Saturday 25 May 2013

Bab 22 Aku, Dia dan Stiletto

Aulia masih lagi leka memilih kasut yang menarik perhatian dirinya. “Yang ni cantik tak mummy?” Aulia sarung kasut tumit tinggi berwarna hitam ke kaki.



“Cantik. Kalau Lia suka ambillah. This is your day my young lady.” Aulia ketawa manja. Alang-alang orang dah nak belanja takkan nak malu-malu lagi. Rembat aje yang mana berkenan!

“Sayang mummy!” Aulia peluk tubuh Datin Zahrah.

“Amboi, dapat kasut aje terus sayang dengan mummy ye. Lepas ni Lia kena belanja mummy makan. Boleh?”

Aulia petik jari tangan kanan. “Mummy cakap aje nak makan apa semua Lia boleh belanja. Kalau nak makan kedai-kedai makan sekali pun Lia boleh belanja jugak.” Datin Zahrah tergelak besar, Bukan main suka lagi dia melihat Aulia ketawa hari ni.

Kelmarin sehari suntuk anak dia asyik berkurung dalam bilik sampai langsung tak mahu makan. Nasib baik semasa makan malam suami dia pujuk Aulia turun makan mahu juga anak dia turun. “Mummy nak makan steak dekat Tony Roma’s la. Boleh?”

“Anything for you, mummy.” Amboi, selera bukan main lagi, nak makan dekat Tony Roma’s. Layankan ajelah.

Mummy tak nak beli kasut ke?”

Datin Zahrah jegil biji mata. “Mummy nak beli kasut buat apa, bukannya mummy ni suka sangat ikut daddy pergi event. Tak perlulah. Kalau nak pergi temankan daddy pun kasut mummy banyak lagi dekat rumah tu.” Konon tak nak beli kasut, padahal bukan dia tak tahu mummy dia sekarang ni tengah gila shopping online.

“Iyer lah tu mummy ada banyak kasut dekat rumah. Yang mummy beli kasut baru dekat Zalora.com.my tu apa? Bukan main lagi mummy ya beli kasut baru!” Datin Zahrah tergelak malu. Macam mana anak dia tahu?

“Ha, mesti terfikir macam mana Lia tahu kan?” Datin Zahrah angguk laju. Memang pelik, ada magis ke anak dia ni sampai boleh tahu dia shopping online.

Aulia tergelak besar. “Mummy online guna laptop Lia, lepas tu tak log out laman web Zalora tu, mestilah Lia tahu bila tengok dalam cart mummy tu ada barang!”

Datin Zahrah spontan tergelak. Dia beli masa Puan Sri Khadeeja datang minggu lepas. Bukan main lagi dorang berdua bertungkus-lumus membeli pakaian dan kasut dari laman web Zalora. “Mummy beli dengan Aunty Deeja lah.” Iyelah tu beli dengan Aunty Deeja. Entah-entah semua tu dia beli untuk diri sendiri. Aulia sembunyi senyum.

“Iyer ke Aunty Deeja punya sikit? Entah-entah semua mummy punya, saja je petik nama Aunty Deeja. Kesian Aunty Deeja tersedak dekat rumah.”

Datin Zahrah pantas mencubit manja lengan Aulia yang masih suka bukan main lagi gelakkan dia. “Lia, mummy cakap betul. Aunty Deeja punya. Mummy beli kasut aje sepasang. Lain-lain tu semua Aunty Deeja yang punya.”

“Kalau mummy tipu pun bukannya Lia tahu. Yang Lia tahu dalam cart tu bukan main lagi mummy shopping ya! Kalau pakai troli betul-betul agaknya penuh satu troli tu!”

“Merepek aje Lia ni. Dah.. Dah. Case close. Mana kasut? Cepat sikit pilih, kaki mummy dah lenguh berjalan ke hulu ke hilir dengan Lia ni..” Eleh, lenguh konon. Kena sebijikdekat batang hidung sendiri terus lenguh. Dulu marah-marahkan dia sebab suka shopping sekarang ni ha, sendiri yang ketagih.

Membeli-belah ni ibarat satu terapi kesihatan. Haha! Kalau sekali dah beli nanti ketagih nak beli lagi lepas tu beli lagi dan lagi selagi duit tak habis.

“Berangan apa lagi tu. Mana kasutnya?”

Aulia tunjuk di atas lantai.

“Dua pasang ke Lia beli? Tadi kan dah beli satu. Takkan ni beli lagi dua pasang? Yang merah ni kan macam yang dah pernah adadekat rumah tu..” Tadi cakap ini hari dia, pilih mana suka dah pilih kena bebel pulak!
Mummy ni tadi cakap pilih je mana-mana satu pun tak pe…”

“Iyelah mummy memang cakap macam tu tapi bukan suruh beli sampai belambak-lambak. Kaki ka nada dua aje, kalau sekali pakai pun sepasang. Ni beli sampai tiga pasang kasut baru buat apa..” Aulia tarik muncung panjang.

“Tapi mummy pun beli tiga pasang kasut dekat Zalora tu..”

“Ish budak bertuah ni. Degil betul! Mana kasutnya?”

Sekali lagi jari telunjuk Aulia lurus ke arah kasut ke atas lantai. “Yang merah ni kan dah ada..” Aulia menggeleng laju. “Habis yang dekat rumah tu tak sama macam ni ke?”

“Tak sama mummy! Yang tu ada tali dekat belakang, yang ni mana ada tali. Lepas tu yang dekat rumah tu dia diamond kan.. Yang ni plain aje. Tak percaya mummy cuba ingat betul-betul..”

“Sama ajelah. Lagi pun kasut Lia dekat rumah tu berpuluh-puluh pasang, manalah mummy ingat yang mana satu kasut tu.”

Mummy silap tu. Tak sama tau, Lia ingat kasut Lia. Okay, sekarang ni saya dah selesai. Sila bayar.” Aulia bersuara seperti mengarah. Ketawa Datin Zahrah pecah. Baru aje nak buat-buat marah dengan anak dia tapi dah hilang rasa nak marah tu. Anak dia ni kuat main-main sungguh.

Sekeping kad kredit dihulurkan kepada cashier.

“Terima kasih. Sila datang lagi.” Aulia senyum kepada Zehra. Dia tahu wanita ini tapi tidak pasti sama ada Zehra masih ingat kepada dia atau tidak.

Kejadian dia berebut kasut dengan Ashraff dah lama berlalu. Lebih dari tiga bulan. Dan dalam tempoh tiga bulan tu dah lebih daripada sepuluh pasang kasut baru dia dah beli. Rak kasut dekat rumah tu dah penuh dengan kasut dia. Aulia gelak mengekek dalam hati sendiri.

Dan dalam tempoh tiga bulan juga dah banyak perkara yang berlaku. Semakin dalam perasaan dia kepada Ashraff semakin dia jauh dari Ashraff. Semakin hidup dia sukar.. Semakin dia terseksa.

This is just a small test Aulia. Ada orang lain yang dugaannya lebih hebat!

"Ya Allah janganlah Kau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana yang telah Kau bebankan kepada orang sebelum kami.Ya Allah jangan Kau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.Ampunilah kami dan rahmatilah kami,maka tolonglah kami '' - Al Baqarah:286

‘Aulia. be strong! Walau sesusah mana pun hidup yang dilalui, biarlah tetap teguh dan kukuh iman di hati.. Jangan persoalkan kenapa diri diduga begini.’

Aulia menggigit bibir. Ini kata-kata Kartini ketika dia memberi khabar berita bahawa Hazrul sudah berkahwin. Walaupun dia sudah memberitahu Kartini bahawa hati dia okay, wanita beranak satu itu masih juga risaukan tentang keadaan diri dia.

Sekarang dia ambil kata-kata Kartini sebagai penguat semangat untuk dia meneruskan hidup ini.



“Zah!!!” Aulia dan Datin Zahrah menoleh serentak.

Aulia kaku ketika pandangan matanya yang berlaga dengan anak mata lelaki yang berada di hadapannya ini.
“Lydia. Kau ke mana ni? Ash pun ada sekali.” Ashraff hulur tangan menyalami tangan Datin Zahrah. Datin Zahrah berpelukan dengan Puan Sri Lydia. Macam lama sangat aje tak berjumpa.

“Aku datang sinilah. Lama sangat tak keluar shopping. Nak harapkan Mad memang takkan lah.. Nak keluar hujung minggu malas pula mahu bersesak dengan orang ramai. Dah tu aku paksa Ash temankan aku shopping hari ni.”

Aulia yang baru hendak bersalaman dengan Puan Sri Lydia ditarik ke dalam pelukan wanita itu. “Lamanya aunty tak nampak Lia. Kenapa nampak pucat aje muka ni?” Aulia sentuh bibirnya perlahan.

“Sebab belum makan kot.” Bibirnya mengorak senyum.

“Eh, kami pun baru nak pergi makan. Memang kebetulan sangat tu. Jom.. Jom, kita makan sekali.” Puan Sri Lydia ramah mengajak Aulia dan Datin Zahrah. Pucuk dicita ulam mendatang. Mana tahu kot-kot Aulia dan Ashraff boleh berbaik semula.

Datin Zahrah mengambil tempat di sebelah Aulia. Duduk bertentangan dengan Puan Sri Lydia. Sengaja beri peluang kepada Aulia duduk bertentangan dengan Ashraff.

“Lia beli apa banyak sangat aunty tengok tu?” Muka Aulia berona merah. Segan pulak dengan Aunty Lydia.

“Takde beli apa pun. Barang mummy ni. Lia temankan aje.”

“Amboi, kasut dia yang tiga pasang, handbag satu dengan baju sampai tiga pasang, mummy punya barang?”  Aulia menguman sambil pandang wajah Datin Zahrah. Mummy ni jagalah air muka dia depan Aunty Lydia sikit! Ish.

Puan Sri Lydia ketawa melihat keletah Aulia. “Amboi, barang dia tuduh mummy punya pulak ye. Sakan shopping ni, lepas geram ke?”

“Mana ada lepas geram pun. Saja je. Mummy cakap ‘this is your day, young lady’. So, Lia beli ajelah apa yang Lia nak alang-alang dah ada orang belanja.” Puan Sri Lydia ketawa melihat cara Aulia mengajuk sahabatnya. Nakal betul Aulia ni.



“Lia tak kerja ke hari ni?” Aulia geleng kepala.

“Lia cuti seminggu. Nak rest.”

“Lia sakit ke?” Aulia geleng kepala sekali lagi.

“Tak sakit pun. Lia sihat aje. Saja je nak tenangkan fikiran.” Aulia pandang tepat wajah di sisi Ashraff. Langsung tidak tidak curi pandang ke arah Ashraff. Tidak mahu pandang wajah lelaki yang merosakkan hidup dia.

Aunty ingatkan Lia sakit sampai ambil cuti seminggu. Terkejut aunty tadi.”

“Itulah Lydia, masa dia minta cuti daripada Man, aku pun terkejut jugak. Ingatkan nak larikan diri dari rumah ke apa sampai nak bercuti seminggu. Rupanya nak duduk rumah.” Datin Zahrah mencelah dalam perbualan Puan Sri Lydia dan Aulia.

Ashraff curi pandang wajah Aulia. Baru semalam dia tidak nampak wajah itu, nampak lain sangat Aulia. Betul kata mama, nampak pucat dan tidak berseri. Sakitkah Aulia?

Ah, kenapa dia perlu peduli? Lantak dia lah kalau nak sakit sekali pun.

“Nak rehat-rehat, biarkan ajelah. Ni Ashraff ni kerja siang malam sampai kena paksa ambil cuti.” Terkejut nama dia yang timbul tiba-tiba, Ashraff pandang wajah Puan Sri Lydia.

“Mana ada kerja teruk pun. Biasa-biasa aje.” Ashraff bersuara untuk kali pertama. Ingatkan dah bisu dah lelaki tu.

Aulia langsung tidak berbual dengan Ashraff. “Jangan muncul depan aku.” Dia masih ingat lagi pesan Ashraff.
“Makan, Lia.” Datin Zahrah menyiku Aulia.

Aulia menyuap steak daging ke dalam mulutnya. Menjeling sedikit ke arah mummy dia. Bukan main berselera lagi mummy makan. Lapar sangat ke?

“Hari tu aunty dengar khabar kawan Lia kahwin?” Spontan mata Aulia pandang Ashraff. Takkan pasal tu pun dia cerita dengan Aunty Lydia? Anak emak betul!

“Janganlah pandang Ash macam nak makan dia, bukan Ash yang cerita tapi …” Aulia kalih pandang mummy dia.



Mummy yang cerita?” Aulia ketap bibirnya geram.

Apa mummy ni? Takkan pasal Hazrul pun nak canang sampai satu Malaysia kot? Hazrul dah kahwin, okay la. Tamat dah kisah dia dengan Hazrul. Dia pun takkan terhegeh-hegeh nak pergi runtuhkan rumah tangga Hazrul.

“Lia jangan marah mummy. Lia nampak sedih. Mummy Lia risau tengok Lia kerja tak berhenti-henti masa tu sebab tu mummy cerita dengan aunty.” Aulia paksa dirinya untuk senyum.

“Lia tak kisah. Lia dah okay.”

“Banyak lagi lelaki yang baik dekat luar sana tu. Kalau Lia sudi terima Ash, aunty berkali-kali ganda sudi terima Lia jadi menantu aunty.” Tak sudi. Sampai mati pun dia tak sudi terima Ashraff dalam hidup dia. Ah, macamlah Ashraff sudi terima dia dalam hidup Ashraff.

“Lia belum terfikir pasal tu lagi.Lagipun Lia  nak tumpukan pada kerja dulu.”

“Itulah Lydia, aku dah berkali-kali pesan dengan dia yang kawan dia tu memang tak guna. Lia ni yang tak nak percaya cakap aku. Bila dah jadi macam ni diri sendiri juga yang sedih. Aku pun susah hati juga bila tengok Lia macam ni..” Datin Zahrah menggosok belakang Aulia.

Aulia mula rasa rimas. Dia bukannya ingat sangat dengan Hazrul tu. Lelaki tak guna macam tu patut campak dalam laut aje. Ashraff sorang lagi. Memang elok sangat kalau bagi jerung makan!

Garpu dan pisau ditangan diletakkan di dalam pinggan semula. Hilang selera untuk makan. “Lia nak keluar jalan-jalan. Nanti dah habis makan mummy call Lia, ya.”

Aulia menolak kerusi dan terus bangkit meninggalkan Restoran Tony Roma’s. Tidak bersedia untuk berdepan dengan pelbagai soalan lagi dari Puan Sri Lydia. Mungkin banyak soalan yang Puan Sri Lydia mahu bertanya dengan dia.

“Ash! Pergi tengok Aulia tu.” Ashraff mengeluh lemah.

‘Menyusahkan orang betul!’

Mahu tidak mahu Ashraff terpaksa juga mengikut Aulia keluar dari Restoran Tony Roma’s. “Seronok sangat tinggal orang tengah makan macam tu? Tak boleh ke you hormat sikit dekat orang lain?”

Aulia pandang Ashraff dengan pandangan tajam. “Saya tak suruh awak ikut saya.”

“Ashraff tarik tangan Aulia yang mahu melarikan diri daripadanya. “Boleh tak kau you jangan menyusahkan orang lain? Jangan nak tunjuk keras kepala sangat!” Aulia merentap kasar tangannya.

“Kalau awak rasa saya menyusahkan awak, awak boleh pergi dari sini. Saya tak suruh awak ikut saya. Awak tak perlu jaga saya sebab saya bukannya budak kecil.” Sekali lagi Ashraff menarik kasar tangan Aulia rapat kepadanya.

“Jangan sampai I paksa you yang bukan-bukan.”

“Apa? Nak buat apa? Rogol saya sekali lagi?” Aulia berbisik keras di telinga Ashraff.

Ashraff tergelak kecil. “Rogol? Bukan you ke pergi rumah I? Siapa nak percaya yang I rogol you?”

Nafas Aulia turun naik. Kurang ajar! Ashraff memang melampau. “Let me go. Awak memang lelaki tak guna!” Mata Aulia mula berkaca.

“Cakap aje yang you suka apa yang dah berlaku antara kita. Kalau you..”

Stop it Ashraff! Jangan buat saya nak angin dekat sini.”

“Cubalah.”

Aulia menunduk sedikit mahu menggigit tangan Ashraff sebelum mendengar seseorang melaung nama Ashraff.

“Ash?” Ashraff kalut melepaskan pegangan tangannya di tangan Aulia.

“Helly! Apa you buat dekat sini?”

Aulia segera kalih ke belakang mengesat air mata yang mahu tumpah. Tidak mahu Helinna mengesyaki yang bukan-bukan.

Korang buat apa dekat sini?” Aulia mengukir senyuman. Biar Ashraff yang menjawab soalan Helinna.



“Takde apa. You buat apa dekat sini, sayang?” Ashraff mendekati Helinna. Tangan Helinna diraih dan digenggam kemas. Terkejut beruk dengan kemunculan Helinna di sini tiba-tiba.

I ada fitting baju dekat atas. Butik Antasia. Baju nak pakai masa Anugerah Selebriti Malaysia dua minggu lagi.” Helinna tunding jari ke aras atas. Mungkin Butik itu di bahagian atas mall ini. Ashraff angguk kepala.

Korang keluar berdua?” Aulia dan Ashraff menggeleng serentak.

I keluar dengan mama I. Mama I entah pergi mana.. Ni baru aje terserempak dengan Aulia pulak.”
“Kau datang dengan siapa Lia?”

Mummy aku.” Pendek jawapan Aulia.

Mummy kau pun jalan tinggalkan kau jugak?” Aulia pantas mengangguk.

“Ni aku nak cari mummy aku lah ni. Aku pergi dulu ya. Kau bolehlah dating dengan Ash kejap.” Aulia peluk Helinna.

“Tak nak lepak denga kitorang sekejap ke?”

Aulia serba-salah. “Nantilah kita lepak sama-sama. Aku nak cari mummy aku ni. Entah mana dah hilang. Nanti aku call kau okay. Lepas majlis anugerah kau tu..”

“Lambatnya.” Helinna menarik muka masam. Sekarang ini semakin jarang masa yang mereka luangkan bersama. Masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing.

“Kau mesti sibuk kan sekarang ni.”

“Untuk kau aku boleh curi masa.” Aulia rasa bersalah sangat. Kalaulah Helinna tahu apa yang sedang dia lalui sekarang ini pasti Helinna kecewa dengan Ashraff.

“Tak baik curi masa kerja. Nanti kau free, kau call aku okay.” Aulia peluk Helinna sekali lagi.

Aulia berlalu dengan hati yang sangat-sangat terluka. Tergamak Ashraff!


p/s : Rindu ADDS? Nah, buah tangan untuk semua. :) Selamat berhujung minggu!




4 comments :

  1. jhatnya ashhhhh... x suka gila dkt laki mcm ni

    ReplyDelete
  2. Hmmm tak berape stuju yg they lie to helly. Cukup la c ash sorg kaki temberang, aulia tak yah. Aulia patut ckp yg sebnr spaya helly sendiri nmpak side pinocchio c ash ni. Tak nak la helly hilang trust ngan aulia. Dah la aulia tu dah tak ramai kwn..

    ReplyDelete
  3. saya rasa lia nak jaga hati helly since helly dah mula rapat semula dengan ash dan mereka berkawan baik. Jadi demi rakan baik, lia sanggup simpan rahsia agar helly bahgia dan dpt kahwin dgn ash. dia mungkin akan terus bawa diri jauh dari helly dan ash..

    sri...cepatlah update...penat tunggu..

    ReplyDelete