Saturday 4 May 2013

Bab 17 Aku Dia dan Stiletto



Aulia mengeliat malas sebelum bangun membuka pintu biliknya.Siapa pula yang muncul depan pintu awal-awal pagi macam ni.. Adoi!

Dia tak puas tidur lagi.Dah la semalam tidur lewat sebab berbincang dengan Ashraff pasal projek baru selepas projek di Sungai Buloh sampai pukul 1.30 pagi sekarang awal-awal pagi dah ada manusia tekan loceng bilik dia?

Ini memang kasi angin satu badan ni!

Good morning!” Buat seketika Aulia rasa nafasnya bagai direntap dari jasad.Terkejut amat sangat melihat sebatang tubuh yang berdiri di depannya pagi ini. Kan hari ni baru hari Rabu.

“Kau mesti terkejut tengok aku dekat sini, kan?”  Ha’ah, dia memang terkejut beruk tengok Helinna yang tiba-tiba muncul depan bilik dia sekarang ni.

“Kau cakap nak datang esok?” Aulia baru rancang nak cakap dengan Ashraff yang Helinna akan datang esok jadi sila halau Melisa dari sini.

Aulia kerling jam di tangan. Pukul 7.55 pagi. Sah Ashraff tak bangun lagi sekarang ni. Ya Allah, matilah dia!

Babe, kenapa kau macam ayam berak kapur ni? Terkejut sangat ke nampak aku?”Helinna tumbuk perlahan bahu Aulia.

“Aku nak pergi tandas kejap, nak gosok gigi.Period, tak bangun Subuh.”Membela diri sebelum Helinna menuduh yang bukan-bukan.

Aulia kurung diri dalam tandas.

Duh! Dia tertinggal telefon bawah bantal. Alamak, macam mana nak telefon Ashraff ni. Dia mesti buat sesuatu.

Tombol pintu dibuka semula.“Aku nak ambil tuala kejap.Mandi siap-siaplah.Kejap lagi boleh pergi makan dengan kau.”Aulia mendekati katil dan mengambil telefon bimbit dari bawah bantal.

Helinna tak nampak.Bagus!

Great! Boleh makan dengan Ash sekali.Mesti terkejut nampak aku dekat sini, kan?”Aulia sengih kelat.Rasa macam nak pitam sekarang ni. Kenapalah kau muncul waktu-waktu macam ni Hellina oi..Dah la semalam dia bergaduh dengan Ashraff tak habis-habis lagi.

Sekarang Helinna pula muncul di sini?
Mati dia..Mati!

Kenapa tak angkat telefon ni! Sakitnya hati dia.dah berpuluh-puluh kali dia cubacall Ashraff tapi langsung tidak berjawab. Tidur ke mati mamat ni!

Sekali lagi Aulia cuba menghubungi Ashraff namun tidak berjaya.

Aulia duduk di atas mangkuk tandas.Kepala yang tidak gatal digaru. Pening! Pening!

Skirn telefon bimbit disentuh untuk mengeluarkan cahaya. Bismillah..Minta-mintalah jawab kali ini.

Ya Allah..Aulia mengetap giginya kuat. Geramnya! Geramnya! “Lantak kau lah!”

Aulia meletakkan telefon bimbit di atas sinki.Baik dia mandi dan pergi makan dengan Helinna lagi bagus.

Selesai mandi, Aulia keluar sambil menyembunyikan telefon bimbit dalam baju tidur semalam.“Babe, aku nak masuk tandas kejap.”Aulia pantas mengangguk.

Lega!

Sehelai gaun tanpa lengan separas lutut berwarna putih disarung ke tubuh langsingnya. Minyak wangi J'Adore dari Christian Dior disembur ala kadar ke tubuhnya.

“Jom.”

“Bilik Ash nombor berapa?” Langkah Aulia terhenti di depan pintu biliknya. Allahuakbar, nak jawab apa ni? Ashraff duduk sebelah bilik dia aje sekarang ni. Kalau Helinna terserempak dengan Ashraff dan Melisa macam mana?

Aulia rasa berdosa sangat sebab bersubahat dengan Ashraff.Dia pun berkongsi dosa yang dilakukan oleh Ashraff tapi dia tiada kuasa untuk melakukan apa-apa sekarang ni.

“Aku rasa kita pergi makan dulu lepas makan kita pergi cari Ash, okay?Aku dah lapar sangat sampai tak boleh nak tunggu dia lagi dah.”Helinna ketawa melihat muka cemberut Aulia.

Aulia dan Helinna beriringan keluar dari bilik.

“Lia, kenapa kau senyap aje ni? Selalu bukan main sibuk lagi mulut kau tu bercerita itu ini..Ni tiba-tiba senyap, kenapa?”

“Kerja kau hari ni macam mana?Cakap nak datang esok.”

Helinna sengih tayang gigi.“Tiba-tiba aje batal. Aku apa lagi, bersorak gembiralah. Boleh ikut ke korang pergi mesyuarat?”

“Eh, kenapa pula tak boleh.Mestilah boleh.Lagipun bukannya mesyuarat formal pun, lepak-lepak minum sambil belek dokumen bisnes.Macam tu aje.Kalau nak formal baik balik buat kerja dekat pejabat aje..”Helinna ketawa halus mendengar penerangan Aulia.

“Eh, bukan kau cakap hari tu kampung Hazrul dekat-dekat sini ke?Kau tak singgah?Mana tahu boleh jumpa Hazrul.”

Aulia menarik nafas panjang.Dia perlu bercerita dengan Helinna tentang Hazrul?

“Semalam aku singgah rumah Arul.”Helinna letak semula sudu nasi goreng yang hampir sampai ke mulutnya.

“Lepas tu?Hazrul adatak dekat rumah?Tapi sekarang kan weekdays, mesti dia kerja, kan?”Helinna tergelak kecil apabila terperasan dia menyoal dan menjawab soalannya sendiri.

“Arul dah kahwin.” Helinna rasa rahang gigi dia macam jatuh dalam pinggan nasi goreng.

“Kau biar betul!Kau nampak ke?Mana kau tahu?Gosip aje kot.”

“Aku nampak dia dengan mata kepala aku sendiri. Fazri tipu aku selama ni, Helly. Dia tahu Arul bercinta dengan Herni.”Helinna meraih tangan Aulia dan digenggam kemas.

“Lia, sabar ya?”

“Aku tak tahu apa yang aku rasa.Aku rasa macam bodoh pulak bila aku menangis.Arul tak layak untuk aku.Aku dah lupakan dia.”

“Aku yakin kau boleh lupakan dia. Kau cantik.Banyak lagi lelaki dekat luar sana yang nakkan kau. Jangan ingat sangat benda yang dah lepas.”Helinna masih memujuk Aulia.

“Aku pun tak tahu… Aku rasa kecewa.Kenapa dia tipu aku?Aku tak marah kalau dia dah tak sayangkan aku, babe..Tapi aku rasa ditipu.Rasa macam dikhianati!”

Helinna bangkit memeluk tubuh Aulia.“Aku tahu kau boleh.Aku selalu ada untuk menyokong kau.Jangan terlalu ikutkan perasaan, okay?”

“Aku tak sangka hubungan aku dengan Arul akan berakhir dengan cara yang macam ni. Kalau aku tak ajak Ash singgah rumah dia semalam, agaknya sampai kiamat pun aku takkan tahu yang dia tu dah kahwin.”

“Allah memang sengaja nak tunjuk depan mata kau sendiri tentang Arul. Selama ni kau cakap mummy dengan daddy kau halang hubungan kau dengan Arul, kan? Mungkin sebab dorang dah tahu sikap sebenar Arul.”Aulia menyokong Helinna.Patutlah selama ini mummy memang membantah kalau dia mahu bersama dengan Arul.

“Cantik ke isteri dia?”Aulia jongket bahu.Cantik ke Herni? Boleh la..So..So..

Helinna tegak berdiri sambil tersenyum.“Aku yakin kau cantik beratus-ratus kali ganda daripada perempuan tu. Jangan risaulah.Perempuan baik dan cantik macam kau mesti dapat lelaki yang baik dan kacak!”

“Pandailah kau tu..Siapa nak dekat aku ni.”

“Mesti ada.Fazri, kau tak nak?”

Aulia tampar lengan Helinna.“Kawan aku.Tak nak sebab dia tipu aku.I hate him!”

Helinna ketawa sakan.Sakit perut dia gelakkan Aulia yang buat muka menyampah terhadap Fazri.Menyampah sungguh-sungguh aje gayanya.Tiba-tiba matanya terpandang Ashraff yang berkepit dengan seseorang. Anak matanya segera dilarikan ke tempat lain.

“Ash ada datang sini dengan perempuan ke?”

Aulia panggung kepala pandang Helinna.“Entah, mana aku tahu.Bukannya aku duduk sebilik dengan dia pun.” Aulia tunjuk riak tidak bersalah walaupun hati dia terkejut bagai nak gila dengan soalan Helinna.

“Betul kau tak tahu?”Aulia angguk.Muka kena yakin.“Belakang aku tu Ash, kan?”Aulia pandang ke sisi sebelah kanannya.Matanya membulat besar terkejut melihat Ashraff yang berpelukan dengan Melisa. Siap dengan sengih melebar lagi.

Mampus! Masaklah kau kali ni Ash.. Aku bukan tak call kau tapi kau yang tak jawab. Nak sombong sangatkan, sekarang rasakan! Padan muka.

“Helly, kau okay tak?”

“Aku rasa aku nak serang perempuan tu sekarang jugak.Muka tak tahu malu!”Aulia terkedu.Belum sempat berbuat apa-apa Helinna dah terkam Melisa.

“Perempuan gatal!”

Aulia ternganga kecil. Helinna simbah air oren atas kepala Melisa? Aulia ketawa dalam hati.Padan muka.Bukan Melisa tak tahu yang Helinna tu kekasih Ashraff tapi sengaja nak mencaras jugak.Padan muka.

Hey! Perempuan kurang ajar!” Melisa cuba mencakar tangan Helinna namun berjaya dielak. Nasib baik tak kena, kalau tak boleh bergaduh besar dekat sini.

“Helly, you dah salah faham ni..”

“Salah faham apa lagi Ash?Dah terang-terang I nampak you peluk perempuan gatal ni! You masih kata I salah faham?” Ashraff cuba menenangkan Helinna namun ditepis kasar oleh Helinna.

“Ash, kenapa you nak bela perempuan ni? Dia yang simbah air dekat I dulu.” Melisa cuba menarik Ashraff kembali ke sisinya. Aulia tergelak kecil.Kau ingat Ashraff nak tinggalkan Helinna ke Melisa oi?Kesian.
“Mel! Please, jangan buat hal.”

“Sampai hati you! I hate you.”Melisa terus berlari keluar dari cafĂ©.Memang Ashraff takkan kejarlah.
“Lia, jom.”Helinna menarik tangan Aulia untuk pergi dari sini.

Ashraff masih mengejar Helinna dari belakang. “Helly, let me explain this sayang.” Sayang konon!

“Kalau you sayang takkan you nak buat I macam ni? Macam mana perempuan tu boleh muncul dekat sini?Cakap!”

Ashraff tergagap-gagap.Rasa nak menipu pun takut sekerang ni. “I minta maaf dengan you tapi percayalah yang I memang sayang you sangat-sangat.I love you so much!”

Stop saying anything. I tak nak jumpa you lagi. I hate you!”

Helinna masih berdegil.Rasanya kesabaran yang ada dalam hati dia dah sampai ke kemuncaknya.Dia dah tak boleh terima lagi sikap Ashraff yang kaki perempuan.Ingatkan dah tinggalkan sikap tu semua tapi rupanya masih lagi macam itu jugak.

“Banyak kali I bagi peluang pada you tapi you tetap sama..Tak berubah!”

I sayangkan you.Jangan tinggalkan I.Tolonglah.” Kesian pulak bila tengok Ashraff merayu macam ni.. Aulia tak sampai hati tengok Helinna diperbodohkan tapi dalam masa yang sama dia tidak mahu Helinna kehilangan cintanya.

“Ash, biar saya cakap dengan Helly.”

You jangan masuk campur dalam hal I dengan Helly!”Tempik Ashraff membuakan Aulia terkedu.Nak tolong pun kena marah.Tak reti menghargai orang langsung.

Hey, kenapa you nak tengking Lia? Dia tak salah dalam hal ni. Ini masalah kita!”

“Helly, tolong maafkan I. Jangan tinggalkan I.”Ashraff masih merayu.Dia tidak sanggup kehilangan Helinna.Bodoh! Kalaulah dia tahu Helinna nak datang sini, sumpah dia takkan ajak Melisa bermalam dengan dia di sini.

“Tolong bagi I masa.I tak boleh terima you sekarang ni. You curang dengan I!”Dada bidang Ashraff menjadi mangsa tumbukan liar Helinna.Rasakan!

I tak buat apa-apa dengan dia. Dia pun baru sampai pagi tadi sebab ada kerja dekat sini.Betul! I tak tipu you, sayang.”Aulia rasa nak tampar mulut Ashraff.Dasar penipu!

Ashraff menjeling ke arah Aulia mengarahkan supaya gadis itu senyap dan tidak masuk campur.

“Lepaskan I.I nak bersendirian.” Akhirnya Ashraff mengalah.Dia terpaksa membiarkan Helinna pergi kerana wanita itu masih berkeras untuk meninggalkan dia. Helinna perlukan masa untuk bersendirian.

“Saya akan pujuk dia.”

Ashraff berdengus kasar. “Jangan masuk campur.”



Aulia melabuh duduk di sebelah Helinna yang masih berselubung dengan selimut tebal. Sejak dia keluar pagi tadi sampai dia balik semula keadaan Helinna masih sama. “Dah pukul dua petang, takkan nak duduk dalam comforter ni lagi.Tak panas ke?”

Helinna menarik kasar comforter ke paras dada. “Aku sakit hati kau tahu tak? Sia-sia aje aku datang sini awal pagi kononnya nak surprise kan dia. Lastly siapa yang surprise siapa?” Aulia pun terkejut jugak sebenarnya bukan Helinna dan Ashraff sahaja.

Tisu yang berselerak di atas katil dikuis ke bawah. “Kau dah habiskan berapa kotak tisu ni? Ei, tak senonoh betul buang tisu merata-rata!”Aulia membebel kepada Helinna yang bersikap kebudakan-budakan.

“Dua..”Tangan Helinna mencampakkan sehelai lagi tisu yang diguakan untuk mengesat air hidungnya ke lantai.

Aulia mendengus geram.Dia pun menangis juga masa Hazrul kahwin semalam tadi tak adalah sampai habis sekotak tisu dia kerjakan.

“Aku faham kau sakit hati tapi takdelah seteruk aku yang nampak kekasih sendiri kahwin depan mata, kan?”
Helinna bangkit duduk bersandar di kepala katil.“Kesian kau takboleh buat kerja sebab risaukan aku, kan?”

Aulia menggeleng.“Salah.Aku tak campur aduk kerja dengan peribadi.Jadi aku boleh buat kerja dengan tenang tadi.” Meninggalkan Helinna lebih dari empat jam ingatkan wanita itu dah kembali ceria rupanya masih lagi terbongkang dalam comforter sambil menangis.

“Dah berapa lama aku nangis?”

Four hours. Kenapa dah larat lagi nak menangis ke? Rasa macam dah nak buta ke mata kau tu?”Helinna tampar kuat lengan Aulia. 

“Kau ni memang tak sayang mulut kan!” Aulia ketawa terbahak-bahak sebelum Helinna turut ketawa. 

“Gelak pun. Ingatkan dah lupa cara nak gelak. Helly, rileks lah. Sikit je ni. Kesian Ash tak boleh buat kerja sebab ingat dekat kau.”Aulia reka cerita.Padahal tadi tak habis-habis dia bertikam lidah dengan Ashraff.

Gila. Ashraff gila! Tuduh dia yang bukan-bukan.Macamlah dia yang paksa Helinna ke sini dan membocorkan rahsia dengan tidur dengan Melisa! Sumpah dia tak buat macam tu. Memang Helinna datang buat kejutan untuk mereka, mana lah dia tahu semua itu.

“Kau jangan nak tipu akulah Lia.Aku kenal Ash tu macam mana, dia takkan ingat aku bila waktu kerja sebab dia tu gila kerja.”Aulia sengih kelat.Nampaknya Helinna sangat memahami Ashraff.

“Dia ingat jugak sebab tadi sebelum masuk bilik dia pesan suruh aku jaga kau elok-elok. Lepas tu dia pesan yang dia dengan Melisa takde apa-apa hubungan.Kalau kau tak percaya dia sayangkan kau, kau boleh belah dada dia then kau akan nampak nama kau sendiri.”Aulia berbaring di sebelah Helinna.Ashraff langsung tak penat semua tu, dia saja mereka cerita.

Tak kisahlah dia reka cerita atau tak asalkan Helinna dan Ashraff berbaik semula.Lepas satu hal datang pula satu hal.Ish, penatlah dia kalau macam ni. Mulut yang menguap segera ditekup.Mata dia rasa berat dan mengantuk ya amat.

“Kau rasa betul ke dia takde apa-apa dengan Melisa?”

Aulia kalih tubuhnya ke sisi.Sisi wajah Helinna yang terlentang memandang siling diperhatikan. “Kalau dia cakap takde apa-apa, maksudnya meman takde apa-apa lah tu..”

Dia pun dah jadi macam Fazri agaknya, menipu untuk menjaga hati orang lain. Tapi ini lain..Dia memang tak nampak Ashraff tidur dengan Melisa, dia cuma tahu Ashraff memang tidur sebilik dengan Melisa.Apadorang buat mana dia tahu!

Babe, kau rasa aku patut maafkan dia tak?”

“Patut rasanya sebab dia belum kahwin lagi.Kalau dia dah kahwin kau kena buat dua benda dalam satu masa.”

“Apa dia?”

“Maafkan dia dan kemudian lupakan dia.”Aulia pejam mata sambil bercakap.

“Kenapa kena lupakan dia.”

“Hoi, laki orang tu. Takkan kau nak ingat dekat suami orang kot?”Aulia pukul Helinna dengan sebiji bantal.
“Sakitlah bengong!”Tahu pun sakit.

“Nak cakap tu guna kepala otak sikit.Jangan ikutkan perasaan sangat Helly. Kau sayangkan dia, kan? Kau kena belajar terima kekurangan dan kelebihan Ash sebab semua itu yang melengkapkan diri kau.”Aulia memandang wajah Helinna yang duduk memeluk bantal.

“Maksud kau?”

Aulia menarik nafas.“Kekurangan kau akan dilengkap dengan kelebihkan Ash dan kelebihan kau akan lengkapkan kekurangan Ash.Itulah namanya hidup saling melengkapi.”Helinna mengeluh kecil sebelum berbaring di sebelah Aulia sambil memandang siling.

“Kau memang baik hati, kan? Kalau Arul tak kahwin lagi, mesti kau akan terima dia walaupun kau tahu dia curang dengan kau, kan?”Aulia hanya tersengih.Sebenarnya dia sendiri tiada jawapan untuk soalan Helinna.

Dia sendiri tidak tahu sama ada dia akan menerima Hazrul semula atau pun tidak tetapi yang pasti kini hatinya memang tidak mampu untuk menerima Hazrul semula. Dia dan Hazrul hanya tinggal sejarah sahaja.

“Tapi kalau aku jadi kau Lia, aku memang takkan maafkan Arul sebab dia dah tipu aku.Dia buat aku tertunggu-tunggu dia yang entah ke mana menghilang. Lepas tu takde khabar berita dia kahwin dengan perempuan lain. Memang aku tak boleh terima lelaki macam tu.”

Helinna mengetuk bantal peluk di tangan.“Lia, kau ingat dalam kepala otak kau apa yang aku cakap ni sampai bila-bila.Jangan sesekali terima Arul tu semula walaupun nanti dia bercerai dengan isteri dia. Aku bukan doakan keruntuhan rumahtangga dia tapi manalah tahu kot-kot isteri dia tinggalkan dia, kau jangan terima dia semula. Kau faham tak aku cakap ni Lia?”

“Lia..”

“Hmmmm..”

Helinna bangkit tongkat kepalanya dengan tangan.

“Lia..”

“Hmmm.”

Ya Allah, tidur budak ni! Bertuah sungguh.Penat aje dia bercakap sorang-sorang dari tadi.Siap bagi nasihat bukan main lagi sedap aje Aulia tidur.Helinna senyum seorang diri.Rasa bertuah ada kawan macam Aulia.
Menghiburkan hati dia yang luka.

Kepala kembali direbahkan di atas katil.Dah rasa tenang sedikit selepas berbual dengan Aulia.Kalau tiada Aulia mungkin dia akan menangis sampai esok kot.

Bunyi telefon bimbit menyentakkan Helinna. Lekas-lekas telefon bimbitnya di cari dalam tas tangan.
“Apa lagi you nak ni Ash?”

Salam tak bagi terus sembur aje.

I takde benda lagi nak cakap dengan you.Kan I dah cakap jangan cari I lagi.You tak faham bahasa ke?”

“Kenapa dengan Aulia? Aulia takde buruk-burukkan you pun.”
“Ash, kalau you ada apa-apa dengan Melisa sekalipun I tak kisah!I tak mahu ambil tahu pasal you lagi!”

Helinna terdiam.Memberikan ruang kepada Ashraff untuk bercakap pula.Penat dah dia asyik menyembur Asyraff sejak tadi.

“Nak jumpa buat apa lagi?”

“Hmm, okay. I datang.”

Telefon bimbit di campak di atas katil.Uihh, nasib baik tak kena kepala Aulia.Kang tak pasal-pasal bengong kepala kawan baik dia.


Melihat Aulia yang terlena, Helinna menghilang ke dalam tandas.Mahu membersihkan diri dan bersiap untuk berjumpa dengan Ashraff.Kali ini sahaja.Ini peluang terakhir dia berikan kepada Ashraff.Selepas ini tiada lagi.

Itu janji dia.
  

8 comments :

  1. smbng lagiiii
    salah diri sndiri.. lpstu nak salah aulia plak
    ish ish

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ashraff memang jenis ego melangit yang takkan mengaku salah dia.

      Delete
  2. Ggrrrrrr.....geram rasanya dgn ashh...dasar kaki buaya...kasanova....pastu salah n marah kat aulia plak...patutnya si helly tu tinggalkan aje si ash tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Helly tu dah mula sayang sangat dengan Ashraff so dia tak nak tinggal Ashraff dah.. Yang jadi mangsa Aulia la sebab dia kawan baik Helinna..

      Delete
  3. nak lagi!!!!

    -noor-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah bagi lagi dahhhh! Hihi.
      Thanks Noor.

      Delete