Tuesday 7 May 2013

Bab 28 Kau Perempuan Itu



Ari Aqashah menoleh ke sebelah. Sarah masih diam membatu. Seperti tidak berniat untuk turun dari kereta.

“Kalau tak nak masuk dalam rumah kau boleh tidur dalam kereta sampai esok pagi.”

Beku.

Tiada reaksi. Ari Aqashah merengus kasar. Tidak berniat untuk memujuk isterinya. Ari Aqashah membuka pintu keretanya dan terus berlalu masuk ke dalam rumah. Hanya tilam empuk yang terlayar indah diruang matanya ketika ini.

Jam di pergelangan tangan dilihat. Sudah hampir pukul 6.00 pagi. Sekejap lagi Puan Khalisah dan Tuan Ramlee pasti bangun untuk bersolat. Apa pula kata mereka jika dia tidur di dalam kereta.

Pintu kereta dibuka lambat-lambat. Kaki melangkah masuk ke dalam rumah dan diheret ke tingkat atas. Tombol pintu bilik tidur Ari Aqashah dipulas. Matanya menangkap sesusuk tubuh yang sudah terbaring di atas katil. Tidakkah lelaki itu berasa bersalah kerana memperlakukan dia seperti ini? Tidakkah lelaki itu mempunyai perasaan untuk mempertahankan hak dia sebagai seorang anak?

Jika diikutkan hatinya yang sedang marah, mahu sahaja dia menampar muka Ari Aqashah yang sedap-sedap bercakap bahawa semua ini adalah balasan Tuhan kepada dia kerana memerangkap Ari Aqashah ke kancah perkahwinan bodoh ini.

Jika lelaki itu tidak bersetuju kenapa tidak dia sahaja yang membatalkan majlis perkahwinan mereka? Kenapa tidak lelaki itu sahaja yang melarikan diri semasa hari pernikahan mereka?!

Memandang muka lelaki yang enak dibuai mimpi menerbitkan rasa benci di celah-celah hati Sarah. Sedihnya bukan kepalang. Suaminya sendiri mentertawakan kematian ibu bapanya. Suaminya sendiri yang memaksa dia pulang ke rumah dan tidak memberikan keizinan kepadanya untuk melawat kubur ibu bapanya.

Terasa bodoh benar dirinya saat ini. Kenapa wujud lelaki ini kejam seperti ini? Tidak sangka disebalik wajah kacak Ari Aqashah, sikap panas baran, pendendam dan ego yang tinggi menggunung tersembunyi di situ. Dia bencikan suaminya sendiri! Ah, Ari Aqashah tidak pernah menganggapnya sebagai seorang isteri.

“Kau dengar sini! Aku ada kekasih dan aku tahu Haikal kekasih kau! Kita buat hal masing-masing dan jangan pernah ganggu hidup aku! Jangan keluar dari rumah kecuali dengan keizinan aku! Faham?”  Masih ingat amaran keras Ari Aqashah pada malam pertama mereka.

Baru empat hari berlalu, rasa kecewa dan sakit hati sudah tidak terbendung. Kecewa dengan sikap Ari Aqashah yang mementingkan dirinya sendiri.

Sarah menolak daun pintu bilik air. Dia mahu bersolat dan membaca Yassin untuk arwah keluarganya. Mak long benar, dialah punca semua ahli keluarganya meninggal. Jika bukan kerana berita perkahwinannya tersiar di dada akhbar, ibu tidak akan tahu. Jiran tetangga tidak akan memaklumkan kepada ibu. Ibu tidak akan tertekan. Semua salah dia!

Berkahwin dengan anak orang korporat, adakah dia menganggap ini perkara kecil? Orang mana yang tidak akan tahu? Ah, wartawan memang mahu mengorek rahsia.. Dah memang kerja mereka. 

Walaupun Tuan Ramlee sudah membayar mereka dengan sejumah wang, namun masih juga terlepas satu gambar. Hanya sekeping gambar di celah-celah gambat Arif Shah dan Marliana. Gambar tanpa ada caption apa-apa. Kalau ibu tanyakan kepada dia ketika itu, dia akan jawab dia hanya pengapit pengantin bukan pengantin.. Masih berniat mahu menipu ketika itu. 

Sarah mengeluh lemah. Asyik mengeluh dan terus mengeluh.

Terkilan kerana sudah empat hari dia tidak berbual dengan ahli keluarganya. Sudah empat hari dia tidak menatap wajah-wajah kesayangannya. Empat hari dia hanya berkurung dalam banglo mewah milik Tuan Ramlee.

Air mata dikesat perlahan. Bacaan Yassin diteruskan dalam nada teresak-esak. Wajah ibu, abah, Suraya dan Syamir silih berganti di ruang matanya. Bacaan terhenti seketika. Sarah mengurut dadanya yang terasa pedih. Pedih dengan dugaan yang bertimpa-timpa kepadanya.

Ketukan bertalu-talu di pintu menghentikan bacaan Sarah. Sarah bingkas bangkit membuka pintu.

“Betul ke apa yang papa dengar?”

Sarah tunduk. “Betul ke abah dan keluarga Sarah kemalangan dan meninggal?” Soal Tuan Ramlee sekali lagi.

Sarah hanya mengangguk.

“Habis apa Arah buat di sini? Kenapa tak balik ke rumah?” Sarah senyap. Takkan nak cakap suami tak izinkan?

“Siap. Jom kita balik rumah Arah.” Sarah menggeleng laju.

“Kenapa?” Tuan Ramlee terkejut dengan reaksi Sarah.

“Tuan pergilah. Arah dah pergi tadi. Arah nak baca Yassin dari rumah aje.”

“Kenapa dengan Sarah ni?! Ini kali terakhir Sarah akan tengok wajah mereka! Takkan Arah tak nak pergi?” Tidak percaya dengan kata-kata Sarah, Tuan Ramlee naik angin.

“Ari tak izinkan. Kalau papa nak pergi, papa pergi sendiri. Jangan ajak isteri Ari.” Entah bila lelaki ini tersedar dari lenanya.

“Astaghfirullah hal’azim…. Kenapa dengan kamu ni Ari?”

“Memang Ari dah gila sebab papa paksa Ari kahwin dengan perempuan gila ni!” Suara Ari Aqashah naik satu oktaf. Marah dengan Tuan Ramlee yang mengganggu tidurnya yang tidak cukup.

“Sarah. Jom ikut papa!” Tuan Ramlee menarik tangan menantunya supaya mengikut dia ke rumah keluarga Sarah.

Sarah menolak lembut tangan Tuan Ramlee. Ternganga sedikit mulut Tuan Ramlee kerana terkejut dengan tindakan menantunya.

“Tuan. Arah minta maaf. Suami Arah tak izinkan. Lagipun Encik Ari dah bawa Arah ke sana pagi tadi.” Sarah tidak mahu Ari Aqashah menjadi anak derkaha melawan cakap papanya. Cukuplah dia sahaja yang digelar sebagai anak dehaka. Dia yakin Ari Aqashah melayani Tuan Ramlee dengan kasar disebabkan oleh dia. Ari Aqashah sangat menyayangi keluarganya.

“Suka hati Arah lah! Papa tak kuasa nak melayan sikap tak matang kamu berdua ni!” Tuan Ramlee terus pergi meninggalkan Sarah dan Ari Aqashah dengan perasaan sebal. Terkilan dengan sikap Sarah yang tidak mahu berjumpa dengan keluarganya buat kali terakhir.

Sarah menutup rapat pintu bilik Ari Aqashah. Matanya dipejam rapat sebelum berpaling memandang muka Ari Aqashah.

“Puas hati Encik Ari?”


Ari Aqashah ketawa kuat. “Puas? Belum puas lagi. By the way semalam kau cakap akan buat apa sahaja yang aku suruh. Kan?”  

Sarah telan liur. Melihat Ari Aqashah bergerak turun dari katil, telekung cepat-cepat ditanggalkan dan diletakkan di tempat asalnya. Mahu turun ke dapur. Kalau boleh mahu turun dengan memakai telekung. Dia berada begitu hampir dengan pintu sekarang ini, tapi nanti terkejut pengsan pula Mak Som dekat tengah-tengah laman dapur.

Belum sempat tangannya mencapai tombol pintu, Ari Aqashah bertindak kasar. Tangan Sarah direntap kasar, tubuhnya ditekan ke belakang pintu.

“Apa sahaja yang aku nak?” Kening Ari naik sedikit. Tangan memainkan peranan mengusap pipi putih bersih milik Sarah. Sarah tidak berani bersuara. Terasa gigilan kecil di tubuhnya.


Ari Aqashah melampau. Mana semua kata-kata ‘kita buat hal masing-masing’ yang diucapkan pada malam pertama perkahwinan mereka? 

Ari Aqashah mendekatkan wajahnya ke wajah Sarah. Adakah Sarah sudah termakan dengan kata-katanya sendiri? Anything? Ya Allah, bantulah aku Ya Allah. Bibir Sarah bergerak-gerak sedikit kerana ketakutan.

Wajah Ari Aqashah semakin dekat sehingga Sarah boleh mendengar deruan nafas lelaki itu yang begitu hampir di telinganya. Tiba-tiba tangan Sarah memberi reaksi spontan. Tubuh Ari Aqashah ditolak kuat sehingga lelaki itu terdorong sedikit ke belakang. Sarah cuba melepaskan dirinya namun Ari Aqashah terlebih dahulu mencapai tangannya.

Sekali lagi dia terperangkap antara Ari Aqashah dan pintu.
“Kau dengar sini. Kalau kau rasa aku teringin sangat hendak bermesra dengan kau, lebih baik kau buang fikiran kau jauh-jauh. Aku takde selera dengan kau!” Pipi Sarah dicengkam kasar.

“Kau cakap anything yang aku nak, kan?” Cengkam diperkemaskan. Sarah mengangguk laju. Rasa takut berdepan dengan lelaki ini menimbulkan rasa kesal berkahwin dengan lelaki ini. Kalaulah dia mengikut cadangan gila lelaki ini pada hari pernikahan mereka, pasti dia tidak perlu berdepan dengan lelaki ini. Pasti dia tidak akan kehilangan keluarganya!

Sarah memejamkan matanya rapat-rapat. Tidak mahu memandang wajah Ari Aqashah. Perasaan marah yang menguasai dirinya menimbulkan rasa benci di celah-celah hatinya. Ya Allah, sesungguhnya aku berdosa kerana membenci suamiku sendiri.

“Beritahu papa kita akan pindah dari rumah ni lusa. Kalau papa tak izinkan, siap kau!” Sarah mengangguk lemah.
“Dengar tak?” Jerkah Ari Aqashah.
“Dengar…” Lemah suara Sarah menjawab tengkingan kuat Ari Aqashah. Debaran di hati masih kuat mengetuk dadanya.




Dari ruang makan rumah Tuan Ramlee, Sarah menyelak langsir putih yang menutupi pintu kaca itu. Matanya merenung Tuan Ramlee yang santai menikmati angin petang di pondok berhampiran kolam renang.

Lama memerhatikan bapa mertuanya dari kejauhan, akhirnya Sarah mengambil keputusan untuk mendekati bapa mertuanya. Arahan Ari Aqashah perlu dilaksanakan secepat mungkin. Dia sudah tidak mempunyai banyak masa. Takut kalau-kalau Ari Aqashah bertanyakan keputusan Tuan Ramlee.

“Assalamualaikum, Tuan.” Tuan Ramlee berpaling.

“Waalaikummussalam.” Tuan Ramlee menunjukkan tempat duduk Sarah. Tanpa banyak soal, Sarah terus duduk berdepan dengan bapa mertuanya.

Hati melonjak-lonjak mahu bertanya tentang majlis pengkebumian keluarganya siang tadi. Di manakah mereka dikebumikan? Adakah ramai orang yang hadir? Adakah mak long akan mengadakan tahlil? Siapakah yang memandikan mereka? Namun semua persoalan itu hanya mempu berlegar-legar difikirannya tidak mampu diluahkan.

“Alhamdulillah, ramai sangat orang yang hadir di rumah Fadhilah tadi. Nasib baik Jihan tahu jalan ke rumah Laila. Arah jangan risau, nanti bila semuanya dah okay, papa bawa Arah ke sana.” Seakan mengerti gelodak hati menantunya, Tuan Ramlee memberitahu tentang suasana majlis pagi tadi.

Menurut Tuan Ramlee semuanya berjalan dengan lancar. Mak Long Fadhilah menguruskan semuanya dengan baik. Ibu, abah dan adik-adik selamat dikebumikan. Walaupun sedih kerana tidak dapat menghadiri majlis pengkebumian ahli keluarganya, Sarah akur dengan harga yang perlu dibayar selepas menjadi seorang isteri kepada lelaki yang begitu membenci dirinya.

“Pasal kenduri tahlil, Arah jangan bimbang. Papa sudah sedekahkan sedikit duit untuk majlis kenduri. Kita doakan semuanya berjalan dengan lancar. Papa harap Arah tabah. Banyak sedekahkan doa untuk mereka.”  Sarah mengangguk perlahan. Tidak tahu apakah reaksi yang perlu dia tunjukkan kepada Tuan Ramlee. 

Sesungguhnya dia bersyukur kerana mempunyai seorang bapa mertua yang sangat baik seperti Tuan Ramlee.
Sarah mengesat air mata yang jatuh ke pipi. Entah kenapa hatinya seperti tisu sejak kebelakangan ini. mudah benar dia menangis. Mudah benar air matanya menitis. Walaupun terperangkap dalam perkahwinan yang langsung tiada rasa cinta dan dibenci oleh keluarga mertua, Sarah masih disayangi dan diterima oleh bapa mertua dan Mak Som. Tuan Ramlee seperti abahnya sendiri dan Mak Som seperti ibu kandungnya. Hanya mereka yang mempercayai Sarah.

“Sebenarnya, Arah ada hal sikit nak bincang dengan Tuan.”


“Boleh tetapi dengan satu syarat.” Sarah membulatkan matanya.

“Syarat?”

Stop call me Tuan. Panggil papa. P.a.p.a, papa!” Sarah tersenyum. Siap eja lagi! Kepalanya diangguk-angguk sambil tergelak kecil. Lega hatiya mendengar syarat Tuan Ramlee. Ingatkan Tuan Ramlee nak suruh dia bayar semula duit kenduri tahlil tadi! Astaghfirullah hal’azim. Selalu sangat bersangka buruk.

“Baiklah, apa yang Arah nak bincangkan dengan papa?”

Bibir digigit sedikit. Sarah menarik nafas dalam-dalam. Bimbang  jika apa yang hendak disampaikannya mengecilkan hati bapa mertuanya. Bimillahirrahmanirrahim.

“Arah dah bincang dengan Encik Ari. Kami dah sepakat mahu berpindah ke rumah Encik Ari.” Tuan Ramlee meletakkan semula cawan kopi yang belum dihirupnya. Sarah telan air liur. Takut mahu mendengar jawapan dari Tuan Ramlee.

“Kenapa?” Eh? Kenapa aje? Alahai, tanyalah banyak sikit.

Sarah menggenggam jari-jemarinya. Cuba mencari kekuatan. Bukan mudah untuk berdepan dengan Tuan Ramlee dan meminta kebenaran untuk berpindah. “Arwah abah pernah pesan kalau dah kahwin jangan tinggal dengan keluarga mertua. Jangan hidup menyusahkan orang lain.”

“Apa yang susahkan papa? Apa yang Arah susahkan papa? Papa suka anak-anak papa tinggal dengan papa. Lagipun rumah papa cukup besar untuk anak-anak papa dan bakal cucu papa nanti. Tak perlu berkongsi bilik pun.”  Serius riak wajah Tuan Ramlee.

“Papa, perkahwinan Arah bukan macam orang lain. Berilah Arah peluang untuk kenal Encik Ari lebih mendalam.”

“Papa tak setuju. Papa suka kalau anak-anak papa semua berkumpul dalam rumah papa. Mama pun bukan main seronok lagi bila Ari pindah balik rumah ini. Takkan tak sampai dua minggu Ari dah nak pindah semula ke apartment dia? Papa tak setuju!” Tuan Ramlee menggeleng-gelengkan kepalanya. Riak mukanya masih lagi serius seperti tadi.

Sarah masih belum berputus asa. “Kalau papa benar-benar anggap Arah menantu papa, tolonglah benarkan kami pindah. Kami nak belajar hidup berdikari. Arah nak belajar uruskan rumah tangga Arah sendiri. Please, papa.”

Tuan Ramlee mengeluh berat. Pasti isterinya akan membangkang keputusan Ari Aqashah. Jika dia memberikan keizinan kepada Ari Aqashah pasti dia akan dipersalahkan oleh isterinya. Isterinya bukan main gembira apabila Ari Aqashah membawa balik beg besar ke rumah ini dua minggu lalu. Dia sendiri sangkakan yang anaknya akan terus tinggal bersama mereka.

Membuat keputusan terhadap perbincangan dengan menantunya lebih berat berbanding membuat keputusan terhadap projek jutaan ringgit. Tuan Ramlee menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Jihan yang baru sahaja mahu menyertai Tuan Ramlee di pondok berpatah balik apabila ternampak Sarah sedang duduk berbual dengan Tuan Ramlee.

“Jee!” Laung Tuan Ramlee. Jihan berpaling semula dengan wajah masam mencuka.

“Akak dah nak masuk. Jee duduklah sini temankan papa.” Sarah bangkit meninggalkan pondok itu. Jihan berjalan menuju ke pondok dengan wajah masam. Merajuk kerana papanya selalu sahaja melebihkan Sarah berbanding dirinya. 

p/s : Akhirnya, up juga entry baru untuk Kau Perempuan Itu. Yeay. Ari Aqashah ni tak sejahat Ashraff ya.. Hiks! Jangan emo-emo, ni semua mengarut je ni. Hahaha! Nama pun novel merepek kan. Bhahaha!
Ok, to all my darlings, thank you very much for your comments and I really-really appreciate it. Sangat!
Hope semua enjoy baca bab ini ya!
mmmuahx!

23 comments :

  1. yeke..belum keluar belangnya lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. jojoi80.. Hahahhaa, Ari belum tunjuk lagi belang jahat dia eh...

      Delete
  2. next pliss..hahaha
    tak menyempat dah nie

    -yoozara-

    ReplyDelete
  3. YA KE TAPI KAN GERAM SANGAT-2KESIAN DNG SARAH.

    ReplyDelete
  4. Lma tk kuar n3 br.. rsa mcm pendek je.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi,.. Nak kata pendek tu takde la sangat tapi antara bab memang tak sama. Hihi.
      Between 8 to 12 pages setiap bab. :)
      Tak puas baca ye? :)

      Delete
  5. tak sabar nak tunggu reaksi ashraf bila tahu aulia masih suci

    ReplyDelete
  6. Alaaa Sri rasa tak puas baca kpi ni...huhu.... Bila sarah nk rasa bahagia ni...benci la kat ari tu...cpt haikal pg mengurat sarah. Biar padan muka ari..... Tak suka ari..kejam sgt...tak berhati perut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nira, kita pun tk tahu macam mana novel ni. Doakanlah ye. Kalau ada rezeki boleh terbit. :)

      Delete
  7. next chapter plezz....hehehe...kesian sarah...anyway citer KPI ni best...

    ReplyDelete
  8. Rindu ngan KPI...bila nk kuar versi cetak kak sri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila nak terbit? Allahuakbar.. Tak tahulah saya.
      Belum lagi kot.. Takde berita lagi. Kalau ada rezeki.. Doakan ya!

      Delete
  9. suke2,dh dpt sambungan..he...

    ReplyDelete
  10. sedihnya...hrap lepah ni sarah x sdih2 lagi...tq for the entry...

    ReplyDelete