Azara melangkah dengan semangat berkobar-kobar untuk
memulakan kerjanya pada hari pertama. Kalau tak silap dia syarikat lama dia
bekerja sudah ada bos baru. Muda dan kacak. Oranglah cakap-cakap. Tadi sewaktu
dia berselisih dengan Huda semasa menunggu lif pun Huda dengan semangatnya ada
pesan jangan jatuh cinta dengan bos.
Eh? Bukan Encik Latif ke bos di syarikat ini? Kenapa
pula jangan jatuh cinta dengan bos? Siapa pula bos dia sekarang ini?
“Assalamualaikum. Morning
Azam.” Azara menyapa Azam yang sedang menunduk mencari sesuatu di bawah
mejanya.
“Waalaikummusalam!
Oh my God! Zara.. bila you
balik?” Mulut Azam terbuka sedikit. Terkejut sangat melihat sesusuk tubuh Azara
berdiri betul-betul dihadapan mejanya ketika ini. Azam berdiri tegak di hadapan
Azara. “Wah, semakin cantik you
sekarang ya?”
Azara tayang sengih. Segan pula dipuji oleh Azam. Dulu
ada juga kawan-kawan pejabat yang sering menggosip dia dengan Azam tapi ketika
itu dia sedang bercinta dengan Zakri.
“Last two weeks.
Tak sangka I akan dapat kerja di sini
lagi. I ingatkan Encik Latif tak
perlukan staff macam I.” Azara berbisik perlahan sambil
tergelak kecil.

Iyelah dulu semasa dia menjalani internship di sini selalu aje nama dia naik dalam mesyuarat sebab
kononnya dia pekerja cemerlang dan berdedikasi jadi syarikat akan terus serap
dia masuk sebagai salah seorang pekerja tetap tapi bila tawaran datang dia
tiba-tiba sahaja menghilang ke Amerika Syarikat. Sangkanya Encik Latif marahkan
dia tapi dua bulan sebelum dia balik ke Malaysia dia saja-saja mencuba nasib
memohon kerja di syarikat Encik Latif tak sangka pula memang rezeki dia bekerja
di syarikat besar ini.
“Syarikat perlukan pekerja yang berdedikasi dan cantik
macam you untuk tackle client.” Azam
tergelak kecil. Memuji dalam menyindir ke Azam ni?
“Puji ke sindir I
ni?”
“Pujian melambung tinggi ya Cik Azara.” Azara dan Azam
sama-sama tergelak kecil.
“Zam, talk to
you later ya, I nak lapor diri dulu.” Azam mengangguk dan sempat berpesan
kepada Azara.
“Be careful, bos tu handsome sangat I takut kalau you
terpikat nanti..”
Azara tergelak kecil sebelum mengacah mahu menampar
bahu Azam dengan beg tangannya. “Nonsense!”
“Kalau dia bebel dengan you, you buat pekak aje. Bos tu nampak aje macam tu tapi hati dia
baik tau.” Azara membesarkan sedikit saiz bukaan matanya. Tak faham.
“Maksud you?”
“Ala Zara, biasalah orang macam kita ni kuli. Kalau
kena maki hamun sikit tu tahan ajelah. Big
bos kalau mengamuk boleh tahan tau.. Dah la,
you pergi masuk dulu nanti kita cerita lagi pasal company ni okay. Banyak
masa lagi I nak habiskan dengan you
lepas ni.” Azam tergelak kecil.
“Alright.” Azara
berlalu dari meja Azam.
Adib Razlan bin Latif.
Azara membaca nama yang tergantung di pintu berulang
kali. Kenapa dia perlu memlaporkan diri kepada Adib Razlan bukannya kepada
EncikLatif sendiri? Azara menggaru dahi yang tidak gatal. Anak Encik Latif ke
Adib Razlan ni? Ah, gasaklah siapa pun dia!
Nafas ditarik dalam-dalam. Harap-harap baik macam
Encik Latif juga. Dengan lafaz bismillah, Azara mengetuk pintu bilik CEO Surian
Indah.
“Masuk!”
Mendengar perkataan masuk dilaung kuat dari dalam,
Azara memulas tombol pintu. “Assalamualaikum.”
“Hmm.”
Hmm?! Azara rasa tidak percaya dengan sikap lelaki di
depannya. Orang bagi salam wajib jawab tau tak! Jawab dalam hati kot.
Azara berdiri di belakang kerusi hitam yang berada di
depan Razlan. “Saya Azara Fatiha binti Idris.”
“Duduk.”
Lambat-lambat Azara menarik kerusi hitam di
hadapannya. Rasa berdebar pula mahu berdepan dengan lelaki yang bernama Adib
Razlan ni. Muka kacak tapi sikap macam sombong aje. Janganlah dia menyusahkan
aku bila kerja nanti.
“Dengarnya baru balik dari Amerika Syarikat. Buat apa
dekat sana?”
Azara masih tegak memandang Razlan tanpa kelip. Soal
dia ke soal dokumen depan mata tu? Kalau bercakap dengan dia kenapa tak pandang
muka dia?
Melihat tiada balasan daripada Azara, Razlan panggung
kepala. “Tak dengar ke soalan I?”
“Oh, sorry.
Saya ingat Tuan cakap dengan dokumen tu tadi sebab Tuan tak pandang muka saya.”
Automatik bola mata Razlan menikam wajah Azara.
Amboi, bahasa cantiknya! Dah la datang minta kerja di
syarikat papa dia boleh pula dia tegur cara Razlan? “Penting ke I nak pandang muka you?”
Fine. Melihatkan gaya bercakap
tu macam sombong gila-gila! Malasnya nak layan orang perangai pelik dan sombong
macam ni. Tak suka. Apa masalahnya kalau bersikap baik dengan orang lain? Apa,
dia ingat dia tu bos boleh pijak kepala anak buah sesuka hati dia aje?
Takkan tak tahu Allah swt marah dengan orang yang
bersikap sombong dan angkuh sesama manusia!
Al-Hafizh Ibnu Rajab
Al-Hambali rahimahullah berkata, "Orang
yang sombong adalah orang yang memandang dirinya sempurna segala-galanya, dia
memandang orang lain rendah, meremehkannya dan menganggap orang lain itu tidak
layak mengerjakan suatu urusan, dia juga sombong dari menerima kebenaran dari
orang lain". (Jami'ul Ulum Wal Hikam 2/275)
Azara masih terdiam
seribu bahasa. Apa kes bos dia ni? Takkan baru hari pertama dia datang kerja
dah tunjuk sikap baran tak kena gaya kot? Apa salah dia?
“I tak bercakap dengan pasu atau frame
gambar depan mata I ni, I cakap dengan you.”
Pergh! Samakan dia dengan bingkai
gambar? Ingat dia kayu sangat ke? “Saya sambung belajar di sana.”
“Tinggal di mana dulu?”
Azara kerut kening. Takkan tu pun nak kena cerita. Dia
datang lapor diri bukan datang untuk interview!
Salah bilik ke apa dia ni?
“I nak kena
ulang soalan dua kali ke dengan you
ni, Azara Fatiha?”
Ish, apa perangai bos dia ni! Sombong semacam aje..
“Hello?”

Mendengar ketukan pen yang agak kuat di atas meja
Azara sedikit tersentak. “Sorry.
A…Ah, saya tinggal di Ohio. Belajar di sana.” Razlan mengangguk beberapa kali.
“Seronok duduk sana?”
“Bolehlah.. Seronok juga.” Azara tersengih kelat.
Orang dah tanya, layankan ajelah. Mungkin bos dia nak ke sana suatu hari nanti
agaknya.
“I belajar
di Washington dulu. Five years. You duduk
sana berapa lama?”
Oh, dah pernah ke sana rupanya. Patutnya tanya! “Tiga
tahun aje dekat sana. Sambung master.
Habis master balik lah..”
“Bukan dua tahun aje buat master? Lagi setahun tu you
buat apa dekat sana?”
“Kerja sambil berjalan..”
“Oh, boleh pula ya tinggal keluarga dan berjalan di
sana sampai setahun? Apa perangai orang muda zaman sekarang ni.. Lupa daratan.
Baru ke luar negara sikit terus nak kerja di sana. Malaysia ni perlukan orang
yang hebat macam kita untuk maju. Kalau semua nak tinggal di luar negara siapa
nak majukan Malaysia?”
Azara membeliakkan matanya. Rasa macam nak aje tanya who are you to judge me? Macamlah mereka
pernah berjumpa atau berkenalan sebelum ini. Hish!
Suka hati aje cakap dia lupa daratan! Kalau dia lupa
dia takkan balik langsung ke Malaysia. Terus menetap di Ohio sampai reput dekat
sana. Dia balik semula sebab dia tak lupakan daratanlah. Ei, bengong punya bos!
Baru sahaja Azara mahu membuka mulut menyembur
kata-kata bos dia sebentar tadi, Razlan terlebih dahulu bersuara menghalau dia
keluar.
“Okaylah, kalau macam tu you boleh keluar. Nanti Haleda akan tunjukkan bilik you.” Tanpa menunggu lebih lama Azara
segera menolak kerusi ke belakang. Nak keluar cepat-cepat takut nanti lagi
banyak kena soal dengan bos dia yang kerek ni. Dah la tanya orang soalan tapi
gaya menyoal tu angkuhnya mak aihhh!
Lepas tu siap boleh pesan jangan lupa daratan dan
ingat di mana tumpahnya darahku. Apa ni? Darahku tumpah di New Zealand, takkan
dia nak kena balik kerja di New Zealand kot? Oh, pening dengan sikap bos baru!
“Terima kasih, Tuan.”
Jus belimbing di depan mata disedut rakus.
Alhamdulillah, kenyang makan hari ni! Seronok dapat jumpa semula dengan
kawan-kawan lama di pejabat. Tiga tahun kot dia langsung tak berjumpa dengan
mereka.
Semasa menjalani intership dulu pun memang dia agak
rapat dengan staff dia syarikat itu. mungkin sebab sikap dia yang ringan mulut
dan rajin berbual jadi ramai yang mengenali dia di syarikat itu.
“Boleh akak tanya Zara sikit?” pandangan mata Azara
serentak berlaga dengan anak mata Haleda.
“Apa kak? Tanyalah banyak pun boleh. Zara ada banyak
masa untuk jawab semua soalan akak tu.”
Azara tergelak kecil.
“Kenapa Zara tiba-tiba ke luar negara? Senyap-senyap
aje Zara hilang..”
“La, Zara ingatkan akak nak tanya Zara ada teman
lelaki ke belum..” Azara cuba berseloroh dengan Haleda. Haleda orang yang
paling rapat dengan dia selepas Hanis dan Puan Nona. Banyak juga kisah hidup
dia yang Haleda tahu.
“Yang tu akak tahu dah jawapannya apa.. Akak nak tanya
soalan yang akak belum tahu jawapannya, Zara.” Riak wajah Haleda agak serius.
Tidak bermain-main dengan Azara.
“Masalah keluarga.”
Nafas dihembus berat. “Zara, apa lagi yang Zara kena
berkorban kali ni dengan kakak Zara? Memang akak tak kenal siapa kakak Zara
tapi akak nak Zara tahu yang Zara kena belajar pertahankan hak Zara. Sampai
bila Zara asyik nak mengalah”
Jus belimbing di dalam gelas di kacau dengan
menggunakan penyedut minuman. Memang dia akan mempertahankan diri dia kali ini
tapi bukan semudah itu. Abah pasti akan memukul dia jika dia berebut dengan
Izreen.
“Dah tak ada apa-apa lagi yang Zara perlu pertahankan.
Zara takde rebutkan apa-apa pun dengan kakak Zara.”
Haleda menyedut jus epal dalam gelasnya. “Sekarang
memang belum. Lepas ni bila dia nampak Zara ada sesuatu yang lebih daripada
dia, dia akan rampas apa yang Zara ada. Orang macam tu tak pernah puas dengan
apa yang dia miliki Zara. Dia sentiasa rasa Zara adalah musuh dan dia perlu
tumpaskan Zara.”
“Kak, Zara dah malas nak fikir pasal semua tu. Kalau
dia nak ambil apa yang Zara ada, ambillah. Sejak dulu lagi pun semua lelaki yang
Zara suka semua dia akan ambil. Semua kawan-kawan Zara akan tinggalkan Zara
sebab dia.. Dah la kak, malas Zara nak fikir lagi dah.”
“Ish, akak pun pening dengan sikap kakak Zara tu.
Sejak dulu lagi sampai sekarang tak pernah berubah! Apa cerita dia sekarang ni?
Belum nak kahwin lagi ke?” Haleda angkat kening kepada Azara.
“Entahlah kak. Mak kata kakak baru putus tunang.
Bertunang dengan siapa pun Zara tak tahu, tapi kata mak sebab putus tunang
ialah kakak nak balik kepada bekas kekasih dia.”
“Siapa?”
“Zakri lah siapa lagi.”
Haleda mendengus geram. “Bekas kekasih Zara yang
curang tu?”
Azara mengangguk. Zakri memang lelaki tak guna!
Memanglah Zakri tu kawan kakak dia, sama kelas tapi mereka berdua hanya kawan
sahaja. bila Zakri meyakinkan dia bahawa Zakri tidak pernah menyayangi Izreen
lebih daripada seorang kawan barulah mereka berdua bercinta.
Mereka berdua bercinta sejak zaman sekolah lagi, tak
sangka selepas tujuh tahun bercinta alih-alih Zakri curang dengan Izreen. Masa
itulah dia mengambil keputusan untuk meninggalkan Malaysia selama tiga tahun.
“Zara dah jumpa dengan Zakri semula?”
Sekali lagi Zara menggeleng. Buat apa nak jumpa dengan
lelaki tu? Dia tidak ada apa-apa untuk dibincangkan dengan Zakri. Over is over!
“Mungkin Zara boleh bagi peluang kepada Zakri untuk
menjelaskan keadaan sebenar?”

Azara tergelak kecil. “Nak jelaskan apa lagi kak
memang terang-terangan kakak Zara dengan Zakri tu bercinta semasa kami masih
bersama. Zara tak perlukan lelaki macam tu dalam hidup Zara. Itu baru bercinta
kak, kalau dah kahwin dia nak menduakan Zara macam tu jugak? Oh, tolonglah.”
“Zara masih marahkan mereka berdua?”
Kepala digeleng lemah. “Tak guna simpan perasaan
dendam dan marah kak. Kalau Zara marah, Zara akan susah untuk lupakan hal ini.
jadi Zara pujuk hati Zara untuk bersabar dan memaafkan.. Lama-kelamaan Zara dah
mula lupakan hal ini.” sumpah dia memang sudah tidak mempunyai apa-apa perasaan
kepada Zakri lagi.
Datanglah Zakri memujuk dan melutut di depan dia
sekalipun dia tidak akan mengalah dengan lelaki macam itu. Tidak mungkin!
Tapi tak sangka kuat juga jodoh kakak dia dengan
Zakri. Walaupun sudah bertunang dengan orang lain yang menurut emak lebih bagus
dan kaya daripada Zakri, Izreen tetap juga kembali kepada Zakri akhirnya. Ah..
cinta itukan buta.
“Takpe Zara, akak ada calon yang sesuai untuk Zara.”
Gelas kaca yang masih berbaki sedikit jus belimbing
ditolak ke tengah meja. “Malaslah kak.. Tak nak bercinta dengan sesiapa pun.
Kalau boleh tak nak kahwin pun.”
Haleda menampar lengan Azara sedikit kuat. “Sakitlah
kak!”
“Haaa, tahu pun sakit. kahwin tu kan sunnah Nabi..”
“Aaa.. ye lah ye lah. Nantilah Zara fikirkan dulu
pasal nak bercinta bagai ni. Malaslah, takde mood nak bercinta. Dah lupa dah perasaan nak mencintai orang tu
kak.” Azara sengih kelat. Tujug tahun dia sayangkan Zakri tiba-tiba sahaja
Zakri hilang dari hidupnya.
Tiga tahun dia membuang perasaan cinta dan sayang jauh
daripada hati dia. Menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti dan dia lupa
bagaimana perasaan bercinta. Lupa macam mana nak bercinta.
“Habis tu Zara tak nak dengarlah dulu cadangan siapa
calon yang sesuai untuk Zara? Mungkin Zara boleh pertimbangkan dulu?”
Azara menggeleng,. “Nantilah kak. This is my first day kerja, Zara nak tumpukan perhatian pada kerja
dulu sebelum Zara sibuk dengan hal-hal lain.”
“Ikut suka Zara lah.. Kalau tak nak sudah. Nanti dah
melepas Zara yang terlopong.”
Azara buat-buat tidak mendengar cakap Haleda. Malas
nak layan sangat sebab dulu pun Haleda asyik nak kenenkan dia dengan Azam. Azam
pun mungkin dah ada seseorang yang istimewa sekarang ini. Tiga tahun kot,
takkanlah Azam masih nak tunggu dia yang entah hidup atau mati sebelum ini.