Monday 13 May 2013

Bab 20 Aku, Dia dan Stilleto



Ya Allah, siapa yang ganggu dia pagi-pagi buta macam ni! Selepas bangun solat Subuh tadi Aulia tidur semula kerana masih mengantuk yang teramat sangat. Memang tak boleh nak paksa lagi dah mata dia supaya berjegil. 

“MasyaAllah budak ni. Lia! Dah pukul lapan ni. Kenapa tak siap lagi? Tak kerja ke?” Aulia menyandarkan kepalanya dia pintu biliknya.

“Mengantuk…”

Datin Zahrah menggoncang sedikit tubuh Aulia. Kenapa anak dia mengantuk teruk sangat ni. Selalunya takde lah teruk sangat rupa Aulia kalau hari Isnin.

“Siap cepat. Daddy dah tunggu Lia dekat bawah. Kata nak pergi Sungai Buloh sama-sama.” Aulia mencelikkan sedikit matanya.

Aulia tepuk dahi. Dia terlupa yang dia berjanji mahu melawat tapak projek perumahan dia Sungai Buloh dengan Datuk Rahman pada hari ini. Ashraff? Mungkinkah lelaki itu juga berada di sana? Selepas apa yang berlaku antara mereka berdua semalam, tidak mungkin dia mahu berjumpa dengan Ashraff lagi.


Mummy, bagitau daddy Lia tak masuk office hari ni, ya? Lia rasa sakit kepala sangat-sangat ni.” Aulia terus buat muka macam orang sakit. Sebenarnya dia memang langsung takde mood nak masuk kerja pun.

“Lia, daddy kan dah tunggu dekat bawah tu. Tak baik Lia buat daddy ternanti-nanti macam tu.”

Mummy, bukannya Lia tahu yang Lia nak sakit hari ni. Please, Lia rasa tak sihat sangat nak masuk kerja.” Aulia tayang muka simpati depan Datin Zahrah.

“Iyelah. Lia pergi rehat. Kejap lagi mummy bawa ubat untuk Lia.” Pintu bilik berwarna putih itu kembali dirapatkan.



Datuk Rahman yang sedang menikmati sarapan pagi meletakkan kembali roti bakar di tangan sebaik sahaja ternampak kelibat isterinya yang sedang mengahala ke arah meja makan. “Mana Lia?”

“Sakit kepala katanya. Semalam tak boleh tidur.” Datuk Rahman berubah riak. “Tak pernah Aulia rasa tak sihat pagi-pagi macam ni. Kenapa boleh sakit kepala?”

“Abang ni tanya macam Zah ni doktor pula. Zah dah ajak dia pergi klinik tapi tak nak. Katanya nak berehat di rumah aje.”

Datuk Rahman tolak kerusi meja makannya. “Abang nak ke mana tu?”

“Nak naik jenguk Lia kejap. Mungkin demam ke apa.. Zah dah tengok ke?” Datin Zahrah mengggeleng. Tak terfikir pun nak check badan Aulia tadi. “Ya Allah, Zah!”

“Terlupalah bang. Aulia tu selalunya sihat aje. Jomlah kita naik tengok dia.” Datuk Rahman dan Datin Zahrah memanjat anak tangga menuju ke bilik anak gadis mereka.

Pintu bilik Aulia ketuk perlahan. Tombol pintu dipulas.

Aulia menarik selimut tebal yang menutup kepalanya. Dah agaknya daddy mesti akan naik punya. Aulia dah bersedia dengan riak wajah sedikit sakit. Tapi dia memang tengah sakit sekarang ni, sakit hati yang teramat sangat terhadap Ashraff.

“Sayang…” Datuk Rahman meluru mendapatkann anaknya.

“Lia takde apa-apa. Daddy jangan risau. Bagi Lia cuti seminggu, lepas tu Lia masuk pejabat semula.” Datuk Rahman terkejut. Takkan pening kepala aje minta cuti sampai seminggu?

“Tadi cakap nak cuti hari ini aje, kenapa ni tiba-tiba nak cuti sampai seminggu? Lia sakit apa ni nak cuti sampai seminggu?”

“Sepanjang Lia kerja dengan daddy, Lia tak pernah apply leave lagi, kan”

Datin Zahrah tergelak kecil. “Lia memang tak pernah apply leave sebab kalau nak cuti Lia buat ikut suka hati Lia aje. Mentang-mentanglah company daddy Lia!” Ish, mummy ni langsung tak supportive!

Daddy, boleh tak kalau Lia nak cuti seminggu?” Aulia minta simpati Datuk Rahman. Dia memang tak boleh masuk kerja dalam keadaan yang macam sekarang ni. Dia perlu tenangkan diri dia dulu selepas apa yang berlaku.

“Lia nak ke mana?”

Aulia menggeleng. “Lia nak duduk rumah. Lia nak rehat. Rasa penat sangat bekerja. Please.”

Mahu tidak mahu, demi anak yang tersayang Datuk Rahman mengalah juga. “Kalau Lia sakit, Lia tahu mummy dan daddy selalu ada untuk Lia. Jangan sembunyikan apa-apa daripada kami.” Kepala Aulia diusap lembut Datuk Rahman.

Aulia memeluk tubuh daddynya. Kenapa rasa sebak tiba-tiba pulak ni.

“Kenapa menangis ni? Mummy tengok Lia asyik menangis aje sejak malam semalam, kenapa? Lia bergaduh besar dengan Ashraff ke?” Kenapa nama lelaki tak guna tu perlu diangkat dalam keluarga ini?

Mummy cakap Lia nampak sedih masa balik semalam. Kenapa? Kalau bergaduh dengan Ash cuba Lia cakap dengan daddy. Biar daddy cakap dengan Ash, jangan ganggu Lia lagi.” Aulia tersenyum. Tak perlulah daddy, Ashraff memang takkan ganggu Lia lagi dan Lia pun takkan jumpa dia lagi.

“Lia okay, jangan risau. Lia cuma penat aje.”

“Kalau macam tu Lia berehat aje. Zah, jom kita keluar dulu. Biar Lia tidur.” Dahi Aulia dikucup Datuk Rahman dan Datin Zahrah.

“Kalau nak apa-apa panggil mummy.” Aulia hanya tersenyum kepada Datin Zahrah.



Datuk Rahman parkir keretanya berdekatan dengan tapak perumahan yang sudah siap hampir tujuh puluh peratus. Mungkin dua tiga bulan lagi projek usahasama dia dengan The Legacy akan siap seratus peratus. Memang pantas betul projek perumah di sini. Semuanya tersusun secara berperingkat-peringkat.

Kawasan rumah mewah telah siap hampir lapan puluh peratus. Tak sangka Aulia boleh kendalikan projek ini dengan cekap! Dia memang sangat-sangat berbangga dengan Aulia kali ini.

Uncle!” Melihat seseorang melaung dari jauh, Datuk Rahman segera melangkah laju ke arah lelaki itu.

“Ashraff. Dah lama ke sampai sini?”


“Takdelah lama sangat. Dalam lima belas minit macam tu. Sorang aje ke?” Ashraff melihat sekeliling kalau-kalau ada wajah itu.

“Ha’ah, sorang aje hari ni. Lia tak sihat katanya.”

Ashraff buat-buat terkejut. “Tak sihat? Sakit apa? Tak pergi klinik ke?”

Melihat Ashraff yang mengambil berat tentang anak gadisnya, Datuk Rahman rasa lega. Betul kata isterinya, jika Ashraff berkahwin dengan Aulia, bertuah Aulia. Ashaff pasti akan menyayangi anaknya dengan sepenuh hati.

“Tak nak ke klinik lah masalahnya. Uncle pun tak tahu sakit apa.. Lia cakap sakit kepala biasa aje. Tapi yang peliknya Lia minta cuti sampai satu minggu. Tak faham betullah uncle dengan Aulia ni.”

Ashraff berdehem. Terkejut juga dengan kenyataan Datuk Rahman sebenarnya. Aulia minta cuti seminggu? Takkan pasal kejadian semalam? Dia terlalu berkasar dengan Aulia?

“Ash?” Datuk Rahman menepuk bahu anak bujang sahabat baiknya. “Termenung apa? Kalau Ash nak jenguk Lia nanti Ash singgahlah rumah uncle.”

“Aaa.. Ah.. Insyaallah, uncle. Ash pun sibuk juga sekarang ni.” Datuk Rahman angguk. Ahli perniagaan yang berjaya seperti Ashraff pastilah sibuk selalu.

“Cepat juga progress projek ni kan? Uncle tak sangka betul sekarang ni rumah-rumah di kawasan ini dah hampir siap.”

“Aulia memang cekap uruskan projek ni uncle. Ash sendiri pun tak sangka yang Aulia sangat berkelayakan memegang jawatan pergurus projek ini. Kalau bukan sebab Aulia yang gesa semua pekerja buat dengan pantas, memang makan tahun agaknya projek ni.”

“Itulah, kalau Rafidi tak calonkan nama Aulia, uncle pun memang takkan pilih dia. Mulanya memang uncle nak Rafidi yang jadipengurus untuk projek ni tapi Rafidi tolak projek ni kepada Aulia. Katanya dia yakin dengan kebolehan Aulia.” Ashraff terkesima. Rupanya Encik Rafidi yang calonkan nama Aulia? Mati-mati dia ingat Aulia dapat jawatan pengurus projek ini kerana dia anak kepada Datuk Rahman.

“Maaflah kalau Ash cakap sikit.”

Datuk Rahman kerut kening. “Cakaplah.”

“Mulanya Ash ingat uncle yang pilih Aulia untuk projek ni sebab dia anak uncle.” Ashraff tersengih malu. Memang itu pun yang adadalam fikiran dia. Dia asyik menuduh Aulia mendapat banyak projek kerana namanya berbintikan Datuk Rahman.

No lah. Lia bukan jenis yang macam tu. Uncle bukan nak puji anak sendiri.. Puas uncle pujuk Aulia supaya bekerja dengan uncle tapi dia masih berdegil sampai uncle perlu merajuk dengan Lia, barulah Lia setuju untuk kerja dengan uncle. Lia ni jenis berdikari. Kalau boleh nak bekerja sendiri.” Datuk Rahman menghentikan perbualannya.

“Ash okay ke kerja dengan dia? Lia tu garang sikit orangnya tapi dia manja. Anak tunggal, biasalah.”

“Eh..okay uncle. Okay sangat.” Sangat okay.. Semuanya tentang Aulia, perfect! Luar dan dalam. Ashraff senyum penuh makna. Senyuman yang hanya dia seorang sahaja yang faham.

“Jomlah kita pergi pusing-pusing sikit, lepas tu kita pergi makan. Uncle pun dah lapar ni.” Ashraff senyum mengangguk. Berdepan dengan Datuk Rahman sekalipun tidak sedikit pun menerbitkan rasa bersalah terhadap apa yang dia telah dia lakukan kepada Aulia.

Aulia memang layak dilayan seperti itu. Perempuan itu sengaja mahu merosakkan hubungan dia dengan Helinna. Sayangkan Helinna konon, padahal disebalik itu Ashraff tahu yang Aulia dengki dengan hubungan dia dan Helinna yang sudah bertambah erat.

Kau memang salah oranglah Aulia. This is Ashraff. Aku akan buat apa sahaja untuk memusnahkan orang lain, especially perempuan macam kau!



“Ash, mama cakap dengan Ash ni. Apa yang Ash termenung tu? Teringatkan Aulia?” Argh, stress betul dengan mama dia ni. Kalau bercakap sikit aje pasti ada nama Aulia.

“Mama, boleh tak kalau mama tengok muka Ash ni mama jangan ingat nama Aulia? Meluat dah Ash dengar nama dia. Kalau Helly dengar mama asyik sebut nama Aulia,apa pula katanya nanti..” Ashraff menyorot pandangannya ke wajah Puan Sri Lydia.

“Buat apa Helly nak cemburu, memang mama tak berapa bekenan dengan dia, dia kenalah faham hati mama.”

Ashraff mengeluh kecil. “Mama, Helly tu dah buat macam-macam untuk ambil hati mama tapi mama langsung tak beri dia peluang. Yang mama nampak tetap juga Aulia..Aulia..Aulia!” Suara Ashraff mula keras sedikit.

Siapa tak sakit hati kalau mama sendiri asyik nak menangkan orang luar. “Helly tu bakal isteri Ash ma.. Mama kena terima segala baik buruk Helly. Dia akan jadi menantu mama, isteri Ash.”

Puan Sri Lydia menjeling anak tunggalnya. “Apa kurangnya Aulia di mata Ash?”

Ya Allah, susahnya cakap dengan mama dia sekarang ni! Bibir tu nama Aulia aje.. “Mama, apa lebihnya Aulia di mata mama?”

Puan Sri Lydia senyum. Bukan main berseri kalau nak bercerita pasal Aulia. “Mama suka dia. Tak fake. Pakai pun nampak lebih sopan berbanding perempuan-perempuan yang Ash duk usung ke hulu ke hilir tu. Manis, cantik. Dia layan mama macam emak sendiri. Rasa macam Aulia tu anak mama.”

“Kalau macam tu mama anggap ajelah dia anak mama.”

“Mama nak Ash kahwin dengan dia. Helly mesti tak kisah kalau Ash nak kahwin dengan Aulia.” Ashraff rasa mahu kutip rahang gigi dia atas lantai. Helinna tak kisah? Baiknya Helinna nak hidup bermadu dengan kawan sendiri.

“Mama! Kalau mama nak tahu Aulia tu kawan baik Helly.” Wajah Puan Sri Lydia sedikit terkejut.

“Betul ke? Ash dah kenalkan Helly dengan Aulia?”

Melihat gelengan Ashraff, Puan Sri Lydia bertambah pelik. “Habis tu macam mana mereka kenal?”

“Helly dengan Aulia kawan masa sekolah dulu. Ash pun tak pernah tahu sebelum ini. Tapi mama, walaupun mereka tu kawan, Ash tetap pilih Helly, bukannya Aulia.”

Puan Sri Lydia tarik muka masam. “Sampai hati Ash hampakan hati mama.”

Adoi, mama dia ni. “Ma! Mama sanggup ke tengok Ash hidup tak bahagia kalau Ash kahwin dengan Aulia? Mama bukan tak tahu perangai Aulia yang kepala angin tu. Masa ada masa yang kami baik. Dua puluh tiga jam asyik bertekak aje.”

“Lagi satu jam tu baiklah kan?"

“Tak. Lagi satu jam tu senyap tak berbual.” Puan Sri Lydia mengeluh hampa.

“Keputusan Ash masih sama. Aulia takkan jadi isteri Ash sampai bila-bila. Ash tak nak. Lagipun kita bukan kenal dia sangat ma.. Perangai dia tu entah-entah lebih teruk dari Helinna.” Teringat perbuatan Aulia yang memecahkan rahsianya dengan Melisa, hati Ashraff diserang rasa amarah amat sangat.

Betul ke Aulia beritahu Helinna dia tidur dengan Melisa? Kalau betul kenapa Helinna langsung tak bangkitkan soal hubungan dia dengan Melisa di ranjang? Atau Helinna langsung tidak tahu apa-apa? Ah, lantaklah. Janji dia berjaya pujuk Helinna, kalau tak mesti Helinna dah tinggalkan dia.

“Ma, Ash tak tidur rumah mama malam ni. Ash ada janji dengan Helly.”

“Dah lama Ash tak tidur sini. Bila nak balik tidur sini?” Puan Sri Lydia tayang muka masam mencuka.

“Ash kan selalu singgah sini lepas balik kerja. Ash hanya tak tidur dekat sini aje.” Ashraff masih membela dirinya. Memang dia selalu singgah jenguk mama dia pun, boleh dikatakan seminggu tiga hingga empat kali.

“Mama nak Ash tidur sini.”

“Nantilah ma.. Ash banyak kerja sekarang ni. Nanti Ash tidur sini, ya. Kirim salam dengan papa.” Ashraff menghulur tangan bersalaman dengan Puan Sri Lydia. Kedua-dua belah pipi mamanya dicium. 


p/s: Manuskrip untuk cerita ni Sri dah siap tulis dan hantar pun. Bagitahu siap-siap nanti terkejut tiba-tiba nak stop. Hihi. Tapi jangan risau sebab maybe panjang lagi Sri akan up di sini. Mungkin sepuluh bab lagi? Hihi.. :)
Ala, harap-harap tak adalah yang marahkan Sri.. Meh sini buat group hug.

24 comments :

  1. nak lagi! hehehe

    ReplyDelete
  2. hari2 saya tgu u post entry... nk tgk ash gila bayang kat aulia lepas ni.. syg kat helly konon.. grrr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, siapa nak gila bayang dekat siapa ni. :)Ke kreako yang dah gila bayang dekat Ashraff? haha. :D
      Thank you fr reading.

      Delete
  3. Cik Penulis, silalah sambung....nk tengok Aulia betul2 tak jumpa Ash( as berpegang pd kata2 Ash ) tp Ash sendiri yg nnti akan diubah hatinya utk mencari Aulia....

    Terimakaseh utk entry ini...

    A_AR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Anon!
      Bab 21 dah up dan memang Aulia takde jumpa Ash pun sebab Aulia tak pergi kerja.Hiks!

      Baca sambungannya ye. :)

      Thank yoo so much!

      Delete
  4. tak sabar nk tahu reaksi si ash tu bila sedar yg si aulia ni tak penah nk hancur kan hub ash dgn helly tu...harap aulia tu jgn layan or jupe si ash utk seketika..biar padan muka si ash tu..biar si ash ni jd angau kat aulia..kahkahkah..(ketawa jahat sikit)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Niraaaa, baca bab 21 cepat! Hahaha.
      Ala, mana boleh dia sedar cepat sangat. Sedar pun tak insappppp jugak mamat ni tau! :)

      Delete
  5. lega sikit ada entry baru.. tp nak lg
    x sabar nak tau apa jd ngan ash
    hope aulia buat bg ash terkejar2 dia
    sakit hati betui ngan ash

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ashikin.
      Hahaha, amboi dia yang baca pun emo.. Hihi.
      Senyum aje Sri baca komen ni tau! :)
      Thanks fr reading yeah.

      Delete
  6. hari2 bkak blog akak tau. Seb bek arini ad bab baru, slalu ternanti2. hee. Hope Aulia xjmpe Ash lagi, bia pdan muke die. Nt bia Ash yg rindu kt Aulia pulak!! Gramm sgt. tjuk ego ckit Cik Aulia oii!! jgn bg muke yer.. to writter, wujud kn hero ke2 pulak, bia Ash yg jeless. so lagi panas kebabomm la cite ni!! upsss syok sdri plakk.. hehehe -faz87-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi faz87.
      Akak memang nak update blog ni tapi sekarang ni ya Allah busy sangat sebab last fre days cousin nikah.. Jadi sibuklah dengan kenduri kendara.
      Nanti June pun ada lagi cousin nak kahwin & tunang. Lagilah sibuknya berganda!

      Delete
  7. setia menunggu next entry.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah terus setia dengan blog picisanku ini wahai Anon! :)
      Hugs.

      Delete
  8. agak2 aulia ni pregnant tak. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak-agak Cik Anon Aulia ni pregnant tak? Ahaaa. Hihi. :)
      Tunggu baca bab yang seterus seterusnya baru tahu Aulia ni pregnant ke tidak.
      Amboi, gaya macam senang-senang aje kan nak kasi pregnantkan orang. Hiks..

      Delete
  9. Eeee...geram nyer ngan ash ni...dia boleh relax je borak2 dgn ayah aulia..xsbr nk tunggu zaman kjatuhan ash,biar dia melutut dgn aulia..

    -noor-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahahahhahaa..Emonya Noor baca cite Aulia ni. Kihkihkih.. Baca bab seterusnya tau!

      Delete
  10. x sabar nak tgk ash melutut depan aulia. harap aulia xlayan dia dah time tu. nak pretend scene rape tu xberlaku...nnti terlebih emosi haha >.< ash kena belajar respect perempuan...
    gmbr yg penulis letak as ashraff ni siapa ek? .__.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong sgt2! Tak sabar nak tau cete seterusnya...

      Delete
    2. Sabau Anon.. sabau!Sri dah up bab 21 dah tuu. :)

      Delete
  11. 21 pls come out soooonnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. 21 dah muncul tuuuuu. 21 cari jalan tak jumpa nak muncul sebab tu lambat!!! Hahaha!

      Delete
    2. Dah baca! =)) yayyy bagusnyaaa, bru seru dh ada. Tqqqqq

      Delete