Aulia mengeliat malas sebelum bangun membuka pintu
biliknya.Siapa pula yang muncul depan pintu awal-awal pagi macam ni.. Adoi!
Dia tak puas tidur lagi.Dah la semalam tidur lewat
sebab berbincang dengan Ashraff pasal projek baru selepas projek di Sungai
Buloh sampai pukul 1.30 pagi sekarang awal-awal pagi dah ada manusia tekan
loceng bilik dia?
Ini memang kasi angin satu badan ni!
“Good
morning!” Buat seketika Aulia rasa nafasnya bagai direntap dari jasad.Terkejut
amat sangat melihat sebatang tubuh yang berdiri di depannya pagi ini. Kan hari
ni baru hari Rabu.
“Kau mesti terkejut tengok aku dekat sini,
kan?” Ha’ah, dia memang terkejut beruk
tengok Helinna yang tiba-tiba muncul depan bilik dia sekarang ni.
“Kau cakap nak datang esok?” Aulia baru rancang nak
cakap dengan Ashraff yang Helinna akan datang esok jadi sila halau Melisa dari
sini.
Aulia kerling jam di tangan. Pukul 7.55 pagi. Sah
Ashraff tak bangun lagi sekarang ni. Ya Allah, matilah dia!
“Babe,
kenapa kau macam ayam berak kapur ni? Terkejut sangat ke nampak aku?”Helinna
tumbuk perlahan bahu Aulia.
“Aku nak pergi tandas kejap, nak gosok gigi.Period, tak bangun Subuh.”Membela diri
sebelum Helinna menuduh yang bukan-bukan.
Aulia kurung diri dalam tandas.
Duh! Dia tertinggal telefon bawah bantal. Alamak,
macam mana nak telefon Ashraff ni. Dia mesti buat sesuatu.
Tombol pintu dibuka semula.“Aku nak ambil tuala
kejap.Mandi siap-siaplah.Kejap lagi boleh pergi makan dengan kau.”Aulia
mendekati katil dan mengambil telefon bimbit dari bawah bantal.
Helinna tak nampak.Bagus!
“Great! Boleh
makan dengan Ash sekali.Mesti terkejut nampak aku dekat sini, kan?”Aulia sengih
kelat.Rasa macam nak pitam sekarang ni. Kenapalah kau muncul waktu-waktu macam
ni Hellina oi..Dah la semalam dia bergaduh dengan Ashraff tak habis-habis lagi.
Sekarang Helinna pula muncul di sini?
Mati dia..Mati!
Kenapa tak angkat telefon ni! Sakitnya hati dia.dah
berpuluh-puluh kali dia cubacall
Ashraff tapi langsung tidak berjawab. Tidur ke mati mamat ni!
Sekali lagi Aulia cuba menghubungi Ashraff namun
tidak berjaya.
Aulia duduk di atas mangkuk tandas.Kepala yang tidak
gatal digaru. Pening! Pening!
Skirn telefon bimbit disentuh untuk mengeluarkan
cahaya. Bismillah..Minta-mintalah jawab kali ini.
Ya Allah..Aulia mengetap giginya kuat. Geramnya!
Geramnya! “Lantak kau lah!”
Aulia meletakkan telefon bimbit di atas sinki.Baik dia
mandi dan pergi makan dengan Helinna lagi bagus.
Selesai mandi, Aulia keluar sambil menyembunyikan
telefon bimbit dalam baju tidur semalam.“Babe,
aku nak masuk tandas kejap.”Aulia pantas mengangguk.
Lega!
Sehelai gaun tanpa lengan separas
lutut berwarna putih disarung ke tubuh langsingnya. Minyak wangi J'Adore dari Christian Dior disembur
ala kadar ke tubuhnya.
“Jom.”
“Bilik Ash nombor berapa?” Langkah Aulia terhenti di
depan pintu biliknya. Allahuakbar, nak jawab apa ni? Ashraff duduk sebelah
bilik dia aje sekarang ni. Kalau Helinna terserempak dengan Ashraff dan Melisa
macam mana?
Aulia rasa berdosa sangat sebab bersubahat dengan
Ashraff.Dia pun berkongsi dosa yang dilakukan oleh Ashraff tapi dia tiada kuasa
untuk melakukan apa-apa sekarang ni.
“Aku rasa kita pergi makan dulu lepas makan kita
pergi cari Ash, okay?Aku dah lapar
sangat sampai tak boleh nak tunggu dia lagi dah.”Helinna ketawa melihat muka
cemberut Aulia.
Aulia dan Helinna beriringan keluar dari bilik.
“Lia, kenapa kau senyap aje ni? Selalu bukan main
sibuk lagi mulut kau tu bercerita itu ini..Ni tiba-tiba senyap, kenapa?”
“Kerja kau hari ni macam mana?Cakap nak datang
esok.”
Helinna sengih tayang gigi.“Tiba-tiba aje batal. Aku
apa lagi, bersorak gembiralah. Boleh ikut ke korang pergi mesyuarat?”
“Eh, kenapa pula tak boleh.Mestilah boleh.Lagipun
bukannya mesyuarat formal pun, lepak-lepak minum sambil belek dokumen
bisnes.Macam tu aje.Kalau nak formal baik balik buat kerja dekat pejabat aje..”Helinna
ketawa halus mendengar penerangan Aulia.
“Eh, bukan kau cakap hari tu kampung Hazrul
dekat-dekat sini ke?Kau tak singgah?Mana tahu boleh jumpa Hazrul.”
Aulia menarik nafas panjang.Dia perlu bercerita
dengan Helinna tentang Hazrul?
“Semalam aku singgah rumah Arul.”Helinna letak
semula sudu nasi goreng yang hampir sampai ke mulutnya.
“Lepas tu?Hazrul adatak dekat rumah?Tapi sekarang
kan weekdays, mesti dia kerja, kan?”Helinna tergelak kecil apabila terperasan
dia menyoal dan menjawab soalannya sendiri.
“Arul dah kahwin.” Helinna rasa rahang gigi dia macam
jatuh dalam pinggan nasi goreng.
“Kau biar betul!Kau nampak ke?Mana kau tahu?Gosip
aje kot.”
“Aku nampak dia dengan mata kepala aku sendiri.
Fazri tipu aku selama ni, Helly. Dia tahu Arul bercinta dengan Herni.”Helinna
meraih tangan Aulia dan digenggam kemas.
“Lia, sabar ya?”
“Aku tak tahu apa yang aku rasa.Aku rasa macam bodoh
pulak bila aku menangis.Arul tak layak untuk aku.Aku dah lupakan dia.”
“Aku yakin kau boleh lupakan dia. Kau cantik.Banyak lagi
lelaki dekat luar sana yang nakkan kau. Jangan ingat sangat benda yang dah
lepas.”Helinna masih memujuk Aulia.
“Aku pun tak tahu… Aku rasa kecewa.Kenapa dia tipu
aku?Aku tak marah kalau dia dah tak sayangkan aku, babe..Tapi aku rasa ditipu.Rasa macam dikhianati!”
Helinna bangkit memeluk tubuh Aulia.“Aku tahu kau
boleh.Aku selalu ada untuk menyokong kau.Jangan terlalu ikutkan perasaan, okay?”
“Aku tak sangka hubungan aku dengan Arul akan
berakhir dengan cara yang macam ni. Kalau aku tak ajak Ash singgah rumah dia
semalam, agaknya sampai kiamat pun aku takkan tahu yang dia tu dah kahwin.”
“Allah memang sengaja nak tunjuk depan mata kau
sendiri tentang Arul. Selama ni kau cakap mummy
dengan daddy kau halang hubungan kau
dengan Arul, kan? Mungkin sebab dorang
dah tahu sikap sebenar Arul.”Aulia menyokong Helinna.Patutlah selama ini mummy memang membantah kalau dia mahu
bersama dengan Arul.
“Cantik ke isteri dia?”Aulia jongket bahu.Cantik ke
Herni? Boleh la..So..So..
Helinna tegak berdiri sambil tersenyum.“Aku yakin
kau cantik beratus-ratus kali ganda daripada perempuan tu. Jangan
risaulah.Perempuan baik dan cantik macam kau mesti dapat lelaki yang baik dan
kacak!”
“Pandailah kau tu..Siapa nak dekat aku ni.”
“Mesti ada.Fazri, kau tak nak?”
Aulia tampar lengan Helinna.“Kawan aku.Tak nak sebab
dia tipu aku.I hate him!”
Helinna ketawa sakan.Sakit perut dia gelakkan Aulia
yang buat muka menyampah terhadap Fazri.Menyampah sungguh-sungguh aje gayanya.Tiba-tiba
matanya terpandang Ashraff yang berkepit dengan seseorang. Anak matanya segera
dilarikan ke tempat lain.
“Ash ada datang sini dengan perempuan ke?”
Aulia panggung kepala pandang Helinna.“Entah, mana
aku tahu.Bukannya aku duduk sebilik dengan dia pun.” Aulia tunjuk riak tidak
bersalah walaupun hati dia terkejut bagai nak gila dengan soalan Helinna.
“Betul kau tak tahu?”Aulia angguk.Muka kena
yakin.“Belakang aku tu Ash, kan?”Aulia pandang ke sisi sebelah kanannya.Matanya
membulat besar terkejut melihat Ashraff yang berpelukan dengan Melisa. Siap dengan sengih melebar lagi.
Mampus! Masaklah kau kali ni Ash.. Aku bukan tak
call kau tapi kau yang tak jawab. Nak sombong sangatkan, sekarang rasakan!
Padan muka.
“Helly, kau okay tak?”
“Aku rasa aku nak serang perempuan tu sekarang
jugak.Muka tak tahu malu!”Aulia terkedu.Belum sempat berbuat apa-apa Helinna
dah terkam Melisa.
“Perempuan gatal!”
Aulia ternganga kecil. Helinna simbah air oren atas
kepala Melisa? Aulia ketawa dalam hati.Padan muka.Bukan Melisa tak tahu yang
Helinna tu kekasih Ashraff tapi sengaja nak mencaras jugak.Padan muka.
“Hey!
Perempuan kurang ajar!” Melisa cuba mencakar tangan Helinna namun berjaya
dielak. Nasib baik tak kena, kalau tak boleh bergaduh besar dekat sini.
“Helly, you
dah salah faham ni..”
“Salah faham apa lagi Ash?Dah terang-terang I nampak you peluk perempuan gatal ni! You
masih kata I salah faham?” Ashraff
cuba menenangkan Helinna namun ditepis kasar oleh Helinna.
“Ash, kenapa you
nak bela perempuan ni? Dia yang simbah air dekat I dulu.” Melisa cuba menarik Ashraff kembali ke sisinya. Aulia
tergelak kecil.Kau ingat Ashraff nak tinggalkan Helinna ke Melisa oi?Kesian.
“Mel! Please,
jangan buat hal.”
“Sampai hati you!
I hate you.”Melisa terus berlari keluar dari cafĂ©.Memang Ashraff takkan kejarlah.
“Lia, jom.”Helinna menarik tangan Aulia untuk pergi
dari sini.
Ashraff masih mengejar Helinna dari belakang.
“Helly, let me explain this sayang.”
Sayang konon!
“Kalau you
sayang takkan you nak buat I macam ni? Macam mana perempuan tu
boleh muncul dekat sini?Cakap!”
Ashraff tergagap-gagap.Rasa nak menipu pun takut
sekerang ni. “I minta maaf dengan you tapi percayalah yang I memang sayang you sangat-sangat.I love you
so much!”
“Stop saying
anything. I tak nak jumpa you lagi. I hate you!”
Helinna masih berdegil.Rasanya kesabaran yang ada
dalam hati dia dah sampai ke kemuncaknya.Dia dah tak boleh terima lagi sikap
Ashraff yang kaki perempuan.Ingatkan dah tinggalkan sikap tu semua tapi rupanya
masih lagi macam itu jugak.
“Banyak kali I
bagi peluang pada you tapi you tetap sama..Tak berubah!”
“I sayangkan
you.Jangan tinggalkan I.Tolonglah.” Kesian pulak bila tengok Ashraff merayu macam
ni.. Aulia tak sampai hati tengok Helinna diperbodohkan tapi dalam masa yang
sama dia tidak mahu Helinna kehilangan cintanya.
“Ash, biar saya cakap dengan Helly.”
“You
jangan masuk campur dalam hal I
dengan Helly!”Tempik Ashraff membuakan Aulia terkedu.Nak tolong pun kena
marah.Tak reti menghargai orang langsung.
“Hey,
kenapa you nak tengking Lia? Dia tak
salah dalam hal ni. Ini masalah kita!”
“Helly, tolong maafkan I. Jangan tinggalkan I.”Ashraff
masih merayu.Dia tidak sanggup kehilangan Helinna.Bodoh! Kalaulah dia tahu
Helinna nak datang sini, sumpah dia takkan ajak Melisa bermalam dengan dia di
sini.
“Tolong bagi I
masa.I tak boleh terima you sekarang ni. You curang dengan I!”Dada
bidang Ashraff menjadi mangsa tumbukan liar Helinna.Rasakan!
“I tak
buat apa-apa dengan dia. Dia pun baru sampai pagi tadi sebab ada kerja dekat
sini.Betul! I tak tipu you, sayang.”Aulia rasa nak tampar mulut
Ashraff.Dasar penipu!
Ashraff menjeling ke arah Aulia mengarahkan supaya
gadis itu senyap dan tidak masuk campur.
“Lepaskan I.I nak bersendirian.” Akhirnya Ashraff
mengalah.Dia terpaksa membiarkan Helinna pergi kerana wanita itu masih berkeras
untuk meninggalkan dia. Helinna perlukan masa untuk bersendirian.
“Saya akan pujuk dia.”
Ashraff berdengus kasar. “Jangan masuk campur.”
Aulia melabuh duduk di sebelah Helinna yang masih
berselubung dengan selimut tebal. Sejak dia keluar pagi tadi sampai dia balik
semula keadaan Helinna masih sama. “Dah pukul dua petang, takkan nak duduk
dalam comforter ni lagi.Tak panas
ke?”
Helinna menarik kasar comforter ke paras dada. “Aku sakit hati kau tahu tak? Sia-sia aje
aku datang sini awal pagi kononnya nak surprise
kan dia. Lastly siapa yang surprise siapa?” Aulia pun terkejut
jugak sebenarnya bukan Helinna dan Ashraff sahaja.
Tisu yang berselerak di atas katil dikuis ke bawah.
“Kau dah habiskan berapa kotak tisu ni? Ei, tak senonoh betul buang tisu
merata-rata!”Aulia membebel kepada Helinna yang bersikap kebudakan-budakan.
“Dua..”Tangan Helinna mencampakkan sehelai lagi tisu
yang diguakan untuk mengesat air hidungnya ke lantai.
Aulia mendengus geram.Dia pun menangis juga masa
Hazrul kahwin semalam tadi tak adalah sampai habis sekotak tisu dia kerjakan.
“Aku faham kau sakit hati tapi takdelah seteruk aku
yang nampak kekasih sendiri kahwin depan mata, kan?”
Helinna bangkit duduk bersandar di kepala
katil.“Kesian kau takboleh buat kerja sebab risaukan aku, kan?”
Aulia menggeleng.“Salah.Aku tak campur aduk kerja
dengan peribadi.Jadi aku boleh buat kerja dengan tenang tadi.” Meninggalkan
Helinna lebih dari empat jam ingatkan wanita itu dah kembali ceria rupanya
masih lagi terbongkang dalam comforter
sambil menangis.
“Dah berapa lama aku nangis?”
“Four hours. Kenapa
dah larat lagi nak menangis ke? Rasa macam dah nak buta ke mata kau tu?”Helinna
tampar kuat lengan Aulia.
“Kau ni memang tak sayang mulut kan!” Aulia ketawa
terbahak-bahak sebelum Helinna turut ketawa.
“Gelak pun. Ingatkan dah lupa cara nak gelak. Helly,
rileks lah. Sikit je ni. Kesian Ash tak boleh buat kerja sebab ingat dekat
kau.”Aulia reka cerita.Padahal tadi tak habis-habis dia bertikam lidah dengan
Ashraff.
Gila. Ashraff gila! Tuduh dia yang bukan-bukan.Macamlah
dia yang paksa Helinna ke sini dan membocorkan rahsia dengan tidur dengan
Melisa! Sumpah dia tak buat macam tu. Memang Helinna datang buat kejutan untuk
mereka, mana lah dia tahu semua itu.
“Kau jangan nak tipu akulah Lia.Aku kenal Ash tu
macam mana, dia takkan ingat aku bila waktu kerja sebab dia tu gila
kerja.”Aulia sengih kelat.Nampaknya Helinna sangat memahami Ashraff.
“Dia ingat jugak sebab tadi sebelum masuk bilik dia
pesan suruh aku jaga kau elok-elok. Lepas tu dia pesan yang dia dengan Melisa
takde apa-apa hubungan.Kalau kau tak percaya dia sayangkan kau, kau boleh belah
dada dia then kau akan nampak nama
kau sendiri.”Aulia berbaring di sebelah Helinna.Ashraff langsung tak penat
semua tu, dia saja mereka cerita.
Tak kisahlah dia reka cerita atau tak asalkan
Helinna dan Ashraff berbaik semula.Lepas satu hal datang pula satu hal.Ish,
penatlah dia kalau macam ni. Mulut yang menguap segera ditekup.Mata dia rasa
berat dan mengantuk ya amat.
“Kau rasa betul ke dia takde apa-apa dengan Melisa?”
Aulia kalih tubuhnya ke sisi.Sisi wajah Helinna yang
terlentang memandang siling diperhatikan. “Kalau dia cakap takde apa-apa,
maksudnya meman takde apa-apa lah tu..”
Dia pun dah jadi macam Fazri agaknya, menipu untuk
menjaga hati orang lain. Tapi ini lain..Dia memang tak nampak Ashraff tidur
dengan Melisa, dia cuma tahu Ashraff memang tidur sebilik dengan Melisa.Apadorang buat mana dia tahu!
“Babe, kau
rasa aku patut maafkan dia tak?”
“Patut rasanya sebab dia belum kahwin lagi.Kalau dia
dah kahwin kau kena buat dua benda dalam satu masa.”
“Apa dia?”
“Maafkan dia dan kemudian lupakan dia.”Aulia pejam
mata sambil bercakap.
“Kenapa kena lupakan dia.”
“Hoi, laki orang tu. Takkan kau nak ingat dekat
suami orang kot?”Aulia pukul Helinna dengan sebiji bantal.
“Sakitlah bengong!”Tahu pun sakit.
“Nak cakap tu guna kepala otak sikit.Jangan ikutkan
perasaan sangat Helly. Kau sayangkan dia, kan? Kau kena belajar terima
kekurangan dan kelebihan Ash sebab semua itu yang melengkapkan diri kau.”Aulia
memandang wajah Helinna yang duduk memeluk bantal.
“Maksud kau?”
Aulia menarik nafas.“Kekurangan kau akan dilengkap
dengan kelebihkan Ash dan kelebihan kau akan lengkapkan kekurangan Ash.Itulah
namanya hidup saling melengkapi.”Helinna mengeluh kecil sebelum berbaring di
sebelah Aulia sambil memandang siling.
“Kau memang baik hati, kan? Kalau Arul tak kahwin
lagi, mesti kau akan terima dia walaupun kau tahu dia curang dengan kau,
kan?”Aulia hanya tersengih.Sebenarnya dia sendiri tiada jawapan untuk soalan
Helinna.
Dia sendiri tidak tahu sama ada dia akan menerima Hazrul
semula atau pun tidak tetapi yang pasti kini hatinya memang tidak mampu untuk
menerima Hazrul semula. Dia dan Hazrul hanya tinggal sejarah sahaja.
“Tapi kalau aku jadi kau Lia, aku memang takkan
maafkan Arul sebab dia dah tipu aku.Dia buat aku tertunggu-tunggu dia yang
entah ke mana menghilang. Lepas tu takde khabar berita dia kahwin dengan
perempuan lain. Memang aku tak boleh terima lelaki macam tu.”
Helinna mengetuk bantal peluk di tangan.“Lia, kau ingat
dalam kepala otak kau apa yang aku cakap ni sampai bila-bila.Jangan sesekali
terima Arul tu semula walaupun nanti dia bercerai dengan isteri dia. Aku bukan
doakan keruntuhan rumahtangga dia tapi manalah tahu kot-kot isteri dia
tinggalkan dia, kau jangan terima dia semula. Kau faham tak aku cakap ni Lia?”
“Lia..”
“Hmmmm..”
Helinna bangkit tongkat kepalanya dengan tangan.
“Lia..”
“Hmmm.”
Ya Allah, tidur budak ni! Bertuah sungguh.Penat aje
dia bercakap sorang-sorang dari tadi.Siap bagi nasihat bukan main lagi sedap
aje Aulia tidur.Helinna senyum seorang diri.Rasa bertuah ada kawan macam Aulia.
Menghiburkan hati dia yang luka.
Kepala kembali direbahkan di atas katil.Dah rasa
tenang sedikit selepas berbual dengan Aulia.Kalau tiada Aulia mungkin dia akan
menangis sampai esok kot.
Bunyi telefon bimbit menyentakkan Helinna.
Lekas-lekas telefon bimbitnya di cari dalam tas tangan.
“Apa lagi you
nak ni Ash?”
Salam tak bagi terus sembur aje.
“I takde
benda lagi nak cakap dengan you.Kan I dah cakap jangan cari I lagi.You tak faham bahasa ke?”
“Kenapa dengan Aulia? Aulia takde buruk-burukkan you pun.”
“Ash, kalau you ada apa-apa dengan Melisa sekalipun I tak kisah!I tak mahu ambil tahu pasal you
lagi!”
Helinna terdiam.Memberikan ruang kepada Ashraff
untuk bercakap pula.Penat dah dia asyik menyembur Asyraff sejak tadi.
“Nak jumpa buat apa lagi?”
“Hmm, okay. I
datang.”
Telefon bimbit di campak di atas katil.Uihh, nasib
baik tak kena kepala Aulia.Kang tak pasal-pasal bengong kepala kawan baik dia.
Melihat Aulia yang terlena, Helinna menghilang ke
dalam tandas.Mahu membersihkan diri dan bersiap untuk berjumpa dengan
Ashraff.Kali ini sahaja.Ini peluang terakhir dia berikan kepada Ashraff.Selepas
ini tiada lagi.
Itu janji dia.
smbng lagiiii
ReplyDeletesalah diri sndiri.. lpstu nak salah aulia plak
ish ish
Ashraff memang jenis ego melangit yang takkan mengaku salah dia.
DeleteBEST......NAK LG.
ReplyDeleteDah bagi dahhhh! :)
DeleteGgrrrrrr.....geram rasanya dgn ashh...dasar kaki buaya...kasanova....pastu salah n marah kat aulia plak...patutnya si helly tu tinggalkan aje si ash tu....
ReplyDeleteHelly tu dah mula sayang sangat dengan Ashraff so dia tak nak tinggal Ashraff dah.. Yang jadi mangsa Aulia la sebab dia kawan baik Helinna..
Deletenak lagi!!!!
ReplyDelete-noor-
Dah bagi lagi dahhhh! Hihi.
DeleteThanks Noor.