Monday 6 May 2013

Bab 18 Aku, Dia dan Stiletto



Aulia meronta-ronta cuba melepaskan pegangan tangannya yang masih dipegang erat oleh Ashraff. Gila! Baru aje tak jumpa dengan dia tiga hari sejak balik dari Bukit Tinggi haritu, takkan dah gila kot? Atau dah kena rasuk dengan apa Ashraff ni sampai jadi gila macam ni sekali?

“Lepaskan saya! Sakitlah!” Aulia menjerit nyaring di telinga Ashraff.

“Diam sebelum I tampar muka you.”

“Tamparlah! Awak ingat saya takut dengan awak ke?” Belum ada perasaan cuak atau takut dalam diri dia sekarang ni. yang penting lawan habis-habisan dulu.

Tadi paksa di masuk dalam kereta, lepas tu paksa dia suruh diam, kemudian paksa masuk dalm perut lif ni.

“Kita nak pergi rumah siapa ni Ash?” Ton suara Aulia masih keras, tidak perlu berlembut dengan lelaki macam Ashraff ni. Buang masa aje nak hormat lelaki yang tak pernah tahu nak menghormati perempuan. Dia ingat orang perempuan ni baju? Boleh tukar ganti sesuka hati dia aje?

“Awak pekak ke saya tanya awak ni Ash? Ke awak tertinggal telinga awak dalam kereta?”
You boleh diam tak?”

“Saya tak boleh diam selagi awak tak lepaskan tangan saya! Lepaslah Ashraff!” Jeritan Aulia bergema sekali lagi. Tangan kirinya masih berusaha merungkaikan pegangan kuat tangan Ashraff di lengan kanannya.  “Sakitlah!” Aulia tampar tangan Ashraff namun tidak berbekas. Sakitnya hati dia sekarang ni!

You cabar I, kan? Jangan salahkan I apa yang I akan buat dekat you.” Aulia pandang wajah Ashraff dengan nafas turun naik. Dada sudah berombak kencang kerana marah yang amat sangat.

“Awak ni dah gila ke?”

“Memang I gila! I jadi gila bila berdepan dengan you!” Aulia rasa mahu menangis mendengar tengkingan Ashraff.

“Lepas! Kalau awak jadi gila bila nampak muka saya, jangan tengok muka saya!” Biarlah orang kata dia gila pun, janji dia dapat lepaskan diri daripada Ashraff.

Rasa menyesal pulak ikut lelaki ini sekarang ni. Kalau bukan sebab mummy yang beriya-iya mahu dia keluar temankan Ashraff, jangan harap dia sudi keluar dengan lelaki ini pada hujung minggu macam ni. Lebih baik dia duduk rumah dan tidur.

Penat balik dari Bukit Tinggi pun masih belum hilang lagi dah kena keluar dengan Ashraff. Yang lelaki ni pun satu, pergilah keluar dengan Helinna, kan dah berbaik semula buat apa ajak dia keluar.

Perang mulut antara mereka tidak pernah surut sejak kali pertama bersua muka sehinggalah sekarang ini. Semakin lama semakin teruk. Bertambah teruk bila Ashraff kantoi dengan Helinna pasal Melisa. Nasib baik pandai cover line, kalau tak memang bye-bye lah dengan Helinna. Dasar buaya!

Ashraff memegang kejap pergelangan tangan Aulia. Menarik kasar tangan Aulia keluar dari perut lif. Aulia melirik matanya melihat tingkat lif berhenti. Tiga puluh? Tingkat atas sekali?  Penthouse? Oh my God, rumah siapa ni? Ashraff tinggal di penthouse?

“Kita nak pergi mana ni?!” Ashraff menarik kasar tangan Aulia memaksa Aulia bergerak mengikut langkah kakinya.

Melihat Ashraff yang membisu, hati Aulia bertambah berdebar-debar. Kenapa lelaki ini ke penthouse ini? Apa dia nak buat dekat sini? Ya Allah, kalau apa-apa berlaku, macam mana dia nak selamatkan diri?

“Masuk!” Ashraff menolak kasar tubuh Aulia masuk ke dalam rumahnya.

Tubuh langsing tu tersentak sedikit ketika mendengar pintu dihempas kuat. Mata meliar ke sekeliling rumah. Luas ya amat! Dan sangat-sangat cantik susun atur dalam rumah ini. Rumah Ashraff?

You nak melutut di kaki I atau nak I paksa you melutut?”

“Awak dah gila ke Ash? Saya nak balik!” Lantaklah kalau nampak dia macam orang tak siuman sebab bertempik sana sini pun dia tak kisah. Bukan boleh layan kepala otak gila Ashraff ni.

“Memang I dah gila! Memang pun I dah gila!” Tubuh Aulia menggigil sedikit ketika Ashraff menapak perlahan mendekaki dirinya. Kaki melangkah ke belakang menjauhi lelaki itu. “You tanya apa yang I boleh buat dekat you?”

Bibir Aulia rasa terketar-ketar mahu menjawab soalan Ashraff. Lututnya rasa menggigil mahu menampung berat badannya yang hanya 49 kilogram. “Jangan dekat!” Tangan Aulia diangkat menahan tubuh Ashraff yang mahu mendekati dirinya.

Ashraff genggam tangan Aulia. “Dalam hati you masih ada Hazrul?” Mendatar sahaja suara itu menyoal dia. Aulia menggeleng. Rasa kosong kepala otak dia sekarang ni. Hilang semua perkataan maki hamun terhadap Ashraff.

“Jawab soalan I, Aulia. you masih sayangkan lelaki itu?” Mulut Aulia bagaikan terkunci. Hanya kepalanya digeleng beberapa kali.

Yang ada sekarang ini ialah rasa takut berdepan dengan lelaki ini lebih dahsyat berbanding rasa ingin menghamburkan maki hamun kepada Ashraff.

“Saya nak balik.”

Tell me why you tak boleh lupakan jantan tu? Kenapa you still nak simpan jantan tu dalam hati you?” Melihat Ashraff yang terpekik, terlolong, Aulia rasa kecut perut.

“Jangan macam ni…Saya nak balik. Tolonglah” Sumpah dia dah tak tahu nak cakap apa lagi sekarang ni. Semua perkataan dan bercampur tunggang langgang dalam kepala otak dia macam kapal nak karam.

You sengaja cakap dengan Helinna yang Melisa ada di sana sebab nak sakitkan hati I kan? You nak I sakit hati macam you sakit hati bila tengok kekasih you kahwin dengan perempuan lain. Kan?” Merepek! Dia langsung tidak tahu pasal kemunculan Helinna. Sumpah dia memang tak tahu.

“Tak…” Air mata menderu laju membasahi pipi. Takut amat sangat!

You nak I berpisah dengan Helinna sebab you dah mula sayangkan I, kan?”

Aulia menggeleng rakus. Kepala otak dia tak boleh berfikir langsung apa yang Ashraff cakap dengan dia sekarang ini. yang dia tahu dia nak balik!

I akan buktikan cara I berkasih sayang kepada perempuan..”

Apa Ashraff nak buat. Nak buktikan apa?

Shhhhuuu…” Air mata yang mengalir di pipi Aulia dikesat perlahan. “After I finish ‘this’, I hantar you balik.” ‘This’? Apa maksud Ashraff?

“Dekat mana you selesa? Here atau dalam bilik tidur?” Aulia rasa mahu pitam. Ashraff mahu menyentuh dia? Dia bukan perempuan murahan seperti yang selalu diusung ke hulu dan ke hilir oleh Ashraff.

Watch your mouth Ashraff!” Biarlah satu kondo ni dengar dia menempik! Lagi bagus kalau ada orang yang betul-betul dengar dan datang selamatkan dia. Bukan dia yang nak datang ke rumah Ashraff tapi Ashraff yang heret dia ke sini.

 “Saya bukan perempuan murahan yang macam awak pernah sentuh!”

Ashraff ketawa kuat. “Bukan perempuan murahan konon! Then buktikan yang you masih virgin.” Tangan Ashraff masih galak mengusap pipi Aulia.

I don’t have to prove you anything, Ashraff! Awak bukan suami saya atau sesiapa pun dengan saya. Saya nak balik!” Tempikan bergema lagi. Ashraff dah gila. Mereka bukan ada apa-apa hubungan sehingga dia perlu membuktikan bahawa dia masih suci kepada Ashraff.

Ketawa Ashraff seolah-olah sedang mengejek dia.

“Lepas!” Aulia menolak kasar tubuh Ashraff.

Belum sempat Aulia melarikan diri, Ashraff sudah menyambar tangan Aulia. “Nak ke mana, sayang?” Ashraff menekan kuat bahu Aulia ke dinding. Bibirnya mula rakus menjamah batang leher Aulia.

“Lepas!”

“Bukan ke ini yang you nak I buat selama ini? You nak I buktikan pada you sama ada I sahut cabaran you atau pun tak.. Kan?”

Aulia menggeleng laju. “Ashraff.. Kalau saya ada buat salah, saya minta maaf. Jangan buat saya macam ni.” Terketar-ketar tangan Aulia menolak dada bidang Ashraff. Dia tidak pernah rasa takut sampai macam ni sekali.

Dia tahu dalam keadaan sekarang ini tiada guna jika dia mahu melawan dengan Ashraff. Mungkin Ashraff akan lembut hati jika dia berlembut.

You akan rasa seronok. Come on, let’s enjoy this.You akan lupakan Hazrul dan Helinna. This is our time, Aulia.”

“Saya sanggup melutut di kaki awak kalau itu yang dapat puaskan hati awak. Tolong jangan buat saya macam ni Ash..”

Ashraff tergelak kecil. “Tak perlu melutut sebab tawaran tadi dah tamat. I want more than that.” Ke mana hilang pertimbangan agama dan iman yang ada dalam diri Ashraff? Kalau tak salah dia, selama dia mengenali Ashraff lelaki ini seorang yang mendirikan solat.

Kenapa masih lagi membuat perkara yang dilarang oleh Allah jika mendirikan solat dengan sempurna?

Dalam surah al-Ankabut ayat 45, terdapat firman Allah yang menyatakan sembahyang itu mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan (fahsya) dan kemungkaran. Bermaksud bahawa sekiranya seseorang itu berupaya melakukan sembahyang, maka hasil daripada sembahyang yang dilakukan, orang yang berkenaan tidak akan melakukan perbuatan maksiat, melanggar perintah Allah. 

Tetapi kenapa Ashraff sanggup melakukan perkara terkutuk seperti ini? Mana iman yang ada dalam hati lelaki ini? Atau dia hanya bersolat kerana itu satu kewajipan tanpa menghayati maksud sebenar solat?

“Ashraff.. Tolonglah..”  Ashraff menghentikan perbuatannya. Wajah basah Aulia dipandang lama.


“Kenapa you cantik sangat?” Belum sempat Aulia mahu membuka mulut, Ashraf terlebih dahulu bertindak.

Aulia terdiam. Lama bibir Ashraff bertaut dengan bibirnya. Mula-mula lembut kemudian semakin rakus bibir Ashraff menjamah bibir merah merekah Aulia. Batang leher Aulia sudah terasa sakit kerana disentuh kasar oleh Ashraff. Air mata yang mengalir di pipi semakin deras. Ashraff benar-benar akan memusnahkan hidup dia dengan cara seperti ini?

Aulia meronta keras. Ketika tautan bibir dia dengan Ashraff terlepas dia sekali lagi merayu dengan Ashraff. “Jangan.. please.. jangan. Ash. Tolonglah.” Tubuh Aulia kian memberat. Kaki dia seolah-olah tidak berpijak di bumi yang nyata.

Ashraff menarik tubuh Aulia supaya bersatu dengan tubuhnya. Syaitan sudah mula memainkan peranan sehingga Ashraff hilang pertimbangan. Aulia sangat mengiurkan pada pandangan matanya. Air mata yang mengalir di pipi Aulia seolah-olah satu trofi kemenangan untuknya.

“Jangan.. Saya..” Esakan Aulia semakin menjadi-jadi.. Ya Allah, tolonglah aku.

Aulia mengumpul kekuatannya sekali lagi. Tangannya menolak wajah Ashraff yang kian galak mencium batang lehernya. Tangan Ashraff menekan kuat belakang lehernya menyebabkan Aulia sukar untuk melepaskan tautan bibir mereka.

You will love this!” Tubuh Aulia mula lemah. Tenaga dia tidak sekuat tenaga yang dimiliki oleh Ashraff.

Aulia memejamkan matanya rapat ketika Ashraff menolak tubuhnya ke atas permaidani rumah itu. Dia dapat merasai sentuhan kasar Ashraff disegenap inci tubuhnya. Menangislah air mata darah sekali pun Aulia, kau takkan menang kali ini.



Ashraff kalih tubuhnya ke sisi sebelah kanan. Jam dipergelangan tangan dikerling sekilas. Dah pukul 8.45 malam. Lamanya dia tertidur. Sejak petang tadi lagi.

Matanya menangkap wajah lembut yang sedang terlena disebelahnya. Tanpa rasa bersalah, tangannya mengelus lembut rambut Aulia yang berjuntai di dahi. Tangan kasar Ashraff masih galak menyentuh wajah Aulia.

“Ya Allah, Ash.. Jangan buat saya macam ni. Ingat Allah, Ash.. Please.. Saya merayu dengan awak.” Bibir Ashraff mengukir senyum perlahan-lahan. Rayuan Aulia membuatkan hati dia puas! Puas ketika dapat melihat air mata yang mengalir di pipi mulus itu

Siapa sangka akhirnya Aulia tewas dalam tangan dia. “You dah kalah, Lia.”

Perlahan-lahan Ashraff angkat wajahnya mendekati wajah Aulia sebelum bibirnya mendarat lama di dahi wanita itu. Melihat bibir merah Aulia, Ashraff telan air liur. Bibir Aulia sangat menarik.

‘Lebih daripada tu pun kau dah buat Ash..’ Suara syaitan mula berbisik lagi.

Perlahan-lahan Ashraff menunduk mahu melepaskan hajatnya. Tiba-tiba telefon bimbit yang berteriak mengejutkan Ashraff.

Ashraff bingkas mencapai telefon bimbit di atas almari kecil di sebelah katilnya. “Helinna.” Cepat-cepat Ashraff bangkit duduk bersandar di kepala katil.

Suara dibetulkan beberapa kali sebelum menjawab panggilan itu. Kaki melangkah ke arah balkoni. Tidak mahu Aulia terjaga dari lenanya.

Hello, sayang.” Ceria sahaja suara Helinna di talian.

Hello. You dekat mana ni?”

Ashraff terdengar Helinna tergelak halus. Amboi, bukan main suka lagi Helinna. “Cuba you teka I ada dekat mana sekarang ni?”

Ashraff garu kepala yang tidak gatal. Nak main teka-tekilah pulak Helinna ni. Kalau tersilap teka takut merajuk pulak nanti. “I tak sure lah you ada dekat mana, sayang.”

“Alaaaa!” Dah tarik dah nada ‘alaaa’ merajuk dia tu.

Okay, kalau I teka betul, you bagi I hadiah. Boleh?” Suara Helinna kembali ceria. Pandai Ashraff pujuk dia.

“Boleh. Hadiahnya ialah I belanja you makan malam ni!”

Ashraff diam sejenak. Berfikir jawapan yang terbaik harus dia berikan. Kalau salah siap dengan alasan kukuh. “Ha.. I tahu! You ada depan rumah I, kan?”

Helinna terjerit kecil. “Macam mana you tahu? You ada magik ke?”

Ashraff ketap bibirnya rapat. Betul ke Helinna ada depan rumah dia sekarang ni? Dia main hentam aje masa teka tadi. “Betul ke you ada depan rumah I?” Harap-harap Helinna tak perasan yang suara dia macam tengah menggelabah gila.

“Betullah I ada depan rumah you sekarang ni. I nak ajak you pergi makan.”

Kepala otak Ashraff dikerah supaya mencari alasan yang kukuh untuk menolak pelawaan Helinna. Takkan dia nak biarkan Aulia terkurung dalam rumah dia sampai esok? Kau gila! Kalau Aunty Zahrah call tanya mana Aulia, dia nak jawab apa? Tengah tidur di rumah dia? Cari nahas tu!

“Ala… ye ke? Sorry la sayang sebab I ada dekat luar sekarang ni. You terlewat sepuluh minit aje. I baru je keluar.” Ashraff buat suara menyesal yang amat sangat.

But I saw your car just now.”

Ashraff tepuk dahi. Kereta dia memang ada dekat bawah. Bodoh betul dia ni! Ashraff terdiam seketika. Alamak, mampus dia kali ni.

“Sayang?”

Yes. Yes. Kereta I memang ada dekat bawah sebab I keluar dengan Hilman. Saja malas nak drive kereta sebab tu I suruh Hilman jemput I. Dia nak sangat dating dengan I kan, padan muka dia kena jadi driver I malam ni.” Ashraff buat-buat ketawa. Sukalah sangat tu sebab boleh buat alasan macam tu.

“Laaa, ye ke. Korang dekat mana? Biar I pergi dekat you, okay?” Sekali lagi Ashraff tepuk dahi. Masak dia kali ni. Helinna beriya-iya mahu berjumpa dengan dia malam ni.

“Tak boleh sayang. Malam ni I dengan Hilman dan Adi dah khaskan malam ni untuk guys only. No girls allowed!”

“Kalau macam tu tak bolehlah I jumpa you malam ni. Takpe lah kalau macam tu, kita jumpa esok ajelah okay. Send my regards to Hilman and Adi. Love you, sayang.”

I love you too, Helly.” Talian dimatikan. Ashraff menarik nafas lega, nasib baik dia tak kantoi. Kalaulah Helinna tahu dia berada dalam rumah ni dengan Aulia, mampus dia kena kerja dek Helinna.

Itu baru sikit, kalau Helinna tahu dia tiduri Aulia agaknya dengan Aulia sekali kena sembelih dengan Helinna.

Ashraff kalih tubuhnya yang sedang berdiri di balkoni ke belakang. Wajah lembut Aulia menggetarkan jiwa lelakinya. Dia tak sangka Aulia ada aura yang sangat kuat untuk menarik dia terus melekat dengan tubuh wanita itu.

Automatik kaki Ashraff bergerak memanjat katil semula. Tubuh sasanya menindih tubuh Aulia sekali lagi.

Terasa seperti seseorang sedang mencumbui lehernya dengan kasar, lena Aulia terganggu. Aulia memaksa matanya supaya celik luas-luas. Rasa mengantuk yang masih bergayut ditepis jauh-jauh. Tangannya cuba menolak tubuh Ashraff yang menindih tubuhnya. “Ash..”

Ashraff menghentikan perbuatannya. Ashraff pandang wajah Aulia. “I dah kejutkan you ke?” Ya Allah, sebaknya hati dia. Sampai hati Ashraff layan dia macam ni. Dia bukan sampah sampai Ashraff perlu layan dia macam ni. Dia juga bukan perempuan murahan untuk Ashraff sentuh sesuka hatinya.

“You are hurting me.” Ashraff tergelak kecil.



“Biasanya perempuan yang datang melutut dekat I, tak sangka kali ni kena guna cara kasar untuk dapatkan you.” Asharff mengelus pipi Aulia.

Aulia menepis kasar tangan Ashraff. Dia jijik dengan sentuhan Ashraff di tubuhnya. “Let me go. Saya nak balik.”  Suara serak-serak basah Aulia kedengaran seksi di telinga Ashraff.

Ashraff tunduk mendekati wajah itu. Tubuhnya masih mendindih tubuh Aulia. “Kalau I tak nak?”  Bibirnya masih rakus menjamah segenap inci wajah Aulia. Puas Aulia mengelak, kalih ke kiri dan ke kanan sehingga memaksa Ashraff mencengkam kedua-dua belah pipinya.

Once again, lepas tu I hantar you balik.” Aulia menggeleng rakus. Dia dah tak sanggup lagi dikasari oleh Ashraff. Cukuplah sekali.

“Saya tak nak.. Tolonglah, saya nak balik.” Entah sudah berapa kali dia menangis di hadapan lelaki ini hari ini.

Ashraff tidak peduli. Hajat hatinya mesti dipenuhi. Biarlah apapun perasaan Aulia, dia tidak mahu peduli. Dia tidak perlu ambil tahu apa yang ada dalam hati Aulia asalkan hati dia puas melihat Aulia merayu kepada dia!
“Ash.. sakit! Please, stop..”

Ashraff cengkam pipi Aulia kasar. “Kalau you tak nak sakit, jangan lawan apa yang I nak!”

Puas Aulia meronta, puas Aulia merayu namun akhirnya dia diam. Membiarkan perlakuan Ashraff sekali lagi. Membiarkan Ashraff menjamah tubuhnya untuk kali kedua. Inikah Ashraff yang dia kenali sebelum ini?
Sampai hati Ashraff!



"Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui"  [Al An'aam:73]

p/s : Election day was over. Semoga pemimpin yang dipilih dapat menjalankan tanggungjawab yang digalas dengan sebaiknya & semua manifesto yang dijanjikan dapat ditunaikan. :) Jangan gaduh-gaduh ya, tak baik. Doakan untuk kesejahteraan semua. InsyaAllah. 



38 comments :

  1. Weh....jht nye Ash....:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jahat sangat pun Ashraff ni. Sebab marahkan Aulia kononnya bagitahu Helinna. Itulah, tak nak siasat langsung.

      Delete
  2. Sri...nape si ash ni jahat sgt....alaaaa...
    cian aulia..tak suka..tak suka si ash ni...huhuhu...benciiiiiii nak bg penampar kat ash..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, emonya kak Nira. Hikhik. Kiranya watak Ashraff ni jadi jahat terkesan la di hati akak eh? :)

      Delete
  3. jahatlah ash ni kesian aulia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, kesian Aulia ni.. Dah la dia banyak tolong Helinna. Dulu pun tolong Helinna rapat balik dengan Ashraff, alih-alih kena tengking dengan Ashraff pula.

      Delete
  4. gile ash nie...rase nk campak je dr tgkt 30 tue
    fuhhh crazy human

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan gila aje, tapi jahat jugak. Cemburu tak bertempat. Dia marahkan Aulia sebab Aulia kononnya bersedih untuk Hazrul lelaki tak guna, padahal dia pun sama tak guna juga. :)

      Delete
  5. geram nyerrr ngan si ash ni!!!!!
    lempang laju2 karang baru tahu!!!
    kcian aulia...lepas ni msti aulia benci giler dgn ash tu...
    nk lagi kak sri...

    -noor-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Noor!
      Lepas ni kita tengok Aulia ni benci ke tidak dengan Ashraff ni lepas apa yang Ashraff dah buat dekat dia. Kesian nasib Aulia lepas ni. Hiks. :)

      Delete
  6. Owh my god. Ash rape aulia. Sedihnya. She does not deserve to be treated like that.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ashraffkan naughty.. Dia nak Aulia dengan cara baik, Aulia tak nak bagi. Sebab dah geram sangat dengan Aulia, mmm... Itulah manusia kalau tak gunakan akal dengan baik ginilah. :)

      Delete
  7. Aulia being raped. Oh my god

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi.. apa tindakan Aulia. We will see.. :D

      Delete
  8. jahatnya . xnk la sbb ash aulia ngn herlina gaduh ..
    tapikan ,, mcm mne rupa herlina tu ekk ?? hahaha ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Anon!
      Macam mana Helinna? Ahaa, tu kena tunggu bab seterusnya! :)

      Delete
  9. Sri nak updated cite kpi ke? Waahhhhh teruja nya akak tau..rindu pd sarah...

    Bab 18 ni akak geram pd ash....kat hellina tu tak plak wat mcm tu...konon nk jg kehormatan helly konon...boleh blahhh la si ash tu...mcmana dgn si aulia pasni...kesian...kesian...dh tak suka dh kat ash tu..menyampah tau...jgn la aulia dgn ash...huhuhu...(tiba2 emosi plak akak....hehehehe:D:D)...

    Love sri..muuaahhh....♥♥♥♥♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Kak Nira sayang.
      Sri sah up Bab 28.
      Ini satu lagi, Ari tu pun jahat tapi takde lah sejahat Ashraff ni. Hihi. :)
      Lelaki kalau dia betul-betul sayang dia takkan sentuh perempuan yang dia sayang tu. Hihi.
      Love you too Kak Nira.

      Delete
  10. Auliaaaaa asal tak ketuk kepala ash ngan stiletto tuhhh. Geram geram geram!!!
    Aulia pasni jgn lembik ekk. Kasi ajar sket ash tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, Aulia tak sempat fikir pula nak ketuk kepala Ashraff tu sebab takut sangat. Hiks.

      Delete
  11. Kejamnya Ash. report jer. kasi dia masuk dlm. baru ada akal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Eifa. Ala, kalau Ashraff masuk penjara tamatlah cerita ni. Hahaha!

      Delete
  12. ter emosi juga nih..walhal hanya novel ni.. x dpt bayangkan jika kisah benar ada mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni merepek punya cerita aje ni joijoi80. Jangan emosi sangat. Hihihi.

      Yay, dah up Bab 28 Kau Perempuan Itu.

      Delete
  13. Rasa macam nak sepak je tempat sensitif dye 2..sakitnya hati..!

    ReplyDelete
  14. aulia ni seksi sangat, ash dah ingat dia ni dah tak virgin lagi.......hu hu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi anon!
      Yeap, that is true. Aulia memang seksi pun.
      Makin Ashraff tegur makin melampau. Ego punya pasal kan.. :)

      Delete
  15. nooo x sangka ashraff akan bt mcm tu! i hope this is just a nightmare and bkn reality hidup aulia >.< i dont see how she can forgive ash for doing something like this..rape is not a small thing. seriously rasa bit2 diorg gaduh2 tu comel tp xsngka ash ni snggup go as far as to become a rapist ): it's hard to root for a hero yg mcm ni =|
    kenapa lelaki dlm hidup aulia semua mcm x terpakai? daddy je the best...dad really is the best guy in all our lives >.<

    ReplyDelete
  16. nooo xsangka dia bt mcm tu!! i thought all the fighting were cute and mmg xsabar nak tnggu diorg ngaku suka but rape changes things. i didn't think ash would go as far as raping aulia...kesian sgt. he's making it hard to root for him. no woman deserves this kind of treatment. idk if ash will ever deserve forgiveness from aulia... >.< kalo dia bgn and rasa bersalah, i might ada that little, very, very little perasaan maaf dekat ashraff for his lack of better judgement tp dia x rasa apa2 pn T___T
    harap ni nightmare aulia je, bukan reality dia!

    p/s: first baca kt p2u several days ago, hr ni tiba2 rasa nak google and terjumpa...so marathon walaupun esk ada test hehe x__o emosi kejap...sbb rape is not a small issue .___.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sasha R.
      Awak dah baca ke bab 19? Alamak, nampaknya Ashraff belum menyesal lagi.

      How was your test? I hope it went well btw. :)

      Delete
    2. so far semua ok lg :) thank you tnya!
      sorry smpai 2 kali comment emosi~~ xtahan, kena komen jugak ^^;;;

      Delete
  17. x sabarnya, bila nak up bab 18

    ReplyDelete
  18. opsssss, up bab 19

    ReplyDelete
  19. ni mmg satu bab penuh laa ni erkk? Erm jahatnyaa ash: '(

    ReplyDelete
  20. Ni mmg satu bab penuh erk? Emm jahatnya ashh

    ReplyDelete