Thursday 2 May 2013

Bab 16 Aku, Dia dan Stiletto



Aulia senyap sepanjang perjalan dari Kuala Lumpur ke Bukit Tinggi. Ikutkan hati memang dia mahu memandu sendiri dan daddy dia pun dah setuju tapi bila Uncle Mad masuk campur dia terpaksa mengalah juga.

Bukan dia tak mahu tumpang kereta Ashraff tadi dah tahu sangat yang sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Tinggi pasti akan disulami dengan pertengkaran. Kalau bertengkar manja tak apa juga seronok tapi kalau bertengkar dengan si mulut puaka ni memang sakit hati. Rasa tersusuk sampai ke dasar hati dengan kata-kata Ashraff.

Dasar mulut longkang!

“Senyap aje, dah takde modal nak bercakap dengan I?”

Aulia senyap. kau bercakaplah sorang-sorang. Dia memang dah pesan dengan diri dia jangan bagi respons apa-apa pada Ashraff. Biar lelaki itu letih dengan kesenyapan dia kali ini.

Biarlah! Padan muka Ashraff sebab semalam suka hati aje tengking dia. Bila dia cakap dia dah pujuk Helinna, Ashraff tak percaya pulak! Siap tuduh dia macam-macam.. Sengaja nak kenakan dia dan Helinna lah, jeles dengan Helinna lah..

Eiii, tak kuasalah dia nak jeles dengan Helinna! Kenapa dia perlu cemburu dengan Helinna? Sebab Helinna da Ashraff?

Muntah! 

Terlihat papan tanda Kampung Endang, Aulia teringat kepada seseorang. Masih adakah kedua-dua orang tua itu di Kampung Endang? Atau sudah berpindah ke tempat lain?

Aulia bertoleransi dengan otak dan hatinya. Otak dah mula putar belit janji dia tadi.. Kata tak mahu cakap dengan Ashraff.. Ish.

“Ash,boleh tak kalau saya nak mintak tolong awak?” Ashraff menjeling sekilas wajah Aulia di sisinya. Comel Aulia hari ini. Seluar pendek separas lutut berwarna coklat gelap dipadankan dengan top tali halus berwarna kuning.  

Perasan yang Ashraff tidak memberikan respons, Aulia sedikit terasa hati. “Kalau tak boleh takpe lah.” Rayban di atas kepala disangkut di hidung semula.

“Nak mintak tolong apa, Siti Habibah?” Pandai merajuk pulak Aulia dengan dia sekarang ni. Aulia tergelak besar. Ashraff masih ingat lagi nama Siti Habibah?

“Saya ingatkan awak dah lupa.” Aulia masih ketawa seronok. Seronok sebab dapat kenakan Ashraff ketika itu. peristiwa paling kelakar antara dia dan Ashraff. Kalau dia tak bertembung dengan Helinna dan Ashraff mungkin Ashraff masih ingat nama dia Siti Habibah agaknya.

“Tak mungkin I lupa. Seronok ye kenakan I? You nak mintak tolong apa ni?” Bibir terkunci rapat. Rasa segan pulak nak bercakap dengan Ashraff.

“Nak I tolong ke tak nak?”

Ah, gunakan ajelah peluang yang ada. Kalau bukan sekarang bila lagi dia nak ke sini. Entah-entah ini kali terakhir dia ke sini. Lepas ni mungkin takkan datang sini lagi.

“Saya nak mintak tolong awak singgah rumah kawan saya, boleh?” Aulia toleh kepalanya memandang Ashraff yang fokus dengan pamanduan.


“Boleh, tapi dengan satu syarat.” Aik, siap ada syarat lagi?

“Apa syaratnya? Awak ni kan memang banyak songeh tau!”

“Apa-apa sahaja yang you nampak atau yang berlaku sepanjang kita dekat Bukit Tinggi nanti adalah rahsia daripada sesiapa pun, boleh?” Terima ajelah syarat mamat ni. Nak berahsia dengan orang lain, bukannya susah pun.

“Takde hal. Tapi saya ada kejutan untuk awak nanti.”

Belum terima kejutan Ashraff terlebih dahulu terkejut. “Kejutan apa?”

“Adalah, rahsia.” Aulia tayang gigi putih bersih. Ashraff mesti terkejut dengan kejutan yang dia buat nanti.

“Apa-apalah. Dekat mana rumah kawan awak tu?”

“Terus aje, nanti sampai awak nampak papan tanda persimpangan Kampung Endang, awak ambil yang tu.” Tangan Aulia bergerak sambil bercakap. Sibuk jugak tangan ni nak tunjuk jalan.

“Rumah siapa you nak pergi ni?”

“Kawan lama saya tapi saya rasa dia takde dekat rumah sebab hari ni kan hari kerja. Dia tinggal dekat Kuala Lumpur. Saja nak singgah jenguk mak ayah dia kejap.” Ashraff mengangguk. Baik jugak hati Aulia ni rupanya. Sampai nak jenguk mak ayah kawan dia.

“Kawan baik awak ke?”

“Awak ni banyak tanyalah. Jalan ajelah. Kejap lagi belok kiri lepas tu terus aje sampai hujung jalan nanti kita jumpa rumah dia. Rumah batu warna putih.”

I tanya aje pun, takkan tu pun salah. Ni mesti rumah boyfriend you kan?” Aulia hanya membiarkan persoalan Ashraff berlalu begitu sahaja. Tidak berniat mahu menjawab soalan lelaki itu.

Kekasih? Masihkah Hazrul kekasih dia?

Susah nak jawab soalan tu. Bila dia tanya kepada Fazri mana Hazrul, Fazri langsung tak nak menjawab. Suka buka topik cerita lain berbanding mahu bercakap tentang Hazrul. Akhirnya dek kerana kesibukan kerja dia pun terlupa pasal Hazrul.

Entah wujud atau tidak lelaki itu.
Entahlah..

Melihat suasana rumah yang seperti kenduri, hati Aulia berdegup pantas. “You tak cakap pun ada kenduri, pakaian I ni tak sesuai nak masuk majlis.”

Aulia renung Ashraff yang menyarung t-shirt berwarna hitam dengan sepasang bermuda. “Takpe, saya pun pakai seluar aje ni. Siap baju takde lengan lagi.. Kita singgah kejap aje. Lepas salam kita balik. Saya janji.”
Ashraff jongket bahu. “Tak kisahlah. Jom.”

Ashraff membuka pintu kereta dan keluar dari perut Mitsubishi Evoque miliknya. Aulia berjalan seiring dengan Ashraff. Rasa debaran semakin kencang saat mendengar kompang dipalu.

“Awak, sekejap.” Aulia menarik tangan Ashraff supaya berhenti.

Matanya menangkap sesusuk tubuh yang segak berdiri di sebelah pengantin. Wajah itu silih berganti dengan wajah kedua-dua mempelai yang sedang berarak ke majlis kenduri. Air mata Aulia tidak mahu ditahan.

Hey, kenapa ni?” Aulia memusing ke belakang. “Lia, kenapa ni?”

“Takde apa-apa. Jom kita balik.” Rasanya pasangan pengantin dah sampai ke pelamin kot.

“Lia!” Aulia menoleh seketika sebelum berpaling semula untuk berlalu. “Lia, wait!”

“Aku takde apa-apa nak cakap dengan kau, Faz.”

Fazri masih menahan Aulia daripada pergi. “Alang-alang kau dah dekat sini, jomlah masuk dulu. Arul suruh aku panggil kau.” Aulia rasa nak tumbuk muka Fazri.

“Kau ni kawan aku ke bukan? Sampai hati kau Faz! Aku cari dia selama ni, kau cakap dia sibuk kerja! Ini bukan sibuk dengan kerja tapi sibuk dengan benda lain!” Aulia mula menjerit. Nasib baiklah dia berdiri jauh dari kawasan majlis kenduri kalau tak memang semua tetamu tengok dia yang dah meroyan macam orang gila.

“Aku tahu aku tipu kuau, aku minta maaf.” Tangan Aulia diraih memohon pengertian.

Don’t touch me!”

Sorry, I rasa kami gerak dululah, bro. She seems tak berasa selesa dekat sini.” Ashraff yang menyaksikan drama sebabak ini mencelah. Tak faham langsung apa yang berlaku sekarang ini tapi tak apa dia boleh tanya dengan Aulia nanti.

Fazri masih berusaha memujuk Aulia. “Lia, bagi aku peluang untuk jelaskan semua ni. Tolong.”

“Faz, aku dah cakap aku tak nak dengar apa-apa lagi. Sekarang tepi, aku nak balik!” Aulia menepis kasar tangan Fazri yang cuba menahan dia dari pergi.

“Aulia.” Mendengar suara itu, tubuh Aulia kaku. Lama sangat dia tak dengar suara itu. sangat lama dia tidak mendengat sebaris namanya disebut lelaki itu.

Seketika kemudian Aulia melangkah pergi namun berjaya ditahan. “Masuklah dulu.”

“Tak perlu. Saya bukan ke sini sebab nak tengok awak bersanding.”

“Lia, saya boleh jelaskan semua ni. Saya minta maaf sangat-sangat sebab saya rahsiakan semua ni daripada awak tapi saya ada sebab saya sendiri.”

Aulia angguk sambil tersenyum sinis. Dua bulan Hazrul tinggalkan dia, lepas tu sekarang ni nak beri penjelasan? “Saya tak nak tahu sebab awak kahwin dengan Herni. Yang saya tahu sekarang ni saya dah bebas. Selama ini saya tunggu kalau-kalau awak akan muncul semula, tapi ternyata saya silap. Silap besar. Apa pun, tahniah.” Ketawa dibuat-buat.

Dia mahu Hazrul tahu dia takkan tumbang walaupun Hazrul meninggalkan dia. Dia takkan merayu lelaki itu untuk kembali ke sisinya melainkan Hazrul selayaknya dirayu tetapi lelaki ini sebaliknya.

Memang patut dia tinggalkan Hazrul sejak dulu lagi. Dia saja yang masih mahu menanti keajaiban yang kononnya akan berkunjung tiba.

Aulia menolak tubuh Hazrul yang menghalang laluannya.

“Lia! Saya masih sayangkan awak. Saya ikhlas sayangkan awak tapi saya tak boleh bersama awak.”

“Arul, please. Saya nak balik.” Aulia menolak tangan Hazrul yang menahan pintu kereta.

“Dengar cakap saya, sekejap aje. Tolong.”

“Lia, jom.” Ashraff mula memainkan peranannya.

“Lia, please. Sepuluh minit aje.”  Hazrul memohon simpati. Dia perlu menjelaskan kepada Aulia tentang hubungan mereka.

Aulia menjeling ke arah Ashraff yang sudah berdiri di pintu pemandu. “Kita masih ada kerja. Jom.” Riak wajah Ashraff agak beku. Marah?

Ten minutes. Please. I am begging you, Aulia.”

Aulia mengeluh lemah. “Ash, bagi saya sepuluh minit.”

Satu keluhan hampa terbit dari bibr Ashraff.. Aulia ni hati lembut sangat! Bila Hazrul tiada depan matanya bolehlah dia cakap dia takkan kembali kepada Hazrul, bla.. bla.. bla tapi bila Hazrul dah muncul depan mata siap dengan pakaian pengantin pun masih lagi nak beri peluang?

Aulia.. Aulia! Tak pernah serik ke?

Atau mungkin ini kali pertama Aulia bercinta? Mungkin.

Aulia masih merenung Hazrul yang segak berpakaian pengantin. Sepatutnya pengantin perempuan ialah dia tetapi tak sangka Hazrul memilih yang lain.

“Tahniah.” Memang kalau ikutkan hati dia mahu menghamburkan semua kemarahan yang dia pendam selama ini ke muka Hazrul tapi semua itu tak berguna lagi.

“Lia, saya tahu yang saya banyak buat salah dengan awak tapi percayalah apa yang saya buat ni adalah kebaikan untuk kita.” Aulia nampak mata Hazrul berkaca. Lelaki itu menangis?

“Saya hanya boleh ucapkan tahniah kepada awak. Saya doakan awak bahagia sampai bila-bila.”

“Awak tak nak tanya kenapa saya buat semua ni?”

Aulia berhenti melangkah. “Sebab satu juta yang awak minta dari daddy saya?” Terkeluar juga ayat ini dari bibir dia. Puas Aulia cuba mengawal dirinya daripada menyoal soalan yang mungkin akan menyakitkan dia.

Daddy awak tawarkan saya satu juta ringgit untuk projek di Sungai Buloh. Saya perlukan duit untuk bayar pekerja saya, Lia. Kalau saya tak terima duit tu, saya terpaksa tutup syarikat saya.” Aulia mengesat air mata yang tumpah.

“Jadi awak lebih pentingkan duit berbanding saya?”

“Saya minta maaf Lia.. Saya bersalah pada awak.” Bersungguh-sungguh Hazrul cuba memohon pengertian Aulia.

“Banyak sangat ke sejuta ringgit tu pada awak?”

“Lia, saya sayangkan awak tapi saya terpaksa. Saya terpaksa buat semua ni sebab saya perlukan duit.”

“Kalau macam tu kenapa awak tak kahwin dengan saya dan kikis semua duit yang saya ada? Saya ada lebih daripada setuja ringgit yang awak perlukan. Saya mungkin boleh beli syarikat awak..”

“Sebab daddy awak tak izinkan saya kahwin dengan awak!” Suara Hazrul sedikit keras. Membela diri yang mungkin diperkecilkan oleh Aulia.

“Walau apapun saya bersyukur sebab saya tak kahwin dengan awak dan sekarang saya nampak kebenarannya. Thank you!”

“Saya sayangkan awak.. sangat!”

“Kalau sayang kenapa awak kahwin dengan Herni?” Hazrul terdiam.

Aulia menarik nafas dalam-dalam. Hazrul tiada jawapan untuk soalan dia. “Sepuluh minit awak dah tamat Arul. Saya maafkan awak dan saya halalkan setuja ringgit yang awak terima dari daddy saya. Semoga bisnes awak bertambah maju.” Aulia melangkah pergi. Dia tiada kekuatan mahu terus berdepan dengan Hazrul. Takut pula jika dia meraung di depan Hazrul.

“Lia, aku minta maaf dengan kau!”

“Jangan muncul depan aku lagi. Aku tak nak tengok muka kau, Faz.” Aulia tunding jari telunjuk tepat ke muka Fazri.

“Pukullah aku dengan heels kau. Aku sanggup asalkan kau maafkan aku.”
“Aku tak pakai heels hari ni. Kalau tak mungkin aku dah buat.”

“Lia, tolonglah jangan layan aku macam ni.. Aku sayangkan kau Lia, aku tak sampai hati.”

Aulia tergelak kecil. Tak sampai hati? Sayang? Kawan? Kawan apa macam ni!! Kalau kawan Fazri takkan sembunyikan semua ini daripada dia..

Blah! Aku nak balik.”

Fazri masih berdegil.

“Aku cakap blah, blah la!” Aulia menolak kasar tubuh Fazri yang menghalang laluannya.

“Jom.” Ashraff menghidupkan enjin kereta dan menurut perintah Aulia. Macam lembu ditusuk hidung dah dia hari ni.




Aulia merenung kawasan yang menghijau dan bangunan di sekelilingnya tanpa perasaan. Ingatkan kedatangannya ke Bukit Tinggi akan memberikan sedikit ketenangan, rupanya membongkar satu rahsia besar.

“Saya minta maaf Lia. Saya minta maaf… Sebenarnya saya dah lama bersama dengan Herni sebelum saya bersama awak lagi.” Aulia tergelak sinis. Rupanya selama ini dialah perampas  Hazrul dari Herni?

Maaf konon! Macam  mana dia nak maafkan lelaki yang melukakan hati dia? Kenapa dia perlu maafkan Hazrul?

Patutlah Herni bukan main lagi menjaga kepentingan Hazrul semasa di pejabat. Siap jadi setiausaha Hazrul lagi. Rupanya bukan sekadar setiausaha tapi lebih daripada itu. Mungkin semua pekerja di syarikat Hazrul tahu yang Hazrul dan Herni berpasangan. Ah, malunya dia yang terhegeh-hegeh dengan Hazrul.

Aulia meraup mukanya kasar. Mahu melupakan apa yang dia nampak sebentar tadi. Tidak mahu langsung mengingati seraut wajah yang penah singgah di hatinya. Dia mahu membuang kesemua kenangan dia dengan Hazrul.

Satu keluhan berat dilepaskan. Aulia berpaling ke belakang. “Ya Allah!” Bila masa lelaki ni berdiri belakang dia ni?

Apasal berdiri dekat sini? Buat terkejut orang aje!” Aulia menjeling tajam.

“Ingat kekasih lama?” Aulia diam. Tidak mahu memandang Ashraff yang selumber badak air aje duduk di tempat duduk dia sebentar tadi.

“Jangan sibuklah.” Sibuk aje Ashraff ni. Dia nak tenangkan diri  pun tak boleh. Sejak sampai di Bukit Tinggi, asyik ikut dia ke sana ke sini. Dah tahu dia sedih, lagi mau tanya apa perasaan dia tengok kekasih sendiri bersanding.

Tepuk mulut tu baru tau! Cakap banyak sangat.

“Mana ada jangan sibuk sebab I memang sibuk pun.”

Tak reti bahasa Melayu ke Ashraff ni? “Awak ni tak penat ke ikut saya ke hulu ke hilir macam ni?”

“Tak.” Aulia ketap bibirnya geram.

“Boleh tak kalau awak jangan menyibuk dekat sini! Rimaslah tengok muka awak tu.”

I tak rimas tengok muka you. Comel bila you marah. Buat I rasa nak terkam you aje.” Aulia dah mula hilang sabar. Mulut Ashraff ni kadang-kadang macam sengaja nak memperlekehkan dia.

“Kalau awak ingat saya ni jenis perempuan murahan macam awak usung masuk bilik tidur, awak silap!” Bengis wajah Aulia pandang Ashraff namun tidak mengusik hati Ashraff.

“Siapa cakap I ingat you jenis macam tu?” Nafas Aulia turun naik. Kenapa Ashraff ni muncul dalam hidup dia? Rasa menyampah tetapi dalam masa yang sama buat dia rasa macam seronok bertikam lidah dengan lelaki ini.

“Awak jangan buat saya marah Ash. Helinna tak tahu lagi perangai awak yang usung perempuan masuk bilik tidur. Jangan sampai saya cakap dengan Helly yang Melisa ada dekat sini!” Ashraff pantas berdiri. Terkejut dengan kenyataan Aulia.

Macam mana Aulia tahu Melisa ada dekat sini? Memang dia yang ajak Melisa ke sini sebab geram dengan sikap Helinna yang langsung tidak menghargai dia. Dah puas dia pujuk malam semalam tadi Helinna masih lagi buat bodoh.

Hari ni langsung tak jawab panggilan telefon dia. Memanglah dia bengang!

You jangan masuk campur dalam urusan hidup I!” Jari telunjuk tepat ke hidung Aulia.

“Saya takkan masuk campur dalam hidup awak kalau awak tak menyibuk dalam hidup saya.” Ashraff tergelak. Buat-buat gelak untuk terus menyakitkan hati Aulia.

“Kesian you. Muka cantik tapi kena tinggal. Ada kekasih tapi kekasih kahwin dengan orang lain. Tak sangka yang you ni sebenarnya ditinggalkan. Kalau orang tahu mesti orang ketawakan you. Pity you.”

Aulia berdiri tegak di hadapan Ashraff. Memandang sekeliling kawasan resort. Tiada orang waktu ini. Bagus. Boleh dia menjerit sekuat hati di muka Ashraff!

“Jangan masuk campur hidup saya!”

Ashraff masih ketawa menggila. Seronok tengok Aulia menaham marah. “Kalau I nak masuk campur jugak, you nak buat apa? Nak bunuh I?” Tak payah suruh. kalau bunuh orang tu tak masuk penjara dah lama Ashraff ni kena tikam lima puluh enam kali dengan dia.

“Kalau saya boleh bunuh awak, saya kerat mulut awak tu campak dalam laut, biar ikan paus makan!”

Ashraff masih belum puas mengusik Aulia. seronok tengok Aulia marah. “You mesti tertekan sekarang ni kan? Kalau you nak, I boleh suruh Melisa balik.. I sanggup temankan you.” Aulia angkat tangan mahu menampar muka Ashraff namun berjaya ditahan oleh Ashraff.

“Hari ni you mungkin nak tampar I tapi esok lusa mungkin you melutut merayu dekat kaki I.” Aulia gelak sinis.

“Jangan nak perasan sangatlah Ash!”

“Kenapa? Sebab lelaki tadi tu masih ada dalam hati you?” Entah kenapa Ashraff masih lagi mahu mengungkit kisah tadi. Dia tak mahu ingat langsung pasal Hazrul dan Fazri. Patutlah Fazri minta cuti seminggu, rupanya pergi rumah Hazrul.

Aulia menggeleng kepalanya. Kata tak mahu ingat tapi fikir juga.

“Kalau Arul masih ada dalam hati saya, kenapa? Cemburu?” Ya, memang dia cemburu. Cemburu tanpa sebab bila tengok Aulia menangis sepanjang perjalanan dari Kampung Endang ke resort ini.

I takde masa nak cemburu dengan you. Tiada ada yang istimewa tentang you yang boleh buat I tertarik sampai I nak cemburu dengan lelaki lain.”

“Oh, kalau macam tu baguslah sebab Arul memang akan terus ada dalam hati saya sampai bila-bila.” Aulia pelik, kenapa dia mahu Ashraff berasa cemburu.

“Walaupun lelaki tu ada dalam hati you tapi I akan pastikan you tersungkur di kaki I.”



“Hey, apa yang awak dengki sangat dengan saya? Hah, I got it. Rasa tercabar sebab saya tak terkulai dalam pelukan awak. Kan?” Aulia gelak mengejek.

“Jangan cabar I, Aulia..” Rasa seronok mahu mengusik Aulia sudah bertukar menjadi rasa sakit hati dan tercabar dengan sikap Aulia.

“Saya cabar awak. Buat saya melutut di kaki awak.” Memang dia ego. Dia rasa ego yang ada dalam diri dia lebih tinggi dari ego yang ada dalam diri Ashraff. Ashraff ingat dia hebat sangat?

You will.” Ashraff tayang senyum. Kacak. Tapi tak cukup untuk mengoyahkan iman dalam hati dia.

Well, we will see that.” Aulia meninggalkan Ashraff dengan perasaan yang sebal. Lantak kau lah! Malas nak melayan orang gila macam Ashraff. Lelaki tak guna macam tu memang tak boleh buat suami langsung. 

6 comments :

  1. menyampah n geram plak tgk si ash ni...
    kaki kasanova tol la dia ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, nanti lagi sakit hati dengan perangai si Ash ni.

      Delete
  2. best cepatlah sambung ya tq.

    ReplyDelete
  3. eee...sengal la ash tu..
    nnt,jgn2 ash plak yg termelutut kt kaki aulia..
    bez...cepat smbung kak sri..

    -noor-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hikhik, dah nak sambung lah ni... :)
      Thanks for reading.

      Delete