Ari
Aqashah menoleh ke sebelah. Sarah masih diam membatu. Seperti tidak berniat
untuk turun dari kereta.
“Kalau
tak nak masuk dalam rumah kau boleh tidur dalam kereta sampai esok pagi.”
Beku.
Tiada
reaksi. Ari Aqashah merengus kasar. Tidak berniat untuk memujuk isterinya. Ari
Aqashah membuka pintu keretanya dan terus berlalu masuk ke dalam rumah. Hanya
tilam empuk yang terlayar indah diruang matanya ketika ini.
Jam
di pergelangan tangan dilihat. Sudah hampir pukul 6.00 pagi. Sekejap lagi Puan
Khalisah dan Tuan Ramlee pasti bangun untuk bersolat. Apa pula kata mereka jika
dia tidur di dalam kereta.
Pintu
kereta dibuka lambat-lambat. Kaki melangkah masuk ke dalam rumah dan diheret ke
tingkat atas. Tombol pintu bilik tidur Ari Aqashah dipulas. Matanya menangkap
sesusuk tubuh yang sudah terbaring di atas katil. Tidakkah lelaki itu berasa
bersalah kerana memperlakukan dia seperti ini? Tidakkah lelaki itu mempunyai
perasaan untuk mempertahankan hak dia sebagai seorang anak?
Jika
diikutkan hatinya yang sedang marah, mahu sahaja dia menampar muka Ari Aqashah
yang sedap-sedap bercakap bahawa semua ini adalah balasan Tuhan kepada dia
kerana memerangkap Ari Aqashah ke kancah perkahwinan bodoh ini.
Jika
lelaki itu tidak bersetuju kenapa tidak dia sahaja yang membatalkan majlis
perkahwinan mereka? Kenapa tidak lelaki itu sahaja yang melarikan diri semasa
hari pernikahan mereka?!
Memandang
muka lelaki yang enak dibuai mimpi menerbitkan rasa benci di celah-celah hati
Sarah. Sedihnya bukan kepalang. Suaminya sendiri mentertawakan kematian ibu
bapanya. Suaminya sendiri yang memaksa dia pulang ke rumah dan tidak memberikan
keizinan kepadanya untuk melawat kubur ibu bapanya.
Terasa
bodoh benar dirinya saat ini. Kenapa wujud lelaki ini kejam seperti ini? Tidak sangka
disebalik wajah kacak Ari Aqashah, sikap panas baran, pendendam dan ego yang
tinggi menggunung tersembunyi di situ. Dia bencikan suaminya sendiri! Ah, Ari
Aqashah tidak pernah menganggapnya sebagai seorang isteri.
“Kau
dengar sini! Aku ada kekasih dan aku tahu Haikal kekasih kau! Kita buat hal
masing-masing dan jangan pernah ganggu hidup aku! Jangan keluar dari rumah
kecuali dengan keizinan aku! Faham?”
Masih ingat amaran keras Ari Aqashah pada malam pertama mereka.
Baru
empat hari berlalu, rasa kecewa dan sakit hati sudah tidak terbendung. Kecewa
dengan sikap Ari Aqashah yang mementingkan dirinya sendiri.
Sarah
menolak daun pintu bilik air. Dia mahu bersolat dan membaca Yassin untuk arwah
keluarganya. Mak long benar, dialah punca semua ahli keluarganya meninggal.
Jika bukan kerana berita perkahwinannya tersiar di dada akhbar, ibu tidak akan
tahu. Jiran tetangga tidak akan memaklumkan kepada ibu. Ibu tidak akan
tertekan. Semua salah dia!
Berkahwin dengan anak orang korporat, adakah dia menganggap ini perkara kecil? Orang mana yang tidak akan tahu? Ah, wartawan memang mahu mengorek rahsia.. Dah memang kerja mereka.
Walaupun Tuan Ramlee sudah membayar mereka dengan sejumah wang, namun masih juga terlepas satu gambar. Hanya sekeping gambar di celah-celah gambat Arif Shah dan Marliana. Gambar tanpa ada caption apa-apa. Kalau ibu tanyakan kepada dia ketika itu, dia akan jawab dia hanya pengapit pengantin bukan pengantin.. Masih berniat mahu menipu ketika itu.
Sarah mengeluh lemah. Asyik mengeluh dan terus mengeluh.
Terkilan
kerana sudah empat hari dia tidak berbual dengan ahli keluarganya. Sudah empat
hari dia tidak menatap wajah-wajah kesayangannya. Empat hari dia hanya
berkurung dalam banglo mewah milik Tuan Ramlee.
Air
mata dikesat perlahan. Bacaan Yassin diteruskan dalam nada teresak-esak. Wajah
ibu, abah, Suraya dan Syamir silih berganti di ruang matanya. Bacaan terhenti
seketika. Sarah mengurut dadanya yang terasa pedih. Pedih dengan dugaan yang
bertimpa-timpa kepadanya.
Ketukan
bertalu-talu di pintu menghentikan bacaan Sarah. Sarah bingkas bangkit membuka
pintu.
“Betul
ke apa yang papa dengar?”
Sarah
tunduk. “Betul ke abah dan keluarga Sarah kemalangan dan meninggal?” Soal Tuan
Ramlee sekali lagi.
Sarah
hanya mengangguk.
“Habis
apa Arah buat di sini? Kenapa tak balik ke rumah?” Sarah senyap. Takkan nak
cakap suami tak izinkan?
“Siap.
Jom kita balik rumah Arah.” Sarah menggeleng laju.
“Kenapa?”
Tuan Ramlee terkejut dengan reaksi Sarah.
“Tuan
pergilah. Arah dah pergi tadi. Arah nak baca Yassin dari rumah aje.”
“Kenapa
dengan Sarah ni?! Ini kali terakhir Sarah akan tengok wajah mereka! Takkan Arah
tak nak pergi?” Tidak percaya dengan kata-kata Sarah, Tuan Ramlee naik angin.
“Ari
tak izinkan. Kalau papa nak pergi, papa pergi sendiri. Jangan ajak isteri Ari.”
Entah bila lelaki ini tersedar dari lenanya.
“Astaghfirullah
hal’azim…. Kenapa dengan kamu ni Ari?”
“Memang
Ari dah gila sebab papa paksa Ari kahwin dengan perempuan gila ni!” Suara Ari
Aqashah naik satu oktaf. Marah dengan Tuan Ramlee yang mengganggu tidurnya yang
tidak cukup.
“Sarah.
Jom ikut papa!” Tuan Ramlee menarik tangan menantunya supaya mengikut dia ke
rumah keluarga Sarah.
Sarah
menolak lembut tangan Tuan Ramlee. Ternganga sedikit mulut Tuan Ramlee kerana
terkejut dengan tindakan menantunya.
“Tuan.
Arah minta maaf. Suami Arah tak izinkan. Lagipun Encik Ari dah bawa Arah ke
sana pagi tadi.” Sarah tidak mahu Ari Aqashah menjadi anak derkaha melawan
cakap papanya. Cukuplah dia sahaja yang digelar sebagai anak dehaka. Dia yakin
Ari Aqashah melayani Tuan Ramlee dengan kasar disebabkan oleh dia. Ari Aqashah
sangat menyayangi keluarganya.
“Suka
hati Arah lah! Papa tak kuasa nak melayan sikap tak matang kamu berdua ni!”
Tuan Ramlee terus pergi meninggalkan Sarah dan Ari Aqashah dengan perasaan
sebal. Terkilan dengan sikap Sarah yang tidak mahu berjumpa dengan keluarganya
buat kali terakhir.
Sarah
menutup rapat pintu bilik Ari Aqashah. Matanya dipejam rapat sebelum berpaling
memandang muka Ari Aqashah.
“Puas
hati Encik Ari?”
Ari
Aqashah ketawa kuat. “Puas? Belum puas lagi. By the way semalam kau cakap akan buat apa sahaja yang aku suruh.
Kan?”
Sarah
telan liur. Melihat Ari Aqashah bergerak turun dari katil, telekung cepat-cepat
ditanggalkan dan diletakkan di tempat asalnya. Mahu turun ke dapur. Kalau boleh
mahu turun dengan memakai telekung. Dia berada begitu hampir dengan pintu
sekarang ini, tapi nanti terkejut pengsan pula Mak Som dekat tengah-tengah
laman dapur.
Belum
sempat tangannya mencapai tombol pintu, Ari Aqashah bertindak kasar. Tangan
Sarah direntap kasar, tubuhnya ditekan ke belakang pintu.
“Apa
sahaja yang aku nak?” Kening Ari naik sedikit. Tangan memainkan peranan
mengusap pipi putih bersih milik Sarah. Sarah tidak berani bersuara. Terasa gigilan
kecil di tubuhnya.
Ari
Aqashah melampau. Mana semua kata-kata ‘kita
buat hal masing-masing’ yang diucapkan pada malam pertama perkahwinan
mereka?
Ari
Aqashah mendekatkan wajahnya ke wajah Sarah. Adakah Sarah sudah termakan dengan
kata-katanya sendiri? Anything? Ya
Allah, bantulah aku Ya Allah. Bibir Sarah bergerak-gerak sedikit kerana
ketakutan.
Wajah
Ari Aqashah semakin dekat sehingga Sarah boleh mendengar deruan nafas lelaki
itu yang begitu hampir di telinganya. Tiba-tiba tangan Sarah memberi reaksi
spontan. Tubuh Ari Aqashah ditolak kuat sehingga lelaki itu terdorong sedikit
ke belakang. Sarah cuba melepaskan dirinya namun Ari Aqashah terlebih dahulu
mencapai tangannya.
Sekali
lagi dia terperangkap antara Ari Aqashah dan pintu.
“Kau
dengar sini. Kalau kau rasa aku teringin sangat hendak bermesra dengan kau,
lebih baik kau buang fikiran kau jauh-jauh. Aku takde selera dengan kau!” Pipi
Sarah dicengkam kasar.
“Kau
cakap anything yang aku nak, kan?”
Cengkam diperkemaskan. Sarah mengangguk laju. Rasa takut berdepan dengan lelaki
ini menimbulkan rasa kesal berkahwin dengan lelaki ini. Kalaulah dia mengikut
cadangan gila lelaki ini pada hari pernikahan mereka, pasti dia tidak perlu
berdepan dengan lelaki ini. Pasti dia tidak akan kehilangan keluarganya!
Sarah
memejamkan matanya rapat-rapat. Tidak mahu memandang wajah Ari Aqashah.
Perasaan marah yang menguasai dirinya menimbulkan rasa benci di celah-celah
hatinya. Ya Allah, sesungguhnya aku berdosa kerana membenci suamiku sendiri.
“Beritahu
papa kita akan pindah dari rumah ni lusa. Kalau papa tak izinkan, siap kau!”
Sarah mengangguk lemah.
“Dengar
tak?” Jerkah Ari Aqashah.
“Dengar…”
Lemah suara Sarah menjawab tengkingan kuat Ari Aqashah. Debaran di hati masih
kuat mengetuk dadanya.
Dari
ruang makan rumah Tuan Ramlee, Sarah menyelak langsir putih yang menutupi pintu
kaca itu. Matanya merenung Tuan Ramlee yang santai menikmati angin petang di
pondok berhampiran kolam renang.
Lama
memerhatikan bapa mertuanya dari kejauhan, akhirnya Sarah mengambil keputusan
untuk mendekati bapa mertuanya. Arahan Ari Aqashah perlu dilaksanakan secepat
mungkin. Dia sudah tidak mempunyai banyak masa. Takut kalau-kalau Ari Aqashah
bertanyakan keputusan Tuan Ramlee.
“Assalamualaikum,
Tuan.” Tuan Ramlee berpaling.
“Waalaikummussalam.”
Tuan Ramlee menunjukkan tempat duduk Sarah. Tanpa banyak soal, Sarah terus
duduk berdepan dengan bapa mertuanya.
Hati
melonjak-lonjak mahu bertanya tentang majlis pengkebumian keluarganya siang
tadi. Di manakah mereka dikebumikan? Adakah ramai orang yang hadir? Adakah mak
long akan mengadakan tahlil? Siapakah yang memandikan mereka? Namun semua
persoalan itu hanya mempu berlegar-legar difikirannya tidak mampu diluahkan.
“Alhamdulillah,
ramai sangat orang yang hadir di rumah Fadhilah tadi. Nasib baik Jihan tahu
jalan ke rumah Laila. Arah jangan risau, nanti bila semuanya dah okay, papa bawa Arah ke sana.” Seakan
mengerti gelodak hati menantunya, Tuan Ramlee memberitahu tentang suasana
majlis pagi tadi.
Menurut
Tuan Ramlee semuanya berjalan dengan lancar. Mak Long Fadhilah menguruskan
semuanya dengan baik. Ibu, abah dan adik-adik selamat dikebumikan. Walaupun
sedih kerana tidak dapat menghadiri majlis pengkebumian ahli keluarganya, Sarah
akur dengan harga yang perlu dibayar selepas menjadi seorang isteri kepada
lelaki yang begitu membenci dirinya.
“Pasal
kenduri tahlil, Arah jangan bimbang. Papa sudah sedekahkan sedikit duit untuk
majlis kenduri. Kita doakan semuanya berjalan dengan lancar. Papa harap Arah
tabah. Banyak sedekahkan doa untuk mereka.” Sarah mengangguk perlahan. Tidak tahu apakah
reaksi yang perlu dia tunjukkan kepada Tuan Ramlee.
Sesungguhnya dia bersyukur
kerana mempunyai seorang bapa mertua yang sangat baik seperti Tuan Ramlee.
Sarah
mengesat air mata yang jatuh ke pipi. Entah kenapa hatinya seperti tisu sejak
kebelakangan ini. mudah benar dia menangis. Mudah benar air matanya menitis. Walaupun
terperangkap dalam perkahwinan yang langsung tiada rasa cinta dan dibenci oleh
keluarga mertua, Sarah masih disayangi dan diterima oleh bapa mertua dan Mak
Som. Tuan Ramlee seperti abahnya sendiri dan Mak Som seperti ibu kandungnya.
Hanya mereka yang mempercayai Sarah.
“Sebenarnya,
Arah ada hal sikit nak bincang dengan Tuan.”
“Boleh
tetapi dengan satu syarat.” Sarah membulatkan matanya.
“Syarat?”
“Stop call me Tuan. Panggil papa.
P.a.p.a, papa!” Sarah tersenyum. Siap eja lagi! Kepalanya diangguk-angguk
sambil tergelak kecil. Lega hatiya mendengar syarat Tuan Ramlee. Ingatkan Tuan
Ramlee nak suruh dia bayar semula duit kenduri tahlil tadi! Astaghfirullah
hal’azim. Selalu sangat bersangka buruk.
“Baiklah,
apa yang Arah nak bincangkan dengan papa?”
Bibir
digigit sedikit. Sarah menarik nafas dalam-dalam. Bimbang jika apa yang hendak disampaikannya
mengecilkan hati bapa mertuanya. Bimillahirrahmanirrahim.
“Arah
dah bincang dengan Encik Ari. Kami dah sepakat mahu berpindah ke rumah Encik
Ari.” Tuan Ramlee meletakkan semula cawan kopi yang belum dihirupnya. Sarah
telan air liur. Takut mahu mendengar jawapan dari Tuan Ramlee.
“Kenapa?”
Eh? Kenapa aje? Alahai, tanyalah banyak sikit.
Sarah
menggenggam jari-jemarinya. Cuba mencari kekuatan. Bukan mudah untuk berdepan
dengan Tuan Ramlee dan meminta kebenaran untuk berpindah. “Arwah abah pernah
pesan kalau dah kahwin jangan tinggal dengan keluarga mertua. Jangan hidup
menyusahkan orang lain.”
“Apa
yang susahkan papa? Apa yang Arah susahkan papa? Papa suka anak-anak papa
tinggal dengan papa. Lagipun rumah papa cukup besar untuk anak-anak papa dan
bakal cucu papa nanti. Tak perlu berkongsi bilik pun.” Serius riak wajah Tuan Ramlee.
“Papa,
perkahwinan Arah bukan macam orang lain. Berilah Arah peluang untuk kenal Encik
Ari lebih mendalam.”
“Papa
tak setuju. Papa suka kalau anak-anak papa semua berkumpul dalam rumah papa.
Mama pun bukan main seronok lagi bila Ari pindah balik rumah ini. Takkan tak
sampai dua minggu Ari dah nak pindah semula ke apartment dia? Papa tak setuju!” Tuan Ramlee menggeleng-gelengkan
kepalanya. Riak mukanya masih lagi serius seperti tadi.
Sarah
masih belum berputus asa. “Kalau papa benar-benar anggap Arah menantu papa,
tolonglah benarkan kami pindah. Kami nak belajar hidup berdikari. Arah nak
belajar uruskan rumah tangga Arah sendiri. Please,
papa.”
Tuan
Ramlee mengeluh berat. Pasti isterinya akan membangkang keputusan Ari Aqashah.
Jika dia memberikan keizinan kepada Ari Aqashah pasti dia akan dipersalahkan
oleh isterinya. Isterinya bukan main gembira apabila Ari Aqashah membawa balik
beg besar ke rumah ini dua minggu lalu. Dia sendiri sangkakan yang anaknya akan
terus tinggal bersama mereka.
Membuat
keputusan terhadap perbincangan dengan menantunya lebih berat berbanding
membuat keputusan terhadap projek jutaan ringgit. Tuan Ramlee menggaru
kepalanya yang tidak gatal.
Jihan
yang baru sahaja mahu menyertai Tuan Ramlee di pondok berpatah balik apabila
ternampak Sarah sedang duduk berbual dengan Tuan Ramlee.
“Jee!”
Laung Tuan Ramlee. Jihan berpaling semula dengan wajah masam mencuka.
“Akak
dah nak masuk. Jee duduklah sini temankan papa.” Sarah bangkit meninggalkan
pondok itu. Jihan berjalan menuju ke pondok dengan wajah masam. Merajuk kerana
papanya selalu sahaja melebihkan Sarah berbanding dirinya.
p/s : Akhirnya, up juga entry baru untuk Kau Perempuan Itu. Yeay. Ari Aqashah ni tak sejahat Ashraff ya.. Hiks! Jangan emo-emo, ni semua mengarut je ni. Hahaha! Nama pun novel merepek kan. Bhahaha!
Ok, to all my darlings, thank you very much for your comments and I really-really appreciate it. Sangat!
Hope semua enjoy baca bab ini ya!
mmmuahx!
yeke..belum keluar belangnya lagi....
ReplyDeletejojoi80.. Hahahhaa, Ari belum tunjuk lagi belang jahat dia eh...
Deletesmbng lagi.. sedih :(
ReplyDeleteWill do nanti. :)
Deletenext pliss..hahaha
ReplyDeletetak menyempat dah nie
-yoozara-
Yoozara,
DeleteAmboi tak menyempat dia ye!
nak lg
ReplyDeleteHahahaha, sabo leeee sayang. :P
DeleteYA KE TAPI KAN GERAM SANGAT-2KESIAN DNG SARAH.
ReplyDeleteKesian sebab dia anak yatim piatu. :)
DeleteLma tk kuar n3 br.. rsa mcm pendek je.. tq
ReplyDeleteHihi,.. Nak kata pendek tu takde la sangat tapi antara bab memang tak sama. Hihi.
DeleteBetween 8 to 12 pages setiap bab. :)
Tak puas baca ye? :)
tak sabar nak tunggu reaksi ashraf bila tahu aulia masih suci
ReplyDeleteEhek, hai anon!
DeleteDah, bab 19 ADDS. :)
Alaaa Sri rasa tak puas baca kpi ni...huhu.... Bila sarah nk rasa bahagia ni...benci la kat ari tu...cpt haikal pg mengurat sarah. Biar padan muka ari..... Tak suka ari..kejam sgt...tak berhati perut...
ReplyDeleteKak Nira, kita pun tk tahu macam mana novel ni. Doakanlah ye. Kalau ada rezeki boleh terbit. :)
Deletenext chapter plezz....hehehe...kesian sarah...anyway citer KPI ni best...
ReplyDeleteSyina - Thank you! :)
Delete*blushing*
Rindu ngan KPI...bila nk kuar versi cetak kak sri?
ReplyDeleteBila nak terbit? Allahuakbar.. Tak tahulah saya.
DeleteBelum lagi kot.. Takde berita lagi. Kalau ada rezeki.. Doakan ya!
suke2,dh dpt sambungan..he...
ReplyDeletesedihnya...hrap lepah ni sarah x sdih2 lagi...tq for the entry...
ReplyDeleteNK LGI.....HUHUHU
ReplyDelete