
“Tadi cakap nak cuti hari ini aje, kenapa ni
tiba-tiba nak cuti sampai seminggu? Lia sakit apa ni nak cuti sampai
seminggu?”
“Sepanjang Lia kerja dengan daddy, Lia tak pernah apply
leave lagi, kan”
Datin Zahrah tergelak kecil. “Lia memang tak pernah apply leave sebab kalau nak cuti Lia
buat ikut suka hati Lia aje. Mentang-mentanglah company daddy Lia!” Ish, mummy
ni langsung tak supportive!
“Daddy,
boleh tak kalau Lia nak cuti seminggu?” Aulia minta simpati Datuk Rahman. Dia memang
tak boleh masuk kerja dalam keadaan yang macam sekarang ni. Dia perlu tenangkan
diri dia dulu selepas apa yang berlaku.
“Lia nak ke mana?”
Aulia menggeleng. “Lia nak duduk rumah. Lia nak
rehat. Rasa penat sangat bekerja. Please.”
Mahu tidak mahu, demi anak yang tersayang Datuk
Rahman mengalah juga. “Kalau Lia sakit, Lia tahu mummy dan daddy selalu
ada untuk Lia. Jangan sembunyikan apa-apa daripada kami.” Kepala Aulia diusap
lembut Datuk Rahman.
Aulia memeluk tubuh daddynya. Kenapa rasa sebak tiba-tiba pulak ni.
“Kenapa menangis ni? Mummy tengok Lia asyik menangis aje sejak malam semalam, kenapa?
Lia bergaduh besar dengan Ashraff ke?” Kenapa nama lelaki tak guna tu perlu
diangkat dalam keluarga ini?
“Mummy
cakap Lia nampak sedih masa balik semalam. Kenapa? Kalau bergaduh dengan Ash
cuba Lia cakap dengan daddy. Biar daddy cakap dengan Ash, jangan ganggu
Lia lagi.” Aulia tersenyum. Tak perlulah daddy,
Ashraff memang takkan ganggu Lia lagi dan Lia pun takkan jumpa dia lagi.
“Lia okay,
jangan risau. Lia cuma penat aje.”
“Kalau macam tu Lia berehat aje. Zah, jom kita
keluar dulu. Biar Lia tidur.” Dahi Aulia dikucup Datuk Rahman dan Datin Zahrah.
“Kalau nak apa-apa panggil mummy.” Aulia hanya tersenyum kepada Datin Zahrah.
Datuk Rahman parkir keretanya berdekatan dengan
tapak perumahan yang sudah siap hampir tujuh puluh peratus. Mungkin dua tiga
bulan lagi projek usahasama dia dengan The
Legacy akan siap seratus peratus. Memang pantas betul projek perumah di
sini. Semuanya tersusun secara berperingkat-peringkat.
Kawasan rumah mewah telah siap hampir lapan puluh
peratus. Tak sangka Aulia boleh kendalikan projek ini dengan cekap! Dia memang
sangat-sangat berbangga dengan Aulia kali ini.
“Uncle!”
Melihat seseorang melaung dari jauh, Datuk Rahman segera melangkah laju ke arah
lelaki itu.
“Ashraff. Dah lama ke sampai sini?”
“Takdelah lama sangat. Dalam lima belas minit macam
tu. Sorang aje ke?” Ashraff melihat sekeliling kalau-kalau ada wajah itu.
“Ha’ah, sorang aje hari ni. Lia tak sihat katanya.”
Ashraff buat-buat terkejut. “Tak sihat? Sakit apa?
Tak pergi klinik ke?”
Melihat Ashraff yang mengambil berat tentang anak
gadisnya, Datuk Rahman rasa lega. Betul kata isterinya, jika Ashraff berkahwin
dengan Aulia, bertuah Aulia. Ashaff pasti akan menyayangi anaknya dengan
sepenuh hati.
“Tak nak ke klinik lah masalahnya. Uncle pun tak tahu sakit apa.. Lia cakap
sakit kepala biasa aje. Tapi yang peliknya Lia minta cuti sampai satu minggu.
Tak faham betullah uncle dengan Aulia
ni.”
Ashraff berdehem. Terkejut juga dengan kenyataan
Datuk Rahman sebenarnya. Aulia minta cuti seminggu? Takkan pasal kejadian
semalam? Dia terlalu berkasar dengan Aulia?
“Ash?” Datuk Rahman menepuk bahu anak bujang sahabat
baiknya. “Termenung apa? Kalau Ash nak jenguk Lia nanti Ash singgahlah rumah uncle.”
“Aaa.. Ah.. Insyaallah, uncle. Ash pun sibuk juga sekarang ni.” Datuk Rahman angguk. Ahli
perniagaan yang berjaya seperti Ashraff pastilah sibuk selalu.
“Cepat juga progress
projek ni kan? Uncle tak sangka betul
sekarang ni rumah-rumah di kawasan ini dah hampir siap.”
“Aulia memang cekap uruskan projek ni uncle. Ash
sendiri pun tak sangka yang Aulia sangat berkelayakan memegang jawatan pergurus
projek ini. Kalau bukan sebab Aulia yang gesa semua pekerja buat dengan pantas,
memang makan tahun agaknya projek ni.”
“Itulah, kalau Rafidi tak calonkan nama Aulia, uncle pun memang takkan pilih dia. Mulanya
memang uncle nak Rafidi yang
jadipengurus untuk projek ni tapi Rafidi tolak projek ni kepada Aulia. Katanya dia
yakin dengan kebolehan Aulia.” Ashraff terkesima. Rupanya Encik Rafidi yang
calonkan nama Aulia? Mati-mati dia ingat Aulia dapat jawatan pengurus projek
ini kerana dia anak kepada Datuk Rahman.
“Maaflah kalau Ash cakap sikit.”
Datuk Rahman kerut kening. “Cakaplah.”
“Mulanya Ash ingat uncle yang pilih Aulia untuk projek ni sebab dia anak uncle.” Ashraff tersengih malu. Memang itu
pun yang adadalam fikiran dia. Dia asyik menuduh Aulia mendapat banyak projek
kerana namanya berbintikan Datuk Rahman.
“No lah.
Lia bukan jenis yang macam tu. Uncle
bukan nak puji anak sendiri.. Puas uncle
pujuk Aulia supaya bekerja dengan uncle
tapi dia masih berdegil sampai uncle
perlu merajuk dengan Lia, barulah Lia setuju untuk kerja dengan uncle. Lia ni jenis berdikari. Kalau boleh
nak bekerja sendiri.” Datuk Rahman menghentikan perbualannya.
“Ash okay
ke kerja dengan dia? Lia tu garang sikit orangnya tapi dia manja. Anak tunggal,
biasalah.”
“Eh..okay uncle. Okay sangat.” Sangat okay..
Semuanya tentang Aulia, perfect! Luar
dan dalam. Ashraff senyum penuh makna. Senyuman yang hanya dia seorang sahaja
yang faham.
“Jomlah kita pergi pusing-pusing sikit, lepas tu
kita pergi makan. Uncle pun dah lapar
ni.” Ashraff senyum mengangguk. Berdepan dengan Datuk Rahman sekalipun tidak sedikit
pun menerbitkan rasa bersalah terhadap apa yang dia telah dia lakukan kepada
Aulia.
Aulia memang layak dilayan seperti itu. Perempuan itu
sengaja mahu merosakkan hubungan dia dengan Helinna. Sayangkan Helinna konon,
padahal disebalik itu Ashraff tahu yang Aulia dengki dengan hubungan dia dan
Helinna yang sudah bertambah erat.
Kau memang salah oranglah Aulia. This is Ashraff. Aku akan buat apa
sahaja untuk memusnahkan orang lain, especially
perempuan macam kau!
“Ash, mama cakap dengan Ash ni. Apa yang Ash
termenung tu? Teringatkan Aulia?” Argh, stress betul dengan mama dia ni. Kalau bercakap
sikit aje pasti ada nama Aulia.
“Mama, boleh tak kalau mama tengok muka Ash ni mama
jangan ingat nama Aulia? Meluat dah Ash dengar nama dia. Kalau Helly dengar
mama asyik sebut nama Aulia,apa pula katanya nanti..” Ashraff menyorot
pandangannya ke wajah Puan Sri Lydia.
“Buat apa Helly nak cemburu, memang mama tak berapa
bekenan dengan dia, dia kenalah faham hati mama.”
Ashraff mengeluh kecil. “Mama, Helly tu dah buat
macam-macam untuk ambil hati mama tapi mama langsung tak beri dia peluang. Yang
mama nampak tetap juga Aulia..Aulia..Aulia!” Suara Ashraff mula keras sedikit.
Siapa tak sakit hati kalau mama sendiri asyik nak menangkan
orang luar. “Helly tu bakal isteri Ash ma.. Mama kena terima segala baik buruk
Helly. Dia akan jadi menantu mama, isteri Ash.”
Puan Sri Lydia menjeling anak tunggalnya. “Apa
kurangnya Aulia di mata Ash?”
Ya Allah, susahnya cakap dengan mama dia sekarang
ni! Bibir tu nama Aulia aje.. “Mama, apa lebihnya Aulia di mata mama?”
Puan Sri Lydia senyum. Bukan main berseri kalau nak
bercerita pasal Aulia. “Mama suka dia. Tak fake.
Pakai pun nampak lebih sopan berbanding perempuan-perempuan yang Ash duk usung
ke hulu ke hilir tu. Manis, cantik. Dia layan mama macam emak sendiri. Rasa
macam Aulia tu anak mama.”
“Kalau macam tu mama anggap ajelah dia anak mama.”
“Mama nak Ash kahwin dengan dia. Helly mesti tak
kisah kalau Ash nak kahwin dengan Aulia.” Ashraff rasa mahu kutip rahang gigi
dia atas lantai. Helinna tak kisah? Baiknya Helinna nak hidup bermadu dengan
kawan sendiri.
“Mama! Kalau mama nak tahu Aulia tu kawan baik
Helly.” Wajah Puan Sri Lydia sedikit terkejut.
“Betul ke? Ash dah kenalkan Helly dengan Aulia?”
Melihat gelengan Ashraff, Puan Sri Lydia bertambah
pelik. “Habis tu macam mana mereka kenal?”
“Helly dengan Aulia kawan masa sekolah dulu. Ash pun
tak pernah tahu sebelum ini. Tapi mama, walaupun mereka tu kawan, Ash tetap
pilih Helly, bukannya Aulia.”
Puan Sri Lydia tarik muka masam. “Sampai hati Ash
hampakan hati mama.”
Adoi, mama dia ni. “Ma! Mama sanggup ke tengok Ash
hidup tak bahagia kalau Ash kahwin dengan Aulia? Mama bukan tak tahu perangai
Aulia yang kepala angin tu. Masa ada masa yang kami baik. Dua puluh tiga jam
asyik bertekak aje.”
“Lagi satu jam tu baiklah kan?"
“Tak. Lagi satu jam tu senyap tak berbual.” Puan Sri
Lydia mengeluh hampa.
“Keputusan Ash masih sama. Aulia takkan jadi isteri
Ash sampai bila-bila. Ash tak nak. Lagipun kita bukan kenal dia sangat ma.. Perangai
dia tu entah-entah lebih teruk dari Helinna.” Teringat perbuatan Aulia yang
memecahkan rahsianya dengan Melisa, hati Ashraff diserang rasa amarah amat
sangat.
Betul ke Aulia beritahu Helinna dia tidur dengan
Melisa? Kalau betul kenapa Helinna langsung tak bangkitkan soal hubungan dia
dengan Melisa di ranjang? Atau Helinna langsung tidak tahu apa-apa? Ah,
lantaklah. Janji dia berjaya pujuk Helinna, kalau tak mesti Helinna dah
tinggalkan dia.
“Ma, Ash tak tidur rumah mama malam ni. Ash ada
janji dengan Helly.”
“Dah lama Ash tak tidur sini. Bila nak balik tidur
sini?” Puan Sri Lydia tayang muka masam mencuka.
“Ash kan selalu singgah sini lepas balik kerja. Ash
hanya tak tidur dekat sini aje.” Ashraff masih membela dirinya. Memang dia
selalu singgah jenguk mama dia pun, boleh dikatakan seminggu tiga hingga empat
kali.
“Mama nak Ash tidur sini.”
“Nantilah ma.. Ash banyak kerja sekarang ni. Nanti
Ash tidur sini, ya. Kirim salam dengan papa.” Ashraff menghulur tangan bersalaman
dengan Puan Sri Lydia. Kedua-dua belah pipi mamanya dicium.
p/s: Manuskrip untuk cerita ni Sri dah siap tulis dan hantar pun. Bagitahu siap-siap nanti terkejut tiba-tiba nak stop. Hihi. Tapi jangan risau sebab maybe panjang lagi Sri akan up di sini. Mungkin sepuluh bab lagi? Hihi.. :)
Ala, harap-harap tak adalah yang marahkan Sri.. Meh sini buat group hug.
nak lagi! hehehe
ReplyDeleteAhaaa, bawak bersabau.. :D
Deletehari2 saya tgu u post entry... nk tgk ash gila bayang kat aulia lepas ni.. syg kat helly konon.. grrr...
ReplyDeleteHaha, siapa nak gila bayang dekat siapa ni. :)Ke kreako yang dah gila bayang dekat Ashraff? haha. :D
DeleteThank you fr reading.
Cik Penulis, silalah sambung....nk tengok Aulia betul2 tak jumpa Ash( as berpegang pd kata2 Ash ) tp Ash sendiri yg nnti akan diubah hatinya utk mencari Aulia....
ReplyDeleteTerimakaseh utk entry ini...
A_AR
Hi Anon!
DeleteBab 21 dah up dan memang Aulia takde jumpa Ash pun sebab Aulia tak pergi kerja.Hiks!
Baca sambungannya ye. :)
Thank yoo so much!
tak sabar nk tahu reaksi si ash tu bila sedar yg si aulia ni tak penah nk hancur kan hub ash dgn helly tu...harap aulia tu jgn layan or jupe si ash utk seketika..biar padan muka si ash tu..biar si ash ni jd angau kat aulia..kahkahkah..(ketawa jahat sikit)
ReplyDeleteKak Niraaaa, baca bab 21 cepat! Hahaha.
DeleteAla, mana boleh dia sedar cepat sangat. Sedar pun tak insappppp jugak mamat ni tau! :)
lega sikit ada entry baru.. tp nak lg
ReplyDeletex sabar nak tau apa jd ngan ash
hope aulia buat bg ash terkejar2 dia
sakit hati betui ngan ash
Hai ashikin.
DeleteHahaha, amboi dia yang baca pun emo.. Hihi.
Senyum aje Sri baca komen ni tau! :)
Thanks fr reading yeah.
hari2 bkak blog akak tau. Seb bek arini ad bab baru, slalu ternanti2. hee. Hope Aulia xjmpe Ash lagi, bia pdan muke die. Nt bia Ash yg rindu kt Aulia pulak!! Gramm sgt. tjuk ego ckit Cik Aulia oii!! jgn bg muke yer.. to writter, wujud kn hero ke2 pulak, bia Ash yg jeless. so lagi panas kebabomm la cite ni!! upsss syok sdri plakk.. hehehe -faz87-
ReplyDeleteHi faz87.
DeleteAkak memang nak update blog ni tapi sekarang ni ya Allah busy sangat sebab last fre days cousin nikah.. Jadi sibuklah dengan kenduri kendara.
Nanti June pun ada lagi cousin nak kahwin & tunang. Lagilah sibuknya berganda!
setia menunggu next entry.
ReplyDeleteSilalah terus setia dengan blog picisanku ini wahai Anon! :)
DeleteHugs.
agak2 aulia ni pregnant tak. huhu
ReplyDeleteAgak-agak Cik Anon Aulia ni pregnant tak? Ahaaa. Hihi. :)
DeleteTunggu baca bab yang seterus seterusnya baru tahu Aulia ni pregnant ke tidak.
Amboi, gaya macam senang-senang aje kan nak kasi pregnantkan orang. Hiks..
Eeee...geram nyer ngan ash ni...dia boleh relax je borak2 dgn ayah aulia..xsbr nk tunggu zaman kjatuhan ash,biar dia melutut dgn aulia..
ReplyDelete-noor-
Bahahahhahaa..Emonya Noor baca cite Aulia ni. Kihkihkih.. Baca bab seterusnya tau!
Deletex sabar nak tgk ash melutut depan aulia. harap aulia xlayan dia dah time tu. nak pretend scene rape tu xberlaku...nnti terlebih emosi haha >.< ash kena belajar respect perempuan...
ReplyDeletegmbr yg penulis letak as ashraff ni siapa ek? .__.
Sokong sgt2! Tak sabar nak tau cete seterusnya...
DeleteSabau Anon.. sabau!Sri dah up bab 21 dah tuu. :)
Delete21 pls come out soooonnnnn
ReplyDelete21 dah muncul tuuuuu. 21 cari jalan tak jumpa nak muncul sebab tu lambat!!! Hahaha!
DeleteDah baca! =)) yayyy bagusnyaaa, bru seru dh ada. Tqqqqq
Delete