Tuesday 21 May 2013

Bab 1 Cinta Tak Akan Berakhir




Botol air minuman kembali diletakkan di atas meja bulat bersaiz kecil di sebelah sofa. sumpah kaki ni dah lenguh bagai nak gila asyik berlari atas treadmill.  Rasanya empat puluh lima minit dia berlari dengan kelajuan sederhana tanpa henti-henti.

Ini kes bengang punya pasal!


Tubuh direbahkan ke atas sofa berwarna coklat gelap. “Argh… Penat!”

Peluh yang masih menitik dari dahi langsung tidak dihiraukan. Busuk sofa ni boleh campak beli yang baru.
Nafas naik turun. Semput nak mengambil nafas dalam ruang bilik yang luas ini.

“Alan!”

Razlan toleh sedikit kepada mamanya. “Kenapa ma?”

“Ya Allah…. Sedap aje kamu landing atas sofa mama ye? Bangun.. bangun! Lepas bersenam tergolek.. Duduk.” Lengan Razlan ditampar kuat. Geram betul dengan tingkah laku anak bujangnya. Haish..

“Ala, mama ni bisinglah.. Alan penat ni.”

“Eh, takde siapa pun yang suruh kamu berlari atas treadmill tu sampai berjam-jam.. Penat cari sendiri siapa suruh? Dah, dah.. bangun duduk sekarang!” Sekali lagi tangan Puan Sofiah menampar kuat lengan anaknya.
“Ye..ye, Alan duduk sekarang. Mama nak apa ni cari Alan dalam bilik?”

Puan Sofiah menghenyak punggung di atas sofa. “Izreen datang cari kamu di bawah tadi.”

Razlan merengus kasar. Apa lagi perempuan tu nak? Serabut kepala otak betul! “Apa dia nak?” Soal Razlan malas-malas. Sumpah memang malas pun.. Malas nak ambil tahu pasal Izreen lagi dah. Kata dah habis-habis ajelah.. Nak datang cari dia di rumah buat apa lagi? Menyemak aje!

Satu kotak baldu berwarna merah dihulurkan kepada anak bujangnya. “Izreen datang sebab nak pulangkan ni semula.. Sedih sangat hati mama bila dia pulangkan cincin tanda ni..”

“Buang ajelah cincin tu ma.. Nak sedih buat apa lagi? Dah orang tak sudi kita nak buat macam mana lagi.. Malaslah Alan nak fikir pasal dia lagi ma.”

Puan Sofiah mengesat air mata yang mengalir turun dari hujung kelopak matanya. “Mama dah bekenan sangat dengan Izreen tu.. Dah anggap macam anak mama sendiri. Bila jadi macam ni mestilah mamam sedih.. Izreen tu baik aje budaknya.. Sampai hati Alan tinggalkan dia.”

Hah? Dia tinggalkan Izreen. Amboi, mama… Cakap macam dia seorang aje yang paling jahat di muka bumi ni. “Ma, I don’t care apa yang Izreen dah cakap dengan mama tapi apa yang Alan tahu we were over! Over, ma!”

“Kalau Alan pujuk dia semula takkan lah dia tak mahu terima Alan?”

I won’t! Kalau dia nak terima Alan sekali pun, Alan takkan terima dia semula. Never!” Nada suara mula berubah sedikit keras dan kasar. Bukan berniat mahu menderhaka kepada Puan Sofiah yang sudah dua puluh lapan tahun membesarkan dia tapi sebab geram bila mama sendiri asyik nak menangkan orang luar berbanding anak sendiri.

“Alan sanggup tengok mama meninggal dengan mata terbuka sebab kempunan nak terima menantu perempuan?”

Razlan garu kepala. Tak habis-habis soal mati yang akan diungkit mamanya. Gaduh sikit aje sebut pasal mati. Memanglah wajib ingat mati tapi kalau dah sampai gaya mengugut dia tak patut juga mama ni..

“Ma, please lah jangan ugut Alan dengan perkataan mati lagi. I love you. I love you so much but kali ni tolonglah jangan paksa Alan untuk pujuk Izreen lagi. Izreen tu bukan untuk Alan.. Mama kena terima hakikat ni.” Razlan memeluk lembut bahu Puan Sofiah. Mencium kepala mamanya. Sayang sangat-sangat!

“Izreen cakap dia minta maaf.. Dia tak sanggup lukakan hati Alan sebab tu dia pulangkan semula cincin ni.”  Sekali lagi bekas cincin dihulurkan kepada Razlan.

“Tak nak. Buang je.”

Terkebil-kebil mata Puan Sofiah. Buang? Amboi, ingat beli dengan daun ke? “Alan ingat cincin ni beli dengan daun ke dulu?”

“Beli dengan kad plastik.”

Puan Sofiah tergelak kecil. Sempat lagi menjawab anak dia ni! “Memanglah guna kad kredit tapi nak bayar kad tu guna duit jugak kan? Simpan ajelah cincin ni, mana tahu nanti jumpa yang berkenan boleh bagi dekat dia.”

Razlan menggeleng rakus. Baru seminggu lebih dia putus tunang dengan Izreen mama dah cakap pasal cari pengganti lain? Aigoo, tak mungkin semudah itulah. Dengan Izreen pun bukan main susah lagi dia nak lekat. “Malaslah ma… malas nak fikir!”

“Itulah, malas nak fikir. Cuba Alan tengok Kak Inas dengan Melda tu.. dah kahwin ada anak pun. Alan ni bila lagi? Mama ni dah teringin sangat nak terima menantu perempuan Alan oi..” Lengan Razlan dicekak dan tubuh itu digoncang geram.

“Nantilah. Mama nak menantu macam mana?”

“Izreen.” Mata Razlan membulat besar.

Sorry.. Tak minat!”

“Amboi, tak minat. Dulu siapa yang tergila-gilakan Izreen tu sangat sampai suruh mama masuk meminang cepat-cepat takut kena kebas? Bertunang tak sampai tiga bulan dah putus. Apa punya tunanglah awak ni.. Tak tahu jaga tunang sendiri.”

Eh, dia pula yang disalahkan? “Semua salah Alan lah ni?”

“Memang salah Alan pun.. Gila kerja. Lepas tu membosankan! Macam manalah Izreen tu nak tahan dengan sikap Alan ni..”

Razlan tarik muka masam. Tak minat dengan cerita pasal Izreen lagi dah. “Ma, muaklah.. Alan dah tak kuasa nak layan cerita pasal dia lagi dah.. Boring!”

Izreen Fatiha memang cantik. Cantik sangat. Tapi sayang cantik muka tak cantik akhlak. Selepas empat bulan berkenalan terus dia ikat Izreen dengan ikatan pertunangan. Tak sampai tiga bulan bertunang Izreen dah minta putus sebab bosan dengan dia yang gila kerja dan sombong tak bertempat.

Sombong? Bila masa pula dia sombong tak bertempat? Kalau dia suka senyum nanti Izreen cakap dia kuat melayan perempuan pula. Itulah orang perempuan ni, memang suka sangat fikir yang bukan-bukan. Senyum kata gatal tak senyum kata sombong!

Ah, kalau dah nak putus tu memang macam-macam alasanlah dia bagi.. Dah hati tak suka, mana nak nampak apa yang seronok lagi dah.. Cuba masa tengah membeli-belah, sayang ketat-ketatlah waktu tu.. Bila bergaduh habis keluar maki-hamun.

Izreen.. Izreen. Nama cantik budi bahasa hancur!

Pelik, masa empat bulan bercinta dulu baik aje dia nampak Izreen ni. Nak mengorat pun bukan main susah lagi! Sekali dah dapat, alahai… comelnya, ayunya, lembutnya! Bila dah bertunang, sebaliknya pula berlaku. Mulut jangan cakaplah lasernya tahap maksima!

“Berangan apa ni? Mama cakap dengan Alan!” Bahu Razlan ditepuk kuat. Geram! Cakap tak ada respons.
“Hah? Mama cakap apa? Allah, sorry.. Sorry. Alan ingat kerja di pejabat.”

Puan Sofiah menggeleng geram. “Kerja di office jangan cerita di rumah ya? Mama merajuk nanti baru Alan tahu!”

Razlan tayang sengih menampakkan gigi putihnya yang tersusun cantik. “Sorry mam! Tak buat lagi dah lepas ni. Mama tanya apa tadi?”

“Alan ada jenguk umi ke tidak?”

“Ada.. Umi sihat je. Kenapa?”

Puan Sofiah menggeleng. “Saja mama tanya. Lama mama tak ke sana.. Rindu pulak dengan umi kamu tu.”
Spontan Razlan melepaskan ketawanya. “Mama ni.. kalau dah rindu pergi ajelah rumah umi tu.. bukannya jauh pun!”

“Malas nak ke sana sorang-sorang.. papa tu asyik sibuk aje memanjang. Ajak Kak Inas kamu tu lagilah malas ya amat nak keluar sejak-sejak ada Eddy ni..Malas nak angkut tentera katanya.”

Razlan tergelak besar mendengar bebelan mamanya. Tentera Sofinas menggelar anak-anaknya? “Melda kan ada. Ajaklah Melda, bawak sekali Hafis tu ke rumah umi.”

Puan Sofiah mengeluh lemah. “Nak harapkan Melda memang tak lah..”

“Kalau macam tu weekend depan Alan bawa mama ke rumah umi ya?”

Promise?” Kena tuntut kalau berjanji, kalau cakap-cakap aje anak dia ni bukan boleh pakai sangat.
“I am promise mama.”


Peha Razlan ditepuk perlahan. “Pergi mandi, mama dah siapkan makan malam. Mama nak solat sekejap lepas tu turun makan.”

“Ala, Alan kan baru lepas workout malaslah nak makan.”

“Hey, awak tu jangan nak mengada-ngada! Mama dah masak penat-penat ya..”

Razlan angkat sepuluh jari ke udara. “Okay.. Okay.. See you in dining hall, mama.”



Suasana makan malam bising dengan kehadiran Emelda dan Sofinas. Kalau tiada Emelda dan Sofinas maka tiadalah tentera yang dimaksudkan oleh Sofinas. Razlan tergelak kecil melihat Sofinas yang terkial-kial untuk makan sambil memangku Eddy yang kini sudah berusia tujuh bulan lebih.

Mahu tak terkial-kial, elok aje Sofinas nak suap makanan ke dalam mulut Eddy dan sibuk menarik tangan Sofinas.

“Kau gelakkan Kak Inas eh Alan? Kau tunggu nanti kau ada anak, kau tahulah azabnya!”

“Kenapa Kak Inas tak letak aje Eddy tu dalam buai?” Soal Razlan yang duduk bertentangan dengannya.

“Kau nak biar dia melalak satu rumah? Eddy ni asyik nak duduk atas riba orang aje. Pemalas budak kecik ni.. Kan? Anak mama ni pemalas kan?” Sofinas tunduk mencium kepala anaknya. Geram-geram sayang kata orang.

Emelda tergelak besar. Nasib baiklah Hafis sudah dua tahun setengah, dulu dia pun sama macam kakaknya juga. Jenuh berperang dengan anak kecilnya. “Alan lelaki kak, isteri dia lah yang nak penat pun.”

“Eh, mana boleh. Alan.. Kau jangan nak biar isteri kau buat semua kerja rumah. Abang Ajib ni selalu aje tolong akak tau.. Malam-malam kalau Eddy melalak memang tugas Abang Ajib lah bangun tukar lampir atau buatkan susu. Suami pun ada tanggungjawab jugak.” Panjang sengihan Sofinas sambil menjeling manja ke arah suaminya, Najib yang duduk di sebelah sambil menyuapkan makanan ke mulut Farhan, anak kedua pasangan itu.

Nasim cucu sulung mama dan papa kini sudah pun berusia enam tahun, dah pandai makan sendiri. Kalau Farhan nak makan sendiri alamatnya memang huru-haralah nasi dalam pinggan tu.. Merata tempiasnya.

“Ajib, biarlah Han tu makan sendiri nasi tu.. bersepah sikit-sikit tu kejap lagi biar Mak Biah kemas.. Kamu tu makan dulu. Papa tengok banyak lagi nasi dalam pinggan kamu tu.” Encik Latif dah bersuara.. Itulah sibuk layan anak sampai sendiri pun tak makan lagi.

“Ye pa.. Ajib makan. Papa jangan risau kejap lagi habislah nasi dalam pinggan Ajib ni.” Hubungan kekeluargaan mereka memang sangat-sangat erat. Menantu dianggap seperti anak sendiri.

“Tambah lauk lagi Nan?”

Adnan suami Emelda segera mencari wajah Puan Sofiah. “Eh, takpe ma.. Ni dah banyak lauk dalam pinggan Nan ni..”

“Ha, Alan.. Cuba kamu tengok di meja ni semua dah ada pasangan.. Mama dengan papa sibuk tanya menantu aje nak tambah lauk lah, makan nasi lah.. Anak-anak langsung tak tanya pun.” Serentak semua dia meja makan tergelak dengan kata-kata Sofinas.

Betul juga Puan Sofiah dengan Encik Latif langsung tak tanya kepada mereka. Asyik soal menantu aje. Sayang menantu lebih agaknya.

“Kamu tu bila lagi nak tambah ahli baru dalam keluarga kita?” Aih, sibuk aje Kak Inas ni!

“Nantilah.. Sibuk kerja.”

“Ha, sibuk kerja itulah yang Kak Izreen tinggal Abang Alan, kak… Kalau kakak nak tahu, Kak Izreen cakap Abang Alan ni membosankan tahap maksima sampai buat kepala dia rasa nak meletup sebab tu dia putus tunang dengan Abang Alan.”

Eh, pandai-pandai buat cerita aje Emelda ni! “Mana kau tahu sebab abang putus dengan dia? Kau tanya dia ke?”

Emelda segera menggeleng.

“Habis tu?”

“Mel tak tanya pun tapi dia yang cakap petang tadi dengan mama. Mel dengar aje.. Kan mama?”

Razlan sudah tidak senang duduk. Melampau betul Izreen ni.. Dah putus buatlah cara putus, buat apa datang rumah dia siap nak bercerita hal mereka putus lagi. Cukuplah kalau hanya mereka berdua yang tahu puncanya.

Nanti kalau dia geram dia bukak cerita pasal Izreen baru tahu langit tu tinggi ke rendah. Menyesal betul kenal dengan perempuan muka lima belas ni. Memang tak tahu malu dan sumpah hipokrit gila! Memanglah dia sayang gila dengan Izreen tapi jagalah air muka dia sama. Kata nak putus, datang rumah dia menangis dekat mama buat apa? Ei!!

Dia tahu Izreen tak nak orang salahkan dia, sebab itulah sibuk mencanang cerita kononnya dia membosankan lah, tak romantis lah.. Ah, sudahlah Izreen! Kau ingat kau hebat sangat? Blergh!

“Izreen tu buat cerita aje. Kalau kau percaya cakap dia terpulanglah..” Razlan malas nak komen lebih-lebih.

“Mana ada dia buat cerita bang.. Mama, petang tadi Kak Izreen cakap abang tak pernah hadiahkan dia bunga pun kan selepas bertunang? Lepas tu abang tak pernah bagi hadiah setiap bulan sempena ulang bulan pertunangan korang..”

What? Ulang bulan?

“Ulang bulan apa benda nya?” Soal Razlan tak puas hati. Bila masa pula wujud perkataan ulang bulan?

“Iyelah… Ulang bulan tu maksudnya setiap bulan kena sambut hari ulang bulan pertunangan. Maksudnya bila genap satu bulan ke satu bulan yang lain bagilah hadiah.. Baru terasa diri ini dihargai.” Terang Emelda dengan lebih lanjut.

“Ada ke sampai macam tu sekali.. Kau ingat abang ni dah takde kerja sangat ke sampai nak sambut benda tu setiap bulan. Abang nak bagi hadiah dekat dia tak perlu tuggu sampai ulang bulan yang kau cakap tadi tu Mel. Bila-bila abang nak bagi, abang bagi ajelah..”


“Sambutan ni terpulang pada individu Alan oi. Dah Izreen suka macam tu Alan kenalah ikut rentak dia. Kak Inas bukan apa, kalau Alan masih sayangkan dia, Alan pujuklah dia semula. Lagipun masih baru lagi kan..” Sofinas bukanlah tidak suka atau terlalu suka kepada Izreen tapi kalau Razlan masih sukakan Izreen dia menerima Izreen ke dalam keluarga mereka dengan hati yang terbuka. Siapa pun pilihan Razlan dia tidak kisah.

Nonsense. Sekali dah putus, putus sampia bila-bila. Alan tak nak layan benda remeh-temeh macam ni. Bukannya zaman budak sekolah atau zaman universiti Kak Inas. Dah dua puluh lapan tahun sepatutnya Izreen bersikap matang. Bukannya nak layan romantik sana sini.. Ah, malaslah Alan!” Razlan melepaskan sedikit rasa geram yang terbuku dalam hati.

Merepek betul sikap Izreen ni!

“Tapi Kak Izreen tu cakap memang betul, abang membosankan. Mel pun suka kalau suami Mel bagi hadiah dekat Mel. Abang je yang tak reti nak menghargai Kak Izreen tu..” Emelda tayang riak mengejek. Seronok sangat kalau dapat mengata abangnya.

“Engkau ni Mel, cakap ikut suka kau aje kan? Dah la, jangan nak sibuk hal rumahtangga orang. Abang malas nak cakap pasal Izreen lagi dah. Over is over!” Razlan menjeling sekilas kepada Emelda. Geram betul dengan adik dia ni..

“Abang bukan ada rumahtangga lagi sebab tu Mel sibuk. Kalau dah ada nanti Mel takkan sibuk lagi dah.”
Sofinas segera tergelak. “Ha, itu kakak sokong Mel. Dah la Alan, kau cari lain ajelah kalau Izreen tu tak berkenan dengan kau. Kau tu bukannya takde rupa. Macam mat salleh celup lagi ha.. Mesti ada orang beratur nakkan kau.”

Memang banyak yang beratur nakkan dia tapi semua tu stok-stok  yang mudah jumpa di mana-mana saja. Dia sukakan cabaran dalam mendapatkan cinta. Dia suka gadis yang sukar untuk didekati macam Izreen. Gadis yang membuatkan dia berusaha untuk memiliki cinta darinya. Ingatkan bila dah dapat boleh lekat sampai mati rupanya mati di tengah jalan..

“Belum jumpa yang sesuai lagi.” Memang dia belum jumpa, baru seminggu lebih putus dengan Izreen takkan dah nak cari lain? Ah, takde masa dia nak fikir semua tu. Kerja di pejabat banyak gila kot.. Daripada fikir pasal perempuan baik dia fikir pasal kerja.

“Hish.. Sudah-sudahlah cakap pasal Izreen tu. Dah bukan jodoh Alan dengan dia kita bukan ada kuasa apa pun nak menentang. Allah dah tetapkan dah rezeki, ajal dan jodoh kita sebelum kita lahir lagi. Mugkin jodoh Alan belum sampai lagi.. Kita doakan yang terbaik untuk Alan.”

Razlan tayang sengih depan semua orang. Papa menyokong dia kali ini. Haha! 

p/s : Boleh la kita layan Cinta Tak Akan Berakhir pula ye. :p Hope reader suka dengan e-novel terbaru Sri. :) Terima kasih atas sokongan semua. Tanpa korang memang syok sendiri ajelah Sri menulis. <3

9 comments :

  1. Replies
    1. Sorry internet kat rumah lembabs sikit. Ni dah up entry baru. :)

      Delete
  2. permulaan yg baik n menarik..
    gd job sri..
    sambug..hehehe...(y)

    -noor-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita selang-selang dengan ADDS ye. :) Hehehe, hope Noor suka dengan cite baru ni. <3

      Delete
  3. setakat ni...ok...permulaan yg menarik
    watak heroin belum lg muncul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Niraaa! :)
      Thank you.
      Bab 2 heroin dah muncul dah. :p

      Delete
  4. salam...mmmm kalau sye cakap jgn kcik hati ye...permulaan yg terbaik..hihihihi gaya bahasa yg diguna
    santai je..mudah faham n x mbosankn..n yg pting jalan cerita tu mcm kita nk tahu ao yg jdi strusnye...

    ReplyDelete
  5. salam...mmmm kalau sye cakap jgn kcik hati ye...permulaan yg terbaik..hihihihi gaya bahasa yg diguna
    santai je..mudah faham n x mbosankn..n yg pting jalan cerita tu mcm kita nk tahu ao yg jdi strusnye...

    ReplyDelete
  6. salam...ummmm kalau sye cakap jgn kcik hati ya...permulaan yg menarik..hihihi memg sgt berminat nk tahu bab strusnya...bahasa yg diguna memg santai n x mboringkan...dn jlan crita dia pun memg menarik...ada fb x? kalau ada bleh join group novel kat sana n sbil tu boleh share enovel ni kat sana. .semua peminat novel n pnulis ramai sana...

    ReplyDelete