Ashraff
bersiul sambil mengetuk stereng kereta dengan jari-jemarinya. Melihat sesusuk
tubuh yang berjalan mendekati dirinya Ashraff keluar dari perut kereta. Kaki berlari
anak membuka pintu kereta sebelah penumpang.
“Hello my beautiful lady.”
Helinna tayang sengih. Memang masak sangat dengan sikap Ashraff yang bermulut
manis.
“Thank you.”
Ashraff menutup pintu sebelah penumpang dan berlari semula ke tempat duduk
pemandu.
“You nak makan dekat mana?”
“Kita
makan dekat The Gardens, okay?’
Ashraff angguk laju sebelum menekan pedal minyak. Makan dekat mana pun dia tak
kisah asalkan makan dengan Helinna.
Selepas
kejadian dia diserang oleh Helinna di Bukit Tinggi minggu lepas, hampir-hampir
sahaja Helinna mahu meninggalkan dia. Nasib baiklah dia masih berjaya
menyelamatkan hubungan mereka yang baru sahaja bermula.
Kalau
bukan sebab Aulia, siapa lagi punya kerja. Tak guna punya Aulia!
“Sayang,
you ada nampak Lia tak? Dah dua hari I cari dia. I dah banyak kali telefon
dia tapi tak berjawab langsung.” Memanglah tak jumpa sebab semalam dia culik
Aulia ke rumah dia, hari ini pula Aulia berkurung dalam bilik tak mahu keluar. Macam
mana Helinna nak jumpa Aulia.
“Entah.
I jumpa Datuk Rahman hari ni tapi
Aulia takde pulak. Tak masuk kerja kot.”
Kot? Padahal dia memang tahu Aulia tak pergi kerja sebab tak sihat.
“Ye
ke Aulia tak pergi kerja? You rasa
Lia masih sedih pasal Hazrul ke?” Adoila, tekanan jiwa betul. Di rumah mama
asyik tanya dia pasal Aulia, dengan Helinna pula gadis itu masih sama, bercakap
tentang Aulia juga.
“Manalah
I tahu Lia tu sedih ke tidak. Dia cakap
dia dah lupakan Hazrul tu, mungkin dia perlukan masa untuk tenangkan diri kot?”
Helinna
usap dagunya. “Tapi pelik tau, I call dia pun langsung tak jawab. Aulia
tak pernah buat perangai macam ni. Selalunya kalau ada masalah Lia mesti share dengan I. Semalam lepas I called you, puas I cuba called dia sepanjang malam tapi asyik
masuk voice mail.”
Memanglah
masuk voice mail sebab dia yang tutup phone
Aulia. Kononnya tidak mahu ada sesiapa yang mengganggu dia dan Aulia
berdua-duaan.
“Takde
apa-apalah. You aje yang risau
sangat. Mungkin Lia nak bersendirian.”
“Mungkinlah..
By the way, semalam you pergi mana dengan Hilman and Adi?”
Ashraff rasa kaku. Semalam dia keluar dengan Hilman dan Zaidi?
Argh!
Ya tak ya juga. Semalam dia dengan Aulia. Ashraff garu kepalanya yang tidak
gatal. Berfikir!
“Oh..
Semalam.. Takde pergi mana pun. Lepak minum-minum aje. Bersembang pasal Hilman dengan
Saffiya. Man dah percepatkan perkahwinan dia dengan Saffiya. InsyaAllah dalam
dua tiga bulan lagi.”
Helinna
terkejut. Tak sangka Hilman yang kaki perempuan itu akan berkahwin dengan
Saffiya secepat ini. Dia baru aje balik Malaysia tak sampai tiga bulan, Hilman
dah nak kahwin. Memang satu kejutan!
“Seronoknya!
Tak sangka Man dah nak kahwin. I
ingat lagi masa kita dekat London dulu dia tukar perempuan macam tukar baju! Bukan
satu dua perempuan yang dia dah tidur.. Tak sangka Fiya sanggup terima Hilman.”
Ashraff
pandang Helinna sekilas. “Maksud you?”
“Iyelah,
bukan you tak tahu Man tu macam mana.
Kalau setakat usung perempuan ke hulu ke hilir lain cerita tau, ni sampai ke
bilik tidur pun dia usung jugak. Fiya memang baik sangat, rugi kalau Man sia-siakan
perempuan sebaik tu.”
Thud!
Ashraff
rasa hati dia macam kena panah dengan kata-kata Helinna. Memang dia terasa
habis. Terkena batang hidung sendiri. Dia pun ada Helinna. Seorang wanita yang
sempurna dan sangat baik untuk dia tapi dia masih tak puas dengan apa yang dia
ada. “Habis tu kalau you pulak?”
Helinna
tergelak kecil. Ashraff macam tak tahu pula sikap dia yang mementingkan
kebersihan dan kesihatan diri. “I?
Kalau I? Memang I takkan terima lelaki macam tu dalam hidup I. Kalau I boleh jaga diri
I untuk suami I, kenapa tak bakal suami I
tu jaga diri dia untuk I seorang
sahaja? Kan?”
“Lagipun, orang yang mengamalkan kehidupan
bebas macam tu mungkin boleh bahayakan diri I,
manalah tahu nanti bila dah kahwin macam-macam penyakit dia bawa dekat I. Kan menyesal nanti.” Helinna menambah
rasa yang kian mencengkam dalam hati Ashraff.
“Kalau
I macam tu, you akan tinggalkan I?”
Sengaja mahu mencari kepastian yang sudah lama berada jauh di dasar hatinya.
“Yup!”
Thud!
Kali
ini hatinya dirobek dengan lebih dahsyat. Helinna begitu yakin dengan jawapan
yang dia berikan. Maksudnya Helinna sanggup tinggalkan dia?
“Tapi
jangan risau, I tahu you bukan macam tu, kan? Walaupun koleksi
perempuan yang you ada macam koleksi
baju-baju dalam almari you, tapi I tahu you bukan sampai tahap ke bilik tidur dengan dorang, kan?”
Maksudnya
Helinna belum tahu yang dia pernah meniduri perempuan lain? Aulia memang tak
beritahu Helinna apa-apa? Betullah Helinna memang muncul tiba-tiba pagi
itu? Ashraff rasa kepala otak dia mula
melayang teringatkan Aulia.
“Kan
sayang?” Sekali lagi Helinna menyoal dia.
Ashraff
kalut. Bimbang jika riak wajahnya terlalu ketara ketika ini. Kenapa Helinna ni
baik sangat?! Kenapa Helinna tidak pernah mempunyai fikiran yang buruk terhadap
dia?
Ashraff
genggam tangan Helinna. “I takkan
khianati you. Jangan risau.”
Sumpah
Aulia adalah orang yang terakhir dia sentuh. Lepas ni dia takkan sentuh
mana-mana perempuan lain lagi dah. Dia akan setia kepada Helinna sampai mati.
Datuk
Rahman menjeling anak gadisnya. Melihat Aulia yang termenung jauh, dia jadi
pelik dengan sikap Aulia. Tadi masa makan malam pun bukan main lama lagi Aulia
asyik menguis nasi dalam pinggan.
“Lia,
kenapa ni sayang? Sakit kepala lagi?” Aulia tersentak. Tangannya dijatuhkan di
atas meja kayu dan terkena cawan kaca. Cawan yang berisi air teh terbalik dan
tumpah.
“Lia!” Datin Zahrah bangkit mendapatkan Aulia yang
duduk bertentangan degannya di dalam pondok itu.
“Mak
Bib!” Kuat suara Datin Zahrah melaung nama orang gaji mereka. Melihat wajah Mak
Bib yang muncul di depan pintu tidak jauh dari pondok, Datin Zahrah melaung
lagi.
“Bawa
kain nak lap meja.” Mak Bib
terkocoh-kocoh lari masuk semula ke dapur.
“Lia
okay ke? Panas tak?”
Aulia
menggeleng sambil mengangkat semula cawan yang sudah terbalik. “Teh suam aje mummy. Takde apa-apa pun.” Datin Zahrah
kalut membelek tangan Aulia.
“Betul
takde apa?” Aulia angguk pasti.
Mak
Bib muncul dengan sehelai kain berwarna biru tua. “Lia berangan ingatkan siapa
ni sampai tertumpah air?” Amboi Mak Bib pun nak sibuk jugak. Mesti mummy yang bercerita dengan Mak Bib ni.
“Mana
ada. Merepek aje Mak Bib ni tau!” Aulia tarik muncung panjang.
“Mummy cakap Lia dah ada buah hati. Apa
namanya? Esh? As..? Hah, tak tahu Mak Bib nak sebut namanya.” Aulia mencuka.
“Mummy ni pandai aje! Tu bakal suami
Helly lah Mak Bib.” Aulia menjeling Datin Zahrah. Sakitnya hati dengan mummy dia. Berapa kali dia nak cakap itu
bakal suami Helinna. Helinna pun dah bukan main lagi tangkap cintan dengan
Ashraff, takkan dia nak kacau daun pulak.
Lagipun
dia memang tak pernah ada apa-apa perasaan terhadap Ashraff.
Ye
ke? Bukan dia dah mula sukakan Ashraff sebab Ashraff selalu menghantar bunga
dan kad untuk dia walaupun dia tahu Ashraff sengaja nak main-mainkan dia? Tak! Dia
tak kisah apa pun perasaan yang pernah ada untuk lelaki bernama Ashraff tetapi
yang dia tahu sekarang ini dia bencikan Ashraff dengan sepenuh hatinya!
“Baru
bakal suami. Lagipun dorang tu bukannya bertunang pun. Kalau dah jodoh Lia
dengan lelaki tu, Mak Bib yakin ke mana pun Lia berlari jodoh tu tetap akan
cari Lia.” Mak Bib gosok bahu Aulia.
Rasa
macam disayangi sangat dalam keluarga ini. Semua orang berikan perhatian kepada
dia. “Mak Bib, jodoh Lia bukan dengan dia. Lia tak sukakan dia pun. Lagipun
macam mana nak kahwin dengan lelaki yang asyik bertekak aje dengan Lia dua
puluh empat jam!”
“Takkan
lah Lia nak bertekak sampai dua puluh empat jam. Tak mengantuk ke?” Adoi, Mak
Bib ni buat lawak lah pulak! Dia saja je nak biar nampak over sikit.
“Kalau
macam tu, dua puluh tiga jam. Lagi satu jam tu tidur.”
Mak
Bib ketawa senang hati. Sepanjang hari ni dia nampak Aulia banyak termenung
sahaja. Malam ini baru nampak Aulia tersenyum sedikit. “Mak Bib doakan jodoh
yang terbaik untuk Lia.”
“Terima
kasih Mak Bib. Sayang Mak Bib.” Aulia berdiri memeluk orang gaji yang sudah dua
puluh enam tahun berkhidmat untuk keluarganya. Mak Bib tidak berkahwin jadi
Aulia memujuk Mak Bib supaya terus tinggal bersama mereka. Kononnya lepas Aulia
kahwin nanti Mak Bib boleh tinggal dengan dia.
“Mak
Bib masuk dulu, Datuk.. Datin.” Datuk
Rahman dan Datin Zahrah serentak mengangguk.
Aulia
kembali duduk di hadapan Datuk Rahman. “Kenapa daddy pandang Lia macam tu?” Pelik dengan pandangan Datuk Rahman,
Aulia rasa kecut. Takkan leher dia ada cop mohor kot? Rasanya puas dia membelek
leher dan dada dia memang langsung takde cop mohor yang ditinggalkan oleh
Ashraff.
“Kenapa
daddy tengok muka Lia pucat aje? Lia sakit
ke?” Lega! Ya Allah, sumpah dia rasa kecut gila tadi.
Aulia
sentuh mukanya. “Eh, tak adalah. Lia sihat dah. Mana ada Lia sakit pun.” Nampak
sangat ke muka dia macam pucat? Mungkin sebab dia menangis lagi kot? Entahlah. Dia
pun tak pasti kenapa muka dia nampak pucat.
“Cuti
Lia masih berbaki banyak lagi tu. Lia tak nak ke mana-mana ke?” Mungkin Aulia
tertekan dengan kerja yang banyak. Eloklah juga kalau Aulia pergi bercuti.
“Takde
lah daddy. Lia takde plan pun nak
bercuti dekat mana-mana. Lia nak duduk rumah temankan mummy aje.”
“Elok
jugak kalau Lia nak duduk rumah. Apa kata esok kita keluar makan sama-sama?
Nak?” Datin Zahrah dah bagi cadangan maka itu adalah arahan yang kena patuh.
“Abang
kena jumpa klien esok Zah. Abang memang tak boleh pergi.”
“Takpe,
kalau abang tak bleh pergi Zah pergi dengan Lia aje. Zah pun dah lama tak shopping ni. Lia nak apa? Kasut baru?
Lia pilih aje Lia nak kasut mana, mummy
belanja!” Aulia rasa nak tergelak. Mesti mummy
ingat dia ada masalah besar sampai nak pujuk dia ajak pergi shopping. Alahai, mummy ni ingat dia masih anak kecil ke?
“Boleh
juga. Dah lama Lia tak keluar dengan mummy.
Janji tau Lia nak apa aje semua mummy
kena beli.” Datin Zahrah tergelak besar. Pandai anak dia nak kenakan dia.
“Iyelah.
Tawaran untuk hari esok. Satu hari. Apa sahaja untuk anak yang tersayang.”
Datuk Rahman, Aulia dan Datin Zahrah gelak besar. Seronok berkumpul macam ni
.
Bilik
bilik tidur dikuak kasar. Letihnya seharian ini. Dah memang dia terlanjur
berjanji dengan Helinna, tak boleh nak elak lagi malam ini. Kalau Helinna
merajuk sekali lagi habislah dia mahu memujuk wanita itu.
Tubuh
sasa Ashraff hilang disebalik pintu bilik air. Dia masih perlu membersihkan
diri dan bersolat Isya’. Satu kewajipan yang mesti dia lakukan. Tan Sri Ahmad
mendidik Ashraff dengan sebaik mungkin.
Solat
dan puasa memang dah diajar kepada Ashraff sejak Asharff kecil lagi.
Alhamdulillah sehingga kini Ashraff masih lagi tekun mengerjakan solat lima
waktu. Jarang sangat dia meninggalkan solatnya.
Selesai
bersolat Ashraff lipat sejadah ke tempat asalnya semula. Tubuhnya yang sudah
keletihan dibaringkan di atas katil.
Ashraff
terkebil-kebil memandang siling. Rasa tidak selesa dengan katil sendiri. Masih ada
bau haruman tubuh Aulia yang berlegar-legar di dalam bilik ini.
Sebiji
bantal tidur yang digunakan oleh Aulia ditarik ke dalam pelukan. Wanginya!
“Lepaskan
saya! Ash.. Kalau saya ada buat salah, saya minta maaf. Jangan buat saya macam
ni..” Argh! Ashraff mencampak bantal
yang berada dalam pelukannya ke atas lantai.
Kenapa
dia terigatkan Aulia pula? Dia tak perlu rasa kasihan dengan Aulia. Tapi Aulia
satu-satunya perempuan yang masih suci ketika bersama dia. Haruman tubuh Aulia
tak sama dengan perempuan lain.
Aulia
terlalu menarik pada pandangan mata dia. Sangat mengghairahkan.
Ashraff
melepas keluhan kasar. Aulia terlalu mencabar dirinya. Kalau bukan Aulia
sengaja menaikkan kemarahan dia ketika mereka makan tengah hari semalam, memang
dia takkan buat Aulia sampai ke tahap ini.
Huh..
Nasi dah jadi bubur. Dia tak perlu bertanggungjawab terhadap apa-apa sebab
Aulia bukan tanggungjawab dia.
“Kau
layak dengan layanan aku, Aulia!”
Ashraff
menekan lampu bilik tidur. Bilik tidurnya gelap-gelita sekelip mata sahaja.
Ashraff cuba memejamkan matanya yang masih berdegil.
“Apa
guna kalau awak bersolat tapi awak tak mampu menghayati solat awak, Ashraff?
Allah kurniakan awak hati yang bersih, jangan hitamkan hati awak dengan
titik-titik dosa.” Ashraff duduk bersandar di kepala katil. Lampu bilik tidur
kembali menerangi biliknya. Kata-kata Aulia semasa di dalam kereta kembali
menyergah dirinya.
Betul,
dia bersolat setiap hari. Semuanya sebab arahan papa. Papa yang arahkan dia
bersolat. Bahkan dia boleh menghafal beberapa surah dalam Al-Quran. Dia ada
nilai agama yang tinggi dalam dirinya namun tidak pernah dia praktikkan.
“Setiap orang Islam wajib menghayati sembahyang yang
dilakukan dalam erti kata yang sebenar. Dalam usaha meraih manfaat sembahyang,
setiap orang mesti faham makna-makna bacaan sembahyang yang dibaca, terutama
bacaan al-Fatihah. Setiap hari kita memohon daripada Allah ‘tunjukkan aku jalan yang lurus’ dalam
surah al-Fatihah, tapi pernahkah Ash berusaha mencari jalan yang lurus tu?” Itu pesanan papa yang asyik melihat dia
berkepit dengan perempuan dalam surat khabar. Sakit mata katanya.
Kerja Zamani Glam-glam. Tapi dia memang dah cuba tingalkan semua itu
sedikit demi sedikit. Selepas Helinna balik baru berapa kali aje dia pergi
berparti. Boleh bilang dengan jari. Memang tak sampai sepuluh kali pun. Dan dalam
tempoh sepuluh kali tu, dia hanya tidur dengan dua orang perempuan termasuk
Aulia orang yang terakhir.
Bukan dia tidak cuba, dia cuba menjadi lelaki yang
terbaik untuk Helinna. Dia mahu Helinna menjadi suri dihatinya sehingga akhir
hayat.
Dengan Aulia pula dia hanya mempermainkan hati gadis
itu. Dia hanya mempergunakan Aulia untuk menawan hati Helinna semula.
Argh!
Kenapa Aulia boleh huru-harakan hidup dia sampai
macam ni sekali! Kan dia dah cakap yang Aulia takkan berjaya pengaruhi hidup
dia.
“Life must go
on, Ash! Kau akan tetap
berkahwin dengan Helinna.”
p/s : Sorry sangat-sangat sebab menghilang. Haha, had been so busy last few days sebab cousin nikah. June nanti lagilah bertambah kebusian Sri sebab ada beberapa orang cousin yang nak kahwin, nak bertunang. But jangan risau once ada masa I will up the new entry ya!
Siapa yang perasan gambar Helinna kat atas tu? Ahaaaa, tu Yoona snsd. Bhahaha. Sesuai la dengan Helinna yang manja. :)
Siapa yang perasan gambar Helinna kat atas tu? Ahaaaa, tu Yoona snsd. Bhahaha. Sesuai la dengan Helinna yang manja. :)
Sayang semorang! Hugs.
Eeeeeeee tak serik2 la ash ni.
ReplyDeleteSaya bole d katakn hri2 refresh blog ni tauuu hehe
best2
ReplyDeleteThank you! :)
Deletehaha.. sy suka bab ni.
ReplyDeletetlg pastikan si Ash ni menyesal x sudah ngan tindakan dia pd Aulia.
sy lbh suka biar si Ash tercari2 Aulia dan Ash sendiri yg akan buka rahsia ni...
tlg yea..
Hehehehe, apa jadi seterusnya kena baca la. Harap-harap Ashikin suka. ;p
DeleteGeram nye kt ash tu!!!!xde rasa kesian langsung dgn aulia..
ReplyDeleteLpas ni jgn cari aulia lg(geram sgt2 dh ni)..
Nk lg!cpt smbung..
-noor-
Dia memang tak cari Aulia pun. Hihi
Deletebest ^^
ReplyDeleteKPI xmo letak n3 baru ke ?
wendu sara n kashah..apela jd kt diorang ~.~
-yoozara-
Hai Yoozara!
DeleteAlahai sabar ye satu..satu. Hihi ;p
Nanti Sri up entry baru utk KPI.
erk.. ash masih rasa tidak bersalah atas perbuatan merogol aulia? kenapa aulia tak buat report polis je?
ReplyDeleteAla, mana boleh menyesal cepat sangat, anti habis lah cerita saya kalau Ash ni menyesal cepat sangat. Hikhikhik.
DeleteThanks kurakura.